~~Dunia Dikelek Akhirat DiJunjung~~ Dunia di umpamakan tempat 'membayar' di akhirat nanti tempat 'bermain'. Bayar di sini berseronoklah di sana.
Sunday, June 24, 2012
::Selamat Tinggal Dunia::
Friday, January 27, 2012
::Bakal Jenazah::
Umi angkat yg sudi mengambil NSY, semasa program Anak Angkat Wawasan Desa IPT dahulu ..disini jugalah NSY bertemu dengan adinda Mimie Aziz..bertahun tidak berjumpa dek kesibukan hal masing-masing...sungguh! lama sudah tidak ketemu Umi Ani..anak kepada Nenda Ibrahim ini..kesempatan yg ada ketika itu NSY lapangkan...
SUDAH SAMPAI MASANYA...
Saturday, December 17, 2011
::Ada Apa Dengan Baju Kurung??::
Monday, May 9, 2011
::Hari-Hari adalah hari IBU dan bapa::

Saturday, March 5, 2011
Misteri Kematian burung dan ikan di beberapa buah negara


p/s: artikel seumpama ini pernah saya baca di akhbar..tertanya2 juga ape penyebab kepada kejadian ini...menurut artikel diatas pelbagai tafsiran mengenai kejadian tersebut...kalau ader sesiapa yg menemui bukti..jangan lupe kongsi ya..tq!
Thursday, March 18, 2010
"kabel" gagalkan visi

Bila isu ini mula timbul pelbagai lagi isu2 yg berkaitan di kupas sama...tajuk tulisan Rudy Fazrunisyam Samarudin di ruangan minda harian metro bertarikh 15 Mac 2010 yg bertajuk "kabel gagalkan visi" menceritakan masalah Kekurangan tenaga pengajar di luar bandar, ini disebabkan ada guru guna campur tangan individu berpengaruh untuk elak ditempatkan di sekolah pedalaman...membaca petikan2 tersebut...alangkah bertuahnya la mereka yang ada kabel, bila tidak suka dan tidak selesa,boleh tukar sesuka hati...bagi yg xder kabel...terpaksa la bersedia utk dihantar kemana sahaja...namun isu kabel ini sangat dikuatiri oleh kerajaan kerana akan akan menganggu usaha mereka bagi mengatasi masalah kekurangan guru di kawasan pedalaman....Mahu tidak mahu...guru sebenarnya haruslah bersedia dan berkorban menghadapai apa sahaja situasi....kerana pekerjaan seorang guru itu memerlukan pengorbanan yang besar, minat, ikhlas dan bersedia untuk berkhidmat...
p/s: Apa yg sy tertarik ialah perkataan "KABEL" itu...pengaruh kabel ini sangat besar...bukan sahaja di dalam bidang ini..malah mana2 bidang pun penggunaan kabel ini sangat berleluasa..terutamanya bagi mendapatkan pekerjaan....mereka yg tidak bergantung kepada kabel, perlu berusaha sendiri berkali-kali...walaupun kadang2 mengundang putus asa..namun bg mereka yg ada kabel...mudah saje kan..xperlu risau dan tak perlu berusaha lebih...apakan daya...inilah roda hidup manusia...
Monday, November 30, 2009
Topi paksa si pemakainya Senyum..
Di California seorang pelajar berjaya menghasilkan topi yang akan memaksa pemakainya sentiasa senyum(gambar diatas)..topi itu mampu mengesan riak wajah pemakai dan mencucuk jarum tajam ke kepala si pemakai jika berhenti senyum...pereka topi tersebut Lauren Mc Carthy menyatakan senyuman boleh membuatkan kita dan orang disekeliling kita rasa lebih bahagia...
-sumber:Harian Metro-
p/s: Senyumlah seIKHLAS hati..”kerana Senyuman itu satu sedekah”..(^_^)/..latih la diri anda daripada sekarang untuk melemparkan senyuman....senyum paksa-paksa tak manis..kelat jadinya..hehehe
Friday, June 12, 2009
EL-Nino....
-Petikan akhbar Kosmo! Pada 10 Jun 2009 di ruangan Negara-Kementerian itu dalam satu kenyataan akhbarnya semalam telah mengambil beberapa langkah awal membentuk kerjasama dengan beberapa agensi kerajaan yang berkaitan sebagai persediaan awal. "Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu Kebangsaan telah diadakan 23 Februari dan 8 Jun lalu untuk memastikan semua agensi kerajaan bersedia menghadapi fenomena ini,'' jelasnya. Selain itu, pihak kementerian turut melakukan pemantauan udara dengan kerjasama Unit Udara Polis Diraja Malaysia dan syarikat penerbangan swasta untuk mengesan pembakaran terbuka di beberapa kawasan berisiko seperti Selangor, Pahang dan Johor.


Jerebu merupakan petanda awal fenomena EL-Nino Ogos ini..
P/s: Menurut sumber Meteorologi Negara, Malaysia pernah dilanda EL-Nino sebanyak 12 kali, dan kali terakhir pada tahun 1998,jadi tahun ni merupakan kali ke13 fenomena ini di Malaysia...wah...dah banyak kali rupanya fenomena EL-Nino nih...yang betul2 sy tahu ttg fenomena ini pun bermula pada tahun 1998 yg lalu.......em...patut la 2,3 hari ni, panas semacam jer, nak plak pd waktu mlm...ingatkan nak hujan...tp hujannya tak turun2....heheh~~
Sunday, January 25, 2009
Kos Pengajian Islam: Pelajar Malaysia Di Mesir VS Pelajar Malaysia Di Malaysia
Prof DR. Ibrahim Khalaf Khilaf (bekas dekan Fakulti Syariah Univ. Al-Azhar) antara pensyarah daripada Timur tengah yg mengajar di Malaysia..
Jika di Malaysia Kelengkapan alat bantu mengajar seperti laptop dan LCD memberikan kelebihan kepada pensyarah dan juga pelajar disini,…keselesaan dan kemudahan bilik turorial dan kuliah berhawa dingin menjadikan pelajar di Malaysia seolah-olah seperti dimanjakan, adakah pekara ini juga benar???ura2 tidak wujud masalah bahasa antara pensyarah juga dikatakan sebagai penyumbang kepada KELULUSAN pelajar2 disini…sedangkan Pensyarah di Malaysia juga menggunakan Bahasa Arab sepenuhnya bagi subjek Arab dan Bahasa Inggeris sepenuhnya bagi subjek yg berbahasa Inggeris..malah ada sebahagian pensyarah juga terdiri daripada Negara timur tengah….di Malaysia juga Bahasa Arab yg sama digunakan….persoalannya adakah wujud perbezaan antara pelajar yg mengambil kos pengajian islam di IPTA/S di Malaysia dan Universiti di Mesir???dan mengapa penuntut Malaysia disana menghadapi kesukaran utk LULUS dan menamatkan pengajian…
P/s: Mungkin ada sebahagian Universiti di Timur tengah mempunyai kelengkapan dan kemudahan yg sama taraf dgn Malaysia…ini Cuma perbandingan secara umum dan alasan2 yg sering diberikan..sehingga menimbulkan tanda tanya…
Wednesday, December 24, 2008
Usia Bumi..

a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun... sekarang sudah 1439 =426 + 13 tahun hijrah...daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.. Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066
b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnyadengan menembaknya dengan sebuah roket... Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi... Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi.. Dan planet ini lebih besar daripada bumi... Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065....
c) Dan dikatakan kuasa Israel akanmencapai puncaknya pada tahun 2007.. Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa... . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat.. Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062... Dianggarkan Bumi AkanKiamat Antara Tahun 2062-2066 Wallahu'alam . .. Semua ini telah dikaji... Dan yangdipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun... Kita telah berada di bumi ini selama 1430 tahun... Cubalah anda kirakan sendiri.
Beribadatlah wahai umat Islam sekalian..... Ini adalah antara berpuluh-puluh artikel yg sisebarkan di internet . Dan jangan tunggu artikel seperti ini dikeluarkan baru kita nak buat amal. Benda ni dah diajar sejak kita kecil lagi. Kiamat pasti tiba... hanya orang yang leka dengan dunia shj yang akan rugi. berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh Allah. Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar. dan korang jangan risaula..aman dunia akhirat..sama- sama kita doakan kesejahteraan untuk semua umat Islam.







