**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**

Thursday, March 24, 2016

CARA NAK BUANG http://neocounter.neoworx-blog-tools.net/

Bismillahirahmanirrahim

Kali ni nsy nak kongsi cara nak buang neoworx-blogspot-tool.net dekat blog kita tu... nsy pun tak tahu apa benda alah tu..huhu..

1.log in acc blog
2.Setting

3.Terus pegi kat layout

4.Delete gadget neocounter
P/s: masa mula-mula buat aritu...puas cari gadget yang ada tulis neocounter ni...rupa-rupanya nsy da tukar nama dia masa edit blog dulu2..huhu..neocounter ni gadget yang boleh tahu berapa bilangan pengunjung blog kita...bila da lama takde org kunjung,,..dia linkan la ke website http://neocounter.neoworx-blog-tools.net/..
Agaknya la...haha
5.refresh@view blog
6.Done!!

Wednesday, December 9, 2015

DOORGIFT MURAH NAMPAK MAHAL

JOM..JOM ORDER!!!
NAK KASI MURAH2 JER
BOLEH LAYARI FB:-


WASSAP SAHAJA:- 0136465124


Friday, June 13, 2014

Nisfu Sya'ban

Bismillahirrahmannirrahim...


Nisfu Sya'aban. Apa kata para ustaz?


1. Ustaz Azhar Idrus: 


"Tidak disebut malam Nisfu Sya'aban baca Ya Sin. Tak ada nas. Takdok belaka (tak ada dalil). Boleh buat tak (baca Ya Sin)? Ikut pandailah nak buat apa pun. Asal segala kebajikan boleh belaka (boleh pahala dan ganjaran). Bawa datanglah kitab hadis mana pun, tidak disebut suruh baca Ya Sin, tazkirah, ceramah, suruh sembahyang, puasa. Tidak disebut." 


2. Tuan Guru Nik Abdul Aziz: 


"Orang kita sedikit over dalam bab Nisfu Sya'aban. Melebihkannya melebihi dari amalan solat berjemaah. Sedangkan pahala solat jemaah itu besar. Padahal pahala tahajjud pun besar juga. Tapi, orang kita tak pula bersungguh. Tak tahu kerana apa kita tinggalkan tahajjud sedangkan pahalanya besar, yang diutamakan pula adalah Nisfu Sya'aban. 


Hadis mengenai Nisfu Sya'aban tidaklah begitu kuat. Namun, ianya memang mempunyai fadilat tersendiri. Amalan sukarela, sunat." 

3. Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri: 

Imam Syafi'i Rahimahullah menyebut, 


"Telah sampai kepada kita bahawa doa telah dimustajab pada 5 malam; malam Jumaat, malam dua hari raya (Aidilfiri dan Aidiladha), malam awal Rejab, dan malam Nisfu Sya'aban." 

Dan beliau menyatakan,

"Aku amat suka, cenderung dengan apa yang aku hikayatkan pada malam-malam tersebut ini." Jadi, daripada kenyataan ini, jelas menunjukkan pada kita bahawa malam Nisfu Sya'aban ini boleh diamalkan. 

Beberapa perkara yang jangan dilakukan oleh kita:- 

- Jangan kita beri'tikad inilah amalan yang Nabi lakukan. Tidak ada nas yang sahih dan sorih mengenainya. 


- Jangan kita kata pada malam tersebut, ada solat khas misalnya ada namanya solat al-Raghaib dll. Imam Nawawi berkata, "Ini adalah bid'atun munkarah (bid'ah yang diingkarkan)". Tak ada solat khas. Kalau ada, itu tak betul. 

Yang sepatutnya adalah, kita mendirikan malam. Kita bukan sekadar baca Ya Sin, kita juga baca ayat al-Quran yang lain, kita juga berzikir, kita juga belajar ilmu dalam majlis ilmu, kita juga banyak berdoa, banyak bertaubat pada Allah, menghidupkan malam (bangun malam), maka cara macam ini tidaklah menjadi kesalahan. Bahkan nas Imam Syafi'i tadi seolah-olah menggambarkan galakan dan harapan. Yang sepatutnya, inilah yang sewajarnya kita lakukan." 

-- 
Selamat beribadat. Doakanlah yang terbaik untuk diri dan agama.


Amalan Nisfu Sya'ban..antara Bid'ah dan sunnah .....dapatkan bacaan anda di sini..

Benarkah Catatan Amalan ditutup pada Nisfu Sya'ban???

Bismillahirahmanirrahim....

Alhamdulillah...zaman dunia di hujung jari ni....senang je maklumat nak sampai...kadang2 tu tak baca surat khabar satu hari pun takde masalah....maklumat cepat je sampai dengan aplikasi yang ada dekat smartphone anda..kan..kan??zaman ni jugak nsy tengok ramai yg cuba untuk share perkara yang baik2...ye la kan..benda yang baik haruslah dikongsi....dalam berkongsi-kongsi tu..ada jugak musykilnya...kena buat banyak kajian dan bacaan...untuk mendapatkan maklumat yang soheh....

dan yang paling nsy nak tahu tentang perkara ini: 
Benarkah Catatan Amalan ditutup pada Nisfu Sya'ban??

Jawapannya:

Tidak pernah jumpa dalil maupun keterangan ulama bahawa buku catatan amal hamba ditutup di malam nisfu Sya’ban atau ketika bulan Sya’ban. Namun, mungkin ramai yang salah faham dan membuat tafsiran yang salah terhadap hadis, dari Usamah bin Zaid, beliau bertanya,


يَا رَسُولَ اللَّهِ، لَمْ أَرَكَ تَصُومُ شَهْرًا مِنَ الشُّهُورِ مَا تَصُومُ مِنْ شَعْبَانَ
“Wahai Rasulullah, saya belum pernah melihat anda berpuasa dalam satu bulan sebagaimana anda berpuasa di bulan Sya’ban?”


Nabi s.a.w bersabda,

ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ، وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ، فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ
“Ini adalah bulan yang sering dilalaikan banyak orang, bulan antara Rejab dan Ramadhan. Ini adalah bulan dimana amal-amal diangkat menuju Rab (Tuhan) semesta alam. Dan aku ingin ketika amal aku diangkat, aku dalam keadaan berpuasa.’” (HR. An Nasa’i 2357, Ahmad 21753, Ibnu Abi Syaibah 9765 dan Syuaib Al-Arnauth menilai ‘Sanadnya hasan’).


Dalam hadis tu, Nabi s.a.w mengatakan, bahawa amalan para hamba-Nya dilaporkan adalah ketika bulan Sya’ban, dan sebab itu, baginda memperbanyak puasa di bulan Sya’ban.


Rasulullah s.a.w tidak menentukan bila tarikh peristiwa pelaporan amal itu terjadi. Bahkan zahir hadis menunjukkan, itu terjadi selama satu bulan. Sebab tu, puasa yang dilakukan Rasulullah s.a.w di bulan Sya’ban tidak pada tarikh-tarikh tertentu. Baginda juga tidak menganjurkan agar kita memilih pertengahan Sya’ban untuk puasa, yang beliau lakukan adalah memperbanyak puasa selama Sya’ban.


Untuk itu, siapa yang beranggapan dianjurkan memperbanyak ibadah ketika pertengahan Sya’ban, dengan anggapan bahwa ketika itu terjadi pelaporan amal, maka dia harus mendatangkan dalil. Tanpa dalil, bererti dia menyangka perkara ghaib. Dan tentu saja, pendapatnya wajib ditolak.


Dalam hadis itu sedikitpun tidak menyebutkan adanya penutupan buku catatan amal. Baginda hanya menyampaikan ketika bulan Sya’ban terdapat pelaporan amal dan bukan penutupan catatan amal.


Tidak ada istilah penutupan buku amal dalam islam. Kerana kaum muslimin dituntut untuk selalu beramal dan beramal sampai ajal menjemputnya. Allah berfirman,


وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّى يَأْتِيَكَ الْيَقِينُ
“Beribadahlah kepada Tuhanmu sampai datang kepadamu Al-Yaqin.” (QS. Al-Hijr: 99)


Para ulama tafsir sepakat bahwa makna Al-Yaqin pada ayat di atas adalah kematian. Kerana setiap manusia dituntut beramal dan beribadah selama akalnya masih berjalan.


Nabi s.a.w menasihatkan agar kita selalu menjaga iman, dengan istiqamah beramal. Ada seorang sahabat yang meminta nasihat kepada beliau. Yang nasihat ini akan selalu dia jaga selama hidupnya. Nasihat yang beliau sampaikan sangat ringkas,


قلْ آمنتُ بالله ثم استقم
Katakan, Saya beriman kepada Allah, kemudian istiqmahlah.” (HR. Ahmad 15416 dan sanadnya shahih).


Dan yang namanya istiqamah, tentu saja tidak akan ada putusnya.

Al-Imam Ahmad pernah ditanya, ‘Bila waktu untuk istirahat?’ beliau menjawab,


عند أول قدم نضعها في الجنة
“Ketika pertama kali kita menginjakkan kaki kita di surga.”


Sekali lagi tidak ada istilah istirahat beramal atau buku catatan amal ditutup sementara. Amal kita yang dihisab tidak hanya ketika nisfu Sya’ban, namun juga di bulan-bulan lainnya. Semoga Allah meringankan kita untuk terus istiqamah meniti jalan kebenaran. Amin..

Kesimpulan:

Tiada istilah buku amalan ditutup dan digantikan dengan buku baru kerana tiada dalil sahih berkaitan dengannya.
Amalan kita sentiasa dihisab oleh Malaikat Raqib dan Atid dan dilaporkan kepada Allah.
Amalan kita hanya akan berakhir apabila kita mati.
Amalan yang paling baik ialah ISTIQAMAH, bukannya pada bulan tertentu atau hari-hari tertentu sahaja. 
Semoga semua faham, dan tidak lagi menyebarkan hadis-hadis palsu dan berita yang dibuat-buat dalam agama. sesiapa yang mendapat info-info berkaitan agama terutama yang disertakan hadis Nabi s.a.w, tolonglah cari dan tanya dulu status hadis tu sebelum sebarkan... Nabi s.a.w pernah bersabda, :

Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ash radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah salallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sampaikanlah dariku walau satu ayat, dan ceritakanlah tentang Bani Israil tanpa perlu takut. Dan barangsiapa berbohong ke atasku dengan sengaja maka bersiaplah dia mengambil tempat duduknya di Neraka.” (Riwayat Al-Bukhari)


Jadi.. berhati-hatilah sebarkan tentang sesuatu berita... 
Firman Allah yang bermaksud: 
“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiki kebenarannya supaya kamu tidak menyampaikan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu, sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan.” 
[Al Hujarat ayat 6.]


Amalan-Amalan manusia di angkat dan bukan ditutup.....bila amalan manusia di angkat??

CATATAN AMALAN

Dakwaan yang mengatakan catatan amalan ditutup pada akhir Zulhijjah, dan dibuka pada awal Muharram tidak didasari dengan dalil al-Quran, tidak juga daripada hadith Nabi saw.
Hadith2 yang sahih/ thabit menyebut bahawa amalan kita dibentangkan pada:

1. Setiap hari (setiap pagi dan petang.)

2. Dua kali setiap minggu (setiap Isnin dan Khamis)

3. Setiap tahun, iaitu pada bulan Syaaban. (Bukan nisfu Syaaban. -Hadith palsu juga banyak berkisar tentang nisfu syaaban-)

Hadith2 sahih/thabit bagi setiap kategori adalah seperti berikut :
✅1. Amalan diangkat/dibentang 2 kali setiap hari :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " يَتَعَاقَبُونَ فِيكُمْ مَلاَئِكَةٌ بِاللَّيْلِ وَمَلاَئِكَةٌ بِالنَّهَارِ، وَيَجْتَمِعُونَ فِي صَلاَةِ الْفَجْرِ وَصَلاَةِ الْعَصْرِ، ثُمَّ يَعْرُجُ الَّذِينَ بَاتُوا فِيكُمْ، فَيَسْأَلُهُمْ وَهْوَ أَعْلَمُ بِهِمْ كَيْفَ تَرَكْتُمْ عِبَادِي فَيَقُولُونَ تَرَكْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ، وَأَتَيْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ ".
Rasulullah saw bersabda, maksudnya : 
"Para malaikat (syif) malam dan malaikat (syif) siang silih berganti turun kepada kalian. Mereka berkumpul pada setiap waktu Subuh dan setiap waktu Asar. Kemudian, malaikat yg menjaga kalian (jika waktu Subuh, malaikat malam, jika waktu Asar, malaikat siang) naik ke atas. Allah pun bertanya kepada malaikat2 itu - walhal Dia lebih mengetahui tentang hamba2-Nya :

'Dalam keadaan bagaimana kamu semua tinggalkan hamba2Ku itu?'
Jawab para malaikat : 'Kami tinggalkan mereka dalam keadaan mereka sedang solat. Begitu juga ketika kami datang kepada mereka, mereka sedang solat.'"

(Sahih Bukhari, Kitab Waktu-Waktu Sembahyang, Bab Fadilat Sembahyang Asar. ) -Hadith Sahih-
Berbahagialah bagi mereka yang menunaikan solat Subuh dan solat Asar, lebih-lebih lagi di awal waktu.



✅2. Amalan juga diangkat setiap Isnin dan Khamis, dua kali seminggu :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " تُفْتَحُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ يَوْمَ الاِثْنَيْنِ وَيَوْمَ الْخَمِيسِ فَيُغْفَرُ لِكُلِّ عَبْدٍ لاَ يُشْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا إِلاَّ رَجُلاً كَانَتْ بَيْنَهُ وَبَيْنَ أَخِيهِ شَحْنَاءُ فَيُقَالُ أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا " .

Rasulullah saw bersabda, maksudnya :
"Amalan2 manusia dibentangkan setiap minggu pada hari Isnin dan Khamis. Allah pun mengampunkan dosa setiap hamba-Nya yang beriman, kecuali hamba yang saling bermusuhan. Lalu dikatakan kepada para malaikat, 'Tinggalkan dahulu mereka berdua ini, sehinggalah mereka berdamai."
(Sahih Muslim, Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, Bab Larangan Saling Bermusuhan Dan Saling Tidak Mempedulikan.) -Hadith Sahih.-



✅3. Amalan dibentangkan setiap tahun, pada bulan Syaaban. (Bukan Nisfu Syaaban)

عن زيد بن أسامة رضي الله عنهما قال: قلت: يا رسول الله لم أرك تصوم من شهر من الشهور ما تصوم في شعبان؟ قال: ذلك شهر يغفل الناس عنه بين رجب ورمضان، وهو شهر ترفع فيه الأعمال إلى رب العالمين، فأحب أن يرفع عملي وأنا صائم.

Usamah bin Zaid ra melaporkan, katanya, "Saya pernah bertanya, 'Wahai Rasulullah, mengapa saya tidak pernah lihat tuan berpuasa dalam bulan lain, sebanyak puasa tuan dalam bulan Syaaban?'
Jawab Rasulullah saw, "Itulah bulan yang ramai manusia lalai, antara bulan Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yg diangkatkan amalan kepada Tuhan sekelian alam, dan saya suka amalan saya diangkat dalam keadaan saya sedang berpuasa.'"
(Al-Sunan al-Sughra, Kitab Puasa.) -Hadith Hasan-



Komen NSY:  Maka disini jelaslah bahawa amalan manusia tidak ditutup dan tidak dibuka baru..cuma amalan kita diangkat...

Thursday, May 9, 2013

::Tiada Amalan Khusus di Bulan Rejab::

Bismillahirahmanirahim..
Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT


NSY pernah berkongsi satu artikel mengenai "FADILAT BULAN REJAB" pada 15/6/2010 yg lalu. Dan artikel tersebut mendapat komen dari sahabat bloggers NSY iaitu saudara Syihabudin Ahmad, beliau berkongsi dalil yang menunjukkan tidak boleh mengkhususkan puasa dalam bulan rejab, komenya seperti berikut:

Imam Bukhori meriwayatkan dalam Shohihnya (4662) dari Abu Bakroh bahwasanya
Nabi bersabda,

Sesungguhnya zaman itu berputar sebagaimana keadaannya tatkala Alloh
menciptakan langit dan bumi, setahun ada dua belas bulan diantaranya
terdapat empat bulan harom, tiga bulan berurutan yaitu Dzulqo'dah,
Dzulhijjah, Muharrom dan Rojab Mudhor yang terletak antara Jumadil
(akhir) dan Sya'ban.

dalil menunjukkan tidak boleh mengkhususkan puasa dalam bulan rejab :

Imam Suyuthi berkata,
Mengkhususkan bulan Rojab dengan puasa adalah dibenci. Sya 'i berkata,
Aku membenci bila seseorang menyempurnakan puasa sebulan
penuh seperti puasa rejab, dimikian pula mengkhususkan
suatu hari di hari-hari lainnya.

Dan Imam Abdullah Al-Anshori -seorang ulama dari Khurosan- tidak
berpuasa bulan Rojab bahkan melarangnya seraya berkata,
Tidak satu hadits pun shohih dari Rosululloh tentang keutamaan
bulan Rojab dan puasa Rojab.
Bila dikatakan, Bukankah puasa termasuk ibadah dan kebaikan?" Jawabnya,
"Benar. Tapi ibadah harus berdasarkan contoh dari Rosululloh. Apabila
diketahui hadits-nya dusta, berarti tidak termasuk syari'at."
Bulan Rojab diagung-agungkan oleh Bani Mudhor di masa jahiliyah
sebagaimana dikatakan Umar bin Khoththob. Bahkan beliau memukul
tangan orang-orang yang berpuasa di bulan Rojab.
Demikian pula Ibnu Abbas apabila melihat manusia berpuasa Rojab, beliau
membencinya seraya berkata, "Berbukalah kalian, sesungguhnya Rojab
adalah bulan yang diagungkan oleh ahli jahiliyah."

rujuk : Al-Mushonnaf Ibnu Abi Syaibah 2 / 346. Lihat pula Al-Amru Bil Ittiba', hal. 174 - 176 oleh
Imam Suyuthi, di tahqiq oleh Syaikh Mashur bin Hasan Salman. 

Dan untuk mengukuhkan lagi....Al-Hafiz Ibn Hajar telah membuat penjelasan seperti berikut:



 

Maka..Teruskan beramal spt biasa; Puasa Isnin & Khamis, Qiyamullail; Tahajjud & Witir, baca Quran dll amalan yg bersandarkan dalil yang sahih...



Thursday, November 22, 2012

Save GAza~




Sajak dari seorang pencinta Aqsa!


Maafkan aku.. saudaraku..
Ketika kau susah, aku tiada di sisimu..
Ketika kau kebuntuan, aku tiada memberi cadangan..
Ketika kau terluka, aku tidak mampu merawatnya..
Ketika kau bersedih, aku tidak mampu menghapusnya..

Maafkan aku..
Kerana aku tidak mampu hentikannya..
...

Kerana aku tidak mampu menghalangnya..
Kerana aku tidak mampu melawannya..
Kerana aku tidak mampu menghapus segala derita..

Percayalah saudaraku..
Walau kita tidak pernah bersua..
Walau kita tidak pernah berbicara..
Doaku tidak pernah putus untukmu..
Kasihku masih kekal milikmu..

Percayalah saudaraku..
Tuhan masih bersamamu..
Ini cuma dugaan untuk imanmu..
Kuatkanlah semangatmu..
Cekalkanlah hatimu..

Saudaraku..
Walau kau hilang anakmu..
Jangan kau lupa Tuhan yang satu..
Janji Tuhan itu pasti untukmu..
Kerana Syurga itu tempat terbaik untuk bayimu..

Al-Fatihah :'(

Ya Allah Selamatkan Saudara Kami Di Gaza

NSY: Tag "Pray for Gaza" tu sengaja diletakkan dalam bakul bunga sempena MAjlis Aqiqah anak buah Saiyyidah Surfina..dengan harapan ader tetamu yang menyedarinya..sekaligus mengigatkan mereka tentang Gaza dan berdoa untuk GAza..ini adalah usaha kecil bagi menyampaikan sesuatu kpd tetamu yg hadir..mg usaha ini Allah berkati dan redha..amin~

Friday, October 12, 2012

::Bangkitlah!::

Bismillahirrahmanirrahim..

Penat...walaupn tidak berlari dan tidak dikejar..
kau seperti berputus asa dan seolah tidak menerima takdirnya..
bagaimana??adakah engkau lupa padaNYA?
kerja siapa ini??
sehingga luruh kepercayaanmu!
maka bangkitlah!carilah hikmahnya!
Aturan allah SWT amat luas, baik dan cantik!
percayalah~~
kuatkanlah imanmu~~
subhanallah~~



Friday, October 5, 2012

::Bila Bersedih::


Bismillahirrahmanirrahim...


Wednesday, October 3, 2012

::Hidup::

Bismillahirrahmanirrahim..


Hidup ini indah. Adakala keindahan itu dilindung mendung dan awan kelabu. Adakala keindahan bertambah seri disinari mentari. Keindahan dan kesayuan silih berganti dan kita sendiri tidak pasti. 

Adakala kita berkobar-kobar dan mengimpikan syurga, lantas kita merasakan hidup ini penuh erti dan penuh isi. Adakala kita rasa sangat lemah dan terbayangkan neraka, lalu merasakan hidup ini tiada harapan lagi dan kosong tidak bermakna.

Kita termenung sendiri, mencari erti di sebalik perhentian-perhentian dalam kehidupan.

Kita tidak memilih untuk dihidupkan, tetapi kita boleh memilih untuk hidup sepenuh hati. Begitu juga kita tidak tahu bila akan mati, namun kita boleh membuat persediaan menghadapinya. 

Dalam hidup ini, tidak semua yang kita ingini akan kita perolehi dan tidak semua yang kita miliki akan kekal abadi menjadi milik kita. Semalam tidak akan datang lagi dan besok pula belum pasti. 

Apakah harus kita rasa terlalu risau tentang sesuatu yang belum pasti sehinggakan lupa mengisi kehidupan hari ini yang pasti?

Kita sedang hidup dan itu adalah suatu kepastian. Besok belum pasti dan itu urusan Dia yang maha mengetahui.

Beruntunglah orang yang melihat dunia daripada perspektif Pencipta kerana apa yang digambarkan sudah tentu menepati tujuan penciptaan. Rugilah orang yang memandang dunia dengan kaca mata nafsu kerana dia pasti terpesong daripada hala tuju.

Jika kita ingin hidup seperti yang kita kehendaki, bukan seperti yang Dia kehendaki, ciptalah satu bumi khusus untuk kita sendiri yang hanya kita berhak meletakkan aturan di dalamnya. 

Mampukah kita?

“Telah semakin dekat hari perhitungan amal manusia sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia) dan berpaling (dari akhirat).” (Al-Anbiyaa’:1)

Thursday, September 27, 2012

Mana milik kita??


Bismillahirrahmanirrahim..

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya

Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita

Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya

Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga

Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

Friday, September 21, 2012

::Jalan-Jalan SESAK di Kuala Lumpur::

Bismillahirahmanirrahimm..


"KALAU TAKUTKAN OMBAK JANGAN BERUMAH DI TEPI PANTAI

KALAU TAKUTKAN JEM JANGAN BERUMAH DI KUALA LUMPUR"

setuju tak??hehe

Kuala Lumpur sememangnya sesak dan jem sepanjang hari, dari pagi ketika semua berpusu keluar bekerja, keluar makan tengahari  sehinggalah ke petang. kalau yang tak biasa dengan jem di KL ni, memang boleh stress dibuatnya, yang dah biasa pun kadang-kadang ada yang stress.Dah ada tidal flow pun, jalan masih lagi bergerak perlahan. Bertambah pula kalau cuaca ketika itu hujan...memang perlukan tahap kesabaran yang tinggi, kat mana jalan selalunya sesak??Jalan Kuching, jalan Ipoh, Jalan Ampang dan semua jalan yang menuju ke pusat bandar,..kalau nak elak daripada jem ni..senang jer..keluar la awal pagi pada waktu pagi dan pulang lewat daripada tempat kerja,..macam mana??he2

Monday, September 10, 2012

::Jangan Ada Benci::

Bismillahirahmanirahim....

Jangan Benci Ibumu

"Jika ingin membenci seseorang, janganlah membenci dirinya. Tetapi bencilah pada perbuatannya. Manusia boleh berubah, perbuatan boleh berlalu. Taubat sentiasa terbuka.


Adakala kita memaki manusia yang sudah bertaubat dan mengungkit-ngungkit kesalahannya yang lalu. Kita bukannya maksum untuk menghukum orang lain dan mereka bukannya syaitan untuk dibenci selama-lamanya..



Mari mencintai saudara~saudara, sahabat~sahabat handai kita sepertimana cintanya Rasulullah SAW terhadap umatnya."




Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan

Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri

Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku

  P/s: Kecewa dengan sikap awak..tp apa boleh buat...Manusia boleh berubah, mg kita sama2 menjaga tutur bicara..langkah dan tingkah..

Thursday, August 16, 2012

::Nenek Facebook::

Bismillahirahmanirrahim..


Cik Ras Munira. Cuaca petang 7 Ramadan suam-suam panas. Tanpa setitis air yang jatuh dari bumbung rumahnya, dia tetap berasa sejuk. Itik dan ayam sedang riuh dalam reban. Dia sudah mengagihkan makanan pada makhluk-makhluk Allah di sekeliling rumahnya. Waktu berbuka tinggal dua jam lagi. Jika dihitungkan terasa lambat. Namun, sesuatu yang dapat menghilangkan masanya adalah satu perkara itu: Facebook!

Segera tangannya menekan punat komputer riba yang dibeli tunai hasil jualan getah bulan lalu.Anak saudaranya yang mengusahakan dua ekar ladang getah peninggalan arwah suaminya setiap hari datang ke rumah. Pemuda berusia 35 tahun itulah yang menyarankan agar dia memasang Internet dan mempunyai akaun Facebook. Pemuda itu jugalah yang mendaftarkan nama 'Cik Ras Munira' untuknya melayari Facebook.

"Siapa Cik Ras Munira tu, Darwish?" tanyanya, hairan. Darwish senyum nakal. "Maklong kena guna nama begini kalau nak bersembang dengan orang di alam maya. Nanti mereka ingat Ras Munira itu gadis jelita, selayak namanya." Dia mencebik. Rasa geli dengan kata-kata Darwish. "Letak sahajalah nama Hajah Kuntum, nama Maklong!" arahnya. Darwish menggeleng kepala. "Ini zaman Darwish, maklong. Darwish tahu apa yang patut maklong buat untuk masuk ke dunia Facebook. Nah! Maklong cuma tekan di sini sahaja dan boleh berkawan dengan sesiapapun maklong mahu!" Darwish mengajarnya menekan punat utama komputer riba, kemudian jemarinya akan menggesel tetikus ke fail yang bertulis Google Chrome sebelum menekan punat di fail yang tertera kalimah Facebook. Dia tidak perlu memasukkan emel atau kata kunci.

Hari kedua dia melayari Facebook, dia merasakan dia tidak boleh berhenti lagi. Kesal juga kerana berkenalan dengan dunia ciptaan Mark Zuckerberg pada bulan Ramadan. Selalunya, pada Ramadan-Ramadan yang lepas, masanya akan diisi dengan membaca al-Quran. Ramadan tahun ini, masanya berenang dan tenggelam dalam lautan Facebook!

Barangkali kerana tiga nama itu telah menerimanya sebagai teman Facebook mereka. Tiga lelaki yang mendebarkan jiwa dan meluluhkan seluruh kerinduannya.

YB Mat Min Nasir

Melalui catatan-catatan lelaki ini, dia maklum betapa sibuknya seorang yang bergelar Yang Berhormat. YB Mat Min Nasir, begitulah nama yang diletakkan untuk meraih teman Facebook. Setiap hari, selang setengah atau satu jam, YB Mat Min Nasir akan menulis status-status baru tentang tugasnya.

"Hari ini saya dan rakan-rakan akan berbuka dengan rakyat di Lembah Klang. 100 anak yatim akan diraikan di hotel ternama. Ayuh semua! Banyakkan sedekah di bulan Ramadan." Tulis YB Mat Min Nasir. Dia senyum.Hatinya berdetik, bertuah jadi anak-anak yatim itu, dapat berbuka puasa dengan orang besar seperti YB Mat Min Nasir. Dia membandingkan dirinya yang sudah seminggu berpuasa tetapi masih berbuka seorang diri.

"Syukur. Hasil usaha saya dan rakan-rakan, menteri setuju bina jalan raya baru di sini. Saya pasti akan kotakan janji untuk rakyat, ia satu amanah!" Tulis YB Mat Min Nasir di status berikutnya. Dia senyum lagi. Tumpang bersyukur dengan kejayaan YB tersebut. Dari wajah YB yang terpampang di dinding Facebook, dia yakin YB seorang yang gigih dengan cita-cita politiknya.

Tetikus di tangannya menghampiri halaman gambar YB Mat Min Nasir. Wajah YB senyum manis bersama isteri dan anak-anaknya. Entah mengapa, dia pekup mukanya, menghalang air mata menitis ke meja komputer. Dia mendoakan YB itu akan bahagia selamanya bersama isteri dan anak-anak tercinta. Dia tahu, kancah politik di Malaysia tidak menentu. Apa yang menakutkan, sifat saling fitnah - memfitnah dan saling jatuh-menjatuhkan selalu berlaku. Namun, pemimpin sejati, yang mendahulukan rakyat melebihi keluarga sendiri seperti YB Mat Min Nasir akan dikenang dan pasti tidak dilupakan terutama dalam pilihan raya yang bakal menjelang.

Tiba-tiba tangannya terasa mahu menegur YB Mat Min Nasir. Menurut Darwish, jika senarai nama di sebelah kanan Facebook itu berwarna hijau, itu tandanya orang tersebut sedang melayari Facebook juga. Tercungap-cungap dia meneliti abjad di papan kekunci. Inilah kali pertama dia menaip. Betapa sukarnya tetapi kerana perasaan cinta pada YB seorang ini, dia gagahkan tangannya.

"Selamat petang YB. Maafkan saya kerana mengganggu kesibukan YB," tulisnya lambat-lambat. Tidak sampai seminit, YB terus membalas. "Selamat petang Cik Ras Munira. Tak mengganggu. Cik dari mana ni? Petang ini berbuka di mana? Ada yang boleh saya bantu?" Dia pekup muka. Tidak percaya YB yang sibuk akan melayan sapaan remehnya. Matanya melirik sebentar wajah Seniwati Datuk Sarimah Ahmad ketika muda yang diletakkan Darwish sebagai gambar profil Facebooknya. Dia ketawa kecil. "Saya dari Utara Tanah Air. Berbuka di rumah. Saya bukan nak minta bantuan YB, nak tanya satu soalan pada YB. Mak YB masih hidup lagi ke?" Agak lama dia menunggu jawapan YB Mat Min Nasir. Apakah perasaan YB itu dengan soalannya tadi? "Alhamdulillah, mak saya masih hidup. Kenapa Cik Ras Munira tanya?" balas YB. "Sampaikan salam pada mak YB. Dia tentu bangga ada anak yang berjaya seperti YB. Tentu kesakitannya masa melahirkan YB dulu terubat melihat YB yang hebat seperti sekarang." Dia tidak dapat meneruskan tulisan. Azan Maghrib berkumandang dan dia segera beredar ke meja makan walaupun hatinya masih mahu bersembang dengan YB Mat Min Nasir.

Ustaz Amir MarjanSelesai menunaikan solat sunat Terawih di surau, dia segera pulang ke rumah. Tanpa menanggalkan telekung, tangannya sudah menekan punat komputer riba. Hatinya kuat mengatakan lelaki itu telah membalas mesej di kotak Facebooknya. Tekaannya tepat!

'Cik Ras Munira yang dihormati, terima kasih kerana menghubungi saya. Esok saya akan berangkat ke Kemboja untuk menyerahkan sumbangan Ramadan kepada penduduk Islam di sana. Jika Cik Ras Munira berminat untuk menyumbangkan wang atau makanan, boleh berikan pada saya, Ustaz Amir Marjan.'

Dia senyum pendek. Hatinya berkira-kira untuk membalas kembali mesej tersebut. Inilah sahaja caranya dapat berkomunikasi dengan Ustaz Amir Marjan.

'Macam mana nak bagi? Ustaz boleh datang ambil wang tu daripada saya? Saya teringin berjumpa ustaz.' Begitulah kira-kira mesej yang ingin ditulisnya, namun ia hanya tergantung di kotak fikiran. Dia malu jika ustaz tahu dia adalah seorang wanita tua yang sepi. Malah, dia bukan teringin sangat untuk menderma melalui ustaz tersebut, dia cuma mahu menegur ustaz muda yang kini sudah muncul di televisyen. Hatinya kepalang cinta kepada lelaki itu, seperti cintanya kala melihat gambar YB Mat Min Nasir.

Dia membaca status-status di dinding Facebook Ustaz Amir Marjan. Selang satu jam, ustaz itu akan memperbaharui catatannya. Hairan juga dia. Dalam kesibukan ustaz, masih sempat dia menulis di Facebook.

'Peluang untuk anda semua membuat amal jariah di Kemboja dan Palestin. Salurkan bantuan melalui kami sebanyak RM200 untuk daging akikah. Resit pengecualian cukai akan diberikan.' Tulis Ustaz Amir Marjan. Dia membaca lagi catatan ustaz.

'Di kala hidup kita bermewah dengan makanan, fikirlah saudara-saudara Muslim kita di seluruh dunia. Hari ini, tentera Syria telah membunuh 200 penduduk Islam di Utara Syria. Manakala di Myanmar, berlaku penghapusan etnik Islam Rohingya. Saudaraku, bayangkan jika kita berada di tempat mereka? Dia terharu. Tulisan Ustaz Amir Marjan amat menyentuh kalbunya. Ustaz itu amat prihatin dengan masalah umat Islam. Di manakah ustaz berada sekarang? Di Palestin? Di Kemboja? Jangan-jangan ustaz kini berada di Syria atau Myanmar? Hatinya diterbak bimbang. Oh Tuhan, walau di mana Ustaz Amir Marjan berada, Kau lindungilah dia.

Matanya menangkap gambar Ustaz Amir Marjan. Wajah ustaz itu tersenyum kepada pembaca Facebooknya. Ustaz itu lebih muda daripada YB Mat Min Nasir dan lebih cerah kulitnya. Tetapi, dalam hatinya yang diselimuti cinta, kedua-dua lelaki itu amat disayanginya, tiada beza. Dia ternampak ada tanda hijau di tepi gambar kecil Ustaz Amir Marjan.

"Ustaz..." tulisnya

"Ya, Cik Ras Munira apa khabar?" balas Ustaz Amir Marjan.

"Saya rindukan ustaz.." Mahu sahaja kata-kata itu ditulis tetapi ditahannya. Nanti apa pula kata Ustaz Amir Marjan?

"Ustaz tak balik kampung? Berbuka puasa dengan mak? Ataukah mak ustaz sudah meninggal dunia?" Entah, kata-kata itu tidak dapat ditahan. Mungkin Ustaz Amir Marjan sedang membacanya. Beberapa minit menunggu, Ustaz Amir Marjan tidak membalas mesejnya. Dia menghela nafas.

Shamsul Tohari'Hai Cik Ras Munira, boleh berkenalan?' Tiba-tiba dia dikejutkan dengan sapaan Facebook seorang lelaki bernama Shamsul Tohari. Serta-merta dia melupakan Ustaz Amir Marjan dan menumpukan kepada lelaki muda baya Darwish, anak saudaranya. 'Boleh..boleh..' tulisnya cepat. 'Cik Ras Munira tak tidur lagi?' tanya Shamsul Tohari. 'Tak tidur lagi. Orang bujang macam saya ni selalu tidur lewat,' balasnya. 'Oh, bujang lagi Cik Ras Munira..'Dia menahan perut membaca balasan si Shamsul Tohari. Entah mengapa, hatinya mahu melayan bicara Shamsul Tohari yang mula 'nakal'.

'Isteri Shamsul Tohari dah tidurkah?' tanyanya. Dia baharu membaca status Facebook Shamsul Tohari yang ditulis petang tadi.'Walaupun panas terik hari ini, demi hajat isteri tercinta, hamba sanggup memandu dari Gombak ke Temerloh membeli ikan patin Sungai Pahang.' Begitulah yang ditulis Shamsul Tohari siang tadi. Besar sungguh cintanya pada isteri. 'Isteri saya dan anak-anak dah tidur. Cik Ras Munira masih belajar atau sudah bekerja?' Dia mahu tergelak dengan soalan Shamsul Tohari. Tetapi bagus juga, lelaki ini mengaku sudah berkeluarga. Barangkali mahu menunjukkan kepadanya dia seorang yang jujur.

'Bertuah isteri Shamsul dapat makan ikan patin Temerloh,' tulisnya.'Jika Cik Ras Munira nak makan pun, saya sanggup belikan,' Shamsul beramah. Dia mencebik bibir, rasa cemburu menerbak.

'Hari raya ni Shamsul pulang ke kampung sendiri atau kampung isteri?' tanyanya. 'Saya nak pulang ke kampung sendiri tapi isteri dan pesan awal-awal pulang ke kampungnya dulu di Negeri Sembilan. Saya ikut kata isteri sebab nanti dia merajuk panjang.' Jawapan Shamsul Tohari menyebabkan dia sedih. Mengapa dia perlu cemburu? Dia adalah perempuan tua, sedangkan wanita di sisi Shamsul Tohari di Facebooknya adalah seorang yang jelita dan bergaya. Dia tidak berminat lagi berbual dengan Shamsul Tohari.


Sebelum menutup komputer ribanya, hatinya mengarahkan jemarinya menaip sesuatu di dinding Facebook. 'Jikalau masa mereka dapat kutukar dengan nyawaku, nescaya aku sanggup berikan nyawaku pada mereka.'

Pagi itu Darwish terkocoh-kocoh masuk ke rumahnya tanpa memberi salam. "Kenapa Maklong berikan komputer ni pada anak saya? Dia tu tahu main game sahaja!?"Darwish menyuakan kembali komputer ribanya. "Nampaknya komputer ni dah ambil banyak masa aku. Lebih baik aku baca Quran Darwish! Ramadan dah masuk minggu kedua, aku baru baca muka pertama Surah al-Baqarah. Dahlah! Lalaikan aku sahaja Facebook kau tu!" Dia memalingkan muka.

"Saya simpati dengan Maklong. Sekurangnya bila ada Facebook, maklong ada kawan. Maklong taklah bercakap dengan itik dan ayam dalam reban sahaja," pujuk Darwish.

"Lebih baik cakap dengan binatang-binatang tu, mereka tak hipokrit. Dalam Facebook, kerana Ras Munira kau, baharulah ada yang nak menyapa Maklong." Dia menjuih bibir.

Telefon rumahnya berdering. Dia menolak komputer riba yang disuakan Darwish dan berjalan ke sudut telefon. Darwish hanya memerhatikan tingkah-lakunya. Selepas meletakkan kembali gagang, dia mengamit Darwish. Wajahnya bercahaya keharuan.

"Darwish, Maklong ucapkan terima kasih. Kau dah tolong Maklong, sebagai ganjarannya ambillah komputer tu. Maklong tak perlukan lagi. Anak-anak Maklong nak balik berbuka dan berhari raya dengan Maklong tahun ini. Syukur, Alhamdulillah." Dia mengesat air mata gembira.

"Cuma satu Maklong nak pesan.." sambungnya. "Jangan kau bagitau mereka, siapa tu Ras Munira. Itu rahsia kita berdua sahaja!" katanya memberi amaran. Darwish ketawa kecil.

"Anak-anak Maklong orang berjaya, tetapi seorang pun tak prihatin dengan Maklong.." kata Darwish. "Zaman dah berubah Darwish. Orang lebih banyak masa dengan Facebook berbanding emak sendiri," balasnya. Di matanya terbayang anak-anak lelaki kecintaannya; YB Mat Min Nasir, Ustaz Amir Marjan dan Shamsul Tohari.

Tuesday, July 31, 2012

::Buffet Ramadahan 2012 - FREE::

Bismillahirahmanirahim..



Ha tu dia....buffet ramadhan paling murah sekali...dah cuba ker??kalau ada menu2 di atas yang belum kita cuba...jom kita cuba!!!(^_^)/ dibuka 24 jam..dan antara hidangan TERHEBAT abad ini...he

::Yang Di kejar TAK DAPAT yang dikendong Berciciran::



Senyumlah usah meratapi
Kala ada masa kita ditakdir yang Esa
Cukuplah buatku di sana

Saturday, July 28, 2012

::Kau SEMPURNA bagiku::



Tiada kurangnya kau lebih besar,
Tiada hodohnya kau kurang jelita,
Kerana apabila kita selami,
Sempurnakah kau di dalam hati.

Tiada bezanya tinggi atau rendah,
Kau tetap manis walau tak secerah,
Terimalah walau bagaimana kau dicipta,
Di dalam diri pasti kau SEMPURNA.

Monday, July 23, 2012

::Sketsa Ramadhan::


Dihari ke 3 berpuasa bagi ramadhan 1433H. hari pertama puasa pada tahun ini ialah jatuh pada hari sabtu...jadi..murid akan bermula puasa pertama di sekolah pada hari isnin...berikut adalah yg terjadi pada hari isnin yg terindah tersebut di dalam kelas darjah 1......

Cikgu A:  Puasa tak semua murid-murid???
Murid: Puasaaaaa~~!!!
Cikgu A: Dah bape hari tinggal??
Murid: 2 hari...
Cikgu A; (he2...arini baru stat puasa upernyer..)

Saturday, July 21, 2012

::RAMADHAN KAREEM::


Alhamdulillah bertemu lagi ramadhan kali ini...sudah masuk hari ke-2 ramadhan..rasa sayu mula2 menyambut ramadhan pertama...selepas mendengar berita kematian jiran sebelah..tak sempat alyarhamah untuk bertemu ramadhan kali ini...
Kadang-Kadang benda yang hampir untuk kita capai..tidak dapat kita kecapi..hu..TAKDIR!
apa-apa pun yg berlaku ada hikmahnya..dan  yg hidup tetap jua kena teruskan hidup...moga istiqomah berdiri di jalanNYA..dan moga iman kita JUGA sentiasa meningkat..amin...
SELAMAT BERPUASA DAN MENUNAIKAN IBADAH
MAAF ZAHIR & BATIN

Wednesday, July 11, 2012

::Belajar menjadi TENANG::

Bismillahirrahmanirrahim


Susahnya nak belajar jadi seorang yang TENANG dan pandai mengurus..hu2,..tp syukur..bila Allah SWT temukan Nsy dengan org sekeliling  yg pandai mengurus dan tenang..Nsy belajar sesuatu!!..mg ALLAH swt REDHA~




Dalam hal lain ketenangan adalah REZEKI kepada jiwa dan hati.....

Tuesday, July 10, 2012

::Curi ker?::

Bismillahirrahmanirrahim....

















"Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakinya.."