**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**

Monday, December 28, 2009

~Antara Teka-teki &Pandangan Al-Ghazali~


cerita-cerita yg berbentuk ilmiah perlu disampaikan secara kreatif kepada anak-anak kecil bagi menarik minat mereka...


Suatu hari Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya dan kemudian beliau memberikan pertanyaan teka-teki...
Imam Ghazali : "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu adalah janji Allah SWT bahwa setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati (Surah Ali-Imran : 185).
Imam Ghazali : "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?"
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kendaraan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
Imam Ghazali : "Apa yang paling besar di dunia ini?"
Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi
Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf : 179). "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahanam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah SWT) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah SWT), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah SWT). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai".
Imam Ghazali : "Apa yang paling berat di dunia?"
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah
Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72). "Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat[*] kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh". [*]: Yang dimaksud dengan amanat di sini ialah tugas-tugas keagamaan. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka karena gagal memegang amanah.
Imam Ghazali : "Apa yang paling ringan di dunia ini?"
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan sholat.
Imam Ghazali : "Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?"
Murid-murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Karena melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

p/s: artikel seumpama ini..mungkin sudah ramai yg membacanya..sy sendiri menerima artikel ini yg di fwrdkan oleh sahabat kepada saya pada satu ketika dahulu~sangat menarik~~khasnya utk mengajar anak2 kecil..menambah ilmu sambil berhibur(berteka-teki)~~sengaja saya poskan disini utk tatapan saya dan mereka yang sudi singgah...

Wednesday, December 23, 2009

~Gerhana Bulan 2009~

KUALA LUMPUR-Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan kejadian gerhana bulan separa mulai 1.17 pagi hingga 5.28 pagi pada satu januari depan. Menurut kenyataan Agensi Angkasa Negara (Angkasa) semalam, secara amnya gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa sama, bulan melintasi bayang bumi. Gehana itu akan bermula dengan fasa penumbara pada 1.17 pagi waktu Malaysia tetapi ketika itu, kesan kenampakan gerhana tidak dapat diperhatikan kerana bulan merentasi bayang penumbra bumi yang kurang gelap. Gerhana yang jelas dapat dilihat ketika bulan memasuki bayang umbra bumi mulai 2.53 sehingga gerhana maksimum pada 3.24 pagi pada kenyataan itu. Angkasa dengan kerjasama Masjid Negara akan menganjurkan Program Gerhana Bulan Separa di pekarangan Luar Masjid 1 hingga 6 pagi pada 1 Januari-bernama-

sumber berita:Harian Metro,Rabu 16 September edisi setempat


Gerhana bulan pada Februari 2008

SOLAT GERHANA / BULAN
Gerhana terbahagi kepada dua iaitu gerhana bulan dan gerhana matahari. Gerhana ini merupakan tanda kekuasaan Allah S.W.T. bukan disebabkan apa-apa munasabah. Contoh sebagaimana yang telah berlaku pada Zaman Rasulullah s.a.w apabila anak baginda yang bernama Ibrahim telah meninggal, kebetulan ketika itu berlakunya gerhana Matahari, maka orang-orang ketika itu menyangka berlakunya gerhana Matahari ini disebabkan kematian Ibrahim. Maka Nabi s.a.w bersabda :

"إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله لا ينكسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فادعوا الله وصلوا حتى ينكشف ما بكم ". (رواه البخاري ومسلم

Maksudnya : “Sesungguhnya matahari dan bulan keduanya menjadi bukti adanya Tuhan dan kekuasaan-Nya. Keduanya gerhana bukan kerana matinya seseorang dan tidak pula kerana hidupnya seseorang, maka apabila kamu mengetahui keduanya gerhana, hendaklah kamu berdoa kepada Allah, dan solat sehingga habis gerhana itu.”

CARANYA :

Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :
Rakaat pertama :
1-Niat solat Gerhana, Takbir.
2-Baca Al-Fatihah dan surah.
3-rukuk.
4-I’tidal,
5-Baca Al-Fatihah dan surah.
6-rukuk.
7-I’tidal.
8-Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.

Rakaat kedua :
Sama seperti rakaat pertama.

NIAT SOLAT GERHANA

الخُسُوْفِ : Gerhana Bulan
الكُسُوْف : Gerhana Matahari
أُصَلِّي سُنَّةَ الخُسُوْفِ / الكُسُوْفِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat gerhana (Bulan / Matahari) 2 rakaat kerana Allah Taala.


p/s;Biasanya kita terdedah kepada berita mengenai gerhana matahari jer..jarang sekali untuk kita mengetahui ttg gerhana bulan..bagi sesaiapa yg berminat menyaksikan kejadian ciptaan Allah S.W.T ini jgn lepaskan peluang utk menyaksikannya di Masjid Negara disamping program yg disediakan sambil2 beribadat..insyaallah~

Tuesday, December 15, 2009

Salam Maal HIjrah 1431H....

Satu Muharam detik permulaan
perkiraan tahun Islam Hijrah
perpindahan Nabi dan umat Islam
dari kota Mekah ke kota Madinah
atas keyakinan dan iman yg teguh
kaum Muhajirin dan Ansor bersatu
rela berkorban harta dan nyawa
demi menegakkan islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu mari semua
kita sambut Maal Hijrah
tingkatkan semangat
tegakkan syiar islam..
untuk sepanjang zaman...

Inilah antara bait-bait lagu tema Maal Hijrah yg seringkali dinyanyikan di Malaysia apabila kita menyambut Maal Hijrah...lagu ini mengenangkan kembali perpindahan nabi dan umat islam dari kota Mekah ke kota Madinah..dan bermulanya detik perkiraan tahun Islam Hijrah...


Hijrah memberikan pelbagai takrifan mengikut pandangan masing-masing..walau apapun pandangan anda..buatlah perubahan dengan menjauhi apa yg ditegah oleh Allah S.W.T....salam Maal Hijrah...

Dari Amir al-Mukminun Abu Hafs ‘Umar Ibn Khattab Radiyullah ‘Anh, katanya: Aku dengar Rasulullah SAW bersabda : Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seseorang apa yang ia niatkan. Maka barangsiapa hijrahnya kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang ia ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu.Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim

p/s:Teringat zaman sekolah dahulu...apabila tibanya tahun baru Islam..kami semua pasti akan solat asar dan maghrib bersama2 dan membaca doa akhir dan awal tahun bersama2....

Saturday, December 5, 2009

Ada apa dengan Suratkhabar?


Anda tak tahu nak wat aper di waktu lapang,atau waktu cuti??aper kater kalau anda isi mase anda dengan menghasilkan produk kraftangan dengan hanya menggunakan suratkhabar lama..mudah,ringkas,jimat,berbaloi-baloi..hihihi..boleh wat duit lagi..janji syaratnya anda seorang yg R.A.J.I.N.....BERSEMANGAT TINGGI...dan bukannya hangat2 tahi ayam..
Sebenarnya kraftangan yg dihasilkan dengan suratkhabar ni dah lame diprkenalkan..malah ada yg menjadikan hobi mengayam ini sebagai pendapatan sepenuh masa....


Teringat sy sewaktu berjalan2 di Jln TAR Kuala LUmpur...setahun yg lalu...kraftangan yg dihasilkan daripada suratkhabar ini dicipta dengan pelbagai bentuk seperti, bakul,pasu dan lampu...ianya dijual dengan harga yg agk tinggi dan ada yg mencecah ratusan ringgit...hebat bukan!!waktu itu..sy terfikir2..bagaimana mereka melakukannya...tp..tak berkesempatan pula untuk bertanya bagaimanakah caranya...hehe

Anda juga boleh menjual barangan ini dengan harga semurah RM2...bagaimana??mudah saja..bentukkan saja suratkhabar anda menjadi topi yg kecil atau sebarang bentuk..kmudian jadikannya sebentuk Key Chain..anda juga boleh menjadikannya sebagai bakul kecil untuk bekas telur kepada tetamu2 yg hadir..cuba la..he~



Oleh kerana kraftangan ini sgt menarik...sy telah mencubanya dirumah bersama ibunda tersayang..hasilnya..sebiji bakul yg sebesar pemeluk..hihihi...hasil2 kraftangan yg kami buat bukanlah utk dijual..tetapi hanya utk suka-suka...Selamat Mencuba!!

Monday, November 30, 2009

Topi paksa si pemakainya Senyum..


Di California seorang pelajar berjaya menghasilkan topi yang akan memaksa pemakainya sentiasa senyum(gambar diatas)..topi itu mampu mengesan riak wajah pemakai dan mencucuk jarum tajam ke kepala si pemakai jika berhenti senyum...pereka topi tersebut Lauren Mc Carthy menyatakan senyuman boleh membuatkan kita dan orang disekeliling kita rasa lebih bahagia...

-sumber:Harian Metro-


p/s: Senyumlah seIKHLAS hati..”kerana Senyuman itu satu sedekah”..(^_^)/..latih la diri anda daripada sekarang untuk melemparkan senyuman....senyum paksa-paksa tak manis..kelat jadinya..hehehe

Anjung Seri Bolok,Lanchang..



Restoran Anjung Seri yg terletak di kg. Bolok Hilir, Lanchang ini terletak lebih kurang 8 kilometer menghala ke Kuala Gandah(tempat pemeliharan dan pemuliharan habitat gajah, ternakan rusa dan lain-lain)...jika anda berpeluang datang kesini..jemput-jemputla singgah menikmati hidangan di restoran ini...Restoran Anjung Seri menyediakan pelbagai menu makanan dan minuman..




Restoran Anjung Seri juga sedia menerima tempahan masakan majlis perkahwinan, parti dan lain-lain dengan harga yg berpatutan...untuk keterangan lanjut boleh hubungi

En.Zamri:017-3470421

Wednesday, November 25, 2009

Salam EidulAdha....


Aidiladha yg juga dikenali sebagai Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban ini merupakan satu lagi hari kebesaran bagi umat Islam yg disambut meriah terutamanya di bahagian pantai timur semenanjung Malaysia....kebiasaanya hari raya ini disambut pada bulan Zulhijjah dan pada musim Haji...bila tiba Hari Raya Haji@Korban pasti kita akan mengaitkannya dengan PENGORBANAN...pelbagai takrif pengorbanan yg diberikan mengikut pandangan masing2..ape pun takrifannya yg paling penting hayatilah pengorbanan Nabi Ibrahim yg patut kita contohi, dan ketaatan Ismail yg wajar kt turuti..jom kita hayati kisah pengorbanan Siti Hajar....

NABI Ibrahim dan Siti Sarah sudah lama berumah tangga, namun tidak dikurniakan zuriat. Siti Sarah mencadangkan supaya Nabi Ibrahim berkahwin seorang lagi dan merestui Siti Hajar menjadi madunya.Pada mulanya, Nabi Ibrahim keberatan kerana cintanya terhadap Siti Sarah tidak luntur. Namun, Siti Sarah berkeras dan akhirnya, Nabi Ibrahim bersetuju memperisterikan Siti Hajar.Apabila Siti Hajar hamil, Nabi Ibrahim amat gembira dan mengharapkan Siti Sarah turut berasa gembira. Namun, berita kehamilan Siti Hajar itu membuatkan madunya cemburu.Kian hari, rasa cemburunya kian menebal, terutama selepas kelahiran Ismail hingga Siti Sarah mendesak suaminya membawa Siti Hajar dan anaknya jauh dari tempat itu.

Nabi Ibrahim dan Siti Hajar serta anak mereka lantas menuju ke Baitul Haram.Siti Hajar adalah lambang wanita sejati yang taat kepada suami dan perintah Allah. Segala kesukaran, kepahitan, keresahan yang ditempuh Siti Hajar bersama anaknya kecilnya, Ismail ketika ditinggalkan Nabi Ibrahim di tengah-tengah padang pasir kontang, adalah lambang kesetiaan dan kepatuhan seorang isteri kepada peraturan suaminya.Inilah iktibar kisah daripada al-Quran yang menggambarkan seorang isteri contoh yang menjadi lambang kewanitaan sejati. Kalau wanita Islam hari ini bersemangat kental seperti Siti Hajar, tentulah mereka akan sentiasa bahagia dan tidak akan mengenakan sekatan tertentu terhadap suami.Contoh yang ditunjukkan oleh Siti Hajar, yang sanggup menempuh pelbagai kesusahan hidup semata-mata kerana taatkan perintah Allah dan suaminya, tidak syak lagi suatu contoh cukup baik untuk diteladani.

Kisah ketabahan Siti Hajar, turut mempunyai kaitan dan falsafah penting ketika umat Islam menunaikan ibadat haji sekarang. Sebab itulah bagi jemaah yang berada di tanah suci, sama ada ketika mengerjakan umrah atau haji, mereka difardu atau dirukunkan selepas tawaf di Batitullah al-Haram, menunaikan sai iaitu berulang alik dari Safar ke Marwah sebanyak tujuh kali. Ia bertujuan mengingati kembali falsafah penderitaan yang ditanggung Siti Hajar itu. Berikut adalah sebahagian kisah pengorbanan Siti Hajar.

Dalam bahang terik mata hari di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang, Nabi Ibrahim, menunggang unta bersama Siti Hajar. Perjalanan agak sukar, namun hal itu tidak memberi kesan kepada mereka. Yang lebih diharapkannya ialah ketabahan hati untuk meninggalkan Siti Hajar dan bayinya di bumi gersang itu.Sepanjang perjalanan, dikuatkan hatinya untuk terus bertawakal. Dia yakin, Allah tidak akan menganiaya hamba-Nya. Pasti ada hikmah di sebalik perintah itu. Selepas kira-kira enam bulan perjalanan, tibalah mereka di Makkah.Nabi Ibrahim memilih sebuah lembah di tengah-tengah padang pasir. Nabi Ibrahim turun dari untanya dan mengikat tali unta di sebatang pokok tamar.Bahang sinaran matahari bukan kepalang. Tekaknya yang dari tadi kehausan, sedikit pun tidak diendahkannya. Yang difikirkannya, bagaimanakah cara memberitahu isterinya mengenai perintah Allah itu. Sepanjang perjalanan lidahnya seolah-olah kelu untuk berkata-kata.Selepas Siti Hajar diturunkan, tanpa berlengah lagi Nabi Ibrahim bersiap sedia untuk pergi. Apabila Siti Hajar melihat perlakuan suaminya, yang bergegas-gegas mahu pergi, ditariknya jubah suaminya sambil merayu-rayu:"Wahai suamiku, apakah aku akan ditinggalkan bersama anakmu di sini?"Tanpa memandang wajah isterinya, Nabi Ibrahim hanya mampu menganggukkan kepala. "Oh... kiranya kerana dosaku menyebabkan engkau bertindak begini, ampunkanlah aku. Aku tidak sanggup ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang ini."Nabi Ibrahim menjawab: "Tidak wahai isteriku, bukan kerana dosamu..."Siti Hajar bertanya lagi: "Kalau bukan kerana dosaku, bagaimana dengan anak ini... Anak ini tidak tahu apa-apa. Tergamakkah engkau meninggalkannya?" Kepiluan dan kesedihan Nabi Ibrahim, hanya Allah yang tahu. Katanya: "Tidak, bukan itu maksudku. Tapi apa dayaku... ketahuilah, ini semua adalah perintah Allah."Apabila disebut perintah Allah, Siti Hajar terdiam. Kelu lidahnya untuk terus merayu. Terbayang olehnya penderitaan yang bakal dihadapi sendirian nanti. Dia yakin kalau tidak kerana perintah Allah, masakan sanggup suaminya meninggalkan dia serta anaknya di situ.Siti Hajar sedaya upaya menguatkan pergantungan dan pertolongan kepada Allah. Namun hatinya masih tertanya-tanya, apakah hikmah di sebalik perintah Allah itu? Ketika gelodak hatinya semakin memuncak, dengan rahmat Allah, disingkapkan penglihatan Siti Hajar ke suatu masa akan datang. Digambarkan tempat itu nantinya akan didatangi oleh manusia dari serata pelosok dunia, yang berduyun-duyun datang untuk membesarkan Allah.Melihat peristiwa itu, terpujuklah hatinya. Cinta dengan Allah, dengan menegakkan agama-Nya, perlukan pengorbanan. Lalu dengan hati yang berat tetapi penuh keyakinan, Siti Hajar berkata kepada suaminya: "Jika benar ia adalah perintah Allah, tinggalkanlah kami di sini. Aku reda ditinggalkan." Suara Siti Hajar mantap sambil mengesat air matanya. Ditabahkan hatinya dengan berkata: "Mengenai keselamatan kami, serahkanlah urusan itu kepada Allah. Pasti Dia akan membela kami. Masakan Dia menganiaya kami yang lemah ini."Siti Hajar menggenggam tangan suaminya. Kemudian dikucupnya, minta reda di atas segala perbuatannya selama mereka bersama. "Doakanlah agar datang pembelaan Allah kepada kami," kata Siti Hajar.Nabi Ibrahim terharu dan bersyukur. Isterinya, Siti Hajar memang wanita terpilih. Dia segera mengangkat tangannya untuk berdoa: "Ya Tuhan kami. Aku tinggalkan anak dan isteriku di padang pasir yang tandus tanpa pohon berkayu dan buah-buahan. Ya Tuhan kami, teguhkanlah hati mereka dengan mendirikan sembahyang, jadikanlah hati manusia tertarik kepada mereka, kurniakanlah rezeki pada mereka daripada buah-buahan mudah-mudahan mereka bersyukur kepada-Mu."Menitis air matanya mendoakan keselamatan anak dan isteri yang dicintai. Hati suami mana yang sanggup meninggalkan anak dan isteri di padang pasir tandus yang sejauh enam bulan perjalanan dari tempat tinggalnya. Namun atas keyakinan padu pada janji Allah, ditunaikan juga perintah Allah walaupun risiko yang bakal dihadapi adalah besar.

Selesai berdoa, tanpa menoleh ke arah isteri dan anaknya, Nabi Ibrahim terus meninggalkan tempat itu dengan menyerahkan mereka terus kepada Allah. Tinggallah Siti Hajar bersama anaknya yang masih merah dalam pelukannya. Diiringi pemergian suaminya dengan linangan air mata dan syukur. Ditabahkan hati untuk menerima segala kemungkinan yang berlaku.Tidak lama selepas pemergian Nabi Ibrahim, bekalan makanan dan minuman pun habis. Air susunya juga kering sama sekali.Anaknya Ismail menangis kehausan. Siti Hajar hampir buntu. Di mana hendak diusahakannya air di tengah padang pasir yang kering kontang itu?Sedang dia mencari-cari sumber air, dilihatnya dari jauh seperti ada air bertakung. Dia berlari ke arah sumber air itu. Tetapi apa yang dilihatnya hanyalah fatamorgana.Namun Siti Hajar tidak berputus asa. Dari tempat lain, dia ternampak seolah-olah di tempat di mana anaknya diletakkan memancar sumber mata air. Dia pun segera berlari ke arah anaknya. Tetapi sungguh malang, yang dilihatnya adalah fatamorgana. Tanpa disedari dia berulang-alik sebanyak tujuh kali antara dua bukit, Safa dan Marwa untuk mencari sumber air.Tubuhnya keletihan berlari ke sana ke mari mencari sumber air, namun tiada tanda-tanda dia akan mendapat air. Sedangkan anak yang kehausan itu terus menangis sambil menghentak-hentakkan kakinya ke bumi. Tiba-tiba dengan rahmat Allah, sedang Siti Hajar mencari-cari air, terpancutlah air dari dalam bumi di hujung kaki anaknya Ismail.Pada waktu itu gembiranya hati Siti Hajar bukan kepalang. Dia pun mengambil air itu dan terkeluar dari mulutnya, "Zami, zami, zami.." yang bermaksud, berkumpullah, kumpullah. Seolah-olah dia berkata kepada air itu, "Berkumpullah untuk anakku."Selepas peristiwa itu, kabilah yang berlalu akan berhenti untuk mengambil air. Ada pula yang terus bermastautin di lembah Bakkah (Makkah) kerana dekat dengan sumber air itu. Begitulah kehendak Allah. Sengaja didatangkan sebab musabab untuk menjadikan Islam gemilang dan Makkah menjadi tumpuan manusia.

Artikel ini datangnya dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.comhttp://www.ukhwah.com/

Teringin benar hendak sampai ke Tanah Suci..entah bila masanya..insyaALLAh dengan izinnya..AMEN~~
p/s:Sibuk membantu mak buat rendang dan kuah kacang sempena hari raya eidul adha.....lomang pun totap ade,biskut pun ader..tp beli jer la..he~~...

Thursday, October 15, 2009

Laptop OH laptop.

Laptop model jenis Compact Presario V3000 yg sgt berjasa dalam menyiapkan thesis awal tahun lalu..


Salam..em..da lama tak update blog ni...sy sangat sibuk...tak sempat langsung nak masukkan entry2 yg baru...kebetulan pulak laptop sy menghadapi masalah yang sangat serius....bila on jer..screen laptop terus gelap..dan semua icon kat desktop tak keluar,,huhuhu..entah virus ape yg masuk..sy pun tak tahu....buntu....tak tahu nak anta kat sapa..kalau masa belajar dulu..ada gak kawn2 yg dapat membantu..bila dah berjauhan ni..kena cari inisiatif sendiri..bukan tak nak hantar kat kedai komputer,..tp sy tidak mempercayainya..mujur la..adik sy ada kawan y dapat membantu...syukur....

Sejak syawal yg lalu..setiap minggu ada jer jemputan rumah terbuka dan jemputan raja sehari....dapat online pun pd hujung minggu..hanya sempat baca email dan msg dari FB,FS,TAGGED...sekarang pun tengah sibuk dan berusaha untuk mencari pekerjaan yg baru....harap dipermudahkan urusan...amen~~


Semasa majlis resepsi Nor Hisyam&SAleha Manan...pic bersama kedua2 pengantin terdelete suda~~huhuhu..dah la ad sekeping ja...sori ema n elly...

p/s: Selamat pengantin baru kepada my dear frenz:Umi ruhaina dan Shahrul anuar yg akan berlangsung pd 17hb 10, sahabat sekuliah: WAn Azln Iwana dan pasangannya,Hayati Maarof dan pasangannya serta Nor Hisyam dan Saleha Manan di temerloh,pahang...moga berbahagia dan kekal selamanya..amen~

Thursday, September 17, 2009

Salam EidulFitri 1430H....


Bila sebut je hari raya, terkenang zaman2 dahulu ketika kemeriahan menyambut hari raya..apa yg perlu ada;------>

1) Baju Raya;-

DULU:: Mesti bertanya kepada mak..baju raya n kasut raya da beli ke belum??dan akan bertanya kepada mak berapa pasang baju raya untuk tahun ni....

SEKARANG::Dah ada sepasang pun da cukup..kasut?guna yg lama je dn lebih suka pakai selipar..senang,mudah dn cepat....

2) Biskut Raya:-

DULU:: Kalau ada cuti dan mase terluang+rajin akan membantu mak buat biskut raya, hampir 5-6 jenis..kadang2 akan mencadangkan kepada mak,,biskut apa lagi yg nak dibuat..pas buat biskut..buat kek pulak..hehe..

SEKARANG:: Dah sibuk sikit+malas..sempat buat 2-3 jenis jer..yg selebihnya beli jer..hehe

3) Duit Raya:-

DULU::Menantikan duit raya dari mak2 sedara dan duit raya yang diperolehi daripada tahlil2 dari kubur..
SEKARANG::kalau ada yg memberi duit raya..akan berkata..xpela..xpayah la..tp ambil jugak(demi menjaga hati org yg memberi..hehehe)dan giliran kita pulak yg kena bagi duit raya kat adik2 sepupu yg masih kecil...huhu~~

4) Kad Raya;-

DULU::Setiap tahun pasti dapat kad raya dan selalu suruh abah belikan kad raya dan setem utk membalas kad2 raya dari kawan2(sebab nak jimat duit)..tukang pos pun abah jugak..tq abah..tp kalau dok asrama..semuanya kena beli guna duit sendiri la...hu~

SEKARANG::Hanya ucapan ringkas melalui SMS,MMS,FB,FS,E-MAIL...maklumlah teknologi di hujung jari..hehe..

walaupun dulu lain sekarang lain..tidak bermakna adat terus dilupakan....SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR&BATIN buat sahabat2 yg sy kenali secara langsung atau tidak...


p/s: Dapat kertas ucapan hari raya buatan sendiri dari anak murid..tak sangka masih dapat kad raya tahun ni...hehehe

Sunday, August 30, 2009

MERDEKA!!..MERDEKA!!..MERDEKA!!

::Selamat Hari Kebangsaan yang ke 52::

"1 MALAYSIA :Rakyat Di Dahulukan Pencapaian Di Utamakan"

Teringat sewaktu zaman sekolah dulu...seronok bila dapat join program2 kemerdekaan...memang semangat....mase tu jugak terasa diri ini anak Malaysia yang mempunyai jati diri yang kuat dan sanggup bekorban demi maruah bangsa dan negara..ce..wah~nak plak,bila di iringi dengan lagu-lagu patriotik...tapi semangat time tu je la..hehehe..walaupun semangat time tu je..tak bermakna diri ini terus melupainya...kesan2 semangat itu masih kekal dan terpahat di jiwa sanubari...:-p


Dan kenangan yg tidak akan dilupakan ialah sewaktu menyambut hari Kemerdekaan pada 31/OGOS/2006....terpaksa menjadi bidan terjun untuk persembahan koir bagi memeriahkan malam Kemerdekaan di Nilam Court(Kolej Kediaman Usim)..mase tu tiada satu pun lagu patriotik yg sy hafal sepenuhnya..oleh kerana tak hafal lirik..eksyen je la dengan mulut terkumat kamit..sambil tangan mengibarkan bendera..haha..sebenarnya sy hanya wakil utk persembahan koir Konvokesyen USIM 2006..dan lagu yg dihafal masa tu hanyalah:Usim Terus Maju dan lagu Negeri 9...lagi satu..koir ni sebenarnya bukanlah bidang sy..masuk pun hanya sekadar untuk menimba pengalaman dan merasai suasana di dalam dewan Konvokesyen ketika itu...bila da kena wat persembahan depan budak-budak kolej kediaman...terasa malu pun ada..bukan ape..pakaianya bukan mainlah..tudung siap berlilit..bile naik pentas..persembahan macam #$@!!&... hahaha.. sabar je la!

p/s:Hari kebangsaan ini disambut sempena negara kita bebas dari jajahan orang asing...demi mencapai sebuah negara yg merdeka pelbagai usaha telah dilakukan oleh orang-orang terdahulu ...usaha-usaha mereka ni haruslah kita hargai...dan akhirnya hari ini kita dapat mengecapi kemudahan dan pembangunan yang pesat.....jika kita turut serta sewaktu pengisytiharan kemerdekaan pada tahun 1957...sudah tentu perasaan terharu,gembira dapat kita rasai... Hari ini pelbagai takrifan "MERDEKA" dapat kita dengar...jika nak dikaji dalam pelbagai sudut....mungkin ada sesetengah pekara yg kita masih belum merdeka...

Thursday, August 27, 2009

Cuba dan Rasa..(Kurma Goreng)‎

Seronoknya dapat berbuka di rumah..apa tidaknya..masa inilah kami sekeluarga dapat berkumpul berbuka bersama2….dan yg paling best skali..dapat makan masakan mak yg sgt sedap…baru2 ni sy dan adik menolong mak di dapur utk menyediakan hidangan berbuka….antara menunya ialah---->
::::Pajeri Terung::::
::::Ayam+Ubi Kentang Masak Pedas::::
::::Gulai Nenas Ikan Masin::::
::::Sambal Belacan Berulamkan Jantung Pisang Rebus::::
::::Jelatah TImun+nenas::::
::::Cendol(buatan sendiri)::::


Pengat Ubi (kegemaran sy juga turut tersenarai..hehe…)da lame rasenya tak makan pengat ubi ni..kebetolan pula mak sy baru je bawak balik ubi dari kampong .rezeki sy agaknya..he~~
Sy juga turut berkesempatan pulang ke kampong utk menziarahi atok...dikesempatan ini ..skali lagi nikmat berbuka puasa dengan masakan kampong sy nikmati…yg paling special sekali ialah kurma goreng la…nak tau bagaimana resipinya???mudah aja…bancuh tepung gandum@tepung goreng pisang,masukkan kurma, kemudian goreng sehingga warna kekuningan dan sedia utk dihidang..mudah kan..hehe..selamat mencuba....

p/s:Alhamdulillah..syukur atas nikmatnya kerana memberi rezeki pd sy dan keluarga…dan dapat menikmati hidangan bersama2 ibu dan bapa denga sempurna…sayu bila dikenangkan mereka yg tidak bepeluang berbuka bersama keluarga(anak2 yatim) dan mereka yg kurang makannya(kerana miskin)…

Friday, August 21, 2009

Selamat tinggal Sya'ban..Selamat datang Ramadhan al-Mubarak...

Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk bertemu dengan ramadhan kali ini..bulan yg sangat mulia dan mempunyai banyak kelebihan...inilah masanya untuk kita menambah amalan...insyaALLAH...

Selamat tinggal Sya'ban..selamat datang Ramadhan al-Mubarak...


Sejarah Ramadhan
1) Ramadhan: ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)

Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberkatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi banyak pahala
9) Bulan keampunan
* doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
* juga doa pada sepertiga malam.
10) 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Moga Ibadah puasa kita diberkati dan dirahmati...

p/s: Maaf diatas segala perbuatan yg menyinggung hati,perasaan,jiwa,dan raga secara sengaja atau tidak;-)

Tuesday, August 18, 2009

Selangkah ke Hadapan..(Sanah Hilwah)

Syukur alhamdullilah kerana masih diberi nafas..hidup dimuka bumi.ini..Dan masih diberi peluang menikmati keindahan dan kejadian,ciptaan ALLAH S.W.T…25 tahun lamanya..alhamdulillah…selangkah lagi umur saya ke hadapan meniti hari-hari seterusnya…yg tidak di ketahui bila penghujungnya…

Setiap perjalanan yg dilalui manusia sudah pasti banyak rintangan dan ujian yg harus ditempuhi..yg mana ubat kepada rintangan dan ujian hanya keSABARAN…dan sentiasa berdoa kepadNYA..semoga diri ini sentiasa mengingati diriMU ya Rabbi…

Tiada hadiah yang paling bermakna.. melainkan sekeping ijazah yg baru sahaja diterima 1 Ogos lalu dan segala ucapan dari sahabat yg mengingati diri ini..terima kasih banyak-banyak..

“I’m still young…even my age grow up every year”he~~

-SEMAKIN HARI SEMAKIN DEKAT LANGKAH KITA MENUJU KETETAPAN ITU(KEMATIAN)-

p/s: Majoriti bertanya kepada sy..bile lagi hendak mendirikan masjid..jawapanya:-->insyaALLAH jika di izinkan oleh ALLAH S.W.T..jika sampai jodoh sy..sampailah kad undangan ke Majlis sy nanti…insyALLAH…Also Hepi BuzDAY 2 my x-housmate(Siti Radhiah=18/8/1986-Same Day-),semoga panjang umur n dimurahkan rezeki..juga kepada mereka yg menyambut hari lahir pada hari ini..

Friday, August 14, 2009

‎1 MALAYSIA: "BELIA BERWAWASAN PENGGERAK KEJAYAAN"‎




Jika dahulu nama Malaysia kurang dikenali diperingkat antarabangsa, namun hari ini dengan pencapaian ekonomi dari sektor pertanian dan pelancongan serta pembangunan yang kian pesat menyumbang kepada kemajuan Malaysia. Pencapaian cemerlang atlit-atlit negara, wakil-wakil negara diperingkat sekolah rendah, menengah dan Universiti ke pertandingan-pertandingan antarabangsa seperti reka cipta, debat dan pidato yang rata-ratanya terdiri daripada belia remaja juga membantu mengharumkan nama negara, sekaligus meletakkan Malaysia salah sebuah negara yang disebut-sebut oleh negara-negara luar. Contohnya pencapaian cemerlang Dato' Nicol David dan Dato' Lee Chong Wei di dalam bidang sukan masing-masing. Kecermelangan ini dapat dicapai kerana mereka mempunyai wawasan dalam hidup mereka, bagi mencapai kejayaan.


Bagi memastikan Malaysia mengecapi kejayaan berterusan belia pelbagai bangsa di Malaysia ini haruslah bangkit dan bersatu padu mencipta nama dipersada dunia. Dengan konsep satu Malaysia yang diutarakan oleh perdana menteri kita yang ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini telah membawa pelbagai takrifan sendiri masyarakat mengenai konsep satu Malaysia, menurut jurucakap MCA, Lee Wei Kiat konsep 'Satu Malaysia' adalah bertemakan perpaduan rakyat dan mengiktiraf sumbangan semua kaum. Ini bermakna 'Satu Malaysia' membawa maksud lebih kepada penyatuan atau perpaduan rakyat. Malaysia memerlukan perpaduan semua rakyat untuk membangunkan Malaysia sebagai sebuah Negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Dengan kerjasama dan kesatuan semua pihak mewujudkan program-program yang berguna untuk mendidik anak bangsa, contohnya seperti langkah bijak Kementerian Belia dan Sukan mewujudkan konsep satu belia yang akan dilaksanakan dapat membantu mempercepatkan perlaksanaan gagasan satu Malaysia, ini bakal memupuk sikap belia-belia di Malaysia untuk melahirkan masyarakat yang bersatu dan berwawasan. Ibu bapa juga memainkan peranan yang sangat penting bagi menyokong usaha anak-anak, dan memastikan anak-anak mereka mempunyai matlamat dan wawasan. Selain ibu bapa, guru juga memaikan peranan dan di ibaratkan seperti mengambil alih tugas ibubapa ketika berada disekolah, tetapi ibubapa haruslah beringat, bahawa didikan anak-anak segalanya bermula di rumah.

Belia-belia pelbagai bangsa di negara ini haruslah mempunyai wawasan yang jitu bagi memastikan hasil kejayaan yang berganda. Mereka juga haruslah bersikap proaktif jika ingin berjaya dengan cemerlang. Mempunyai wawasan sangat penting terutamanya untuk perkembangan masa depan, kerana ianya merupakan asas dan hala tuju seseorang Kebiasannya mereka yang berwawasan adalah mereka yang mempunyai matlamat hidup yang jelas dan bekerja keras bagi memastikan wawasan yg dibina tercapai dan menjauhkan diri daripada masalah-masalah sosial. Mereka yang berwawasan ini juga mempunyai kesedaran, semangat dan berpandangan jauh, ini bagi memastikan pekara yang dilakukan tidak sia-sia, Mereka yang terlibat dengan masalah sosial adalah mereka yang tidak berwawasan atau tidak mempunyai matlamat umpama layang-layang yang terputus talinya, yang mana mereka ini tidak ada arah untuk dituju. Sikap mencari-cari identiti dan ingin mencuba adalah satu sikap biasa di kalangan usia remaja, jika mereka bijak menyusun atur hidup mereka sendiri, sudah pasti Malaysia dapat mencapai matlamat dengan satu wawasan di dalam setiap diri satu belia di satu Malaysia.


Dalam mencapai wawasan yang dibina, sudah tentu banyak cabaran yang perlu ditangani, oleh itu belia haruslah bijak menyelesaikannya. Selain itu belia yang berwawasan akan menguntungkan negara sekaligus memberikan sumbangan kepada masyarakat dan juga keluarga. Untuk mewujudkan kesedaran tentang pentingnya wawasan dalam diri seseorang, kempen secara meluas haruslah diadakan di setiap sekolah di Malaysia dan menwajibkan setiap pelajar mereka mempunyai wawasan mereka sendiri dan seterusnya melahirkan pelajar yang cemerlang dan berwawasan.


Jika melihat kepada bait-bait lagu 'Malaysiaku Gemilang', dalam rangkapnya yang pertama, "Marilah kita semua, atas nama Negara bangsa, dengan tekad mulia, maju berwawasan, mencipta keagungan", jelas menunjukkan bahawa untuk mencipta kejayaan ataupun keagungan mestilah maju berwawasan. Begitu juga di dalam bait-bait lagu rasmi PLKN di dalam rangkapnya yang pertama, "Wira wirawati harapan bangsa, tiba masa kita berjasa, kita sahut cabaran, bergerak seiringan, demi mencapai wawasan", wira wirawati yang dimaksudkan didalam lagu ini ialah remaja belia, di mana ianya meminta mereka menabur bakti, bersatu padu dan bergerak bersama menempuhi cabaran yang datang, meminta pandangan dan bantuan orang lain supaya dapat menbantu mencapai kejayaan mereka.


Belia haruslah sedar bahawa mereka adalah pewaris negara, jadi sikap yang baik haruslah dipertontonkan untuk mewariskan kepada generasi akan datang. Di usia muda inilah saat-saat yang perlu dimanfaatkan dan tidak harus disiakan. Kesimpulannya, wawasan yang dibina oleh setiap belia haruslah bergerak seiring dengan semangat dan usaha, kerana wawasan itu hanya penggerak kepada kejayaan manakala usaha itu tangga kejayaan, jika kedua-dua ini bersatu sudah pasti matlamat yg dibina dapat dicapai. Dan jangalah biarkan wawasan hanya tinggal wawasan yang akhirnya hanya meniti di bibir sahaja.




...


Monday, August 3, 2009

Sekitar Majlis Konvokesyen U.S.I.M di PICC,Putrajaya..









p/s: Terima Kasih kepada keluarga terchinta,pensyarah,rakan dan semua yg telah memberi ucapan tahniah sempena majlis graduasi ini..

Thursday, July 30, 2009

KonVokesyen..


Majlis Konvokesyen USIM 2009


Tempat: PICC,..Putrajaya

Tarikh: 1/8/2009


Congratulation!!!!


P/s:Tahniah wat semua pelajar U.S.I.M batch 2005-2009..bagi mereka yg masih menuntut(belajar)..jom join kami(ala2 iklan Bioaura..hahahaha)memeriahkan majlis ni..kongsi pengalaman...he~~




Sunday, June 14, 2009

Perantau..

Baru jer sebulan berehat dan duduk disisi mak ngan abah selepas tamat pengajian mei lalu.... kini terpaksa merantau lagi..huhu.....kemana pulak kali ni???...kemana?..kemana?......Hu~~

Dari Kuala Lipis (Pahang) 97-2001 ---> Pekan (Pahang) 2001 ---> Kuantan (Pahang) 2001/02-2004 ke Nilai (Negeri Sembilan) 2004/05-2009 ---> Putrajaya 2008---> ke????(Perak) 2009-20??

kononnya sepanjang duk dirumah ni, nak la blaja buat kek ker, menjahit baju berfesyen ker..,menjual goreng pisang ker, tanam cili ker,tak pun blaja wat kueh Donat ker, mana lah tau, kot boleh bukak Gombak's Donut kan..hehe,..tp tu..KONON jer la...hehe...

Tak pernah sy terfikir utk merantau ketempat2 ini, dan berjauhan dengan keluarga...namun menjadi anak perantau(biarpun dalam negeri) telah banyak mengajar sy..benarlah kata pepatah "Jauh Perjalanan Luas Pengalaman"...ini baru merantau dlm negeri..belum lagi mengembara ke Luar negara.....lagi banyak dugaan......

p/s: pasni takder da..makan+minum +tido lmbt+bgun lmbat+goyang kaki+tgk tb 24jam....hu~~

Friday, June 12, 2009

EL-Nino....

-Petikan akhbar Kosmo! Pada 10 Jun 2009 di ruangan Negara-

KUALA LUMPUR - Kemerosotan kualiti udara yang menyaksikan cuaca mula berjerebu di beberapa kawasan dianggap petanda awal kedatangan fenomena El-Nino mulai Ogos ini. Berdasarkan pemantauan Jabatan Meteorologi Malaysia, El-Nino sudah terbentuk ekoran cuaca panas dan kering semasa musim Monsun Barat Daya, namun kekuatannya hanya dapat dikenal pasti mulai Ogos ini. Serentak dengan itu, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mahu beberapa langkah pencegahan diambil termasuk mengurangkan aktiviti pembakaran terbuka yang kini meningkatkan jerebu.

Kementerian itu dalam satu kenyataan akhbarnya semalam telah mengambil beberapa langkah awal membentuk kerjasama dengan beberapa agensi kerajaan yang berkaitan sebagai persediaan awal. "Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu Kebangsaan telah diadakan 23 Februari dan 8 Jun lalu untuk memastikan semua agensi kerajaan bersedia menghadapi fenomena ini,'' jelasnya. Selain itu, pihak kementerian turut melakukan pemantauan udara dengan kerjasama Unit Udara Polis Diraja Malaysia dan syarikat penerbangan swasta untuk mengesan pembakaran terbuka di beberapa kawasan berisiko seperti Selangor, Pahang dan Johor.

Jerebu merupakan petanda awal fenomena EL-Nino Ogos ini..

P/s: Menurut sumber Meteorologi Negara, Malaysia pernah dilanda EL-Nino sebanyak 12 kali, dan kali terakhir pada tahun 1998,jadi tahun ni merupakan kali ke13 fenomena ini di Malaysia...wah...dah banyak kali rupanya fenomena EL-Nino nih...yang betul2 sy tahu ttg fenomena ini pun bermula pada tahun 1998 yg lalu.......em...patut la 2,3 hari ni, panas semacam jer, nak plak pd waktu mlm...ingatkan nak hujan...tp hujannya tak turun2....heheh~~