**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**

Friday, May 15, 2009

Karnival Kerjaya & Keusahawanan Graduan 2009


Karnival Kerjaya& Keusahawanan Graduan
Tempat: PWTC
Tarikh:
15-17 Mei 2009
Masa:
10.00 a.m-7.00 p.m



Berita baik untuk semua pelajar2 tahun akhir dan kepada sesiapa sahaja yg sedang mencari pekerjaan...karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi ini telah membuka peluang kepada kita untuk mengintai2 peluang yang ada...jgn sia-siakan peluang ini..lebih 10 000 peluang pekerjaan ditawarkan dan lebih 600 syarikat mengambil bahagian...
JOM!! Cuba...



p/s: walaupun peluang pekerjaan bagi pelajar2 yang mengambil jurusan pengajian islam agak kurang di dalam karnival ini, sekurang2nya seminar2 yg diberi secara percuma dan program keusahawanan sedikit sebanyak dapat membantu kepada sesiapa yg berminat...bagi pelajar yg kurang berkemahiran pula, program seperti latihan pengurusan banyak disediakan disini..

Friday, May 1, 2009

Jemputan Raja Sehari....


Lagi sekali utusan daripada raja sehari sampai ke tangan "hamba yg miskin"ini..he5..jika sebelum ini pelbagai bentuk dan jenis kad berbunga+wangi datang menjemput,kali ini sms pula datang sebagai permudah cara…maklumlah sekarang ni pelbagai cara sudah digunakan dari:

1) Menjemput tetamu (KAD/SMS/MMS/EMAIL/COMMENT@MSG[friendster.myspace.blog.facebook])

2) Majlis kenduri(HOTEL/RESORT/DEWAN/PADANG SEK./RUMAH SENDIRI)

Sehinggalah kepada souvenir kepada tetamu….apa jenis cara sekalipun yg penting adalah pekara WAJIB mengikut syara'….SELAMAT PENGANTIN BARU kepada;

-Siti Afitah binti Shaikh Ali dan pasangannya Azrin Baharun pada 25/4/09 di Kuantan, Pahang.(sahabat yg sama2 blajar di KIPSAS+USIM)

-Mohd Hambali Kaweed dan pasangannya Siti Asrohiyah Ngah Dimin pada 26/4/09 di Kuala Selangor, Selangor.( sahabat yg sama2 blajar di USIM )

-Adilah dan pasangannya pada 2/5/09 di Jerantut, Pahang.( sahabat yg sama2 blajar di S.M.A PDG TGKU)

-Ain Rashid dan suaminya pada 2/5/09. (sahabat yg sama2 blajar di KIPSAS)

-Siti Norazura dan pasangannya pada 2/5/09 di Felda Tersang, Pahang.( sahabat yg sama2 blajar di S.M.A PDG TENGKU)

-Aishah Mokhtar dan pasangannya pada 9/5/09 di Lanchang, Pahang.( sahabat yg sama2 blajar di S.M.A PDG TENGKU)

-Siti Khadijah dan pasangannya Hasanul pada 5&7/6/09 di Besut, Terengganu dan Jerantut, Pahang.( sahabat yg sama2 blajar di KIPSAS+USIM)

Doa buat kalian semua moga kekal hinga ke anak cucu(sepanjang hayat)…secebis kata2 dan peringatan utk kt bersama di…
http://nurss.blogs.friendster.com/my_blog/ )




Hargailah isteri anda...... >Mulianya seorang isteri disisi Allah...>Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri >ini pada keluarga, suami dan anak-anak>Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri >mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.>Biarlah buruk mana isteri anda,>sayangilah mereka......


>Satu lagi berita gembira untuk wanita, >Sepanjang dia mengandung>Allah sentiasa mengampunkan dosanya,>Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. >Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,>jadi kenapa perlu takut nak beranak?>Marilah kita pegang kepada tali Allah. >Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap >mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.>Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi>Allah beri kelonggaran siksa kubur. >Untuk peringatan semua wanita yang bersuami >seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala>tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.>Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan >terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia >terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.>Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid>atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..>Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian>Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, >jadi dia pun memberi pahalanya kepada>suami untuk lepas masuk syurga.


>Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan>isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.>Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung>terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.>Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan >diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik >dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..>Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat>Allah agar tidak derhaka denganNya. >Ses ungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. >Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak>kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir>kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan >wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

>Woman was made from the rib of man,>She was not created from his head to top him, >Nor from his feet to be stepped upon,>She was made from his side to be close to him, >From beneath his arm to be protected by him,>Near his heart to be loved by him.

Wednesday, April 29, 2009

Guni???Pokok???

Dengan berakhirnya paper bagi subjek "Mabahith ijtihad wal ifta'…" maka tamatlah peperiksaan sy bagi semester 2008/2009 pada kali ini…

Alhamdulilah..…moga segala usaha yg kita lakukan mendapat ganjarannya..bagi mereka yg masih lagi berjuang teruskan usaha anda…

Yg tinggal sekarang., hanyalah doa kepada Allah S.W.T…harap2 ilmu yg kita perolehi terus segar diingatan dan kekal agar boleh dibuat pedoman, dan dikongsi bersama..

Bagi pelajar2 tahun akhir..ilmu yg dicedok sepanjang tahun pengajian yg dikumpul sehingga berguni-guni tu harap tidak dilonggokkan begitu sahaja…biarlah guni yg berisi ilmu ini dimanfaatkan dan di pratikkan…AMIN~

Janganlah menjadi pokok yg tumbuh dengan daun yg lebat, akar yg banyak tetapi tidak menghasilkan buah…
Doa untuk mendapat ilmu yg berkat:
اَللّهُمَ إِني أَعوذُ بِكَ مِن عِلمٍ لاَ يَنفَعُ, وَمِن قَلبٍ لا يَخشَعُ, ومِن نفسٍ لا تَشبَعُ, ومِن دعوَةٍ لاَ يُستَجَابُ لَهَا.

"Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadamu daripada ilmu yg tidak bermanfaat, daripada hati yg tidak khushuk, daripada nafsu yang tidak pernah kenyang dan daripada doa yang tidak diperkenankan"


"ILMU TANPA AMAL UMPAMA POKOK YG TIDAK BERBUAH"

Wednesday, April 8, 2009

Final Exam...


"Saat Kekalahan itu bermula apabila kamu merasa Lemah dalam perjuangan dan saat Kemenangan itu bermula apabila Melawan rasa lemah itu"


..:::Selamat Menghadapi Peperiksaan~~::::…

Doa' + Usaha + Tawakal = KEJAYAAN

Wednesday, April 1, 2009

Jalan-Jalan Cari Makan...;-)

Baru2 ni kami ke Library UKM mencari bahan assignment dan bahan tesis yg masih lagi tak cukup…seperti kebiasaannya, jika ke UKM, sudah pasti juadah tengahari atau petang kami adalah bubur nasi yg dilengkapi dengan bahan ramuan seperti kacang goreng, ikan bilis, bawang goreng, daun sup, kicap, sambal, dan soup campbell…bubur nasi kat sini macam bubur nasi yg lain jugak..Cuma istimewanya bubur nasi kat sini, bahan ramuannya boleh diisi mengikut citarasa kita sendiri….bagi penggemar bubur nasi boleh la dtg ke UKM untuk mencubaNYA…kedai yg terletak di aras bawah bangunan Puspanika UKM ini juga menjual pelbagai jenis roti dan kek.



HACCP:
llllllllllllllllllllllllllll90%
Rasa :
lllllllllllllllllllllllllllll90%
Harga :
llllllllllllllllllll80%
Dekorasi:
lllllllllllllllllllllll90%

Pas tu kami try plak makan kat Restaurant Lesung Emas yg terletak disekitar Bangi, pelbagai jenis hidangan makanan disediakan seperti restaurant masakan panas yg lain, setiap hidangan nasi putih dialas dengan daun pisang bagi menaikkan aroma nasi+daun pisang…JOM! Cuba..



HACCP:
llllllllllll75%

Rasa :
llllllllllllllllllll80%
Harga :
llllllllllllllllllll80%
Dekorasi:
lllllllllllllllllllllll90%

P/s: Setiap premis pengeluaran makanan samada restaurant, kilang, Hotel atau rumah penyembelihalan harus mengamalkan Hazard Anlysis Critical Contro Point (HACCP) yg mempunyai 7 principle yg harus dipatuhi bagi memastikan makanan y dijual atau disediakan berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk pengguna.

Thursday, March 19, 2009

Minggu Integriti USIM

Tahun ini adalah tahun kedua Usim mengadakkan minggu integriti bagi menyahut usaha kerajaan supaya menanamkan nilai integriti kepada masyarakat terutamanya pelajar…sepanjang minggu ini pelbagai aktiviti2 telah dirancang dan disusun mengikut fakulti masing2…bagi Fakulti Syariah dan Undang2 (FSU) acara kemuncak, khidmat masyarakat dan majlis penutupan minggu integriti telah diadakan di Labu, Negeri Sembilan..semua pelajar FSU terlibat dan dibahagikan mengikut kumpulan….lebih 18 buah kampong mengambil bahagian dalam program khidmat masyarakat ini…

Jika tahun sebelum ini, aktiviti khidmat masyarakat dijalankan di kampong kelahiran Menteri Besar N.Sembilan di Rantau, kali ini pula, group sy telah dihantar ke pekampungan org asli, Kg Tekir, Labu…satu2nya pekampungan org asli yg terlibat dalam program ini. Kami menaiki trak 3 tan dan merentasi jalan tanah merah yg di kelilingi oleh ladang kelapa sawit…..(barangkali milik penduduk org asli)…perjalanan masuk ke kg Tekir hanya memakan masa lebih kurang 15minit dari jalan utama..Sangkaan sy membayangkan perumahan org asli ini berkelompok dan dekat antara satu sama lain adalah meleset…bahkan kelihatan seperti rumah kampung biasa dan tersusun, malah ada setengah daripada mereka mendirikan rumah batu, kawasan ini juga dilengkapi dengan bekalan elektrik dan air yg bersih serta mempunyai sebuah Sekolah Rendah, Tadika Kemas, Surau dan Gereja…malangnya majority penduduknya beragama kristian..hanya terdapat lebih kurang 7 buah keluarga sahaja yg menganut agama Islam…walaubagaimanapun ini adalah satu pengalaman yg sgt beharga, serta dapat melihat sendiri cara hidup dan pembangunan di kawasan penempatan org asli.

Monday, March 2, 2009

"Tempe&Tempoyak Arab"








Minggu lalu, Unit kebudayaan Usim menganjurkan satu Progam Penggalakan Ketrampilan Anggun (PEKA) selama 1 minggu..maka, banyaklah gerai2 jualan dibuka kepada pengunjung2..majoriti gerai yg dibuka menjual barangan perhiasan dan kecantikan wanita seperti beg tangan, tudung, blouse labuh, baju kurung, kerongsang, dan pelbagai lagi, mungkin kerana objektif program ini utk menggalakkan pelajar tampil lebih anggun, menyebabkan banyak gerai2 yg menjual barangan berasaskan pakaian terkini dan moden ini telah diberi peluang untuk berniaga disini.

Sepanjang seminggu sempena program itu, sempat juga saya singgah di salah sebuah gerai yg satu-satunya menjual pelbagai jenis kurma, buah tin, serta pelbagai jenis coklat dan manisan dari timur tengah…sy mengambil peluang ini untuk melihat jenis2 manisan yg terdapat di gerai ini dan sy terpandang satu jenis manisan yg bewarna putih dan bebiji2 seperti hirisan kekacang, apabila bertanya kepada si peniaga, dia menggelarkan manisan itu sebagai "Tempe Arab"….sekali pandang memang sebiji macam tempe yg belum dimasak dan dipotong2 dadu,..dalam asyik melihat jenis yg lain pula, si peniaga td menunjukkan pula satu lagi jenis manisan lain yg dipanggil "Tempoyak Arab"…dalam hati sy,..pandai betul si peniaga ni menarik pembeli untuk mencuba dan membeli barangan yg jarang terdapat di sini…sungguhpun begitu si peniaga tetap memaklumkan kepada pembeli bahawa semua produk jualan adalah "sejenis manisan" dan dia hanya memberi gelaran sahaja…pada mulanya terkejut jugak sy..bila mase pulak la, org arab makan tempe dan tempoyak,..dek kerana rupa bentuk yg sama, maka dapatlah gelaran "TEMPE &TEMPOYAK ARAB"..bagi mereka yg pernah tinggal di timur tengah ataupun belajar disana mungkin mereka lebih mengetahui ttg makanan seperti ini…malah mungkin lebih banyak lagi makanan tradisional di timur tengah yg mereka dah rasa..

p/s; Sy pernah mencuba satu manisan (sudah lupa namanya) semasa berkunjung ke pejabat Ustazah Nabilah, Lecturer FSU, kebetulan, Ustazah mengirim manisan tu drpada seorang sahabatnya yg berkunjung ke mesir atas urusan akedemik…menurut apa yg diceritakan oleh Ustazah Nabilah…barulah sy tau yg org Arab ni suka makan manisan (bagi sesetengah tempat), dan pelbagai jenis manisan ada jual disana….