**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**

Monday, August 3, 2009

Sekitar Majlis Konvokesyen U.S.I.M di PICC,Putrajaya..









p/s: Terima Kasih kepada keluarga terchinta,pensyarah,rakan dan semua yg telah memberi ucapan tahniah sempena majlis graduasi ini..

Thursday, July 30, 2009

KonVokesyen..


Majlis Konvokesyen USIM 2009


Tempat: PICC,..Putrajaya

Tarikh: 1/8/2009


Congratulation!!!!


P/s:Tahniah wat semua pelajar U.S.I.M batch 2005-2009..bagi mereka yg masih menuntut(belajar)..jom join kami(ala2 iklan Bioaura..hahahaha)memeriahkan majlis ni..kongsi pengalaman...he~~




Sunday, June 14, 2009

Perantau..

Baru jer sebulan berehat dan duduk disisi mak ngan abah selepas tamat pengajian mei lalu.... kini terpaksa merantau lagi..huhu.....kemana pulak kali ni???...kemana?..kemana?......Hu~~

Dari Kuala Lipis (Pahang) 97-2001 ---> Pekan (Pahang) 2001 ---> Kuantan (Pahang) 2001/02-2004 ke Nilai (Negeri Sembilan) 2004/05-2009 ---> Putrajaya 2008---> ke????(Perak) 2009-20??

kononnya sepanjang duk dirumah ni, nak la blaja buat kek ker, menjahit baju berfesyen ker..,menjual goreng pisang ker, tanam cili ker,tak pun blaja wat kueh Donat ker, mana lah tau, kot boleh bukak Gombak's Donut kan..hehe,..tp tu..KONON jer la...hehe...

Tak pernah sy terfikir utk merantau ketempat2 ini, dan berjauhan dengan keluarga...namun menjadi anak perantau(biarpun dalam negeri) telah banyak mengajar sy..benarlah kata pepatah "Jauh Perjalanan Luas Pengalaman"...ini baru merantau dlm negeri..belum lagi mengembara ke Luar negara.....lagi banyak dugaan......

p/s: pasni takder da..makan+minum +tido lmbt+bgun lmbat+goyang kaki+tgk tb 24jam....hu~~

Friday, June 12, 2009

EL-Nino....

-Petikan akhbar Kosmo! Pada 10 Jun 2009 di ruangan Negara-

KUALA LUMPUR - Kemerosotan kualiti udara yang menyaksikan cuaca mula berjerebu di beberapa kawasan dianggap petanda awal kedatangan fenomena El-Nino mulai Ogos ini. Berdasarkan pemantauan Jabatan Meteorologi Malaysia, El-Nino sudah terbentuk ekoran cuaca panas dan kering semasa musim Monsun Barat Daya, namun kekuatannya hanya dapat dikenal pasti mulai Ogos ini. Serentak dengan itu, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mahu beberapa langkah pencegahan diambil termasuk mengurangkan aktiviti pembakaran terbuka yang kini meningkatkan jerebu.

Kementerian itu dalam satu kenyataan akhbarnya semalam telah mengambil beberapa langkah awal membentuk kerjasama dengan beberapa agensi kerajaan yang berkaitan sebagai persediaan awal. "Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu Kebangsaan telah diadakan 23 Februari dan 8 Jun lalu untuk memastikan semua agensi kerajaan bersedia menghadapi fenomena ini,'' jelasnya. Selain itu, pihak kementerian turut melakukan pemantauan udara dengan kerjasama Unit Udara Polis Diraja Malaysia dan syarikat penerbangan swasta untuk mengesan pembakaran terbuka di beberapa kawasan berisiko seperti Selangor, Pahang dan Johor.

Jerebu merupakan petanda awal fenomena EL-Nino Ogos ini..

P/s: Menurut sumber Meteorologi Negara, Malaysia pernah dilanda EL-Nino sebanyak 12 kali, dan kali terakhir pada tahun 1998,jadi tahun ni merupakan kali ke13 fenomena ini di Malaysia...wah...dah banyak kali rupanya fenomena EL-Nino nih...yang betul2 sy tahu ttg fenomena ini pun bermula pada tahun 1998 yg lalu.......em...patut la 2,3 hari ni, panas semacam jer, nak plak pd waktu mlm...ingatkan nak hujan...tp hujannya tak turun2....heheh~~

Saturday, June 6, 2009

Tribute untuk nenda...‎

Buku berbentuk novel ini adalah hasil catatan pengalaman-pengalaman penulis, Ustaz Rashidy Jamil Muhammad Ar Rashid bersama arwah nendanya, Allahyarhamah Hajjah Tuan Sharifah binti Tuan Tengah, dan juga catatan peribadi beliau, menariknya catatan ini apabila turut menyertakan ayat2 Quran, Hadith, dan matan2 kitab beserta sumber2 rujukannya yang sememangnya kaya dengan ingatan dan nasihat....


Sedikit petikan dalam buku ini....


"masa kecil2 dulu selepas sarapan pagi roti paun dan air milo, Ana ikut Cik tanam timun kat Tanjung, kat sini jugalah tempat Ana main wau masa musim kemarau. Sebelah tu ada pokok binjai tempat kami beramai2 tunggu binjai luruh. Kalau gatal2 badan cik akan mandikan Ana dengan daun sukar, sampai sekarang ni pun, tiap kali Ana balik kampung, Ana petik daun sukar, gosok2 dan cium baunya, nak ulang2 kenangan tu. Saat begini teringat Ana pada kata2 Sheik Ibnu A'thoilah di dalam Al-Hikamnya": Sebaik2 saat dalam hidupmu, ialah ketika kamu menyedari kekurangan diri dan kembali kepada kerendahan dirimu".

"Paling tidak amalan nenda yg menghidangkan kawe(kopi) pada tetamu dan memberi air sekendi pada org berziarah kubur, masih ana teruskan"

"Buah tangan, nasihat tazkirah, salam sahabat handai dari jauh dan sebagainya, semuanya dihulurkan kepada ana yang sedang berbaring. Terkelip2 ana melihat suasana itu, seakan kebingungan menerima kunjungan tetamu yang tidak putus2. sedangkan ana adalah orang dagang yang berbaring disini.Subhanallah...tak kurang pula yg memuji, kata mereka: "Allah hendak mengangkat darjat anta..maka diuji anta dengan sakit ini...dan kata mereka lagi "Anta org baik Allah kan sentiasa uji org yg baik2"..dan bermcm2 pujian lagi dtg kepada ana, datang bersama buah tgn yg dihulurkan.Subhanallah..Tersenyum ana...mengapa tersenyum ya?Sebenarnya ana tersenyum mengingat kata2 Syeikh ibnu A'thoilah di dlm Al-Hikamnya tentang
pujian:
من أكرمك انما أكرم فيك جميل سترة فالحمد لمن سترك ليس الحمد امن أكرمك وشرك
Maksudnya: (ketahuilah) sesiapa yg memujimu (kerana kebaikan yg ada padamu) adalah semata2 kerana bijaknya Allah S.W.T menutup aib yg ada padamu,maka pujilah (kamu yang menerima pujian) kepada Allah yg telah menutup aibmu itu, bukannya kamu mengembalikan pujian tersebut pada mereka yg memujimu dan berterima kasih kepadamu."


P/S; Indahnya hubungan akrab penulis bersama nendanya..hidup bersama dan kerja bersama, banyak pengalaman dan kenangan yg sudah pasti tidak dapat dilupakan oleh penulis buku ini..2hari yg lepas, sy telah pulang ke kampung membantu saudara mara mengadakan kenduri arwah nenda sy, maklum sajalah cuti sekolah.....,hari yg paling sesuai utk mengadakan kenduri..,majlis kenduri ini juga diadakan sempena menyambut kedatangan ramadhan yg tidak lama lagi+doa selamat...Al-fatihah juga buat arwah nenda sy Allahyarhamah Hajh Umbi bt Hj Awang Lirai yg kembali ke rahmatullah pada 6/1/2008, sedara-mara, dan juga semua kaum Muslimin dan Muslihat yg telah meninggal dunia...AL-FATIHAH

Saturday, May 30, 2009

Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2009‎..

Tema Tahun Ini: Amaran Kesihatan Bergambar
Tarikh :
31 Mei Setiap tahun
Disambut Seluruh Dunia....

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa hari Tanpa Tembakau Sedunia disambut pada 31 Mei setiap tahun..mungkin dengan temanya pada tahun ini "Amaran Kesihatan Bergambar", menyedarkan masyarakat bahawa kewujudan hari Tanpa Tembakau dan bahaya merokok,

namun masih ada lagi segelintir pihak yang mengambil kesempatan....seperti di laporan akhbar Kosmo, bertarikh 18 April 2009, di ruangan Negara :-

Jika kotak rokok lain memaparkan gambar kesan bahaya merokok seperti mana kehendak yang ditetapkan oleh kerajaan, satu jenama rokok pula telah menggantikannya dengan gambar Bangunan Perdana Putra yang juga merupakan pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.Kotak rokok jenama Saat yang diperbuat daripada logam itu menggunakan gambar bangunan tersebut pada waktu malam dan menjualnya di seluruh negara pada harga RM5.80 bagi pek 20 batang.Menurut Pengarah Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Razak Lajis, tindakan pengeluar rokok itu boleh memberi isyarat salah seolah-olah perbuatan merokok mendapat restu kerajaan."Selain itu, tindakan peniaga menjual rokok secara ceraian atau sebatang terutama kepada remaja membuatkan kempen tidak merokok sukar menemui kejayaan," katanya pada sidang media di USM semalam.Razak menggesa kerajaan bertindak tegas terhadap syarikat rokok yang melanggar peraturan itu melalui Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dan Pindaan 2008.Pada majlis yang sama, Pengarah Majlis Pengawalan Tembakau Malaysia, K. Koris Atan berpendapat, kerajaan wajar memantau strategi-strategi syarikat tembakau yang cuba mengelirukan orang ramai dan menghalang pelaksanaan peraturan-peraturan itu."Kerajaan kena serius kerana ini berkaitan dengan kesihatan awam dan masa depan golongan muda," tegasnya.

Antara maklumat tentang tembakau dan rokok :-
-Fatwa tentang rokok
-Muslihat Syarikat Tembakau Mula Terbongkar
-Syarikat AS Rahsia Bahaya Merokok
-Rokok antara fakta dan falasi
Dan banyak lagi di:-
http://www.prn2.usm.my/mainsite/tobacco/tembakau.html

Selain itu, kewujudan casing rokok yg pelbagai corak juga seolah2 mengagalkan usaha kempen tak nak merokok…

Tuesday, May 26, 2009

‎"Tesis"...-siap suda akhirnya-‎

Apa yang penting sekali di dalam penulisan tesis ini adalah untuk memastikan makanan yang disediakan adalah "halalan thoyyiban", ALLAH S.W.T berfirman di dalam surah Al-Baqarah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّهِ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ


Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.

Sedikit kesimpulan ttg hasil penulisan TESIS ni,....jom baca..


"Preparing, Handling and Storage of Halal Food for Syariah and Halal Standard "
-Penyediaan, Pengendalian dan Penyimpanan Makanan Halal Menurut Syariah dan Standard Halal-

Makanan sangat penting kepada manusia untuk memberikan tenaga bagi melakukan apa2 sahaja pekerjaan..oleh sebab itu pengguna haruslah berhati2 dalam memilih makanan, makanan yang sihat dan selamat adalah baik untuk tubuh badan..selain itu satus kehalalan sesuatu makanan juga penting kepada manusia kerana makanan yg masuk kedalam tubuh badan membentuk keperibadian seseorang.

Daripada Abu hurairah, rasululah S.A.W telah bersabda: telah datang seorang seorang lelaki dari tempat yang jauh, rambutnya tidak terurus penuh dengan debu, dia mengangkat kedua tangannya ke langit sambil berdoa, wahai tuhanku, wahai tuhanku, padahal makananya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan diberi makan dengan yang haram pula, maka bagaimana doanya itu dikabulkan??. –riwayat Tarmizi dan Muslim-

Di dalam hadis tersebut jelas menyatakan bahawa mereka yang makan dan minum daripada benda yang haram sukar dimakbulkan doanya..

Makanan yg diproses, dibungkus atau dijual hendaklah mengikut prosedur yg telah ditetapkan..sumber2 makanan hendaklah halal dan bukannya daripada sumber2 yg haram..Segala peralatan yg digunakan untuk menyediakan makanan hendaklah bersih dan dijauhi daripda bahan2 yang haram,..dapur, peralatan pinggan mangkuk,sudu, pisau dan garfu yg digunakan untuk memasak makanan yg tidak halal hendaklah disamak terlebih dahulu apabila peralatan2 itu hendak digunakan bagi memasak masakan halal. Samak yg dimaksudkan adalah kaedah yg digunakan untuk menghilangkan bahan2 haram yang terdapat pada peralatan tersebut. Kaedah samak yg digunakan adalah mengikut apa yg telah ditetapkan oleh syarak.

Bagi proses pengendalian daging halal pula..haiwan yg hendak disembelih haruslah binatang yg halal untuk dimakan...dan haiwan tersebut mestilah disembelih oleh orang islam yg berakal...bagi proses penyembelihan secara mekanikal juga hendaklah mengikut cara penyembelihan yg telah ditetapkan syarak.

Pengedar atau pengeluar makanan haruslah mengutamakan kebersihan dari segala sudut seperti,tempat, bahan-bahan ramuan, dan juga peralatan, ini sangat penting bagi mengekalkan kepercayaan pengguna terhadap produk yang kita keluarkan..pematuhan terhadap undang-undang dan garis panduan yang disediakan seperti Good Maufacturing Practise (GMP), Malaysian Standard (MS 1500:2004), Good Hygiene Practise (GHP), Good Agriculture Practise(GAP), dan Codex Alimentarius dapat membantu pengedar, penyedia dan pengeluar makanan untuk menghasilkan makanan halal, dan menjaga kebersihan.

p/s: Thanks of bless to my frens, AISHAH MOKHTAR,..(sahabat yg pertama skali, yg membantu sy mencari bahan utk tesis, and adik Aqilah dn sahabat2nya..(org terakhir yg sy kira...membenarkan kami menghabiskan hari2 bagi menyempurnakan tesis kami di rumahnya)
dan sahabat2 yg membantu disaat kritikal: Nur Azmira Zakora, Ruzana Rusli, Wan Norisa Wan Ngah, Norhamizah Abd Hadi, NurSazliana Yusoff dan Munir Zihni...and all of you...thanks..thanks..;p