**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**

Sunday, January 25, 2009

Kos Pengajian Islam: Pelajar Malaysia Di Mesir VS Pelajar Malaysia Di Malaysia

Prof DR. Ibrahim Khalaf Khilaf (bekas dekan Fakulti Syariah Univ. Al-Azhar) antara pensyarah daripada Timur tengah yg mengajar di Malaysia..

Kabarnya pembelajaran di Negara timur tengah seperti di Mesir, memberikan cabaran kepada penuntut Malaysia,..disana pensyarah hanya memberikan syarahan dan menjadi tanggungjawab pelajar untuk memberikan tumpuan dan mencatat sendiri apa yg diberi oleh pensyarah…bilik kuliah yg sempit juga dikatakan sgt penuh, dan pelajar2 perlu berebut2 untuk mendapat tempat yg selesa sebelum kuliah bermula…peratusan GAGAL penuntut Malayasia disana juga dikatakan berpunca daripada masalah bahasa…sejauh manakah kebenarannya…sedangkan sebelum menuntut disana pelajar2 ini telah diberi kursus bahasa selama 2bulan, dan adakah juga pekara ini disebabkan pelajar kita yg seolah2 seperti "melancong" sambil belajar? atau perubahan cuaca disana tidak memberikan keselesaan kepada mereka utk mengulangkaji pelajaran???kalau itulah faktornya bagaimanakah pula dengan sebahagian dari mereka yg boleh berjaya dan menamatkan pengajian….


Jika di Malaysia Kelengkapan alat bantu mengajar seperti laptop dan LCD memberikan kelebihan kepada pensyarah dan juga pelajar disini,…keselesaan dan kemudahan bilik turorial dan kuliah berhawa dingin menjadikan pelajar di Malaysia seolah-olah seperti dimanjakan, adakah pekara ini juga benar???ura2 tidak wujud masalah bahasa antara pensyarah juga dikatakan sebagai penyumbang kepada KELULUSAN pelajar2 disini…sedangkan Pensyarah di Malaysia juga menggunakan Bahasa Arab sepenuhnya bagi subjek Arab dan Bahasa Inggeris sepenuhnya bagi subjek yg berbahasa Inggeris..malah ada sebahagian pensyarah juga terdiri daripada Negara timur tengah….di Malaysia juga Bahasa Arab yg sama digunakan….persoalannya adakah wujud perbezaan antara pelajar yg mengambil kos pengajian islam di IPTA/S di Malaysia dan Universiti di Mesir???dan mengapa penuntut Malaysia disana menghadapi kesukaran utk LULUS dan menamatkan pengajian…

P/s: Mungkin ada sebahagian Universiti di Timur tengah mempunyai kelengkapan dan kemudahan yg sama taraf dgn Malaysia…ini Cuma perbandingan secara umum dan alasan2 yg sering diberikan..sehingga menimbulkan tanda tanya…

Monday, January 19, 2009

Save Palestin....





Demonstrasi anti Yahudi dan Israel oleh pelajar2 USIM di hadapan Stadium Tertutup Nilai

Kini sudah masuk minggu ke4 Rejim Zionis menyerang Palestin tanpa belas kasihan..ramai kanak2 yg masih kecil terbunuh..tindakan Israel mengebom sekolah dan hospital amatlah dikesali oleh masyarakat dunia..malah kereta kebal Israel terus melakukan serangan darat kearah Genting Gaza tanpa menghiraukan resolusi PBB mengenai gencatan senjata..Kekejaman Israel di Gaza juga menjadi2 apabila senjata baru yg menggunakan bahan kimia berbahaya menyebabkan tisu terkoyak dari daging diuji keatas palestin…

Tentera Washington juga sanggup dan bersedia membuka tender sewa kapal dagang untuk membawa 3000 tan peluru ke Israel....adakah negara seIslam seperti Mesir sanggup menghulurkan bantuan seumpama itu??? Sedangkan Pesawat pengebom Israel dilapor menggunakan ruang angkasa Mesir untuk mengebom kawasan sepanjang Gaza dengan Mesir...malah Mesir juga dikecam hebat kerana bersekongkol dengan Israel utk mengepung gaza sejak 6 bulan yg lalu….dilaporkan juga Mesir cuba menjadi perantara dalam proses perbincangan diantara Palestin dan Israel..berjayakah Mesir membantu Palestin..??

p/s:
wahai umat islam seluruh dunia…
marilah sama-sama kita membaca Qunut Nazilah sebagai doa kita buat umat Islam di Palestin agar mereka diberi kekuatan dan semangat yg tinggi oleh Allah dalam menghadapi serangan dari rejim yahudi laknatullah..doa kita sebagai senjata buat mereka yg sekarang ini tgh berjuang membela serta mempertahankan keizzahan dan kesucian agama Islam..tunjukkan sikap kita terhadap nasib saudara-saudara kita dibumi Palestin…insyallah disana akan ada pertolongan dari Allah..ALLAHU AKHBAR!! Boikot barangan Yahudi dan Israel...