**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**

Friday, June 13, 2014

Nisfu Sya'ban

Bismillahirrahmannirrahim...


Nisfu Sya'aban. Apa kata para ustaz?


1. Ustaz Azhar Idrus: 


"Tidak disebut malam Nisfu Sya'aban baca Ya Sin. Tak ada nas. Takdok belaka (tak ada dalil). Boleh buat tak (baca Ya Sin)? Ikut pandailah nak buat apa pun. Asal segala kebajikan boleh belaka (boleh pahala dan ganjaran). Bawa datanglah kitab hadis mana pun, tidak disebut suruh baca Ya Sin, tazkirah, ceramah, suruh sembahyang, puasa. Tidak disebut." 


2. Tuan Guru Nik Abdul Aziz: 


"Orang kita sedikit over dalam bab Nisfu Sya'aban. Melebihkannya melebihi dari amalan solat berjemaah. Sedangkan pahala solat jemaah itu besar. Padahal pahala tahajjud pun besar juga. Tapi, orang kita tak pula bersungguh. Tak tahu kerana apa kita tinggalkan tahajjud sedangkan pahalanya besar, yang diutamakan pula adalah Nisfu Sya'aban. 


Hadis mengenai Nisfu Sya'aban tidaklah begitu kuat. Namun, ianya memang mempunyai fadilat tersendiri. Amalan sukarela, sunat." 

3. Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri: 

Imam Syafi'i Rahimahullah menyebut, 


"Telah sampai kepada kita bahawa doa telah dimustajab pada 5 malam; malam Jumaat, malam dua hari raya (Aidilfiri dan Aidiladha), malam awal Rejab, dan malam Nisfu Sya'aban." 

Dan beliau menyatakan,

"Aku amat suka, cenderung dengan apa yang aku hikayatkan pada malam-malam tersebut ini." Jadi, daripada kenyataan ini, jelas menunjukkan pada kita bahawa malam Nisfu Sya'aban ini boleh diamalkan. 

Beberapa perkara yang jangan dilakukan oleh kita:- 

- Jangan kita beri'tikad inilah amalan yang Nabi lakukan. Tidak ada nas yang sahih dan sorih mengenainya. 


- Jangan kita kata pada malam tersebut, ada solat khas misalnya ada namanya solat al-Raghaib dll. Imam Nawawi berkata, "Ini adalah bid'atun munkarah (bid'ah yang diingkarkan)". Tak ada solat khas. Kalau ada, itu tak betul. 

Yang sepatutnya adalah, kita mendirikan malam. Kita bukan sekadar baca Ya Sin, kita juga baca ayat al-Quran yang lain, kita juga berzikir, kita juga belajar ilmu dalam majlis ilmu, kita juga banyak berdoa, banyak bertaubat pada Allah, menghidupkan malam (bangun malam), maka cara macam ini tidaklah menjadi kesalahan. Bahkan nas Imam Syafi'i tadi seolah-olah menggambarkan galakan dan harapan. Yang sepatutnya, inilah yang sewajarnya kita lakukan." 

-- 
Selamat beribadat. Doakanlah yang terbaik untuk diri dan agama.


Amalan Nisfu Sya'ban..antara Bid'ah dan sunnah .....dapatkan bacaan anda di sini..

Benarkah Catatan Amalan ditutup pada Nisfu Sya'ban???

Bismillahirahmanirrahim....

Alhamdulillah...zaman dunia di hujung jari ni....senang je maklumat nak sampai...kadang2 tu tak baca surat khabar satu hari pun takde masalah....maklumat cepat je sampai dengan aplikasi yang ada dekat smartphone anda..kan..kan??zaman ni jugak nsy tengok ramai yg cuba untuk share perkara yang baik2...ye la kan..benda yang baik haruslah dikongsi....dalam berkongsi-kongsi tu..ada jugak musykilnya...kena buat banyak kajian dan bacaan...untuk mendapatkan maklumat yang soheh....

dan yang paling nsy nak tahu tentang perkara ini: 
Benarkah Catatan Amalan ditutup pada Nisfu Sya'ban??

Jawapannya:

Tidak pernah jumpa dalil maupun keterangan ulama bahawa buku catatan amal hamba ditutup di malam nisfu Sya’ban atau ketika bulan Sya’ban. Namun, mungkin ramai yang salah faham dan membuat tafsiran yang salah terhadap hadis, dari Usamah bin Zaid, beliau bertanya,


يَا رَسُولَ اللَّهِ، لَمْ أَرَكَ تَصُومُ شَهْرًا مِنَ الشُّهُورِ مَا تَصُومُ مِنْ شَعْبَانَ
“Wahai Rasulullah, saya belum pernah melihat anda berpuasa dalam satu bulan sebagaimana anda berpuasa di bulan Sya’ban?”


Nabi s.a.w bersabda,

ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ، وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ، فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ
“Ini adalah bulan yang sering dilalaikan banyak orang, bulan antara Rejab dan Ramadhan. Ini adalah bulan dimana amal-amal diangkat menuju Rab (Tuhan) semesta alam. Dan aku ingin ketika amal aku diangkat, aku dalam keadaan berpuasa.’” (HR. An Nasa’i 2357, Ahmad 21753, Ibnu Abi Syaibah 9765 dan Syuaib Al-Arnauth menilai ‘Sanadnya hasan’).


Dalam hadis tu, Nabi s.a.w mengatakan, bahawa amalan para hamba-Nya dilaporkan adalah ketika bulan Sya’ban, dan sebab itu, baginda memperbanyak puasa di bulan Sya’ban.


Rasulullah s.a.w tidak menentukan bila tarikh peristiwa pelaporan amal itu terjadi. Bahkan zahir hadis menunjukkan, itu terjadi selama satu bulan. Sebab tu, puasa yang dilakukan Rasulullah s.a.w di bulan Sya’ban tidak pada tarikh-tarikh tertentu. Baginda juga tidak menganjurkan agar kita memilih pertengahan Sya’ban untuk puasa, yang beliau lakukan adalah memperbanyak puasa selama Sya’ban.


Untuk itu, siapa yang beranggapan dianjurkan memperbanyak ibadah ketika pertengahan Sya’ban, dengan anggapan bahwa ketika itu terjadi pelaporan amal, maka dia harus mendatangkan dalil. Tanpa dalil, bererti dia menyangka perkara ghaib. Dan tentu saja, pendapatnya wajib ditolak.


Dalam hadis itu sedikitpun tidak menyebutkan adanya penutupan buku catatan amal. Baginda hanya menyampaikan ketika bulan Sya’ban terdapat pelaporan amal dan bukan penutupan catatan amal.


Tidak ada istilah penutupan buku amal dalam islam. Kerana kaum muslimin dituntut untuk selalu beramal dan beramal sampai ajal menjemputnya. Allah berfirman,


وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّى يَأْتِيَكَ الْيَقِينُ
“Beribadahlah kepada Tuhanmu sampai datang kepadamu Al-Yaqin.” (QS. Al-Hijr: 99)


Para ulama tafsir sepakat bahwa makna Al-Yaqin pada ayat di atas adalah kematian. Kerana setiap manusia dituntut beramal dan beribadah selama akalnya masih berjalan.


Nabi s.a.w menasihatkan agar kita selalu menjaga iman, dengan istiqamah beramal. Ada seorang sahabat yang meminta nasihat kepada beliau. Yang nasihat ini akan selalu dia jaga selama hidupnya. Nasihat yang beliau sampaikan sangat ringkas,


قلْ آمنتُ بالله ثم استقم
Katakan, Saya beriman kepada Allah, kemudian istiqmahlah.” (HR. Ahmad 15416 dan sanadnya shahih).


Dan yang namanya istiqamah, tentu saja tidak akan ada putusnya.

Al-Imam Ahmad pernah ditanya, ‘Bila waktu untuk istirahat?’ beliau menjawab,


عند أول قدم نضعها في الجنة
“Ketika pertama kali kita menginjakkan kaki kita di surga.”


Sekali lagi tidak ada istilah istirahat beramal atau buku catatan amal ditutup sementara. Amal kita yang dihisab tidak hanya ketika nisfu Sya’ban, namun juga di bulan-bulan lainnya. Semoga Allah meringankan kita untuk terus istiqamah meniti jalan kebenaran. Amin..

Kesimpulan:

Tiada istilah buku amalan ditutup dan digantikan dengan buku baru kerana tiada dalil sahih berkaitan dengannya.
Amalan kita sentiasa dihisab oleh Malaikat Raqib dan Atid dan dilaporkan kepada Allah.
Amalan kita hanya akan berakhir apabila kita mati.
Amalan yang paling baik ialah ISTIQAMAH, bukannya pada bulan tertentu atau hari-hari tertentu sahaja. 
Semoga semua faham, dan tidak lagi menyebarkan hadis-hadis palsu dan berita yang dibuat-buat dalam agama. sesiapa yang mendapat info-info berkaitan agama terutama yang disertakan hadis Nabi s.a.w, tolonglah cari dan tanya dulu status hadis tu sebelum sebarkan... Nabi s.a.w pernah bersabda, :

Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ash radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah salallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sampaikanlah dariku walau satu ayat, dan ceritakanlah tentang Bani Israil tanpa perlu takut. Dan barangsiapa berbohong ke atasku dengan sengaja maka bersiaplah dia mengambil tempat duduknya di Neraka.” (Riwayat Al-Bukhari)


Jadi.. berhati-hatilah sebarkan tentang sesuatu berita... 
Firman Allah yang bermaksud: 
“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiki kebenarannya supaya kamu tidak menyampaikan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu, sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan.” 
[Al Hujarat ayat 6.]


Amalan-Amalan manusia di angkat dan bukan ditutup.....bila amalan manusia di angkat??

CATATAN AMALAN

Dakwaan yang mengatakan catatan amalan ditutup pada akhir Zulhijjah, dan dibuka pada awal Muharram tidak didasari dengan dalil al-Quran, tidak juga daripada hadith Nabi saw.
Hadith2 yang sahih/ thabit menyebut bahawa amalan kita dibentangkan pada:

1. Setiap hari (setiap pagi dan petang.)

2. Dua kali setiap minggu (setiap Isnin dan Khamis)

3. Setiap tahun, iaitu pada bulan Syaaban. (Bukan nisfu Syaaban. -Hadith palsu juga banyak berkisar tentang nisfu syaaban-)

Hadith2 sahih/thabit bagi setiap kategori adalah seperti berikut :
✅1. Amalan diangkat/dibentang 2 kali setiap hari :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " يَتَعَاقَبُونَ فِيكُمْ مَلاَئِكَةٌ بِاللَّيْلِ وَمَلاَئِكَةٌ بِالنَّهَارِ، وَيَجْتَمِعُونَ فِي صَلاَةِ الْفَجْرِ وَصَلاَةِ الْعَصْرِ، ثُمَّ يَعْرُجُ الَّذِينَ بَاتُوا فِيكُمْ، فَيَسْأَلُهُمْ وَهْوَ أَعْلَمُ بِهِمْ كَيْفَ تَرَكْتُمْ عِبَادِي فَيَقُولُونَ تَرَكْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ، وَأَتَيْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ ".
Rasulullah saw bersabda, maksudnya : 
"Para malaikat (syif) malam dan malaikat (syif) siang silih berganti turun kepada kalian. Mereka berkumpul pada setiap waktu Subuh dan setiap waktu Asar. Kemudian, malaikat yg menjaga kalian (jika waktu Subuh, malaikat malam, jika waktu Asar, malaikat siang) naik ke atas. Allah pun bertanya kepada malaikat2 itu - walhal Dia lebih mengetahui tentang hamba2-Nya :

'Dalam keadaan bagaimana kamu semua tinggalkan hamba2Ku itu?'
Jawab para malaikat : 'Kami tinggalkan mereka dalam keadaan mereka sedang solat. Begitu juga ketika kami datang kepada mereka, mereka sedang solat.'"

(Sahih Bukhari, Kitab Waktu-Waktu Sembahyang, Bab Fadilat Sembahyang Asar. ) -Hadith Sahih-
Berbahagialah bagi mereka yang menunaikan solat Subuh dan solat Asar, lebih-lebih lagi di awal waktu.



✅2. Amalan juga diangkat setiap Isnin dan Khamis, dua kali seminggu :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " تُفْتَحُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ يَوْمَ الاِثْنَيْنِ وَيَوْمَ الْخَمِيسِ فَيُغْفَرُ لِكُلِّ عَبْدٍ لاَ يُشْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا إِلاَّ رَجُلاً كَانَتْ بَيْنَهُ وَبَيْنَ أَخِيهِ شَحْنَاءُ فَيُقَالُ أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا " .

Rasulullah saw bersabda, maksudnya :
"Amalan2 manusia dibentangkan setiap minggu pada hari Isnin dan Khamis. Allah pun mengampunkan dosa setiap hamba-Nya yang beriman, kecuali hamba yang saling bermusuhan. Lalu dikatakan kepada para malaikat, 'Tinggalkan dahulu mereka berdua ini, sehinggalah mereka berdamai."
(Sahih Muslim, Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, Bab Larangan Saling Bermusuhan Dan Saling Tidak Mempedulikan.) -Hadith Sahih.-



✅3. Amalan dibentangkan setiap tahun, pada bulan Syaaban. (Bukan Nisfu Syaaban)

عن زيد بن أسامة رضي الله عنهما قال: قلت: يا رسول الله لم أرك تصوم من شهر من الشهور ما تصوم في شعبان؟ قال: ذلك شهر يغفل الناس عنه بين رجب ورمضان، وهو شهر ترفع فيه الأعمال إلى رب العالمين، فأحب أن يرفع عملي وأنا صائم.

Usamah bin Zaid ra melaporkan, katanya, "Saya pernah bertanya, 'Wahai Rasulullah, mengapa saya tidak pernah lihat tuan berpuasa dalam bulan lain, sebanyak puasa tuan dalam bulan Syaaban?'
Jawab Rasulullah saw, "Itulah bulan yang ramai manusia lalai, antara bulan Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yg diangkatkan amalan kepada Tuhan sekelian alam, dan saya suka amalan saya diangkat dalam keadaan saya sedang berpuasa.'"
(Al-Sunan al-Sughra, Kitab Puasa.) -Hadith Hasan-



Komen NSY:  Maka disini jelaslah bahawa amalan manusia tidak ditutup dan tidak dibuka baru..cuma amalan kita diangkat...