**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**

Saturday, August 6, 2011

"Awalnya RAHMAT..pertengahannya MAGHFIRAH dan akhirnya PEMBEBASAN API NERAKA"

Inilah antara hadith yang biasa disebut2 apabila tibanya bulan ramadhan...ramai mengatakan bahawa hadis ini hadis yg Lemah...

walaupun hadis ini dikatakan sebagai hadis yg lemah...tp ia mampu mewujudkan semangat org2 muslim utk terus mengejar pahala dengan beribadat di bulan puasa...NSY pernah mendengar satu tazkirah yang dikaitkan dengan hadis ini....just nak kongsi..mana yang baik ambik...ceritanya...

Bulan Ramadhan yg mengunjungi kita membawa seribu rahmat kerna pada bulan inilah kita sepatutnya mengambil peluang yang ada TANPA syaitan kerana syaitan dibelenggu dan dirantai ketika ini...manakala pintu syurga pula terbuka seluas2luasnya...bukankah itu satu peluang yg BESAR..perlu kita rebut...

Bulan ini dibahagikan kepada 3 bahagian seperti yg dinyatakan di dalam hadis tersebut...di ibaratkan seperti kita berlumba 3 pusingan untuk merebut gelaran juara...dimana pusingan ke 3(zon pecutan), iaitu pusingan terakhir akan menentukan juaranya...

Apa kaitan pusingan ke 3 acara lumba lari ni dengan 10 malam terakhir(bahagian ke 3 utk bulan ramadhan)??seperti yang kita tahu dalam bulan ramadhan ada satu malam iaitu malam lailatul qadar, berada di dalam 10 malam terakhir...sudah pasti ramai yg berlumba2 untuk merebut malam ini...dengan itu makin bertambah lah ibadah dengan solat sunat dan tadarus al-quran...begitu jugalah dengan seorang pelari yg berusaha keras untuk sampai ke garisan penamatnya....itulah antara kupasan yg di buat mengenai hadis ini..

Bagi NSY...lakukanlah IBADAH seikhlas2 ikhlasnya...pasti lagi BESAR ganjaran...tak perlulah kita melakukan ibadah kerana terkenangkan ganjaran pahala yg disebut2 di dalam hadis2 yg tidak kita ketahui statusnya...NSY hanya nak semua istiqamah dalam melakukan tarawikh...ye la kan...di awal ramdhan..penuh surau dan masjid sampai melimpah ruah...tp bila tiba dihujung ramadhan..makin kurang jemaah...

~pesanan buat diriku yang sering lupa~


Thursday, August 4, 2011

::Wajah baru::

Salam Ramadhan....kini blog "MY WORLD" sudah ditukarkan title kepada 'NURTHURAYAAKOB"...sebab penukaran..adalah sempena peningkatannya usia si tuan blog..supaya blog ni nampak lebih matang...hehe??matang ker??kui3...sayangnyer NSY lupa btol nak save image lama blog MY WORLD..huhu..sebelum blog ini menjadi blog nurthurayaakob...blog ini sempat betukar wajah dengan mode hari raya..hehe..

NSY letak pic mode raya ni sbb baru je masuk "BEMOMENTOS contest"...kena hantar gambar yg paling indah...atau paling dikenang...lebih kurang camtu la...saje NSY pilih gambar ni....sbb btol2 kenangan..beraya ngan family jalan kaki keliling kampung..hehe....alhamdulillah dengan rahmat Alah SWT dapat kita berjumpa dengan ramadhan kali ni...SELAMAT BERPUASA..

Saturday, July 30, 2011

::Ramadhan Datang lagi..(^_^)v::





SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KARIM....
DAN SELAMAT BERIBADAH!



Wednesday, July 27, 2011

::Fahami kadar, nisab dan haul zakat::

Adakah kadar, nisab dan haul zakat bagi semua jenis harta zakat adalah sama, yakni 1/40, mesti bersandarkan 85 gram emas dan wajib menggenapi satu tahun? Sebenarnya kadar zakat adalah berbeza-beza mengikut jenis harta zakat dan ia sudah ditentukan oleh Islam.


Pertama, zakat pertanian, seperti padi, gandum, jagung dan sebagainya lagi, dikenakan kadarnya lima peratus jika diairi dengan usaha dan teknologi manusia dan 10 peratus jika diairi sepenuhnya oleh air hujan. Nisabnya adalah lima ausuq/ wasaq. 1 wasaq = 60 sha’. 1 sha’ = 275 gram. Maka, satu wasaq = 60 x 275 gram = 16,500 gram. Lima wasaq = 5 x 60 x 275 = 82,500 gram = 82.5 kg. Di samping itu, tiada ditetapkan pemilikan setahun kepada hasil pertanian, yakni tiada haul ke atasnya. Maka, ia dizakatkan selepas sahaja dituai hasilnya. Allah menyatakan hal ini di dalam surah al-An’am: 141.


Keduanya zakat penternakan, yang mana kadar zakat dan nisabnya adalah berbeza-beza di antara jenis-jenis binatang ternakan. Unta mencapai nisabnya pada jumlah lima ekor, lembu dan kerbau 30 ekor dan kambing pula 40 ekor. Kadar zakatnya berubah-ubah berdasarkan pertambahan bilangan haiwan berkenaan dan haulnya adalah satu tahun dan dikira termasuk anak haiwan yang baharu lahir.


Ketiganya, zakat harta galian atau dikenali juga harta rikaz (yakni terdiri daripada kunuz dan ma’din). Kunuz bermaksud harta milik orang jahiliyah zaman dahulu yang tertanam di dalam perut bumi dan nisabnya ialah 1/5 dan haulnya adalah semasa harta berkenaan ditemui. Manakala ma’din pula merujuk kepada harta galian yang diciptakan oleh Allah SWT secara alami dan berada di dalam perut bumi, misalnya emas dan minyak petroleum. Ulamak fikah berbeza pendapat di sini. Di sisi Hanbali, disyaratkan nisabnya mestilah menyamai 20 misqal emas atau 200 dirham perak dan baharulah dikeluarkan zakatnya 1/5. Haulnya juga adalah semasa ia ditemui. Bagi pendapat Syafie dan Zhahiri, mereka hanya mengenakan zakat galian ke atas emas sahaja dan tidak kepada harta galian yang selain daripada itu sebanyak 1/5. Manakala Hanafi tidak meletakkan sebarang syarat jenis galian dan nisab, yakni wajib dikeluarkan 1/5 daripadanya sebagai zakat apabila sahaja ia ditemui dan haulnya juga adalah semasa ia dijumpai.


Keempat, Zakat harta berasaskan mata wang seperti zakat wang simpanan, zakat pendapatan, zakat saham, zakat perniagaan dan zakat emas. Kadarnya adalah 1/40 atau bersamaan dua perpuluhan lima peratus (2.5 peratus). Nisabnya adalah didasarkan kepada harga berat 85 gram emas semasa dan haulnya adalah mencapai tempoh satu tahun setelah dimiliki. Wallahua’lam.

*sumber dari blog zakat selangor

Saturday, July 23, 2011

::KEHENDAK vs KEPERLUAN::

NSY nk menyebut ttg kehendak memiliki harta...Bila sebut "kehendak" macam2 kita nak beli..macam2 kita nak miliki mengikut Kehendak..kadang2 kehendak terpaksa dilupakan dek kerana ketidakmampuan..betul dak....??bila dah abis blaja..dah pun bekerje..pasti kita impikan kenderaan idaman,rumah idaman dn sebagainya kan...camtu gak la NSY....dolu2 " kehendak"@keinginan NSY utk memiliki model Myvi SE, kaler Oren..tp..harganya sudah tentu lebih mahal dari Myvi yg biasa2...
tp disebabkan "ketidakmampuan"(serta memikirkan masa hadapan)....NSY pun amik aje la Myvi EZI 1.3 color silver jer...(yg kosong tanpa xsesori.....itupun last stok..entah2 yg display punya..huhu..)..disebbkan terlalu memerlukan pengangkutan amik jugak la model ni(xbleh tunggu dah dn sbb2 tertentu)...dengan harapan suatu hari nanti..dapatlah NSY modified(spoiler+sportrim+tinted+door lining) kasi cantik cm dlm gambar ni...hehe...

Bila NSY dah tempah Myvi EZI 1.3 color silver...tup2 kluar plak Myvi baru color Pink(my feberet color plak tu..huhu..pink..ala2 purple..)....hhu..sabo aje la~~rasa macam nak p tukar jer keta Myvi silver ni ngan model pink tuh...tp apakan daya..nak tukar color keta..bukan mcm tuka casing nset..huhu..sudahnya sampai skang la..NSY pakai Myvi EZI 1.3 color silver ni..ape2 pun tetap syukur..ada dari takder...he...dan skang NSY da selesa dengan Myvi silver ni..hihi..
Habis pasal kereta..kalau sebut pasal rumah plak....NSY nak bina rumah cam gambar ni...ha..cantik tak??harga??ermm..xtaulah..maklumlah skang ni harga hartanah dah semakin melambung..hu...

Disebabkan minat bergambar dn mgambil gambar. NSY teringin utk memiliki DSLR D3100(ini pun dikira jenis "mampu milik"...kalau ikutkan hati mesti nak model yg lagi bagus..tak gitu??..he..)...tp skang ni..camera compact pun xda...huhu..simpan duit utk DSLR D3100...(becoming soon)....kalau ader sape2 yg rasa baik hati..bleh la hadiahkan 3 aset ni kt NSY (xsesori kereta+rumah+DSLRD3100)..hehe..
Itulah...bila KEHENDAK vs KEPERLUAN...kalau ikutkan hati mcm2 nak...nak itu..nk ini...tp skang ni kena utamakan KEPERLUAN sebelum KEHENDAK...xsalah utk memiliki harta idaman asalkan mampu milik dan tak membebankan..(^_^)V..

Wednesday, June 1, 2011

::Jus Kedondong::

Jus kedondong yg menyelerakan

Ha...penah dengar tak nama buah "kedondong"...atau nama saintifiknya Canarium...NSY xtau lah anda semua panggil apa buah in...yg pasti dari kecik sampai lah besar..kalau nampak jer buah ni...NSY da mmg terdidik untuk menggelarkan buah ini sebagai buah "kedondong"..hehe...

inilah pokok dan buah kedondong yang sebenar..

pe rahsia..atau aper yg besnyer ttg buah ni???ce citer~~ce citer~~ha..ni NSY nk citer~~bg NSY rase buah ni sedap kalau wat cicah dgn kicap sambal atau dibuat jeruk..tu aje la makanan berasaskan kedondong yg pernah NSY rase...hihihi..dan seingat NSY...pertama kali mengenali buah ini adalah melalui jeruknya...yer..jeruknyer~~hihi..dulu mase kecik2 rajin sgt makan jeruk kedondong...dan skali dua jugaklah NSY makannyer secara mentah...bila da blaja tinggi2..da jarang da makan kedondong...huhu(kononnyer nak elak makan benda masam2 la..asam boi, magga muda NSY telan juga..hihi)..

lama jugakla NSY tinggalkan buah "kedondong"ni...tetibe satu ari...NSY berniat hanya nak beli bihun sup kat sorang p.cik dn m.cik ni(tiap2 ari lalu dan nampak p.cik dn m.cik ni berniaga..teringin nak cuba)...sambil2 tunggu mereka membungkus bihun sup..NSY ternampak la satu balang air berisi air bewarna hijau, xder air balang lain..selain air warna hijau tu jer.....warnanya yg tidak menarik itu yg menarik NSY nak rase air tersebut..tanya punya tanya..soal punya soal...m.cik tu pun dengan penuh hormat..menamakan air yg di dalam balang tersebut dengan "air kedondong"...tercengang NSY dibuatnyer semacam xpercaya pun ader (maklumlah xpenah minum sebelum ni)..tanpa banyak soal lagi...NSY trus bli sebungkus dengan harga RM2...yg NSY nampak m.cik tu letak air gula dan asam boi..kate m.cik tu lagi..air ni sedap minum sejuk2...mase tu...NSY da xsabar da nk rase air hijau yg tengah sejuk bersama asam boi...

nampak semacam tidak menyelerakan..sbb ape???sbb gambarnya di "sepia" kan..hihi

sampai je kat umah..sudah pastilah bihun sup tolak ketepi...NSY cepat2 amik gelas dan sedia untuk diminum...rasa2 punya rasa...huhu~~terdiam seketika...memang ader rase kedondong...tp xhabis segelas...kenapa?kenapa?xsedapkah???huhu jawapannya: rasanya boleh diterima dan boleh ditelan...cume xsesedap air sirap kot..hihi..dan tidak sesedap kedondong yg dibuat jeruk...tp NSY percaya..pasti ada yg gemarkannya...cubalah buat..begini caranya...ambil kedondong yg dikupas kulitnyer dan segelas air, kemudian blender..pastu tapis, dan tambah gula,asam boi dan ais batu..."JUS KEDONDONG" siap utk diminum...selamat mencuba!..kalau xreti nak wat sendiri...pakat la ramai2 beli kat m.cik dn p.cik tu...mereka berniaga berhampiran dengan gerai MPS Taman SAmudra..hehe..jom kita korek lagi rahsia tentang buah "Kedondong" ni..

Kedondong ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Canarium spp.. Buah kedondong dipanggil dengan nama buah amrah di hilir Perak.

Menurut kepercayaan masyarakat setempat, buah kedondong sedap dimakan, tidak sesuai untuk wanita hamil kerana tumbesaran bayi akan terbantut. Tidak terdapat bukti saintifik mengenai hal ini.

Kedondong berasal dari Asia Tenggara dan Asia Selatan. Pokoknya yang cepat membesar boleh mencecah ketinggian 45 meter dan ukuran garis pusat 90 cm. Buah kedondong boleh dimakan mentah. Kedondong yang hijau sesuai dibuat rojak, masak kari, acar, pengganti mangga dan limau nipis dalam sambal belacan, dibuat kerabu dan jeruk. Kedondong yang sudah masak boleh dibuat jem, jeli, jus dan sup.

NSY:mak selalu pesan..jgn cakap makanan tu xsedap..kena syukur atas apa yang kita ada..huhuhu..sy bersyukur mak..sebab dapat rase "jus kedondong"tp bg sy mungkin jus kali ni kurang sedap bukan xsedap...tempat lain mesti sedap punyer..hehe

Saturday, May 28, 2011

::Cinta & kasihmu akan selalu berada di dalam jiwaku::



“Adalah suatu kebahagiaan dan keberuntungan ketika seorang anak dapat setiap saat bertemu dan berkumpul dengan orang tuanya yang tercinta. Dan adalah sebuah ujian dan pengorbanan ketika seorang anak harus rela berpisah dengan orang tua tercinta demi masa depan dan kehidupannya yang lebih baik. Namun semuanya adalah suatu ketetapan serta kehendak-Nya yang harus kita jalani dengan penuh sabar dan ikhlas. Semuanya akan terasa indah jika sahaja cinta dan kasih sayang tertancap kuat dalam hati serta jiwa kita. Semuanya akan boleh kita nikmati dan syukuri selama kita meyakini bahwa Allah S.W.T. tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dan apapun serta bagaimanapun jalan hidup kita, sesungguhnya itulah yang terbaik bagi kita di sisi Allah.”


Wahai ibundaku yang tercinta… Wahai ayahandaku yang tercinta…
Semoga engkau senantiasa ada dalam kesihatan, keselamatan, keberkatan serta kedamaian hidup. Semoga engkau senantiasa Allah berikan perlindungan dan kemudahan dalam setiap langkah kehidupanmu serta dalam setiap hembusan nafasmu. Semoga engkau menjadi hamba-hamba pilihan-Nya dan termasuk ke dalam golongan orang-orang yang beruntung baik di dunia dan terlebih-lebih lagi di akhirat nanti… Amin Yaa Robbal Alamin…

Wahai ibundaku yang tersayang… Wahai ayahandaku yang tersayang…
Inilah putrimu yang telah engkau besarkan dengan penuh kesusahan lagi kepayahan. Inilah putrimu yang telah membuat engkau banyak berkeringat demi masa depan buah hatimu. Inilah putrimu yang senantiasa menyusahkan serta membebani hidupmu semenjak kecil. Inilah putrimu yang senantiasa mendorong engkau untuk bekerja siang malam demi menafkahi serta menyekolahkan anak-anakmu. Dan engkau pun kini telah melihat putrimu telah tumbuh dewasa dan semoga selalu ada di dalam pengharapanmu.

Wahai ibundaku yang tercinta… Wahai ayahandaku yang tercinta…
Putrimu akan senantiasa mengenang setiap jengkal langkah pengorbananmu yang ikhlas. Putrimu akan senantiasa mengingat belaian kasih sayangmu yang tulus. Putrimu akan senantiasa berusaha menjalankan pesan yang engkau amanahkan serta tanamkan pada buah hatimu. Putrimu akan senantiasa berusaha untuk tetap menjadi permata hati yang membahagiakan serta membanggakan hidupmu. Putrimu akan senantiasa berusaha melakukan apapun yang membuat hati serta fikiranmu merasa damai lagi tentram. Dan hingga kini pun putrimu senantiasa mengharapkan curahan doa serta restumu.

Wahai ibundaku yang tersayang… Wahai ayahandaku yang tersayang…
Hingga kini putrimu belum boleh mengabdi dan berbakti sebagaimana yang telah Allah S.W.T. ajarkan. Hingga kini putrimu belum mampu membalas budi atas segala kasih sayangmu yang tulus terhadap hidupku. Hingga kini putrimu belum mampu memberikan sesuatu yang terbaik bagimu. Hingga kini putrimu belum mampu menempatkanmu pada kondisi yang semestinya putrimu usahakan. Hingga kini putramu belum boleh menyempatkan diri untuk melepas kerinduan lebih lama bersama keluarga tercinta. Dan mungkin hanya dengan waktu serta kekuasaan-Nya dapat membuktikan bahwa betapa putrimu sangat mencintai serta menyayangimu.

Wahai ibundaku yang tercinta… Wahai ayahandaku yang tercinta…
Dulu putrimu merasa selesa dan tentram tatkala berada di sampingmu dan walaupun kini putrimu berada jauh darimu, namun putrimu tetap merasakan ketenangan karena engkau selalu ada dalam hatiku. Dulu putrimu sangat bahagia tatkala engkau memanjakanku dan hingga kini pun putrimu senantiasa berharap engkau akan memanjakanku dengan kasih sayangmu. Dulu putrimu sangat gembira tatkala engkau bawakan ke hadapanku beberapa hadiah dan hingga kini pun putrimu senantiasa mengharapkan engkau membawa hadiah bagi putrimu dalam doa, redha serta restumu.

Wahai ibundaku yang tersayang… Wahai ayahandaku yang tersayang…
Ketika wajahmu tersenyum manis, putrimu sungguh merasakan adanya keteduhan dan kehangatan dalam pandanganmu. Ketika lantunan suaramu terdengar, telingaku merasakan selalu ada kebaikan dalam lisanmu. Ketika perintah isyaratmu keluar, hatiku merasakan adanya kelembutan dalam perilakumu. Ketika engkau mengajariku, fikiranku dapat merasakan ada ketegasan dalam kebijaksanaanmu. Dan putrimu akan senantiasa berusaha mengabarkan apa yang telah engkau ajarkan pada diriku, untuk mengajarkan kembali kepada putra putriku kelak.

Wahai ibundaku yang tercinta… Wahai ayahandaku yang tercinta…
Walaupun kini putrimu tinggal dan berada jauh dari kehidupanmu, namun percayalah hatiku sangatlah dekat denganmu. Walaupun kini putrimu tidak dapat melihat engkau setiap hari, namun yakinlah bahwa wajahmu selalu terbayang dalam fikiranku. Walaupun kini putramu tidak merasakan belai kasihmu secara langsung, namun putrimu percaya bahwa engkau tetap seperti yang dulu. Walaupun kini putrimu tidak mendengar suaramu setiap saat, namun lisanmu selalu terngiang di telingaku. Walaupun kini putrimu tidak mendapatkan pelajaran hidup berharga karena jarak yang memisahkan kita, namun pelajaran dan pengalaman hidupmu sesungguhnya telah tertanam dalam jiwaku. Dan putrimu senantiasa berharap dan terus berdoa semoga sang Khalik akan mengumpulkan kita di syurga-Nya kelak. Amin…

Wahai ibundaku yang tersayang… Wahai ayahandaku yang tersayang…
Kini putrimu sedang berusaha mewujudkan impian serta harapanmu. Kini putrimu dapat berdikari berkat doa serta restumu. Kini putrimu dapat hidup sesuai seperti orang lain berkat pelajaran serta bimbinganmu. Kini putrimu dapat menemukan jati diri sesungguhnya berkat arahan serta binaanmu. Kini putrimu senantiasa berusaha untuk menjadi insan yang lebih berguna bagi semua. Dan andai saja engkau saat ini ada di sampingku, ingin rasanya putrimu memeluk erat dirimu dengan penuh cinta kasih.

Wahai ibundaku yang tercinta… Wahai ayahandaku yang tercinta…
Putrimu mengajak engkau dengan penuh kerendahan hati dan dengan tidak mengurangi rasa kehormatku kepadamu, marilah kita senantiasa bersyukur atas segala nikmat serta karunia yang telah sang Khalik augerahkan kepada kita semua. Tanpa kekuasaan-Nya, kita semua tidaklah akan menjadi apa-apa dan tanpa rahmat-Nya, kita semua tidaklah boleh merasakan kenikmatan hidup di dunia yang sementara ini.

Wahai ibundaku yang tersayang… Wahai ayahandaku yang tersayang…
Putrimu yang kini berada jauh darimu akan selalu merindukanmu. Putrimu yang kini tidak berada dihadapanmu akan selalu menyayangimu. Putrimu yang kini tidak berada disampingmu akan selalu mencintaimu. Putrimu yang selalu ingin engkau sayangi, senantiasa mengharapkan agar engkau selalu ada dalam pengharapanku.

Wahai ibundaku yang tercinta… Wahai ayahandaku yang tercinta…
Semoga Allah S.W.T. senantiasa menjaga serta mengasihimu… Semoga S.W.T. senantiasa memberikan kesihatan serta keselamatan bagimu… Semoga S.W.T. senantiasa memberikan kemudahan serta keberkahan untukmu… Semoga S.W.T. menjadikanmu sebagai calon penghuni syurga dan juga menjadi hamba-hamba pilihan-Nya… Semoga S.W.T. menetapkan engkau termasuk golongan orang-orang yang beruntung… Amin…

“Sesungguhnya doamu senantiasa kuharapkan, restumu senantiasa kunantikan, redhamu senantiasa kuinginkan, kasih sayangmu senantiasa kudambakan… Wahai ibundaku yang tersayang… Wahai ayahandaku yang tersayang…”


NSY: ibundaku ayahndaku mg ibadahmu disana dapat dilakukan dengan baik dan segala doamu diterima oleh yang maha ESA..anakndamu menunggu kepulanganmu dengan selamat...amin ya rabb..mg kalian selamat pulang dengan umrah maqbullah~~SELAMAT MENUNAIKAN UMRAH KEPADA SELURUH UMAT ISLAM...