**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**

Saturday, July 30, 2011

::Ramadhan Datang lagi..(^_^)v::





SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KARIM....
DAN SELAMAT BERIBADAH!



Wednesday, July 27, 2011

::Fahami kadar, nisab dan haul zakat::

Adakah kadar, nisab dan haul zakat bagi semua jenis harta zakat adalah sama, yakni 1/40, mesti bersandarkan 85 gram emas dan wajib menggenapi satu tahun? Sebenarnya kadar zakat adalah berbeza-beza mengikut jenis harta zakat dan ia sudah ditentukan oleh Islam.


Pertama, zakat pertanian, seperti padi, gandum, jagung dan sebagainya lagi, dikenakan kadarnya lima peratus jika diairi dengan usaha dan teknologi manusia dan 10 peratus jika diairi sepenuhnya oleh air hujan. Nisabnya adalah lima ausuq/ wasaq. 1 wasaq = 60 sha’. 1 sha’ = 275 gram. Maka, satu wasaq = 60 x 275 gram = 16,500 gram. Lima wasaq = 5 x 60 x 275 = 82,500 gram = 82.5 kg. Di samping itu, tiada ditetapkan pemilikan setahun kepada hasil pertanian, yakni tiada haul ke atasnya. Maka, ia dizakatkan selepas sahaja dituai hasilnya. Allah menyatakan hal ini di dalam surah al-An’am: 141.


Keduanya zakat penternakan, yang mana kadar zakat dan nisabnya adalah berbeza-beza di antara jenis-jenis binatang ternakan. Unta mencapai nisabnya pada jumlah lima ekor, lembu dan kerbau 30 ekor dan kambing pula 40 ekor. Kadar zakatnya berubah-ubah berdasarkan pertambahan bilangan haiwan berkenaan dan haulnya adalah satu tahun dan dikira termasuk anak haiwan yang baharu lahir.


Ketiganya, zakat harta galian atau dikenali juga harta rikaz (yakni terdiri daripada kunuz dan ma’din). Kunuz bermaksud harta milik orang jahiliyah zaman dahulu yang tertanam di dalam perut bumi dan nisabnya ialah 1/5 dan haulnya adalah semasa harta berkenaan ditemui. Manakala ma’din pula merujuk kepada harta galian yang diciptakan oleh Allah SWT secara alami dan berada di dalam perut bumi, misalnya emas dan minyak petroleum. Ulamak fikah berbeza pendapat di sini. Di sisi Hanbali, disyaratkan nisabnya mestilah menyamai 20 misqal emas atau 200 dirham perak dan baharulah dikeluarkan zakatnya 1/5. Haulnya juga adalah semasa ia ditemui. Bagi pendapat Syafie dan Zhahiri, mereka hanya mengenakan zakat galian ke atas emas sahaja dan tidak kepada harta galian yang selain daripada itu sebanyak 1/5. Manakala Hanafi tidak meletakkan sebarang syarat jenis galian dan nisab, yakni wajib dikeluarkan 1/5 daripadanya sebagai zakat apabila sahaja ia ditemui dan haulnya juga adalah semasa ia dijumpai.


Keempat, Zakat harta berasaskan mata wang seperti zakat wang simpanan, zakat pendapatan, zakat saham, zakat perniagaan dan zakat emas. Kadarnya adalah 1/40 atau bersamaan dua perpuluhan lima peratus (2.5 peratus). Nisabnya adalah didasarkan kepada harga berat 85 gram emas semasa dan haulnya adalah mencapai tempoh satu tahun setelah dimiliki. Wallahua’lam.

*sumber dari blog zakat selangor

Saturday, July 23, 2011

::KEHENDAK vs KEPERLUAN::

NSY nk menyebut ttg kehendak memiliki harta...Bila sebut "kehendak" macam2 kita nak beli..macam2 kita nak miliki mengikut Kehendak..kadang2 kehendak terpaksa dilupakan dek kerana ketidakmampuan..betul dak....??bila dah abis blaja..dah pun bekerje..pasti kita impikan kenderaan idaman,rumah idaman dn sebagainya kan...camtu gak la NSY....dolu2 " kehendak"@keinginan NSY utk memiliki model Myvi SE, kaler Oren..tp..harganya sudah tentu lebih mahal dari Myvi yg biasa2...
tp disebabkan "ketidakmampuan"(serta memikirkan masa hadapan)....NSY pun amik aje la Myvi EZI 1.3 color silver jer...(yg kosong tanpa xsesori.....itupun last stok..entah2 yg display punya..huhu..)..disebbkan terlalu memerlukan pengangkutan amik jugak la model ni(xbleh tunggu dah dn sbb2 tertentu)...dengan harapan suatu hari nanti..dapatlah NSY modified(spoiler+sportrim+tinted+door lining) kasi cantik cm dlm gambar ni...hehe...

Bila NSY dah tempah Myvi EZI 1.3 color silver...tup2 kluar plak Myvi baru color Pink(my feberet color plak tu..huhu..pink..ala2 purple..)....hhu..sabo aje la~~rasa macam nak p tukar jer keta Myvi silver ni ngan model pink tuh...tp apakan daya..nak tukar color keta..bukan mcm tuka casing nset..huhu..sudahnya sampai skang la..NSY pakai Myvi EZI 1.3 color silver ni..ape2 pun tetap syukur..ada dari takder...he...dan skang NSY da selesa dengan Myvi silver ni..hihi..
Habis pasal kereta..kalau sebut pasal rumah plak....NSY nak bina rumah cam gambar ni...ha..cantik tak??harga??ermm..xtaulah..maklumlah skang ni harga hartanah dah semakin melambung..hu...

Disebabkan minat bergambar dn mgambil gambar. NSY teringin utk memiliki DSLR D3100(ini pun dikira jenis "mampu milik"...kalau ikutkan hati mesti nak model yg lagi bagus..tak gitu??..he..)...tp skang ni..camera compact pun xda...huhu..simpan duit utk DSLR D3100...(becoming soon)....kalau ader sape2 yg rasa baik hati..bleh la hadiahkan 3 aset ni kt NSY (xsesori kereta+rumah+DSLRD3100)..hehe..
Itulah...bila KEHENDAK vs KEPERLUAN...kalau ikutkan hati mcm2 nak...nak itu..nk ini...tp skang ni kena utamakan KEPERLUAN sebelum KEHENDAK...xsalah utk memiliki harta idaman asalkan mampu milik dan tak membebankan..(^_^)V..