**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**

Saturday, January 9, 2010

~AKU Seorang Guru~


Kawasan sekolah lama..sekarang, padang bola keranjang ini dan blok kelas lama sudah dibina semula..

BULAN PERTAMA...JUN

Setelah tamat pengajian awal Jun lalu...sy terus memohon Guru Sandaran Tidak Terlatih(GSTT) di Daerah Batang Padang di Perak..Sy ditmpatkan disebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Behrang Ulu yg terletak dikawasan Tg.Malim..lebih kurang 11KM dari bandar..Pertama kali menjejakkan kaki kesini..terasa ingin pulang semula ke rumah..mane tidaknya kawasan sekolah kecil yg terletak di kawasan perumahan yg mojoritinya Cina dan India menyebabkan sy sukar utk menyesuaikan diri..tambahan pula pengangkutan awam seperti tenggelam timbul..membantutkan lagi utk sy terus bertugas disini..memandangkan sy sudah pun melaporkan diri utk bertugas..sy teruskan juga....BERUSAHA!!MENCUBA

Hari berikutnya, Guru Besar(GB) menyerahkan sy segala tugas yg digalas oleh guru sebelumnya...agak terkejut juga pada mulanya kerana banyak kerja yg perlu dilakukan disebuah sekolah yg kecil dan kurang murid..tapi itulah hakikatnya..sebanyak mana pun murid sebesar mana pun sekolah..tugas tetap sama.....sy diberi tanggungjawab untuk mengajar Pendidikan Islam thn 2,3,6, Seni thn 2,5, Bahasa Inggeris thn 2, Bahasa Melayu thn 3,5....tidak cukup dengan itu sy juga diberi jawatan sebagai guru panitia Pendidikan Islam dan Ketua penyelaras bagi MLB(Modul Latih Bimbing) bg subjek Bahasa Melayu...ini bermakna dalam masa satu hari saje..sy sudah mendapat 3gelaran:USTAZAH/CIKGU/TEACHER..hu~~selepas seminggu berada di sini, keadaan sy agak gelabah sedikit..memandangkan tidak ada pengalaman sebelum ini...kalau ader pun setakat mengajar di Sekolah KAFA..berbeza dengan sekolah harian....

setiap malam sy perlu bersedia, mengulangkaji matapelajaran yg perlu diajar utk menghadapi hari esoknya...walaupun mengajar disekolah rendah nampak mudah....persedian tetap perlu..sessi pengajaran dan pembelajaran juga perlu difikirkan dgn kreatif agar dapat menarik minat murid...Selepas 2minggu disana...keseronokkan mengajar mula timbul...sy mula menjelajah kawasan sekolah...dan mengenali semua murid di sekolah ini yg hanya 14orang keseluruhannya....

BULAN KEDUA...JULAI

Bau wangi bunga durian yg lebat berbunga menceriakan lagi suasana..

Seperti kebiasaanya, sy akan masuk ke kelas mengikut jadual waktu yg ditetapkan..sementara menunggu giliran masuk ke kelas..mata sy sempat memerhatikan suasana persekitaran sekolah yg agak sederhana landskapnya...tidak seperti di sekolah2 besar...dihadapan bilik tahap satu tumbuhnya sebatang pokok manggis dan dibelakangnya pula terdapat 2 batang pokok durian...kebetulan pula, masa ini pokok2 tersebut sedang berbuah..seolah2 menyambut kedatangan sy...hehe...setiap kali gugurnya buah manggis dari pohonnya..sudah pasti murid-murid ini berebut...dihadapan perpustakaan pula terdapat tumbuhan hiasan yg apabila ianya berbunga akn betukar kepada 3warna..wah!!nampak menarik bukan???waktu paginya bewarna putih, bila masuk tengahari warnanya betukar kepada merah jambu dan sebelah petangnya betukar kepada warna merah...dan akhirnya gugur ke bumi...sampai sekarang sy tidak tahu namanya.....hu~

Bunga inilah yg dimaksudkan oleh sy..he~

************************************************

Setiap bulan2 terakhir ada saje program yg telah dirancang...untuk bulan ini sekolah kami mengadakan Hari Kesihatan...sy telah diberi tugas sebagai pengacara majlis...adoyai....nak tak nak...sy terima juga untuk menjaga kredibiliti sy sebagai guru yg tidak terlatih tetapi mampu melakukan apa sahaja..huhuhu..BERUSAHA,MENCUBA!!....Mula-mula agak gementar menuggu hari KEJADIAN...almaklumlah..nak bercakap kat depan..bukannya sy tak biasa tapi kurang biasa..hehehehe...alhamdulillah semuanya berjalan dengal lancar berkat DOA dan persedian yg dibuat...Hampir setengah bulan disini juga, sy berpeluang menghadiri kursus LADAP(Latihan Dalam Perkhidmatan)....yg menariknya program ini mengumpulkan guru-guru di 3buah sekolah jenis kebangsaan Cina di daerah ini..jadi, sy berpeluang berkenalan dengan lebih ramai guru di daerah ini..sy tidak pasti guru di negeri lain..perlu menghadiri kursus ini@tidak..tetapi disini WAJIB...mungkin latihan ini bagi memberikan pendedahan, pengetahuan kepada guru-guru di daerah ini..sekaligus bagi melahirkan guru yg berkualiti dan berkebolehan dlm semua pekara....he~


BULAN KETIGA...OGOS

Kawasan sekolah yg di hiasi dgn bendera Malaysia setiap kali tibanya bulan kemerdekaan..

Bulan ini juga dikenali sebagai bulan kemerdekaan..aktiviti utk bulan ini akn dijalankan selepas peperiksaan bulan Ogos...Memandangkan peperiksaan bulan Ogos bakal tiba..,semua guru2 sgt sibuk membuat kertas soalan...inilah kali pertama sy dipertanggungjawabkan membuat soalan bagi subjek2 yg sy ajar..huhuhu..gerunnya sy...mampukah anak2 murid sy menjawab soalan yg sy sediakan....jika mereka berjaya menjawabnya..maka berkesanlan kaedah P&P sy..he~...hampir seminggu juga mase yg sy ambil untuk menyiapkan kertas soalan bedasarkan silibus dan mengikut kemampuan murid2....sebelum peperiksaan,sy memberikan sedikit motivasi bagi memberikan suntikan semangat kedalam diri mereka....kerana diwaktu peperiksaan itu nanti tiada siapa yg dapat membantu mereka selain dari diri mereka sendiri...sy juga tidak mahu menjadi guru yg tidak amanah jika sy membantu mereka dalam peperiksaan...sy mahu melahirkan insan yg berjaya atas usaha mereka sendiri...

Selesai sahaja peperiksaan bulan Ogos..bermulalah aktiviti yg telah siap dirancang..kali ini sy dilantik sebagai hakim bagi mengadili murid-murid yg menyertai pertandingan lagu patriotik...memandangkan objektif bagi pertandingan ini untuk menyemai sikap cintakan negara...sy melihat dan menilainya dari semangat dan penghayatan murid-murid ketika menyampaikan nyayian mereka...

Murid-murid yg sangat gembira,bila tibanya kelas subjek Seni..


BULAN KEEMPAT....SEPTEMBER

Menjelang bulan september..murid-murid kembali belajar seperti biasa..terutamanya murid-murid tahun6 yg akan menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR)..bagi murid2 lain mereka juga belajar seperti biasa untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun....kali ini tugas sy agk mencabar..sy perlu habiskan silibus dan memastikan anak2 murid dibawah didikan sy memahami topik yg di ajar..kerana soalan akhir tahun ini dibuat oleh jabatan pelajaran daerah...ini bermakna sy tidak dapat menjangkakan soalan apakah yg masuk...apa yg sy buat hanyalah memberikan mereka latihan berulang kali dan mengulangkaji pelajaran bersama-sama..sehingga satu masa..anak murid sy bertanya”cikgu soalan ni kita dah pernah buat kan..kenapa perlu buat lagi”?jawapan sy”ya,memang kita pernah buat, soalan nampak sama tp cuba kamu perhatikan terdapat perbezaan disitu....kalau sama pun,tak salah untuk kamu buat lagi..jika soalan seperti ini keluar dalam peperiksaan,kamu dapat menjawabnya dengan mudah kan?”murid tersebut terdiam..walaupun sedikit malas(mungkin kepenatan)dia teruskan juga menjawab latihan yg diberi....


BULAN KELIMA...OKTOBER

Masih lagi dalam mood belajar dan mengulangkaji pelajaran...sekali-sekala murid2 membuat latihan bagi Majlis Perpisahan dan Penyampaian Hadiah....untuk majlis ini sy diminta untuk mengajar tarian melayu untuk dipersembahkan pada majlis itu nanti....mulanya sy menolak...kerana sy sendiri tidak tahu bagaimana mana hendak menari “Tarian Melayu”..salah seorang guru berbangsa cina disana berkata:”nanti kamu tengok la kat YouTube,nanti sy tolong la kamu..”sy hanya tersenyum dan senyap..dan tidak memberikan kata putus..sehinggakan hampir setiap hari guru tersebut bertanya:”su..kamu dah fikir ke nak buat apa?”jawapan sy: “ha..yer la...nanti la...”(dengan nada yg yakin...walau hakikatnya sy masih mencri tarian yg sesuai)hari ke hari sy cuba memikirkannya...You Tube pun sy buka...bila tgk gerak tarinya sy tidak yakin yg murid sy mampu melakukannya..sy juga minta pendapat kwn2 dan adik beradik mengenai tarian melayu yg mempunyai gerak tari yg mudah...lalu adik sy mencadangkan sy mengajar mereka ber”dikir barat “menggunakan lagu dikir puteri...Dan hari itu bermulalah episod”Dikir Barat”...Di rumah, adik sy membantu memberikan step(gerak-geri) yg mudah...sambil kami memikirkannya bersama-sama...bila tiba waktu latihan..sy mengajar mereka dengan yakinnya sambil dibantu oleh seorang lagi guru yg berbangsa cina itu td...

Membuat persembahan di SJKC CHUNG SIN


BULAN KEENAM....NOVEMBER

Bulan terakhir bagi sessi persekolahan 2009..dan mungkin bulan terakhir sy disini~~ketika bulanini, pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yg telah dirancang lebih awal, bagi mengisi kekosongan waktu selepas tamat peperiksaan..antara programnya:-

- Pertandingan Nyayian Solo

- Pertandingan Membuat Sandwic

- Pertandingan Tulisan Kursif

- Pertandingan membina Ayat Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

- Program Rimup(rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan)

- Majlis Perpisahan dan Penyampaian Hadiah

Untuk program RIMUP ini menggabungkan 3buah sekolah..iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil..program ini sangat menarik kerana objektifnya adalah untuk merapatkan lagi hubungan murid-murid dan guru-guru berlainan sekolah, agama, bangsa dan bahasa...sy berpeluang menjejakkan kaki disekolah jenis kenbangsaan Tamil...walaupun sekolahnya juga agak kecil..tetapi landskapnya juga sangat cantik..di dalam program ini sekolah ini telah memperkenalkan kebudayaan India...antara acara yg telah diadakan ialah mebuat kolam dan thoranai(hiasan yg ddiperbuat dari daun kelapa muda)...gembiranya sy dapat mengenali budaya india..

Pertandingan-pertandingan lain juga dijalankan dengan lancar~~seperti biasa..sy akan jadi jurinya..hehehe...keputusannya di JARI sy..hehhe.. Majlis Perpisahan dan Penyampaian Hadiah adalah acara terakhir dan acara penutup sebelum semuanya bercuti~di majlis ini, tibalah masanya anak didikan “dikir barat” sy membuat persembahan~~alhamdulillah mereka dapat persembahkannya dengan baik~ Kini segalanya sudah berakhir....mungkinkah sy akan kembali kesana???itu sy tidak pasti~~

Walau apapun..sy sangat berterima kasih kepada Guru Besar EN TAN KOH SUN..guru-guru SJKC dan staf2 sokongan kerana telah banyak memberikan bantuan dan pengalaman pertama sebagai seorang pendidik di sekolah harian ini....pengalaman ini sy kongsikan khas wat sahabat2 yg tertanya2 dan yg ingin mengetahui aktiviti sy,sepanjang tempoh sy di sana~..sy juga ingin berterima kasih kepada YOUNG SIN Ee sahabat seguru sy yg menumpangkan sy ke sekolah setiap hari~sy juga amat menghargai mereka yg amat menghormati sy sebagai seorang ISLAM~tq!!

sy slalu mengenakan mereka...he~~Mungkinkah sy akan berjumpa lagi dengan 2orang murid yg nakal ini??mungkin ada~~

FAKTA

*Dikelaskan sebagai Sekolah Kurang Murid(SKM)..jumlah keseluruhan murid 14orang,hanya 5 org murid berbangsa cina dan selebihnya berbangsa Melayu,India Muslim dan Asli.

*Di setiap darjah sekurang-kurangnya terdapat hanya 1-2 orang murid dan paling ramai 5orang murid

*Perhimpunan hari Isnin selepas waktu rehat jam10.45 minit pagi dan bukannya pada jam 7.30 pagi seperti sekolah-sekolah biasa

*Setiap kali perhimpunan semua murid akan berlatih membaca buku dalam Bahasa Cina@Bahasa Inggeris@Bahasa Melayu

*Matapelajarannya yg lebih banyak berbanding sekolah-sekolah kebangsaan

*kantin Sekolah tidak dibuka,memandangkan murid yg sedikit dan majoriti semuanya mendapat RMT (Rancangan makanan Tambahan)

*Mesyuarat PIBG dilakukan disebelah Malam.

*Setiap pertandingan yg diadakan,..semua murid wajib menyertainya...sekurang2kurangnya murid membawa pulang satu hadiah setiap seorang...

Cara memohon GSTT

Sesiapa yg berminat utk menjadi Guru sandaran tidak terlatih(GSTT)boleh la memohon dan mengambilborang di pejabat pendidikan Daerah (PPD) yg berhampiran dengan anda..anda akan dipanggil interview jika ada kekosongan..@

Pergi kesekolah yg berkenaan, yg terdapat kekosongan guru, dan minta sokongan daripada guru besar@pengetua

Gaji mengikut kelayakan akademik anda

p/s:Video sepanjang sy berada disana dibuat oleh sahabat seguru sy disana>>>Yong Sin Ee

Friday, January 8, 2010

Bintang yg bakal memusnahkan bumi??



Pejam celik,pejam celik..hari ini(ketika entry ini di post)kita sudah pun berada di hari ke-8 tahun 2010..pantas rasenya masa berlalu meninggalkan kita bersama2 peristiwa-peristiwa yg pahit dan manis...moga mana yg baik kita ambil dan yg buruk kita tinggalkan~~insyaALLAH~

Di sini ingin sy ingi kongsikan dengan anda mengenai bintang yg bakal memusnahkan bumi..berita penuhnya dibawah ini, sy petik di halaman Global harian Metro yg bertarikh 7 Januari 2010..mungkin ada sebahagian daripada kita sudah membacanya...bagi yg belum..anda boleh membacanya disini~

Menurut laporan ini bintang tersebut mampu memusnahkan lapisan ozon sekaligus merentungkan dan memusnahkan kehidupan di bumi...masyaALLAH~bintang ini juga dikatakan penyebab akan berlakunya Kiamat..ALLAH hu A'lam~~Hanya Allah yg maha kuasa dan DIAlah penentu segalanya~

Kita sebagai manusia dimuka bumi yg percaya kepada kewujudan ALLAH SWT haruslah terus berdoa, bersyukur dan berusaha meningkatkan amalan kita supaya sentiasa dilindungi oleh ALLAH SWT..segala yg berlaku dimuka bumi juga adalah di atas kehendakNYA, mungkin hari ini manusia boleh menjangkakan tarikh berlakunya hari kiamat..tetapi manusia tidak boleh melawan kuasanya~~jika hari ini tiba masanya, maka berlakulah ia~~firmaNYA dalam surah yasin ayat 82:

إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ

Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi

"USIA SEMAKIN MENINGKAT, AMALAN PERLU DIPERTINGKAT"

bintang yg dijangka memusnahkan bumi

LONDON: Pakar astronomi mendedahkan semalam yang sebutir bintang dijangka meletup begitu kuat hingga dapat memusnahkan bumi. Ia akan musnah sendiri dalam letupan yang dikenali sebagai supernova dengan kekuatan yang sama dengan 20 bilion bilion bilion mega tan bahan letupan. Kajian terbaru menunjukkan bintang itu, T Pyxidis, berada lebih dekat dengan jangkaan sebelum ini, 3,260 tahun cahaya, satu lompatan pendek dalam kiraan galaksi.Kesan letupan termonuklear itu boleh memusnahkan lapisan ozon bumi yang menjadi penghalang radiasi berbahaya. Jika keadaan itu berlaku, kehidupan di bumi akan rentung. Senario hari kiamat itu didedahkan semalam oleh pakar astronomi dari Universiti Villanova di Philadelphia, Amerika Syarikat. Mereka berkata, satelit penjelajah ultraviolet antarabangsa menunjukkan kepada mereka bahawa T Pyxidis sebenarnya terdiri daripada dua bintang, satu digelar kenit putih yang menyedut gas dan semakin membesar. Apabila mencapai berat kritikal, ia akan meletup sendiri. Ia akan bercahaya seperti semua bintang lain dalam galaksi yang disatukan. Pakar berkata, teleskop angkasa lepas Hubble merakamkan gambar bintang itu dengan beberapa siri letupan kecil yang dipanggil novas. Letupan itu sering berlaku setiap 20 tahun bermula pada 1890 tetapi terhenti selepas 1967. Ini bermakna letupan untuk 20 tahun berikutnya sudah tertangguh, kata saintis, Edward M Sion, Patrick Godon dan Timothy McClain dari Perstuan Astronomi di Washington. Robin Scagell, Naib Presiden Persatuan Astronomi Popular berkata: “Bintang itu mungkin menjadi supernova sedikit masa lagi. Bagaimanapun, tempoh itu masih terlalu jauh. Jangan bimbang.” - Agensi