Jika dahulu nama
Bagi memastikan
Belia-belia pelbagai bangsa di negara ini haruslah mempunyai wawasan yang jitu bagi memastikan hasil kejayaan yang berganda. Mereka juga haruslah bersikap proaktif jika ingin berjaya dengan cemerlang. Mempunyai wawasan sangat penting terutamanya untuk perkembangan masa depan, kerana ianya merupakan asas dan hala tuju seseorang Kebiasannya mereka yang berwawasan adalah mereka yang mempunyai matlamat hidup yang jelas dan bekerja keras bagi memastikan wawasan yg dibina tercapai dan menjauhkan diri daripada masalah-masalah sosial. Mereka yang berwawasan ini juga mempunyai kesedaran, semangat dan berpandangan jauh, ini bagi memastikan pekara yang dilakukan tidak sia-sia, Mereka yang terlibat dengan masalah sosial adalah mereka yang tidak berwawasan atau tidak mempunyai matlamat umpama layang-layang yang terputus talinya, yang mana mereka ini tidak ada arah untuk dituju. Sikap mencari-cari identiti dan ingin mencuba adalah satu sikap biasa di kalangan usia remaja, jika mereka bijak menyusun atur hidup mereka sendiri, sudah pasti
Dalam mencapai wawasan yang dibina, sudah tentu banyak cabaran yang perlu ditangani, oleh itu belia haruslah bijak menyelesaikannya. Selain itu belia yang berwawasan akan menguntungkan negara sekaligus memberikan sumbangan kepada masyarakat dan juga keluarga. Untuk mewujudkan kesedaran tentang pentingnya wawasan dalam diri seseorang, kempen secara meluas haruslah diadakan di setiap sekolah di
Jika melihat kepada bait-bait lagu 'Malaysiaku Gemilang', dalam rangkapnya yang pertama, "Marilah kita semua, atas nama Negara bangsa, dengan tekad mulia, maju berwawasan, mencipta keagungan", jelas menunjukkan bahawa untuk mencipta kejayaan ataupun keagungan mestilah maju berwawasan. Begitu juga di dalam bait-bait lagu rasmi PLKN di dalam rangkapnya yang pertama, "Wira wirawati harapan bangsa, tiba masa kita berjasa, kita sahut cabaran, bergerak seiringan, demi mencapai wawasan", wira wirawati yang dimaksudkan didalam lagu ini ialah remaja belia, di mana ianya meminta mereka menabur bakti, bersatu padu dan bergerak bersama menempuhi cabaran yang datang, meminta pandangan dan bantuan orang lain supaya dapat menbantu mencapai kejayaan mereka.
Belia haruslah sedar bahawa mereka adalah pewaris negara, jadi sikap yang baik haruslah dipertontonkan untuk mewariskan kepada generasi akan datang. Di usia muda inilah saat-saat yang perlu dimanfaatkan dan tidak harus disiakan. Kesimpulannya, wawasan yang dibina oleh setiap belia haruslah bergerak seiring dengan semangat dan usaha, kerana wawasan itu hanya penggerak kepada kejayaan manakala usaha itu tangga kejayaan, jika kedua-dua ini bersatu sudah pasti matlamat yg dibina dapat dicapai. Dan jangalah biarkan wawasan hanya tinggal wawasan yang akhirnya hanya meniti di bibir sahaja.
...
No comments:
Post a Comment