**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**

Saturday, September 10, 2011

"Antara Ikhlas dan Terpaksa"


Tgh NSY belek2 FB..NSY terbaca satu post dari blog http://itsmesaiful.blogspot.com(yg di post oleh fan page Jozan Maharajalawak...satu post yg berbunyi "Adakah pengemis dinegara kita seberani pengemis ini?"...bile tgk jer isi kandung artikel pendek ni...teringat plak NSY dgn satu situasi yg lebih kurang sama..berlakunya di Malaysia..

Yer..ditempat NSY...seorang m.cik yg tetibe muncul untuk mengemis..ketika traffic light bewarna merah..sebenarnya situasi begini bukan skali jer NSY nampak...mula2 skali NSY nampak di sekitar bulatan BAtu Caves..kemudian di kawasan Grenwood...menurut sahabat NSY..di sekitar Klang pun ada...huhu...bukanlah NSY utk merendah2 kan mereka..tetapi NSY kurang stuju dengan cara mereka ini..melihat raut wajah, mereka ini bukanlah org asal atau org tempatan..NSY rase mereka2 ini adalah sindiket yg telah dihantar ke m'sia untuk mengemis..atau mgkin pemerdagangan manusia...ataupun mmg org tempatan yg disindiketkan...em...entahla....kesian NSY tgk...kesian kalau2 mereka disindiketkan...kesian kerana mereka tak berusaha mencari pekerjaan lain..kerana tubuh badan mrk sihat...barangkali mgkin mrk da berusaha mencari kerja..tp masih blum memperolehi rezki bekerja..Allahua'lam...

Mak NSY kate..kalau kita nak bersedekah kena IKHLAS...tak kira la org tu berpura2 ker..sindiket ker...yg penting niat bersedekah kepadanya...wah2 bgus btol mak NSY berbanding anak dia yg masih ragu2 ni....Susah betul untuk kita dapat sifat IKHLAS ni...sbb sifat ikhlas ni akan sentiasa berubah bersama niat..hu...jom kita baca apa yg terkandung dalam sifat IKHLAS ni...(sumber dipetik dari i Luv Islam)...

Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama. (Az-Zumar 11)



Iblis menjawab, Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas di antara mereka. (Sad 82-83)



Ikhlas. Apa keistimewaan ikhlas sehinggakan orang yang memiliki ciri-ciri itu mendapat keredhaan dan kebaikan dunia akhirat Perkataan ikhlas selalunya digunakan ketika kita sedang memberi sesuatu dengan suka dan rela hati, kerana cinta kepada penerimanya. Tanpa kita sedari, maksud ikhlas itu jauh lebih mendalam. Ada ikhlas di dalam ikhlas dan ada ikhlas lagi di dalamnya. Sejauh mana tahap keihklasan kita -apakah niat kita yang baik pada mulanya semata-mata mendapat keredhaan Allah tapi kemudiannya dipengaruhi syaitan supaya riak itu juga dikira tidak ikhlas.



Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat Anda tentang seseorang yang keluar (dari rumahnya) untuk berjihad di jalan Allah, dia ingin mencari pahala dan populariti sebagai seorang yang berani, apa yang ia perolehi Nabi menjawab, Tidak ada apa-apa. Walaupun ditanya beberapa kali, jawapan Rasulullah tetap juga sama. Kemudian Nabi bersabda,



'Sesungguhnya Allah tidak menerima segala amal, kecuali amal yang dikerjakan dengan ikhlas dan untuk mencari keredhaan Allah'. (HR An-Nasa'i)



Cuba bayangkan amalan-amalan kita selama ini, apakah ianya benar-benar ikhlas kerana Allah. Apakah anda muslimah memakai jilbab yang labuh supaya kamu dipuji orang ramai dan seronok dengannya Pernahkah anda gembira jika anda dipuji orang-orang tua apabila anda ke masjid



Na'uzubillah.



Lantas, oleh kerana keikhlasan berubah-ubah bersama niat, kita perlu menetapkan niat sebelum melakukan sesuatu perkara. Sebelum keluar ke universiti, tetapkan apa niat kita belajar. Kita tidak sanggup melihat kafirun dan jahiliyyah lagi yang memegang pemerintahan negara. Kita mahu menegakkan agama islam. Kita tidak mahu digelar orang beragama yang tidak berilmu, orang da'wah yang hanya cakap pandai. Inilah sebabnya kita pergi menuntut ilmu. Semuanya lillahita'ala.



Bila anda mula gembira jika dipuji, berhati-hatilah kerana riyak hampir saja timbul lalu memadamkan segala niat awal anda yang ikhlas kerana Allah. Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia. (Al-Ikhlas 4)




Apakah kita sedangkan menyamakan Allah dengan puji-pujian manusia Na'uzubillah. Anda selalu solat di masjid namun lama-kelamaan ia semakin pudar dengan riyak dalam hati. Rugilah anda. Bukanlah mengatakan solat di masjid itu riyak. Cuma kita perlu berhati-hati antara ikhlas, teladan kepada orang lain atau riyak. Tepuk dada tanya hati.



Ya Allah, apakah amalanku yang selama ini kuanggap ikhlas kerana-Mu telah dikaburi riyak. Ya Allah, jauhkanlah aku yang syirik yang nyata dan yang tidak nyata.



Rasulullah s.a.w bersabda, Mohonlah perlindungan kepada Allah dari Jubbil Huzn. Mereka bertanya, Apakah itu, wahai Rasulullah Nabi s.a.w menjawab, Suatu lembah di Neraka Jahannam, di mana setiap hari, Jahannam sendiri berlindung darinya sebanyak empat ratus kali. Mereka bertanya, Untuk siapakah ini disiapkan, wahai Rasulullah Jawab Nabi, Disiapkan untuk para qari' (pembaca Al-Quran) yang riyak dengan amalan mereka. (HR Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Na'uzubillah.



Betapa bahayanya riyak ke atas diri kita. Halus dan tidak nyata tapi mengubah keikhlasan kita dalam melakukan pekerjaan.Manusia mengadili hanya dengan deria mereka. Namun, amal semua manusia hanya Allah yang mengetahui.





Tanda-tanda ikhlas dapat disimpulkan seperti berikut:



1. Menuduh diri berasa kurang sempurna dalam melaksanakan kewajiban kepada Allah.

2. Merasa keikhlasan dalam diri itu tiada dan selalu mempertanya keikhlasan diri sendiri.

3. Tidak terpengaruh dengan ujian atau celaan, tetapi tetap istiqamah.

4. Tidak berubah walaupun manusia berubah dalam hal ketaatan atau kemaksiatan.

5. Niat menjadi pusat pemerhatian dalam kehidupan.

6. Berusaha merahsiakan amal kebaikan kecuali ketika memberi teladan kepada orang lain.




Mungkin, orang yang menangis ketika beribadah di khalayak ramai itu lebih ikhlas daripada orang yang beribadah di dalam bilik seorang diri (yang riyak).
~Pesanan buat diriku yg sering lupa~


Tuesday, September 6, 2011

Rayakan Merdeka???



Rayakan merdeka??merdeka raya??apa tu??hehe..ada2 ajer org kite ni...digabungkan keduanya skali..macam2 bunyinyer...ape2 pun salam aidilfitri 1432H dan salam Merdeka yg ke 54...

Cahaya Syawal 1432 H
Ramadhan dah pun berlalu meninggalkan kita..kini syawal pula yang mengunjung tiba….Pejam celik..pejam celik..kejap jer masa berlalu…rasa macam baru jer berada di bulan rejab..tp itulah hakikat hidup di dunia..di atur indah oleh Allah SWT…

Cuti raya kali ni rase macam sekejap jer…program keluarga di isi dengan ziarah menziarahi saudara mara serta menerima kunjungan mereka…dan apa yang paling menggembirakan NSY raya kali ni, bila dapat ziarah sedara mare sebelah abah dan mak NSY sekaligus ….kalau tak, pasti setahun skali je( berselang seli balik ke rumah kelahiran mak dan abah ).. (^_^)v..dan satu kelainan yg dibuat oleh waris keluarga HJ Awang Lirai kali ni..ialah menjejak sedara mara di Janda Baik, dengan hanya berbekalkan nama2 waris keluarga yg dah pun kembali ke rahmatullah(Al-Fatehah) untuk menjejakinya..ni semua idea m.teh NSY..hehe

bergambar kenangan bersama tuan rumah...

Antara Adat dan Amalan Sunat
Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk: -

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat Aidilfitri.

2) Menjamah makanan sebelum kelua dari rumah.

3) Memperbanyakkan Takbir.

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ; Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Contohnya,”Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu”.

5) Memakai pakaian terbaik yang ada; Bagaimanapun, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. Demikian juga, tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang diharamkan di dalam Islam).

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi)

7) Berziarah dan merapatkan silaturahimi sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi. Dan menziarahi kubur untuk bertahlil(bacaan yassin dan tahlil arwah)

Apa yang NSY nak kongsikan disini adalah Tahlil dan bacaan yassin yg selalu waris keluarga Hj Awg Lirai adakan setiap 2 syawal…ini menjadi amalan kelurga kami untuk berkumpul, mengeratkan silaturahim serta bersedekah…setiap 2 syawal, semua saudara mara akan berkumpul, menjamah sedikit makanan sebelum berangkat ke kubur untuk majlis bacaan yassin dan tahlil arwah…selesai ajer bertahlil…Pasti anak2 kecil akan mendapat duit raya atas sumbangan ahli keluarga tertentu..ini sudah menjadi kebiasaan bagi keluarga kami, kalau tak hadir dalam majlis ni..rasa macam xsah jer raya..hehehe..tp bagi kami tidaklah sampai "adat mengatasi ibadat"(erk?btol ker ayt ni)..hehe

p/s: Bagi amalan biasa untuk menziarahi kubur..bila2 mase pun boleh mengikut kesesuaian…xperlu tunggu RAya...