**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**

Sunday, May 24, 2009

Gigihnya usahamu...‎.


''kemudian mereka berusaha pulak dengan membuat sebatang galah....2,3 kali mereka cuba mengait buah kelapa.....juga tidak berjaya...akibat terlalu penat dan keadaan cuaca yang agak panas menyebabkan mereka berehat sebentar dalam 5minit...kemudian mereka menyambung balik kerja mereka..."

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Semalam saya berkunjung ke rumah sahabat lama di Putrajaya..perjalanan ke putrajaya ni hanya memakan masa 45minit jer dari tempat saya..malah bleh sampai lebih awal dari tu jika tidak ada apa2 yg menghalang...tapi dek kerana menggunakan pengangkutan awam..maka lambat la perjalanannya...

Dek kerana kelambatan bus yg ditunggu juga..sempat lah sy dok memerhati keadaan sekeliling pondok bus yg berhampiran dengan masjid....masjid ini selalu menjadi tempat persinggahan pengguna2 lebuhraya terutamanya pada hari jumaat....selain kedudukannya yg stretegik ditepi lebuhraya...

Di tepi masjid ni pula tumbuh suburnya 5batang pokok kelapa...mungkin pokok wakaf agaknye....di bawah salah satu pokok kelapa tersebut....berdirinya 2 org anak remaja lelaki lingkungan 13-15 tahun umurnya...mereka ni begitu khusyuk berusaha untuk memetik dan memisahkan buah kelapa dari tandanya...

Pada mulanya remaja ini berusaha untuk memanjat pokok kelapa tersebut..tetapi tidak berjaya..mereka mencuba lagi...masih tidak berjaya...mungkin tidak biasa dan tidak mempunyai kemahiran memanjat pokok kelapa kot..

kemudian mereka berusaha pulak dengan membuat sebatang galah....2,3 kali mereka cuba mengait buah kelapa.....juga tidak berjaya...akibat terlalu penat dan keadaan cuaca yang agak panas menyebabkan mereka berehat sebentar dalam 5minit...kemudian mereka menyambung balik kerja mereka...

Dalam sedang memerhati...terfikir2 saya..mengapa mereka beria benar mengait buah kelapa ditepi masjid tu...dah lama tak minum air kelapa ker?kenapa tak beli je?maklum sajalah kalu dikawasan bandar ni..bukan senang nak jumpe pokok kelapa....mungkin ada sebabnyer....tak sempat untuk saya bertanya..kerana bus yg ditunggu sudah pun sampai...sebelum naik bus...sempat la saya menjeling ke arah mereka..masih lagi berusaha.....

Apa yg saya terfikir:
Yang pertamanya: saya fikir mereka ni mungkin dari keluarga susah...duduk pula kawasan bandar....barangkali ada majlis cukur jambul adiknyer....mungkin ibunya meminta bantuan mendapatkan sebiji kelapa muda kot......

Yang keduanya: mungkin mereka saje suka2....maklum sajalah budak2...tp ada lagi ke budak sekarang nak panjat pokok kelapa dengan hanya nak minum air kelapa...

Yang ketiganya: entah2 mereka ni mengait daun pelepah kelapa..mana tau..kot2 nak ambil lidinya...boleh buat duit tu....

Yang keempat: mana tau mungkin projek sekolah mereka..hehe..mane tau kot2 nak mengkaji isipadu air kelapa..hehehe..

Macam biasalah..kalu jawapan kepada persoalan tidak dapat dijawab....main kot2 jer la...apa2 pun..saya kagum dengan usaha mereka...saya kira mungkin semua orang akan berusaha untuk mencapai apa yang mereka kehendaki....tapi jgn mudah putus asa....USAHA TANGGA KEJAYAAN.............

Thursday, May 21, 2009

Quran Saintifik...

Quran Saintifik, meneroka kecemerlangan Quran daripada teropong sains…‎

Buku yg ditulis oleh Dr. Danial Zainal Abidin ini mengupas ttg apa yg terkandung di dalam Al-quran dan kaitannya dengan ilmu sains…. Seperti yg kita sedia maklum, banyak kajian yg dilakukan oleh ahli sains sebenarnya telah temaktub di dalam Al-quran, Cuma sesetengah dari mereka masih lagi enggan mempercayainya...


Sains betul2 membenarkan Al-QURAN…antaranya:

-asal usul kejadian manusia

-proses kejadian bumi

-pengharaman daging khinzir

-dan banyak lagi dibawah ini :-


buku ini sangat menarik untuk dibaca..jangan lepaskan peluang untuk membacanya...;-)


English version by Afzarul Rahman

Indahnya saat bersama kamoo....‎


Wah...tak sangka akhirnya abih sudah pengajian 4tahun kat USIM ni..rasenya macam baru 4hari...teringat waktu mula-mula mendaftar dulu..1hari tu pun dah macam 1 tahun....waktu tu setiap saat menghitung..tiap-tiap hari juga memikirkan "bila la nak abis blaja ni"....bila dah abis blaja....ungkapan "dah abih blaja ke???" pulak yg disebut..hehehe...

Saat pahit dan manis sudah pasti akan di ingati..entah bila pulak kita semua akan dipertemukan...seperti biasa juga "setiap PERTEMUAN sudah pasti adanya PERPISAHAN"...



Ucapan-ucapan, pesanan dan nasihat terakhir dari anda semua untuk diri ini akan terus saya ingati :-
"Akal itu teman, ilmu itu kawan, iman itu sahabat" -Saedah-

"Orang yang bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati" -Rafidah-

"Lets love takes place,where ever u go, coz only love can win the heart" -Hasanah-

"Ingatlah pooja selalu..jagalah dirimu..hiasi peribadi..semoga akak berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat" -Mahfuzah-

"When u realy allah relied to you loke the bird find the food at morning and come back with full stomach at the dusk, taufik wa najah fil imtihan...jadilah insan yang berilmu, dengan ilmu itu akan menyuluh kebenaran itu" -Asmad-

"Jangan dikesali atas sebuah pertemuan, tanpa pertemuan, kita tak mungkin dapat mengenali seseorang" -Haiza-

"Be the best among the best" -Rasniza-

"Jika ketenangan yang dicari, allah akan terus uji hati kita, hingga pada satu masa kita akan rasa indahnya tawakkal kepadanya" -Munirah-

"Remember me always, dont forget me, USIM 2005-2009 sentiasa terpahat dihati selamanya" –Hafshah-

"Peringatan untuk diri yang alpa, hati ini milik Allah, diciptakannya hanya untuk menciptanya" -Ain-

"Jadikan kenangan semalam sebagai senyuman paling menawan untuk dihari-hari mendatang" -Ayuni-

"Mereka akan ingat apa yang kamu capai...bukan apa yang kamu janji untuk capai..ingat kasmah tau..dekat dihati..sayang k.su sokmo" -Kasmah-

"Ukhwah itu indah bila berkasih sayang kerana Allah. Manisnya pertemuan seandainya tiada kuntuman mazmumah yang bersarang, tiada harta yang lebih bernilai dari apa yang kita tanam ini melainkan sebuah persahabatan yang diredhai dan dipandang olehNYA..ukhwah fillah lestari selamanya" -Lailasari-

"Salam ukhwah buat suraya, moga ukhwah ini untuk selamanya..best of luck" -Yuhanis-

"Persahabatan jauh lebih indah dari percintaan, cinta seumpama bermain layang2, andai putus berakhirlah ikatan, sahabat bagaikan pantai dan lautan, walaupun sering berhempas tetap kekal berdampingan" -Shayuzan-

"Sahabatku, adakalanya kita perlu MENANGIS agar kita tahu hidup ini bukan sekadar untuk KETAWA dan adakalanya kita perlu KETAWA agar kita tahu mahalnya nilai AIRMATA...bersyukur pada org yang MENYAKINKANMU kerana dia yang MENABAHKANMU..bersyukur pada orang yang TAK MENGENDAHKAN kamu kerana dia MEMUPUKMU BERDIKARI..bersyukur pada orang yang MENJATUHKANMU kerana dia yang MEMPERHEBATKAN kemampuanmu..All The Best..." -NIK Azizah-

"Semoga berjumpa lagi di lain hari..manfaatkan ilmu yang dipelajari di USIM..." -HAN-

"Semoga k.suraya ceria2 selalu, senyum selalu ek.." -Biha hamzah-

"When you make mistake, there are only 3 things you should ever do about it:1)admit it 2)learn from it 3)dont repeat it.. " -Zuhailah-

Untuk sahabat2 yang sy kenali..terima kasih kerana sudi bersahabat...Maaf Jika ada salah silap dan terlanjur kata yer...he5..jumpa lagi nanti..

Friday, May 15, 2009

Karnival Kerjaya & Keusahawanan Graduan 2009


Karnival Kerjaya& Keusahawanan Graduan
Tempat: PWTC
Tarikh:
15-17 Mei 2009
Masa:
10.00 a.m-7.00 p.m



Berita baik untuk semua pelajar2 tahun akhir dan kepada sesiapa sahaja yg sedang mencari pekerjaan...karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi ini telah membuka peluang kepada kita untuk mengintai2 peluang yang ada...jgn sia-siakan peluang ini..lebih 10 000 peluang pekerjaan ditawarkan dan lebih 600 syarikat mengambil bahagian...
JOM!! Cuba...



p/s: walaupun peluang pekerjaan bagi pelajar2 yang mengambil jurusan pengajian islam agak kurang di dalam karnival ini, sekurang2nya seminar2 yg diberi secara percuma dan program keusahawanan sedikit sebanyak dapat membantu kepada sesiapa yg berminat...bagi pelajar yg kurang berkemahiran pula, program seperti latihan pengurusan banyak disediakan disini..

Friday, May 1, 2009

Jemputan Raja Sehari....


Lagi sekali utusan daripada raja sehari sampai ke tangan "hamba yg miskin"ini..he5..jika sebelum ini pelbagai bentuk dan jenis kad berbunga+wangi datang menjemput,kali ini sms pula datang sebagai permudah cara…maklumlah sekarang ni pelbagai cara sudah digunakan dari:

1) Menjemput tetamu (KAD/SMS/MMS/EMAIL/COMMENT@MSG[friendster.myspace.blog.facebook])

2) Majlis kenduri(HOTEL/RESORT/DEWAN/PADANG SEK./RUMAH SENDIRI)

Sehinggalah kepada souvenir kepada tetamu….apa jenis cara sekalipun yg penting adalah pekara WAJIB mengikut syara'….SELAMAT PENGANTIN BARU kepada;

-Siti Afitah binti Shaikh Ali dan pasangannya Azrin Baharun pada 25/4/09 di Kuantan, Pahang.(sahabat yg sama2 blajar di KIPSAS+USIM)

-Mohd Hambali Kaweed dan pasangannya Siti Asrohiyah Ngah Dimin pada 26/4/09 di Kuala Selangor, Selangor.( sahabat yg sama2 blajar di USIM )

-Adilah dan pasangannya pada 2/5/09 di Jerantut, Pahang.( sahabat yg sama2 blajar di S.M.A PDG TGKU)

-Ain Rashid dan suaminya pada 2/5/09. (sahabat yg sama2 blajar di KIPSAS)

-Siti Norazura dan pasangannya pada 2/5/09 di Felda Tersang, Pahang.( sahabat yg sama2 blajar di S.M.A PDG TENGKU)

-Aishah Mokhtar dan pasangannya pada 9/5/09 di Lanchang, Pahang.( sahabat yg sama2 blajar di S.M.A PDG TENGKU)

-Siti Khadijah dan pasangannya Hasanul pada 5&7/6/09 di Besut, Terengganu dan Jerantut, Pahang.( sahabat yg sama2 blajar di KIPSAS+USIM)

Doa buat kalian semua moga kekal hinga ke anak cucu(sepanjang hayat)…secebis kata2 dan peringatan utk kt bersama di…
http://nurss.blogs.friendster.com/my_blog/ )




Hargailah isteri anda...... >Mulianya seorang isteri disisi Allah...>Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri >ini pada keluarga, suami dan anak-anak>Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri >mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.>Biarlah buruk mana isteri anda,>sayangilah mereka......


>Satu lagi berita gembira untuk wanita, >Sepanjang dia mengandung>Allah sentiasa mengampunkan dosanya,>Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. >Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,>jadi kenapa perlu takut nak beranak?>Marilah kita pegang kepada tali Allah. >Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap >mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.>Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi>Allah beri kelonggaran siksa kubur. >Untuk peringatan semua wanita yang bersuami >seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala>tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.>Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan >terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia >terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.>Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid>atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..>Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian>Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, >jadi dia pun memberi pahalanya kepada>suami untuk lepas masuk syurga.


>Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan>isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.>Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung>terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.>Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan >diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik >dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..>Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat>Allah agar tidak derhaka denganNya. >Ses ungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. >Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak>kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir>kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan >wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

>Woman was made from the rib of man,>She was not created from his head to top him, >Nor from his feet to be stepped upon,>She was made from his side to be close to him, >From beneath his arm to be protected by him,>Near his heart to be loved by him.

Wednesday, April 29, 2009

Guni???Pokok???

Dengan berakhirnya paper bagi subjek "Mabahith ijtihad wal ifta'…" maka tamatlah peperiksaan sy bagi semester 2008/2009 pada kali ini…

Alhamdulilah..…moga segala usaha yg kita lakukan mendapat ganjarannya..bagi mereka yg masih lagi berjuang teruskan usaha anda…

Yg tinggal sekarang., hanyalah doa kepada Allah S.W.T…harap2 ilmu yg kita perolehi terus segar diingatan dan kekal agar boleh dibuat pedoman, dan dikongsi bersama..

Bagi pelajar2 tahun akhir..ilmu yg dicedok sepanjang tahun pengajian yg dikumpul sehingga berguni-guni tu harap tidak dilonggokkan begitu sahaja…biarlah guni yg berisi ilmu ini dimanfaatkan dan di pratikkan…AMIN~

Janganlah menjadi pokok yg tumbuh dengan daun yg lebat, akar yg banyak tetapi tidak menghasilkan buah…
Doa untuk mendapat ilmu yg berkat:
اَللّهُمَ إِني أَعوذُ بِكَ مِن عِلمٍ لاَ يَنفَعُ, وَمِن قَلبٍ لا يَخشَعُ, ومِن نفسٍ لا تَشبَعُ, ومِن دعوَةٍ لاَ يُستَجَابُ لَهَا.

"Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadamu daripada ilmu yg tidak bermanfaat, daripada hati yg tidak khushuk, daripada nafsu yang tidak pernah kenyang dan daripada doa yang tidak diperkenankan"


"ILMU TANPA AMAL UMPAMA POKOK YG TIDAK BERBUAH"

Wednesday, April 8, 2009

Final Exam...


"Saat Kekalahan itu bermula apabila kamu merasa Lemah dalam perjuangan dan saat Kemenangan itu bermula apabila Melawan rasa lemah itu"


..:::Selamat Menghadapi Peperiksaan~~::::…

Doa' + Usaha + Tawakal = KEJAYAAN