**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**

Monday, May 2, 2011

::Surat Cinta Kita::


Kehadapan my future wife(s)
I menulis article ini bukan lah kerana di cabar oleh seorang member yang ingin melihat keromantikan I. Tapi.. err.. I ...menulis ini adalah kerana kehendak I. So, sila baca entri ni perlahan-lahan. Tak perlu laju-laju.
So, wahai my future wife(s)
I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun.
I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.
Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan?
Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi.
My future wife(s),
I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.
Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.
Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.
My future wife (s),
You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi... Ehem.
Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan?
I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. sebab I pun tak couple lagi. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bull****. So, don't trust them.
Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari 'you'. Takut tersalah pilih perempuan lain. You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

saya tulis surat ni bkn sbb mengada-ngada tp juz nak awak tau yang inilah kehendak stiap wanita yg mungkin awak x taw... sbb awak kan lelaki... so,, u bismillah dlu sblm baca..
So, dear my future hubby...
Saya x pandai sgt nak speaking klu setakat skipping 2 blh la... saya x taw dr dunia mana awak dtg tp saya thu satu hari nanti awak akan saya temui sbg husband saya... dan pada hari kita bertemu saya harap sgt awk dpt terima saya seadanya sbgmana awk nak sy trima awk seadanya... lagipon saya tahu saya comei.. awak sy x taw la... hahahaha
saya harap bila saya tgk facebook awak nanti, awak x letak pic awak byk ngan pompuan2 seksi walaupon awak ckp awk x suka perempuan yg seksi... biasa la, ckp mulut lain, ckp ati lain kan... ehemmm... lgpon laki kan suka klu perempuan seksi dtg bergambar ngan diaorg sbb kononnya laku la kan... sbb suma perempuan nak bergambar ngan dia kan...padahal perempuan2 tu dah x jmpa laki lain nak tgkp gmbr pon...
seterusnya,,, laki ni ibarat kit kat taw... bila bukak nmpk mcm susah nak patahkan padahal kepak skit ja dah patah... mcm 2 la jgk lelaki kan...bila kena goda ja sng sgt nak goyah imannya... padahal nak isteri yg beramal dan beriman... sdgkan imam awak 2 mampu ka awak pertahankan... saya harap sgt awk bkn cm kit kat taw...
Lagi pun, kalau awak nak taw... x da perempuan dalam dunia ni nak kahwin dgn lelaki yg konon ckp suci padahal x suci pon... kata x nak perempuan yg seksi tapi awak jaga x aurat awk?? sbb setahu saya laki pon ada aurat jgk kan...
My future husband,
saya tak tahu pasal masa depan saya. saya pon x nak awk duit byk sbb klu duit awk byk nnti awak cakap awk mampu utk berkahwin lbih pd satu... saya bkn x nak bermadu dan saya bkn x nak payung emas tp saya cuma x nak awk disoal kat akhirat nnti sbb sy taw awk x mmpu nak berlaku adil pd suma isteri2 awk kan.... caring x saya?? sweet kan...
saya pon bkn x nak berhenti keja, tp saya pikirkan ttg gaji yg awk dpt... ckup x utk kita sekeluarga... ms akan dtg msti kita ada baby kan... sbb 2 sy pkir ttg ms akan dtg... forward thinking kan saya ni... perempuan mmg cmni... suka pkir utk ms akan dtg... takat nak buat mnum2 awk 2 pas blik keja ja saya watkan ek... sy x la kejam sgt... sbb sy taw klu sy x watkan nnti awk nak tmbh lg 1... setia sgt awk kan...
Hmm. awak taw tak... saya pon x nak laki yg lembut sgt... sbb klu awk lembut sapa nak protect saya nnti... sbb sy ni lemah lembut skit... mak sy ckp dgn suami perempuan kena lemah lembut skit... klu x nnti dia carik yang lain... lgpon klu saya kasar nnti sllu sy gduh ngan awk... x psl2 masuk neraka saya nnti... isteri mithali kan sy... untung awk taw...
My future husband,
awak taw tak... setahu saya kan memasak ni keja suami taw... awk tanya la mana2 ustazah @ ustaz sekalipun ttg tanggungjawab suami ka isteri memasak 2... saya berani jamin tu tanggungjwb suami... tanggungjwb isteri hanya layan suami dan jg anak ja... tapi kalau awk x reti memasak jgn isaw sbb saya x kan crik suami yang lain... saya masak la kat awk... tp brg2 awk la yg belikan ek... sbb awk jgk yg nak saya taw memasak kan... klu x nak crik yg lain kata awk... x phm btui sy... ckp syg tp keja nak crik yg len ja... lembut lidah manis madah btui la awk ni... ehemmm...
Actually, klu awk masak sekali sekala kat saya pon apa salahnya... sy x mintak pon awk msak hari2 tp stakat sebln skli ka kan... apa slhnya nak rs air tangan suami... mengeratkan lg hbgn suami isteri taw.. sdgkan nabi pon tlg isteri dia masak taw... awk pon msti nak ikut sunnah nabi kan... sbb klu hal nak kawin lbih pd 1 awk ckp nak ikut sunnah nabi... x kan bab nak msak x nak ikut kan... awk saya x mintak pon awk msk mcm kat hotel 5 star 2.. stkt saya blh telan dh la ek...
saya harap awk blh jg diri awk sebelum kita bertemu... kalau blh, x yah kapel lgsg.. tp kalau kapel pon jgn la lbih2... maklum la.. awk kan laki... nnti ckp x thn nafsu plak... sbb bila awk dating akan ada org ketiga yg akan suh awk wat lbih pd 2... klu rs2 cm 2 ja awk byk la mengucap n zikir ek... awak snri cakap kan laki ni x leh caya... bkn saya...
Akhir kata dari saya, bila kita kahwin nanti, saya masak, awk makan.. awk masak saya makan.. awak imam saya makmun.. awk bc doa saya aminkan... saya merajuk awk pjuk... awk merajuk awk tdo luar la ek.. hehehe... sweet kan... jadi, awk kena la cari saya... x kan saya nak cri awk plak... nnti kata perigi cari timba plak kan.. x manis org pndg... awk pon msti x nak sy dikebas org lain kan... awk cri taw...
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

p/s: ha....mula2 NSY ader baca surat yg kat ats skali tu (surat utk my future wife) yg di tag oleh kwn NSY di dalam FB....bila baca.."demand" sungguh si penulis asal ni..ye la kan..sapa taknak istri yg baik..kan..kan..baca je la..lagi pun bukan utk NSY pun..hahahaha...selang beberapa minggu..erm..agaknyaselang beberapa bulan kot...NSY ader terbaca plak satu surat ni...ye..surat yg dibalas..khas utk future husband plak..rase nak tergelak pun ader..sape lah yg membalasnya tuh..hihi....

Saturday, March 5, 2011

Misteri Kematian burung dan ikan di beberapa buah negara



NEW ORLEANS - Misteri menyelubungi saintis-saintis Amerika Syarikat (AS) apabila kira-kira 450 ekor burung pelbagai spesies jatuh dari langit dan ditemui mati di sebatang lebuh raya di Pointe Coupee Parish dekat Baton Rouge, negeri Louisiana pada Isnin lalu. Kejadian itu berlaku selepas hampir 5,000 ekor burung hitam mati apabila jatuh dari langit di bandar Beeba di negeri Arkansas yang berjiran dengan negeri Louisiana pada Jumaat lalu. Kelmarin stesen televisyen Paducah melaporkan seorang wanita di Gilbertsville, Kentucky yang memperkenalkan diri sebagai Sandy menemui berdozen-dozen burung mati di pekarangan rumahnya. Seorang jurucakap Jabatan Perikanan dan Hidupan Liar Kentucky, Mark Marraccini mengesahkan bahawa ratusan burung ditemui mati pada minggu lalu dekat kampus Universiti Murray State. Seorang doktor haiwan di negeri Louisiana, Jim LaCour berkata: "Saya tidak menemui sebarang kaitan dengan kedua-dua kejadian itu." Menurutnya, burung itu mati kemungkinan disebabkan melanggar talian elektrik atau kenderaan dalam waktu malam. Sebanyak 24 haiwan itu didapati mempunyai kecederaan di kepala, leher, paruh dan belakang badan. Burung itu mati di antara malam Ahad atau awal Isnin lalu di kawasan luar bandar 48 kilometer dari barat laut Baton Rouge. Spesies burung yang mati itu terdiri daripada burung perling, burung hitam bersayap merah dan burung lembu.. Kira-kira 50 ekor burung mati dekat sebatang tiang elektrik. Kira-kira 400 meter dari tempat kejadian itu, sejumlah 400 atau lebih ekor burung ditemui mati di tepi lebuh raya. Seorang profesor biologi dan pengasas Institut Kajian Kelakuan Burung di Kolej William & Marry, Dan Cristol berkata, burung itu mungkin menghidap sakit atau terkejut menyebabkan ia keluar dari sarang dan kemudian melanggar talian elektrik. "Haiwan itu tidak akan melanggar talian elektrik tanpa sebab," katanya. Beberapa pegawai di Arkansas dan Louisiana menghantar bangkai burung itu ke Pusat Kesihatan Hidupan Liar Kebangsaan di Madison dan Universiti Georgia untuk dikaji. Sebelum ini, terdapat teori bahawa burung yang mati di bandar Beeba, Arkansas adalah disebabkan oleh trauma letupan bunga api sambutan tahun baru. Penemuan misteri itu berlaku selepas lebih 100,000 ikan ditemui mati di Sungai Arkansas di negeri Arkansas pada minggu lalu..

p/s: artikel seumpama ini pernah saya baca di akhbar..tertanya2 juga ape penyebab kepada kejadian ini...menurut artikel diatas pelbagai tafsiran mengenai kejadian tersebut...kalau ader sesiapa yg menemui bukti..jangan lupe kongsi ya..tq!

Tuesday, September 7, 2010

::Salam Aidilfitri 1431H dan Salam Merdeka::


s.e.l.a.m.a.t...h.a.r.i...r.a.y.a....dari sy sekeluarga

S.A.L.A.M

A.I.D.I.L.F.I.T.RI
1431H


Beberapa hari je lagi kita nak sambut hari raya...masa ni..macam2 persiapan nak buat..bagi yg berkemampuan, nak beli baju dan kasut baru lah...nak buat kuih la..tukar langsir lah..sarung kusyen lah..macam2 lagi..nak tukar yg baru memang xsalah..tetapi berjimat cermatlah ketika berbelanja...ingat lah sahabat2 kita yg tidak berkemampuan...yg penting di lebaran nanti kita sambutnya dengan BESEDERHANA dan janganlah berlebih-lebihan..insyaallah....kerana sikap besederhana ini sangat dianjurkan dalam islam..

Dan beberapa hari juga lagi RAMADHAN nak meninggalkan kita...macam mana ngan ibadah kita di bulan RAMADHAN tahun ni??ada peningkatan???..mg kita dipertemukan kembali dengan RAMADHAN yg akan dtg....disebalik kita menangisi pemergian ramadhan..kita juga perlu bersedia utk menyambut hari kegembiraan bagi umat islam...salam kemerdekaan juga dari sy...MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!

untuk memahami dengan lebih lanjut ttg besederhana dan berlebih-lebihan sila klik:
http://www.gusmus.net/page.php?mod=dinamis&sub=10&id=843


p/s: Terima kasih kat sahabat2 di FB sbb tag Ucapan Salam Aidilfitri...korang semua mmg kreatif..teknologi masa kini pengganti kad raya...alhamdulillah tahun ni masih lagi dapat kad raya dari anak murid..tq..


Thursday, August 19, 2010

::i love my age::

18 ogos 2010
8 Ramadhan 1431 hijrah

Alhamdulillah...masih diberi nyawa saat ini...meneruskan hidup sebagai hambamu Ya Allah....syukur sgt2..moga dengan peningkatan usia ini...makin meningkatnya amalan...amin...insyaAllah...

terima kasih pada kawan2 yang ingat tarikh lahir sahabatmu ini...tidak ada apa yg paling gembira melainkan diberi nafas,..keluarga yang sihat..rezki yg melimpah dan juga ucapan sahabat2 lama dan juga sahabat2 di FB...thanks again...walaupun tiada majlis khas,,,tetapi ucapan kalianlah menceriakan ulangtahun kelahiranku...hehehe..\(^_^)/...dan yg paling istimewa..tahun ini ialah di bulan ramadhan...yer..8 ramadhan...nombor 8 yg bertuah..hehe




Sebaik-baik umur adalah yang dipanjangkan umur tetapi penuh dengan taat kepada Allah dan amal saleh. Seburuk-buruk umur adalah yang panjang umurnya tetapi penuh dengan dosa dan maksiat kepada Allah.

اللهم اجعل خير عمري أخره و خير عملي خواتيمه و خير أيامي يوم لقائك

Allaahummaj’al khayra ‘umrii aakhirahu wa khayra ‘amalii khawaatiimahu wa khayra ayyaamii yawma lliqaa’ika

“Ya Allah jadikanlah sebaik-baik umurku pada ujungnya dan sebaik-baik amalku pada akhir hayatku, dan (jadikanlah) sebaik-baik hariku yaitu hari ketika aku bertemu dengan-Mu (di hari kiamat)” (H.R. Ibnus Sunny)

p/s: selamat hari lahir buat radhiah omar..yg berkongsi tarikh lahir dgn sy,,,xlupe gak wat nurul faisah mat rani..kelahirannya selepas tarikh lahir kami...(19/8/2010)

Tuesday, August 10, 2010

::Salam Ramadhan::


SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA SAHABAT DAN UMAT ISLAM....SAMBUTLAH RAMADHAN DENGAN PENUH KEINSAFAN DAN PERBANYAKKAN IBADAH..insyaallah

Jangan malas sahur ye kawan2..sahur sangat penting bagi kita menjalani ibadah puasa dengan sempurna..sahur sangat membantu kita memberikan tenaga ketika kita berpuasa di siang harinya.sapa yang bersahur juga dapat pahala...rebutlah pahala di bulan yang mulia ini...

seperti mana dalam>>

Dalam hadits Abu Sa'id al-Khudry bahwa Rasulullah bersabda, "Sahur adalah makanan berkat, maka jangan kalian tinggalkan walaupun salah seorang dari kalian hanya meneguk seteguk air, karena Allah dan para malaikat bersalawat atas orang-orang yang bersahur." (Riwayat Ibnu Abu Syaibah dan Ahmad).


Sabda Rasulullah lagi dalam hadits Abu Sa'id al-Khudriy: "Yang membezakan antara puasa kita (orang Islam) dengan puasa ahli kitab adalah makan sahur." (Riwayat Muslim).


Beliau juga bersabda: "Makan sahurlah kalian, karena sesungguhnya pada sahur itu terdapat berkah."HR Bukhari dan Muslim

p/s:Tak sabarnya sy nak berpuasa/berbuka/bersahur di rumah
...

Sunday, August 1, 2010

::Genap Setahun::





1/8/2009-1/8/2010

Hari ini genap setahun student USIM batch 2005-2009 grad....sekejap masa berlalu..rasanya macam baru semalam keluar masuk bilik kuliah..huhu...habis sudah zaman belajar..yang sangat indah...



sekarang masing-masing sudah membawa haluan sendiri..mg kalian semua bahagia dan berjaya di dunia dan akhirat~~ameen....~~~KEEP iN Touch~~



Saturday, July 31, 2010

::Sibuk?atau wat sibuk??::

saya sangat sibuk>>>

1) writting a jurnal for everyweeks...
2) writting a reports...
3) writting a lesson plan everydays...(yg ni paling berat..hu~)
4) preparing 4 school project
5) making ABM for pupils
6) prepare n get ready to observe..huhu
*aktiviti2 yg sy sertai..bleh klik di laman blog cik thur...
atau disebelah kanan blog..

tapi utk bergambar...saya masih sempat..(^_*)/..sbb sy suke bergambar dan ambik gambar..hehe..

wif khairulnisakh wahidi...tgk tu!"thuraya yg tgh sibuk"..hehe


kerja saya hari ini adalah kerja saya untuk hari esok!!huhu

" Hidup adalah satu perjuangan..
kadang2 kita menang...
kadang2 kita tewas..
tp perjuangan perlu diteruskan..
walaupun perjalanan itu penuh onak dan duri..
kerana kemanisan hanya boleh dikecapi..
setelah segala kepahitan dilalui.."

" Saat kekalahan itu bermula bla kamu
merasa lemah dalam perjuangan..
dan saat kemenangan itu bermula
bila kamu melawan rasa lemah itu.."

p/s: tak pernah rasa banyak sangat kerja yg perlu dibuat..melainkan practikum yg sy buat sekarang...sangat berbeza daripada belajar di Universiti, Kolej dan Maktab...hu~