~~Dunia Dikelek Akhirat DiJunjung~~ Dunia di umpamakan tempat 'membayar' di akhirat nanti tempat 'bermain'. Bayar di sini berseronoklah di sana.
Saturday, July 30, 2011
Wednesday, July 27, 2011
::Fahami kadar, nisab dan haul zakat::
Pertama, zakat pertanian, seperti padi, gandum, jagung dan sebagainya lagi, dikenakan kadarnya lima peratus jika diairi dengan usaha dan teknologi manusia dan 10 peratus jika diairi sepenuhnya oleh air hujan. Nisabnya adalah lima ausuq/ wasaq. 1 wasaq = 60 sha’. 1 sha’ = 275 gram. Maka, satu wasaq = 60 x 275 gram = 16,500 gram. Lima wasaq = 5 x 60 x 275 = 82,500 gram = 82.5 kg. Di samping itu, tiada ditetapkan pemilikan setahun kepada hasil pertanian, yakni tiada haul ke atasnya. Maka, ia dizakatkan selepas sahaja dituai hasilnya. Allah menyatakan hal ini di dalam surah al-An’am: 141.
Keduanya zakat penternakan, yang mana kadar zakat dan nisabnya adalah berbeza-beza di antara jenis-jenis binatang ternakan. Unta mencapai nisabnya pada jumlah lima ekor, lembu dan kerbau 30 ekor dan kambing pula 40 ekor. Kadar zakatnya berubah-ubah berdasarkan pertambahan bilangan haiwan berkenaan dan haulnya adalah satu tahun dan dikira termasuk anak haiwan yang baharu lahir.
Ketiganya, zakat harta galian atau dikenali juga harta rikaz (yakni terdiri daripada kunuz dan ma’din). Kunuz bermaksud harta milik orang jahiliyah zaman dahulu yang tertanam di dalam perut bumi dan nisabnya ialah 1/5 dan haulnya adalah semasa harta berkenaan ditemui. Manakala ma’din pula merujuk kepada harta galian yang diciptakan oleh Allah SWT secara alami dan berada di dalam perut bumi, misalnya emas dan minyak petroleum. Ulamak fikah berbeza pendapat di sini. Di sisi Hanbali, disyaratkan nisabnya mestilah menyamai 20 misqal emas atau 200 dirham perak dan baharulah dikeluarkan zakatnya 1/5. Haulnya juga adalah semasa ia ditemui. Bagi pendapat Syafie dan Zhahiri, mereka hanya mengenakan zakat galian ke atas emas sahaja dan tidak kepada harta galian yang selain daripada itu sebanyak 1/5. Manakala Hanafi tidak meletakkan sebarang syarat jenis galian dan nisab, yakni wajib dikeluarkan 1/5 daripadanya sebagai zakat apabila sahaja ia ditemui dan haulnya juga adalah semasa ia dijumpai.
Keempat, Zakat harta berasaskan mata wang seperti zakat wang simpanan, zakat pendapatan, zakat saham, zakat perniagaan dan zakat emas. Kadarnya adalah 1/40 atau bersamaan dua perpuluhan lima peratus (2.5 peratus). Nisabnya adalah didasarkan kepada harga berat 85 gram emas semasa dan haulnya adalah mencapai tempoh satu tahun setelah dimiliki. Wallahua’lam.
*sumber dari blog zakat selangor
Saturday, July 23, 2011
::KEHENDAK vs KEPERLUAN::
Habis pasal kereta..kalau sebut pasal rumah plak....NSY nak bina rumah cam gambar ni...ha..cantik tak??harga??ermm..xtaulah..maklumlah skang ni harga hartanah dah semakin melambung..hu...