**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**

Saturday, January 21, 2012

::Zakat Online::

Bismillah...

Sudahkah anda semua membayar zakat??bukan zakat fitrah jer..zakat pendapatan tetap, pendapatan sampingan???sudah?..alhamdulillah..kat sini NSY nak share kat u all bagaimana nak bayar zakat secara online menggunakan mybank2u..sangat mudah..ikuti stepnya di bawah ini...mula-mula skali mesti ada akaun mybank la kan..dan pastikan anda telah pun mendaftar untk menggunakan perkhidmatan mybank2u...kemudian klik bahagian "account and setting" ataupun "Quick link:Bill payment"







2. klik  "make a one-off payment" kat sini ada lebih 600 agensi yg bleh kita pilih..






3. Dekat "View all payees" tu kita pilih la mana-mana pusat zakat dan majlis agama yg menyediakan perkhidmatan zakat online..then klik continue..






4. Ok..bila da pilih..isi lah segala maklumat yg diminta...jgn lupa pilih jenis zakat yg anda nak bayar yer..then klik continue..transaksi anda selesai..nanti pihak yg berkenaan akan hantar kepada kita resit transaksi....Selamat Mencuba!




Untuk makluman lanjut..anda bolehla melayari laman web tersebut:





Dah selesai bayar zakat??agak-agak..apa hukumnya bayar zakat secara online ni???jom kita baca jawapan daripada Ustaz Ahmad Adnan Fadzil..



Soalan; Ustaz, saya ingin bertanya mengenai hukum seseorang muslim yang membayar zakat pendapatan secara online (Internet banking)? Semoga ustaz dapat menjawab soalan saya dan semoga Allah melimpahkan rahmatnya kpd ustaz..

Jawapan;
Ada dua syarat yang disepakati ulamak yang wajib dipenuhi oleh pembayar zakat agar zakat yang dikeluarkannya sah;

Pertama; Berniat di dalam hati ketika mengeluarkan zakat bahawa harta/wang yang dikeluarkan itu adalah zakat.

Kedua; Memberi milik harta/wang zakat itu kepada orang yang berhak menerimanya secara lansung atau melalui wakil yang dipercayai dapat menyampaikan harta itu kepada orang yang berhak menerimanya. Maksud memberi milik ialah ia memisahkan harta itu dari pemilikannya dan menyerahkan harta itu untuk dimiliki oleh orang-orang yang berhak menerima zakat mengikut yang ditetapkan Allah dalam surah at-Taubah ayat 60.

Melihat kepada syarat-syarat di atas, tidak menjadi halangan untuk membayar zakat secara online (Internet banking) dengan syarat hendaklah dipastikan akaun penerima adalah milik orang yang layak menerima zakat atau milik wakil yang dipercayai dapat menyalurkan zakat kepada orang yang berhak menerimanya. Selain itu, hendaklah diniatkan zakat ketika pemindahan dilakukan.

Wallahu a'lam.

Rujukan;

1. Al-Wajiz Fi al-Fiqh al-Islami, Dr. Wahbah az-Zuhaili, jil. 1, hlm. 363.




Jom..baca lagi artikel berkenaan dengan zakat..

Sunday, January 15, 2012

‎~Akhirnya ku menemukan-MU YA Allah~




Bismillahirrahmanirrahim

Telah lama Aku mencari-MU
yang tidak jua kunjung hadir
Didalam jiwa dan hati yang penuh kubangan Dosa..

Telah lama aku mencari cinta Hakiki
Cinta yang tak akan pernah termakan oleh waktu 
Awalnya ku kira telah menemukan cinta Itu 
Ternyata aku salah.... 

Tiap kali kuberlari tuk meraihnya 
Hanya tangis kecewa yang merundungku 
Tiap kali ku berusaha memegang erat cinta itu 
untuk merangkainya dengan harapan 

Dengan seenaknya cinta menguapkan harapan itu 
Ternyata cinta tidak serendah itu 
ternyata cintA yang tumbuh dari bibit cinta-MU lah yg kekal abadi 

Ya Allah.....Ya Allah... 
Aku telah menemukan-MU 
Didalam skenario cinta-MU 
Yang telah KAU rangkai dengan Indah ....Subhanallah..... 

Saturday, December 17, 2011

::Ada Apa Dengan Baju Kurung??::

Biasa pakai Baju Kurung tak??biasa tengok..tp xpenah pakai??memang la da awak tu lelaki..takkan nak pakai baju kurung???eh2..awk perempuan muslim..tp xpenah pakai baju kurung??biar betul???non-muslim pun penah pakai Baju Kurung tau~~...kenapa tetibe nak cite pasal Baju Kurung ni??ha..nak tau tak apa yang ada di sebalik baju kurung ni??jom..jom..teruskan bacaan anda...



Asalnya NSY sendiri xtau sejarah dan apa yg dimaksudkan dengan "Kurung" tuh....sedang melayari FB sambil menghirup udara pagi yang segar..sesekali halwa telinga NSY ni dihujani dengan celoteh 2 pengacara MHI di TV3..petah si pengacara En Fedtri Yahya berkongsi ilmu dan berhujah dengan pasangannya pagi itu...mereka sedang membicarakan tentang sebuah buku terbaru terbitan karangkraft yang bertajuk "Oh Mudahnya buat Baju Kurung"..tetiba terpacul satu soalan dari En Fedtri Yahya yang berbunyi..apakah yang dimaksudkan dengan "Baju Kurung"??..masa tu terhenti jejari NSY yg leka memetik papan kekunci pada Laptop kesayangan ni...supaya NSY sendiri tak terlepas jawapannya..he2


Pendapat rakan FB NSY tentang Baju Kurung

Nak tau apa jawapannya??...kata En Fedtri Yahya "Kurung yang dimaksudkan adalah supaya terkurung adab dan syariat yang tersarung pada tubuh si pemakai"...ha..tu la jawapannya..mana En Fedtri dapat info ni pun NSY xtau..tp NSY betul2  xsempat nak tau kesemuanya..dan NSY juga xpasti sama ada En Fedtri Yahya ada sebut atau tidak mengenai sejarahnya..dan siapakah pemberi nama"Baju Kurung" itu.....usaha NSY utk mengetahuinya diteruskan lagi dengan mencarinya di Google search..xbanyak yg NSY dapat...di bawah ini adlah hasilnya..jemputlah baca..he

>>>Sejarah Baju Kurung<<< nak tahu tentang baju melayu..klik sini...

Bila sebut Baju Melayu ni....teringat tentang kisah perkahwinan gay Ariff Alfian Rosli yang memakai Baju melayu lengkap dengan tanjak dalam majlis perkahwinanya....hu2..sabo je la..buat malu org Melayu jer...
inikah dinamakan "takkan Melayu hilang di Dunia"??memang tak patut....bawalah bertaubat.."taubat pasport syurga" sama2 lah kita doakan si Ariff diberi hidayah..dan moga kita juga terus memantapkan akidah supaya tak terpesong....amin~~

~~Pesanan buat diriku yang sering lupa~~

Nak cuba buat baju kurung???lihatlah cara membuatnya di bawah..selamat mencuba~



Friday, December 16, 2011

::Kerana kasih kita bersatu::



Cinta yang satu hanya untukMU
Cinta yang dua buat Kekasihku
Cinta yang tiga tersemat di saku
Suami dan keluarga sudah tentu

Kerana cinta kita bertemu
Kerana kasih kita bersatu
Tingalkan keluarga menjadi sayu
Menurut fitrah dan juga seru

Dulu sendiri kini berdua
Dulu sepi kini mungkin boleh ketawa
Dulu berjanji untuk hari ini bersama
Kini gembira bakal merancang  permata

Permata soleh dan solehah menjadi impian
Raudhah sakinah adalah harapan
Di pohon doa sebagai hantaran
Moga termakbul apa yg diharapkan...

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT>>



DINA & FENDI (IPIS)
-Putrajaya-
NSY: Penang ke...Putrajaya ke..Sampi juga ke kenduri Dina..he2


NISA' & NABIL (IPIS/USIM)
-Sabak Bernam-
NSY: Di sini tempat kita bertemu kembali..xcukup lg geng2 Sd. Tangkas ni..he2



ELLY & FATIR (SMAPT)
-Kg Lalang, Kuala Lipis-
NSY: Terbaiikkkk....janji pasti ku tunaikan...


FIZAH & HURI (SMAPT/ USIM)
- Felda Bukit Mendi, Bentong-
NSY: Datang kemari membawa Dua hajat.....

Semua majlis ni berlangsung Nov dan DeC 2011 baru2 ni (time cuti sekolah)..alhamdulillah berjalan lancar mengikut perancangan kita...dan perancangan ALLAH swt itu lebih baik mengatasi segalanya...syukur..gembira  dapat bertemu rakan maktab, rakan sekolah dan keluarga angkat di Kg tambah Tin, Jelebu  N9 dan sanak saudara angkat di Bentog....mg kalian semua sentiasa di rahmati....

~BERTEMU TIDAK JEMU..BERPISAH TIDAK GELISAH~

P/S: Selamat pengantin baru jua buat satu-satunya adinda putriku Suweet Sury dan Sofi pada 25 Dec 2011 akan dtg..turut sama berkongsi hari bahagia kak Asyirah Awang dan adiknaya Amalina Awang(SMAPT) serta sahabat lama Niezam Rosli dan pasangan (SKTS)



Thursday, December 8, 2011

Tebalnya HAbuk..huk..huk..

Fuhh...fuhh kiri..fuhh kanan...tlg lap sikit kiri kanan blog ni...tebal btol habuknya..bersawang lagi ni..hu2..almaklumlah da lama tinggal~~baru ni la dapat jenguk semula blog ni..alhamdulillah masih dalam keadaan baik..bertimbun msg iklan kat  ruangan chatroom yg terpaksa NSY bersihkan.....

skarang ni da mula masuk alam pekerjaan..jdnyer hobi ber "blogging" lama2 makin terhakis...kalau time blaja dlu..suka jer..share apa2 saja kat blog ni...walaupun kebanyakkan entry bukannya dari tulisan NSY sendiri...sekurang2nya sedikit sebanyak mgkin dapat NSY berkongsi dgn sesiapa sahaja sebagai ingatan pada diri NSY juga yg sering terlupa..tak gitu..he2..blog ni pun kadang2..tempat NSY simpan segala artikel yg bermanfaat utk NSY sendiri..rasa2 senang..n rajin..bleh ulang baca..menarik skit kan..sambil2 dengar muzik pilihan sendiri..he2

Ha..satu lagi faktor..bila da ada FB...lagi la xsempat langsung nak bukak blog ni(buat2 xsempat..ha5)...sbb bg NSY kat FB semua ada...kalau nak berkongsi apa2 maklumat dan ingatan..kita da bleh guna "notes" utk tag org..respon dari kengkawan pun lebih pantas....kalau nak tulis kisah2 peribadi utk dikongsi disini..boleh jer..tp NSY nak cuba kurangkan....biarlah entry y dihasilkan tu dapat manfaat walaupun sikit...

Delete jer blog tuh??bukan ko yg tulis pun..?da lama xupdate..xda orrg follow pun...bukan slalu pun org bukak blog ko tuh..

wah2...pedasnyer..perli ke aper...biarlah kata org..ni blog NSYyg punya..takkan delete..sapa kata xder org singgah..mesti ader..inilah "notebook online" NSY..he2..

Dan sekarang ni NSY suka sangat baca buku jenis travelog..ni smua gara2 buku "FATAMORGANA-kembara dari Nusantara ke Eropah-" yang ditulis oleh Kalam Hamidi dan diterbit oleh UKM.. buku ni NSY terjumpa di Resource Center FSU..sewaktu belajar di USIM dlu...xsangka btol..kisah di dlamnya menarik minat NSY sehingga skarang...buku yg berunsurkan realiti ini sebenarnya lebik menarik dan btol2 membawa NSY bersama dalam kisah tersebut...disbbkan minat terhadap buku ni..kwn NSY sempat berpesan..agar pulangkan semula buku tu di "Resource Center FSU"..huhu..ikutkan ati rase nak amik bawak balik kg jer..sbagai  koleksi dan ulang baca....masih ada lagikah di RC FSU??..entahla..NSY da pulang yer...agak2 ada tak buku ni kat library korang??cubalah baca kalau terjumpa..kat UKM mgkin 
ada..bahagian mana NSY xpasti..hu...


Buku ini mengisahkan tentang pengembaraan Kalam HAmidi dan beberapa teman yg baru dikenalinya..mengembara dan melancong adalah satu pekara y berbeza..sama tapi xserupa..banyak petikan kata2 Hamka yg sgt bersesuaian..."jika ingin mengenali dan mengetahui kebesaran ALLAH swt..pergilah mengembara"

Saturday, September 10, 2011

"Antara Ikhlas dan Terpaksa"


Tgh NSY belek2 FB..NSY terbaca satu post dari blog http://itsmesaiful.blogspot.com(yg di post oleh fan page Jozan Maharajalawak...satu post yg berbunyi "Adakah pengemis dinegara kita seberani pengemis ini?"...bile tgk jer isi kandung artikel pendek ni...teringat plak NSY dgn satu situasi yg lebih kurang sama..berlakunya di Malaysia..

Yer..ditempat NSY...seorang m.cik yg tetibe muncul untuk mengemis..ketika traffic light bewarna merah..sebenarnya situasi begini bukan skali jer NSY nampak...mula2 skali NSY nampak di sekitar bulatan BAtu Caves..kemudian di kawasan Grenwood...menurut sahabat NSY..di sekitar Klang pun ada...huhu...bukanlah NSY utk merendah2 kan mereka..tetapi NSY kurang stuju dengan cara mereka ini..melihat raut wajah, mereka ini bukanlah org asal atau org tempatan..NSY rase mereka2 ini adalah sindiket yg telah dihantar ke m'sia untuk mengemis..atau mgkin pemerdagangan manusia...ataupun mmg org tempatan yg disindiketkan...em...entahla....kesian NSY tgk...kesian kalau2 mereka disindiketkan...kesian kerana mereka tak berusaha mencari pekerjaan lain..kerana tubuh badan mrk sihat...barangkali mgkin mrk da berusaha mencari kerja..tp masih blum memperolehi rezki bekerja..Allahua'lam...

Mak NSY kate..kalau kita nak bersedekah kena IKHLAS...tak kira la org tu berpura2 ker..sindiket ker...yg penting niat bersedekah kepadanya...wah2 bgus btol mak NSY berbanding anak dia yg masih ragu2 ni....Susah betul untuk kita dapat sifat IKHLAS ni...sbb sifat ikhlas ni akan sentiasa berubah bersama niat..hu...jom kita baca apa yg terkandung dalam sifat IKHLAS ni...(sumber dipetik dari i Luv Islam)...

Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama. (Az-Zumar 11)



Iblis menjawab, Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas di antara mereka. (Sad 82-83)



Ikhlas. Apa keistimewaan ikhlas sehinggakan orang yang memiliki ciri-ciri itu mendapat keredhaan dan kebaikan dunia akhirat Perkataan ikhlas selalunya digunakan ketika kita sedang memberi sesuatu dengan suka dan rela hati, kerana cinta kepada penerimanya. Tanpa kita sedari, maksud ikhlas itu jauh lebih mendalam. Ada ikhlas di dalam ikhlas dan ada ikhlas lagi di dalamnya. Sejauh mana tahap keihklasan kita -apakah niat kita yang baik pada mulanya semata-mata mendapat keredhaan Allah tapi kemudiannya dipengaruhi syaitan supaya riak itu juga dikira tidak ikhlas.



Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat Anda tentang seseorang yang keluar (dari rumahnya) untuk berjihad di jalan Allah, dia ingin mencari pahala dan populariti sebagai seorang yang berani, apa yang ia perolehi Nabi menjawab, Tidak ada apa-apa. Walaupun ditanya beberapa kali, jawapan Rasulullah tetap juga sama. Kemudian Nabi bersabda,



'Sesungguhnya Allah tidak menerima segala amal, kecuali amal yang dikerjakan dengan ikhlas dan untuk mencari keredhaan Allah'. (HR An-Nasa'i)



Cuba bayangkan amalan-amalan kita selama ini, apakah ianya benar-benar ikhlas kerana Allah. Apakah anda muslimah memakai jilbab yang labuh supaya kamu dipuji orang ramai dan seronok dengannya Pernahkah anda gembira jika anda dipuji orang-orang tua apabila anda ke masjid



Na'uzubillah.



Lantas, oleh kerana keikhlasan berubah-ubah bersama niat, kita perlu menetapkan niat sebelum melakukan sesuatu perkara. Sebelum keluar ke universiti, tetapkan apa niat kita belajar. Kita tidak sanggup melihat kafirun dan jahiliyyah lagi yang memegang pemerintahan negara. Kita mahu menegakkan agama islam. Kita tidak mahu digelar orang beragama yang tidak berilmu, orang da'wah yang hanya cakap pandai. Inilah sebabnya kita pergi menuntut ilmu. Semuanya lillahita'ala.



Bila anda mula gembira jika dipuji, berhati-hatilah kerana riyak hampir saja timbul lalu memadamkan segala niat awal anda yang ikhlas kerana Allah. Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia. (Al-Ikhlas 4)




Apakah kita sedangkan menyamakan Allah dengan puji-pujian manusia Na'uzubillah. Anda selalu solat di masjid namun lama-kelamaan ia semakin pudar dengan riyak dalam hati. Rugilah anda. Bukanlah mengatakan solat di masjid itu riyak. Cuma kita perlu berhati-hati antara ikhlas, teladan kepada orang lain atau riyak. Tepuk dada tanya hati.



Ya Allah, apakah amalanku yang selama ini kuanggap ikhlas kerana-Mu telah dikaburi riyak. Ya Allah, jauhkanlah aku yang syirik yang nyata dan yang tidak nyata.



Rasulullah s.a.w bersabda, Mohonlah perlindungan kepada Allah dari Jubbil Huzn. Mereka bertanya, Apakah itu, wahai Rasulullah Nabi s.a.w menjawab, Suatu lembah di Neraka Jahannam, di mana setiap hari, Jahannam sendiri berlindung darinya sebanyak empat ratus kali. Mereka bertanya, Untuk siapakah ini disiapkan, wahai Rasulullah Jawab Nabi, Disiapkan untuk para qari' (pembaca Al-Quran) yang riyak dengan amalan mereka. (HR Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Na'uzubillah.



Betapa bahayanya riyak ke atas diri kita. Halus dan tidak nyata tapi mengubah keikhlasan kita dalam melakukan pekerjaan.Manusia mengadili hanya dengan deria mereka. Namun, amal semua manusia hanya Allah yang mengetahui.





Tanda-tanda ikhlas dapat disimpulkan seperti berikut:



1. Menuduh diri berasa kurang sempurna dalam melaksanakan kewajiban kepada Allah.

2. Merasa keikhlasan dalam diri itu tiada dan selalu mempertanya keikhlasan diri sendiri.

3. Tidak terpengaruh dengan ujian atau celaan, tetapi tetap istiqamah.

4. Tidak berubah walaupun manusia berubah dalam hal ketaatan atau kemaksiatan.

5. Niat menjadi pusat pemerhatian dalam kehidupan.

6. Berusaha merahsiakan amal kebaikan kecuali ketika memberi teladan kepada orang lain.




Mungkin, orang yang menangis ketika beribadah di khalayak ramai itu lebih ikhlas daripada orang yang beribadah di dalam bilik seorang diri (yang riyak).
~Pesanan buat diriku yg sering lupa~


Tuesday, September 6, 2011

Rayakan Merdeka???



Rayakan merdeka??merdeka raya??apa tu??hehe..ada2 ajer org kite ni...digabungkan keduanya skali..macam2 bunyinyer...ape2 pun salam aidilfitri 1432H dan salam Merdeka yg ke 54...

Cahaya Syawal 1432 H
Ramadhan dah pun berlalu meninggalkan kita..kini syawal pula yang mengunjung tiba….Pejam celik..pejam celik..kejap jer masa berlalu…rasa macam baru jer berada di bulan rejab..tp itulah hakikat hidup di dunia..di atur indah oleh Allah SWT…

Cuti raya kali ni rase macam sekejap jer…program keluarga di isi dengan ziarah menziarahi saudara mara serta menerima kunjungan mereka…dan apa yang paling menggembirakan NSY raya kali ni, bila dapat ziarah sedara mare sebelah abah dan mak NSY sekaligus ….kalau tak, pasti setahun skali je( berselang seli balik ke rumah kelahiran mak dan abah ).. (^_^)v..dan satu kelainan yg dibuat oleh waris keluarga HJ Awang Lirai kali ni..ialah menjejak sedara mara di Janda Baik, dengan hanya berbekalkan nama2 waris keluarga yg dah pun kembali ke rahmatullah(Al-Fatehah) untuk menjejakinya..ni semua idea m.teh NSY..hehe

bergambar kenangan bersama tuan rumah...

Antara Adat dan Amalan Sunat
Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk: -

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat Aidilfitri.

2) Menjamah makanan sebelum kelua dari rumah.

3) Memperbanyakkan Takbir.

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ; Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Contohnya,”Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu”.

5) Memakai pakaian terbaik yang ada; Bagaimanapun, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. Demikian juga, tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang diharamkan di dalam Islam).

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi)

7) Berziarah dan merapatkan silaturahimi sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi. Dan menziarahi kubur untuk bertahlil(bacaan yassin dan tahlil arwah)

Apa yang NSY nak kongsikan disini adalah Tahlil dan bacaan yassin yg selalu waris keluarga Hj Awg Lirai adakan setiap 2 syawal…ini menjadi amalan kelurga kami untuk berkumpul, mengeratkan silaturahim serta bersedekah…setiap 2 syawal, semua saudara mara akan berkumpul, menjamah sedikit makanan sebelum berangkat ke kubur untuk majlis bacaan yassin dan tahlil arwah…selesai ajer bertahlil…Pasti anak2 kecil akan mendapat duit raya atas sumbangan ahli keluarga tertentu..ini sudah menjadi kebiasaan bagi keluarga kami, kalau tak hadir dalam majlis ni..rasa macam xsah jer raya..hehehe..tp bagi kami tidaklah sampai "adat mengatasi ibadat"(erk?btol ker ayt ni)..hehe

p/s: Bagi amalan biasa untuk menziarahi kubur..bila2 mase pun boleh mengikut kesesuaian…xperlu tunggu RAya...