**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**

Monday, February 23, 2009

Nasi lemak+ Ayam = RM 1.50


Nasi lemak + Ayam = RM 1.50…Seolah-olah seperti tawaran penghabisan stok ataupun harga promosi…tapi itulah kenyataan..tak pernah lagi sy jumpe nasi yg berlaukkan ayam atau ikan semurah itu..sedangkan nasi lemak biasa tanpa lauk pun beharga RM1.50 di kebanyakkan tempat…hampir 3 kali sy bertanya kepada si penjual (nampaknya seperti baru pertama kali berniaga dan berumur lebih kurang 17thn), sehingga dah naik mual agaknya dia nak menjawab persoalan sy…tanpa was-was dan 100% keyakinan sy pun mencuba lah nasi lemak ayam yg hanya beharga RM1.50 tu…sy terfikir mungkin kedai ini baru dibuka dan menawarkan harga murah kepada pelajar. Dalam keadaan yg sangat gembira (dek kerana harga yg murah) sy berbincang dgn sahabat2 yg lain ttg harga yg murah ini sepanjang perjalanan balik dari kedai nasi lemak sehingalah sampai kerumah. Maka hebohlah harga nasi lemak ayam yg hanya beharga RM 1.50 tu….

Kemudian selepas seminggu, saya berkunjung semula ke kedai nasi lemak tu, dgn hasrat ingin memebeli lebih dari sebungkus…tp lain pula keadaanya apabila sy ternampak harga nasi lemak yg dulunya beharga RM1.50 kini beharga RM3.50.... Apa sudah jadi???adakah itu strategi perniagaan???..selidik punya selidik..rupa2nya si penjual baru pertama kali menolong keluarganya berniaga nasi lemak…dan si penjual tersebut salah faham ttg harga yg sebenarnya sudah dimaklumkan oleh keluarganya…dan mungkin juga si penjual ini tak pernah membeli nasi bungkus di luar, atau tak pernah membuat survey harga nasi + lauk sehingga baginya nasi + ayam tu dah kira sesuai dgn harga RM 1.50.

P/s: Nasi paling murah di Ibu Negara beharga RM1.00, nasi beharga RM1.00 itu hanya berlaukkan kuah kari kacang dal + terung…tinjauan telah dibuat oleh akhbar Kosmo 2009, dan rtikel mengenainya pernah disiarkan..

Saturday, February 7, 2009

AL-Miftah


Kamus moden Arab-Melayu-Inggeris terbitan Al-Azhar Ebterprise ini adalah kamus yg paling sesuai selain daripada kamus Marbawi,. Kamus ini mengandungi lebih 60,000 entri dan bersinonim, lebih 3000 gambar, memperkenalkan istilah2 bahasa arab moden dan Klasik iaitu, Syariah Islamiah, kimia Biologi, Perubatan, Penyakit, Pembedahan, Tumbuhan, Burung, Serangga, Ikan, Matematik, Falak, Geologi, Falsfah, Psikiologi, Undang2, Politik, Ekonomi, Perdagangan, Mantik, Bahasa, Sastera Arab, Muzik Sukan,Fizik, KOmputer dan lain2. Terdapat juga beberapa kaedah bahasa arab dan wazan feil yg boleh dibuat rujukan.

Sesuai bagi mereka yg ingin menambah kosa kata Bahasa Arab, dan mengetahui maksud perkataan dari Bahasa Arab ke Bahasa Melayu atapun Bahasa Inggeris.

Sunday, January 25, 2009

Kos Pengajian Islam: Pelajar Malaysia Di Mesir VS Pelajar Malaysia Di Malaysia

Prof DR. Ibrahim Khalaf Khilaf (bekas dekan Fakulti Syariah Univ. Al-Azhar) antara pensyarah daripada Timur tengah yg mengajar di Malaysia..

Kabarnya pembelajaran di Negara timur tengah seperti di Mesir, memberikan cabaran kepada penuntut Malaysia,..disana pensyarah hanya memberikan syarahan dan menjadi tanggungjawab pelajar untuk memberikan tumpuan dan mencatat sendiri apa yg diberi oleh pensyarah…bilik kuliah yg sempit juga dikatakan sgt penuh, dan pelajar2 perlu berebut2 untuk mendapat tempat yg selesa sebelum kuliah bermula…peratusan GAGAL penuntut Malayasia disana juga dikatakan berpunca daripada masalah bahasa…sejauh manakah kebenarannya…sedangkan sebelum menuntut disana pelajar2 ini telah diberi kursus bahasa selama 2bulan, dan adakah juga pekara ini disebabkan pelajar kita yg seolah2 seperti "melancong" sambil belajar? atau perubahan cuaca disana tidak memberikan keselesaan kepada mereka utk mengulangkaji pelajaran???kalau itulah faktornya bagaimanakah pula dengan sebahagian dari mereka yg boleh berjaya dan menamatkan pengajian….


Jika di Malaysia Kelengkapan alat bantu mengajar seperti laptop dan LCD memberikan kelebihan kepada pensyarah dan juga pelajar disini,…keselesaan dan kemudahan bilik turorial dan kuliah berhawa dingin menjadikan pelajar di Malaysia seolah-olah seperti dimanjakan, adakah pekara ini juga benar???ura2 tidak wujud masalah bahasa antara pensyarah juga dikatakan sebagai penyumbang kepada KELULUSAN pelajar2 disini…sedangkan Pensyarah di Malaysia juga menggunakan Bahasa Arab sepenuhnya bagi subjek Arab dan Bahasa Inggeris sepenuhnya bagi subjek yg berbahasa Inggeris..malah ada sebahagian pensyarah juga terdiri daripada Negara timur tengah….di Malaysia juga Bahasa Arab yg sama digunakan….persoalannya adakah wujud perbezaan antara pelajar yg mengambil kos pengajian islam di IPTA/S di Malaysia dan Universiti di Mesir???dan mengapa penuntut Malaysia disana menghadapi kesukaran utk LULUS dan menamatkan pengajian…

P/s: Mungkin ada sebahagian Universiti di Timur tengah mempunyai kelengkapan dan kemudahan yg sama taraf dgn Malaysia…ini Cuma perbandingan secara umum dan alasan2 yg sering diberikan..sehingga menimbulkan tanda tanya…

Monday, January 19, 2009

Save Palestin....





Demonstrasi anti Yahudi dan Israel oleh pelajar2 USIM di hadapan Stadium Tertutup Nilai

Kini sudah masuk minggu ke4 Rejim Zionis menyerang Palestin tanpa belas kasihan..ramai kanak2 yg masih kecil terbunuh..tindakan Israel mengebom sekolah dan hospital amatlah dikesali oleh masyarakat dunia..malah kereta kebal Israel terus melakukan serangan darat kearah Genting Gaza tanpa menghiraukan resolusi PBB mengenai gencatan senjata..Kekejaman Israel di Gaza juga menjadi2 apabila senjata baru yg menggunakan bahan kimia berbahaya menyebabkan tisu terkoyak dari daging diuji keatas palestin…

Tentera Washington juga sanggup dan bersedia membuka tender sewa kapal dagang untuk membawa 3000 tan peluru ke Israel....adakah negara seIslam seperti Mesir sanggup menghulurkan bantuan seumpama itu??? Sedangkan Pesawat pengebom Israel dilapor menggunakan ruang angkasa Mesir untuk mengebom kawasan sepanjang Gaza dengan Mesir...malah Mesir juga dikecam hebat kerana bersekongkol dengan Israel utk mengepung gaza sejak 6 bulan yg lalu….dilaporkan juga Mesir cuba menjadi perantara dalam proses perbincangan diantara Palestin dan Israel..berjayakah Mesir membantu Palestin..??

p/s:
wahai umat islam seluruh dunia…
marilah sama-sama kita membaca Qunut Nazilah sebagai doa kita buat umat Islam di Palestin agar mereka diberi kekuatan dan semangat yg tinggi oleh Allah dalam menghadapi serangan dari rejim yahudi laknatullah..doa kita sebagai senjata buat mereka yg sekarang ini tgh berjuang membela serta mempertahankan keizzahan dan kesucian agama Islam..tunjukkan sikap kita terhadap nasib saudara-saudara kita dibumi Palestin…insyallah disana akan ada pertolongan dari Allah..ALLAHU AKHBAR!! Boikot barangan Yahudi dan Israel...







Sunday, December 28, 2008

Tak serupa tapi sama..

Salam Maal Hijrah 1430H untuk semua...

"Tak serupa tapi sama" adalah salah sebuah drama yg diterbitkan oleh penerbit Murali Abdullah..drama ini adalah salah sebuah drama terbaru yg disiarkan di TV3 pada 27/12/08 yg lalu sempena sambutan Maal Hijrah 1430H...

Drama ini berkisarkan tentang 2golongan yg berbeza..golongan yg pertama, adalah sebuah keluarga yg terlalu sosial hidupnya, sehingga terabai tanggungjawab sebagai seorang muslim..namun begitu hidup mereka sekeluarga penuh kasih sayang dan suka membuat kebajikan..golongan yg kedua pula ialah sebuah keluarga yg terdidik agamanya, tetapi si ayah memandang rendah terhadap wanita iaitu isterinya,,si anak pula, terlalu mementingkan diri sendiri...mereka ini terdidik dgn ajaran agama tetapi kenapa masih ada sikap yg sebegini....sikap kedua-dua mereka sekali imbas tak serupa..tetapi sebenarnya sama aja..akhirnya kedua2 mereka ini sedar dgn sikap masing2 dan berubah..drama ini menyampaikan msg yg sgt berguna..perubahan daripada yg baik kepada yg buruk juga dianggap sebagai hijrah..iaitu berhijrah untuk menjauhi apa yg ditegah oleh Allah utk melakukannya...

Saturday, December 27, 2008

Program Latihan Khidmat Negara..( PLKN )

Semasa khemah tahunan Askar Wataniah..
Sewaktu latihan menembak di padang sasar di kem askar, Mentakab Pahang

Kini program khidmat negara PLKN kembali lagi…harap2 mereka yg terpilih untuk menghadiri program ini bersedia utk menghabiskan latihan selama 3 bulan…sudah tentu banyak program yg telah dirancang sesuai dengan objektif pelaksanaa program..

Sejak kerajaan membenarkan dan menyarankan pelatih menggunakan senjata M16 dalam latihan mereka..banyak pandangan baik buruk yg diberikan oleh orang ramai…tp bagi sy ini adalah pengalaman dan peluang yg perlu diambil...jika dahulu senjata M16 ini hanya dibenarkan penggunaanya kepada polis, askar &askar wataniah sahaja..tp kini beribu pelatih diberi peluang…teringat sewaktu sy berpeluang menggunakan senjata M16 sewaktu menjalani latihan asas rekrut siri 1 askar wataniah sewaktu menuntut diperingkat diploma dahulu....rasenya kalu tak melibatkan diri dalam askar wataniah sudah tentu, pengalaman ini tidak dapat dirasai..Bagi pelatih yg terpilih untuk kali ini..selamat menjalani latihan..




Bukit Merah Lake Town Resort..



Sijil kelahiran anak Orang Utan yg dipamerkan kepada pengunjung
Aktiviti-aktiviti sepanjang program

Anak Orang Utan yg diberi penjagaan rapi
Untuk suasana pelancogan dan percutian yg berbeza banyak pusat peranginan tanah tinggi dibuka seperti Genting Highlands, Bukit Tinggi dan Bukit Fraser..kini Bukit Merah Lake Town resort..satu lagi tempat rekreasi yg dimajukan, tetapi bukanlah di kawasan tanah tinggi tetapi dikawasan tasik seluas7000 ekar.. Bukit Merah yang terletak di negeri Perak ini..menawarkan banyak aktiviti menarik dan tempat untuk dikunjungi.

Pada 15- 17 /12 yg lalu, kolej-kolej kediaman USIM telah mengadaka satu program pembangunan kepimp
inan dan kerja berpasukan kearah kolej kediaman cemerlang... Bagi kolej kediaman desa jati, Bukit Merah Lake Town Resort menjadi pilihan untuk melaksanakan program ini..setelah 3 hari 2 malam program berlangsung, kami sempat menghabiskan masa di "Pulau Orang Utan" untuk melihat sendiri habitat Orang Utan…apa yg menariknya disini setiap anak Orang Utan yg baru dilahirkan mempunyai sijil kelahiran sendiri..anak Orang Utan yg berusia16 hari (semasa kunjungan kami) diletakan di unit penjagaan anak2 Org Utan, unit penjagaan anak2 Org Utan ini tidak ubah seperti wad kanak2 di hospital-hospital yg terdapat di Malaysia, cara pengendalian anak Org Utan ini juga tidak jauh bezanya dengan pengendalian bayi manusia..anak2 Orang Utan ini dimasukkan kesini kerana pengabaian induknya menyebabkan anak2 Orang Utan kekurangan zat, bagi memelihara spesisi ini, anak2 Orang Utan telah diberi penjagaan rapi..Orang Utan pertama yg dibawa kesini adalah berasal dari negeri Sarawak..

Disamping mendapat input daripada program yg telah dilaksanakan, kunjungan kami kesini tidak disia-siakan, apabila berpeluang menambah lagi pengetahuan tentang habitat-habitat haiwan yg lain yg terdapat di Ecopark..pelbagai jenis ikan jua terdapat di tasik yg menjadi pemandangan paling menarik disini…