**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**

Monday, December 28, 2009

~Antara Teka-teki &Pandangan Al-Ghazali~


cerita-cerita yg berbentuk ilmiah perlu disampaikan secara kreatif kepada anak-anak kecil bagi menarik minat mereka...


Suatu hari Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya dan kemudian beliau memberikan pertanyaan teka-teki...
Imam Ghazali : "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu adalah janji Allah SWT bahwa setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati (Surah Ali-Imran : 185).
Imam Ghazali : "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?"
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kendaraan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
Imam Ghazali : "Apa yang paling besar di dunia ini?"
Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi
Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf : 179). "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahanam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah SWT) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah SWT), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah SWT). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai".
Imam Ghazali : "Apa yang paling berat di dunia?"
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah
Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72). "Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat[*] kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh". [*]: Yang dimaksud dengan amanat di sini ialah tugas-tugas keagamaan. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka karena gagal memegang amanah.
Imam Ghazali : "Apa yang paling ringan di dunia ini?"
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan sholat.
Imam Ghazali : "Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?"
Murid-murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Karena melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

p/s: artikel seumpama ini..mungkin sudah ramai yg membacanya..sy sendiri menerima artikel ini yg di fwrdkan oleh sahabat kepada saya pada satu ketika dahulu~sangat menarik~~khasnya utk mengajar anak2 kecil..menambah ilmu sambil berhibur(berteka-teki)~~sengaja saya poskan disini utk tatapan saya dan mereka yang sudi singgah...

Wednesday, December 23, 2009

~Gerhana Bulan 2009~

KUALA LUMPUR-Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan kejadian gerhana bulan separa mulai 1.17 pagi hingga 5.28 pagi pada satu januari depan. Menurut kenyataan Agensi Angkasa Negara (Angkasa) semalam, secara amnya gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa sama, bulan melintasi bayang bumi. Gehana itu akan bermula dengan fasa penumbara pada 1.17 pagi waktu Malaysia tetapi ketika itu, kesan kenampakan gerhana tidak dapat diperhatikan kerana bulan merentasi bayang penumbra bumi yang kurang gelap. Gerhana yang jelas dapat dilihat ketika bulan memasuki bayang umbra bumi mulai 2.53 sehingga gerhana maksimum pada 3.24 pagi pada kenyataan itu. Angkasa dengan kerjasama Masjid Negara akan menganjurkan Program Gerhana Bulan Separa di pekarangan Luar Masjid 1 hingga 6 pagi pada 1 Januari-bernama-

sumber berita:Harian Metro,Rabu 16 September edisi setempat


Gerhana bulan pada Februari 2008

SOLAT GERHANA / BULAN
Gerhana terbahagi kepada dua iaitu gerhana bulan dan gerhana matahari. Gerhana ini merupakan tanda kekuasaan Allah S.W.T. bukan disebabkan apa-apa munasabah. Contoh sebagaimana yang telah berlaku pada Zaman Rasulullah s.a.w apabila anak baginda yang bernama Ibrahim telah meninggal, kebetulan ketika itu berlakunya gerhana Matahari, maka orang-orang ketika itu menyangka berlakunya gerhana Matahari ini disebabkan kematian Ibrahim. Maka Nabi s.a.w bersabda :

"إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله لا ينكسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فادعوا الله وصلوا حتى ينكشف ما بكم ". (رواه البخاري ومسلم

Maksudnya : “Sesungguhnya matahari dan bulan keduanya menjadi bukti adanya Tuhan dan kekuasaan-Nya. Keduanya gerhana bukan kerana matinya seseorang dan tidak pula kerana hidupnya seseorang, maka apabila kamu mengetahui keduanya gerhana, hendaklah kamu berdoa kepada Allah, dan solat sehingga habis gerhana itu.”

CARANYA :

Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :
Rakaat pertama :
1-Niat solat Gerhana, Takbir.
2-Baca Al-Fatihah dan surah.
3-rukuk.
4-I’tidal,
5-Baca Al-Fatihah dan surah.
6-rukuk.
7-I’tidal.
8-Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.

Rakaat kedua :
Sama seperti rakaat pertama.

NIAT SOLAT GERHANA

الخُسُوْفِ : Gerhana Bulan
الكُسُوْف : Gerhana Matahari
أُصَلِّي سُنَّةَ الخُسُوْفِ / الكُسُوْفِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat gerhana (Bulan / Matahari) 2 rakaat kerana Allah Taala.


p/s;Biasanya kita terdedah kepada berita mengenai gerhana matahari jer..jarang sekali untuk kita mengetahui ttg gerhana bulan..bagi sesaiapa yg berminat menyaksikan kejadian ciptaan Allah S.W.T ini jgn lepaskan peluang utk menyaksikannya di Masjid Negara disamping program yg disediakan sambil2 beribadat..insyaallah~

Tuesday, December 15, 2009

Salam Maal HIjrah 1431H....

Satu Muharam detik permulaan
perkiraan tahun Islam Hijrah
perpindahan Nabi dan umat Islam
dari kota Mekah ke kota Madinah
atas keyakinan dan iman yg teguh
kaum Muhajirin dan Ansor bersatu
rela berkorban harta dan nyawa
demi menegakkan islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu mari semua
kita sambut Maal Hijrah
tingkatkan semangat
tegakkan syiar islam..
untuk sepanjang zaman...

Inilah antara bait-bait lagu tema Maal Hijrah yg seringkali dinyanyikan di Malaysia apabila kita menyambut Maal Hijrah...lagu ini mengenangkan kembali perpindahan nabi dan umat islam dari kota Mekah ke kota Madinah..dan bermulanya detik perkiraan tahun Islam Hijrah...


Hijrah memberikan pelbagai takrifan mengikut pandangan masing-masing..walau apapun pandangan anda..buatlah perubahan dengan menjauhi apa yg ditegah oleh Allah S.W.T....salam Maal Hijrah...

Dari Amir al-Mukminun Abu Hafs ‘Umar Ibn Khattab Radiyullah ‘Anh, katanya: Aku dengar Rasulullah SAW bersabda : Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seseorang apa yang ia niatkan. Maka barangsiapa hijrahnya kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang ia ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu.Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim

p/s:Teringat zaman sekolah dahulu...apabila tibanya tahun baru Islam..kami semua pasti akan solat asar dan maghrib bersama2 dan membaca doa akhir dan awal tahun bersama2....

Saturday, December 5, 2009

Ada apa dengan Suratkhabar?


Anda tak tahu nak wat aper di waktu lapang,atau waktu cuti??aper kater kalau anda isi mase anda dengan menghasilkan produk kraftangan dengan hanya menggunakan suratkhabar lama..mudah,ringkas,jimat,berbaloi-baloi..hihihi..boleh wat duit lagi..janji syaratnya anda seorang yg R.A.J.I.N.....BERSEMANGAT TINGGI...dan bukannya hangat2 tahi ayam..
Sebenarnya kraftangan yg dihasilkan dengan suratkhabar ni dah lame diprkenalkan..malah ada yg menjadikan hobi mengayam ini sebagai pendapatan sepenuh masa....


Teringat sy sewaktu berjalan2 di Jln TAR Kuala LUmpur...setahun yg lalu...kraftangan yg dihasilkan daripada suratkhabar ini dicipta dengan pelbagai bentuk seperti, bakul,pasu dan lampu...ianya dijual dengan harga yg agk tinggi dan ada yg mencecah ratusan ringgit...hebat bukan!!waktu itu..sy terfikir2..bagaimana mereka melakukannya...tp..tak berkesempatan pula untuk bertanya bagaimanakah caranya...hehe

Anda juga boleh menjual barangan ini dengan harga semurah RM2...bagaimana??mudah saja..bentukkan saja suratkhabar anda menjadi topi yg kecil atau sebarang bentuk..kmudian jadikannya sebentuk Key Chain..anda juga boleh menjadikannya sebagai bakul kecil untuk bekas telur kepada tetamu2 yg hadir..cuba la..he~



Oleh kerana kraftangan ini sgt menarik...sy telah mencubanya dirumah bersama ibunda tersayang..hasilnya..sebiji bakul yg sebesar pemeluk..hihihi...hasil2 kraftangan yg kami buat bukanlah utk dijual..tetapi hanya utk suka-suka...Selamat Mencuba!!

Monday, November 30, 2009

Topi paksa si pemakainya Senyum..


Di California seorang pelajar berjaya menghasilkan topi yang akan memaksa pemakainya sentiasa senyum(gambar diatas)..topi itu mampu mengesan riak wajah pemakai dan mencucuk jarum tajam ke kepala si pemakai jika berhenti senyum...pereka topi tersebut Lauren Mc Carthy menyatakan senyuman boleh membuatkan kita dan orang disekeliling kita rasa lebih bahagia...

-sumber:Harian Metro-


p/s: Senyumlah seIKHLAS hati..”kerana Senyuman itu satu sedekah”..(^_^)/..latih la diri anda daripada sekarang untuk melemparkan senyuman....senyum paksa-paksa tak manis..kelat jadinya..hehehe

Anjung Seri Bolok,Lanchang..



Restoran Anjung Seri yg terletak di kg. Bolok Hilir, Lanchang ini terletak lebih kurang 8 kilometer menghala ke Kuala Gandah(tempat pemeliharan dan pemuliharan habitat gajah, ternakan rusa dan lain-lain)...jika anda berpeluang datang kesini..jemput-jemputla singgah menikmati hidangan di restoran ini...Restoran Anjung Seri menyediakan pelbagai menu makanan dan minuman..




Restoran Anjung Seri juga sedia menerima tempahan masakan majlis perkahwinan, parti dan lain-lain dengan harga yg berpatutan...untuk keterangan lanjut boleh hubungi

En.Zamri:017-3470421

Wednesday, November 25, 2009

Salam EidulAdha....


Aidiladha yg juga dikenali sebagai Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban ini merupakan satu lagi hari kebesaran bagi umat Islam yg disambut meriah terutamanya di bahagian pantai timur semenanjung Malaysia....kebiasaanya hari raya ini disambut pada bulan Zulhijjah dan pada musim Haji...bila tiba Hari Raya Haji@Korban pasti kita akan mengaitkannya dengan PENGORBANAN...pelbagai takrif pengorbanan yg diberikan mengikut pandangan masing2..ape pun takrifannya yg paling penting hayatilah pengorbanan Nabi Ibrahim yg patut kita contohi, dan ketaatan Ismail yg wajar kt turuti..jom kita hayati kisah pengorbanan Siti Hajar....

NABI Ibrahim dan Siti Sarah sudah lama berumah tangga, namun tidak dikurniakan zuriat. Siti Sarah mencadangkan supaya Nabi Ibrahim berkahwin seorang lagi dan merestui Siti Hajar menjadi madunya.Pada mulanya, Nabi Ibrahim keberatan kerana cintanya terhadap Siti Sarah tidak luntur. Namun, Siti Sarah berkeras dan akhirnya, Nabi Ibrahim bersetuju memperisterikan Siti Hajar.Apabila Siti Hajar hamil, Nabi Ibrahim amat gembira dan mengharapkan Siti Sarah turut berasa gembira. Namun, berita kehamilan Siti Hajar itu membuatkan madunya cemburu.Kian hari, rasa cemburunya kian menebal, terutama selepas kelahiran Ismail hingga Siti Sarah mendesak suaminya membawa Siti Hajar dan anaknya jauh dari tempat itu.

Nabi Ibrahim dan Siti Hajar serta anak mereka lantas menuju ke Baitul Haram.Siti Hajar adalah lambang wanita sejati yang taat kepada suami dan perintah Allah. Segala kesukaran, kepahitan, keresahan yang ditempuh Siti Hajar bersama anaknya kecilnya, Ismail ketika ditinggalkan Nabi Ibrahim di tengah-tengah padang pasir kontang, adalah lambang kesetiaan dan kepatuhan seorang isteri kepada peraturan suaminya.Inilah iktibar kisah daripada al-Quran yang menggambarkan seorang isteri contoh yang menjadi lambang kewanitaan sejati. Kalau wanita Islam hari ini bersemangat kental seperti Siti Hajar, tentulah mereka akan sentiasa bahagia dan tidak akan mengenakan sekatan tertentu terhadap suami.Contoh yang ditunjukkan oleh Siti Hajar, yang sanggup menempuh pelbagai kesusahan hidup semata-mata kerana taatkan perintah Allah dan suaminya, tidak syak lagi suatu contoh cukup baik untuk diteladani.

Kisah ketabahan Siti Hajar, turut mempunyai kaitan dan falsafah penting ketika umat Islam menunaikan ibadat haji sekarang. Sebab itulah bagi jemaah yang berada di tanah suci, sama ada ketika mengerjakan umrah atau haji, mereka difardu atau dirukunkan selepas tawaf di Batitullah al-Haram, menunaikan sai iaitu berulang alik dari Safar ke Marwah sebanyak tujuh kali. Ia bertujuan mengingati kembali falsafah penderitaan yang ditanggung Siti Hajar itu. Berikut adalah sebahagian kisah pengorbanan Siti Hajar.

Dalam bahang terik mata hari di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang, Nabi Ibrahim, menunggang unta bersama Siti Hajar. Perjalanan agak sukar, namun hal itu tidak memberi kesan kepada mereka. Yang lebih diharapkannya ialah ketabahan hati untuk meninggalkan Siti Hajar dan bayinya di bumi gersang itu.Sepanjang perjalanan, dikuatkan hatinya untuk terus bertawakal. Dia yakin, Allah tidak akan menganiaya hamba-Nya. Pasti ada hikmah di sebalik perintah itu. Selepas kira-kira enam bulan perjalanan, tibalah mereka di Makkah.Nabi Ibrahim memilih sebuah lembah di tengah-tengah padang pasir. Nabi Ibrahim turun dari untanya dan mengikat tali unta di sebatang pokok tamar.Bahang sinaran matahari bukan kepalang. Tekaknya yang dari tadi kehausan, sedikit pun tidak diendahkannya. Yang difikirkannya, bagaimanakah cara memberitahu isterinya mengenai perintah Allah itu. Sepanjang perjalanan lidahnya seolah-olah kelu untuk berkata-kata.Selepas Siti Hajar diturunkan, tanpa berlengah lagi Nabi Ibrahim bersiap sedia untuk pergi. Apabila Siti Hajar melihat perlakuan suaminya, yang bergegas-gegas mahu pergi, ditariknya jubah suaminya sambil merayu-rayu:"Wahai suamiku, apakah aku akan ditinggalkan bersama anakmu di sini?"Tanpa memandang wajah isterinya, Nabi Ibrahim hanya mampu menganggukkan kepala. "Oh... kiranya kerana dosaku menyebabkan engkau bertindak begini, ampunkanlah aku. Aku tidak sanggup ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang ini."Nabi Ibrahim menjawab: "Tidak wahai isteriku, bukan kerana dosamu..."Siti Hajar bertanya lagi: "Kalau bukan kerana dosaku, bagaimana dengan anak ini... Anak ini tidak tahu apa-apa. Tergamakkah engkau meninggalkannya?" Kepiluan dan kesedihan Nabi Ibrahim, hanya Allah yang tahu. Katanya: "Tidak, bukan itu maksudku. Tapi apa dayaku... ketahuilah, ini semua adalah perintah Allah."Apabila disebut perintah Allah, Siti Hajar terdiam. Kelu lidahnya untuk terus merayu. Terbayang olehnya penderitaan yang bakal dihadapi sendirian nanti. Dia yakin kalau tidak kerana perintah Allah, masakan sanggup suaminya meninggalkan dia serta anaknya di situ.Siti Hajar sedaya upaya menguatkan pergantungan dan pertolongan kepada Allah. Namun hatinya masih tertanya-tanya, apakah hikmah di sebalik perintah Allah itu? Ketika gelodak hatinya semakin memuncak, dengan rahmat Allah, disingkapkan penglihatan Siti Hajar ke suatu masa akan datang. Digambarkan tempat itu nantinya akan didatangi oleh manusia dari serata pelosok dunia, yang berduyun-duyun datang untuk membesarkan Allah.Melihat peristiwa itu, terpujuklah hatinya. Cinta dengan Allah, dengan menegakkan agama-Nya, perlukan pengorbanan. Lalu dengan hati yang berat tetapi penuh keyakinan, Siti Hajar berkata kepada suaminya: "Jika benar ia adalah perintah Allah, tinggalkanlah kami di sini. Aku reda ditinggalkan." Suara Siti Hajar mantap sambil mengesat air matanya. Ditabahkan hatinya dengan berkata: "Mengenai keselamatan kami, serahkanlah urusan itu kepada Allah. Pasti Dia akan membela kami. Masakan Dia menganiaya kami yang lemah ini."Siti Hajar menggenggam tangan suaminya. Kemudian dikucupnya, minta reda di atas segala perbuatannya selama mereka bersama. "Doakanlah agar datang pembelaan Allah kepada kami," kata Siti Hajar.Nabi Ibrahim terharu dan bersyukur. Isterinya, Siti Hajar memang wanita terpilih. Dia segera mengangkat tangannya untuk berdoa: "Ya Tuhan kami. Aku tinggalkan anak dan isteriku di padang pasir yang tandus tanpa pohon berkayu dan buah-buahan. Ya Tuhan kami, teguhkanlah hati mereka dengan mendirikan sembahyang, jadikanlah hati manusia tertarik kepada mereka, kurniakanlah rezeki pada mereka daripada buah-buahan mudah-mudahan mereka bersyukur kepada-Mu."Menitis air matanya mendoakan keselamatan anak dan isteri yang dicintai. Hati suami mana yang sanggup meninggalkan anak dan isteri di padang pasir tandus yang sejauh enam bulan perjalanan dari tempat tinggalnya. Namun atas keyakinan padu pada janji Allah, ditunaikan juga perintah Allah walaupun risiko yang bakal dihadapi adalah besar.

Selesai berdoa, tanpa menoleh ke arah isteri dan anaknya, Nabi Ibrahim terus meninggalkan tempat itu dengan menyerahkan mereka terus kepada Allah. Tinggallah Siti Hajar bersama anaknya yang masih merah dalam pelukannya. Diiringi pemergian suaminya dengan linangan air mata dan syukur. Ditabahkan hati untuk menerima segala kemungkinan yang berlaku.Tidak lama selepas pemergian Nabi Ibrahim, bekalan makanan dan minuman pun habis. Air susunya juga kering sama sekali.Anaknya Ismail menangis kehausan. Siti Hajar hampir buntu. Di mana hendak diusahakannya air di tengah padang pasir yang kering kontang itu?Sedang dia mencari-cari sumber air, dilihatnya dari jauh seperti ada air bertakung. Dia berlari ke arah sumber air itu. Tetapi apa yang dilihatnya hanyalah fatamorgana.Namun Siti Hajar tidak berputus asa. Dari tempat lain, dia ternampak seolah-olah di tempat di mana anaknya diletakkan memancar sumber mata air. Dia pun segera berlari ke arah anaknya. Tetapi sungguh malang, yang dilihatnya adalah fatamorgana. Tanpa disedari dia berulang-alik sebanyak tujuh kali antara dua bukit, Safa dan Marwa untuk mencari sumber air.Tubuhnya keletihan berlari ke sana ke mari mencari sumber air, namun tiada tanda-tanda dia akan mendapat air. Sedangkan anak yang kehausan itu terus menangis sambil menghentak-hentakkan kakinya ke bumi. Tiba-tiba dengan rahmat Allah, sedang Siti Hajar mencari-cari air, terpancutlah air dari dalam bumi di hujung kaki anaknya Ismail.Pada waktu itu gembiranya hati Siti Hajar bukan kepalang. Dia pun mengambil air itu dan terkeluar dari mulutnya, "Zami, zami, zami.." yang bermaksud, berkumpullah, kumpullah. Seolah-olah dia berkata kepada air itu, "Berkumpullah untuk anakku."Selepas peristiwa itu, kabilah yang berlalu akan berhenti untuk mengambil air. Ada pula yang terus bermastautin di lembah Bakkah (Makkah) kerana dekat dengan sumber air itu. Begitulah kehendak Allah. Sengaja didatangkan sebab musabab untuk menjadikan Islam gemilang dan Makkah menjadi tumpuan manusia.

Artikel ini datangnya dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.comhttp://www.ukhwah.com/

Teringin benar hendak sampai ke Tanah Suci..entah bila masanya..insyaALLAh dengan izinnya..AMEN~~
p/s:Sibuk membantu mak buat rendang dan kuah kacang sempena hari raya eidul adha.....lomang pun totap ade,biskut pun ader..tp beli jer la..he~~...