**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**

Tuesday, September 7, 2010

::Salam Aidilfitri 1431H dan Salam Merdeka::


s.e.l.a.m.a.t...h.a.r.i...r.a.y.a....dari sy sekeluarga

S.A.L.A.M

A.I.D.I.L.F.I.T.RI
1431H


Beberapa hari je lagi kita nak sambut hari raya...masa ni..macam2 persiapan nak buat..bagi yg berkemampuan, nak beli baju dan kasut baru lah...nak buat kuih la..tukar langsir lah..sarung kusyen lah..macam2 lagi..nak tukar yg baru memang xsalah..tetapi berjimat cermatlah ketika berbelanja...ingat lah sahabat2 kita yg tidak berkemampuan...yg penting di lebaran nanti kita sambutnya dengan BESEDERHANA dan janganlah berlebih-lebihan..insyaallah....kerana sikap besederhana ini sangat dianjurkan dalam islam..

Dan beberapa hari juga lagi RAMADHAN nak meninggalkan kita...macam mana ngan ibadah kita di bulan RAMADHAN tahun ni??ada peningkatan???..mg kita dipertemukan kembali dengan RAMADHAN yg akan dtg....disebalik kita menangisi pemergian ramadhan..kita juga perlu bersedia utk menyambut hari kegembiraan bagi umat islam...salam kemerdekaan juga dari sy...MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!

untuk memahami dengan lebih lanjut ttg besederhana dan berlebih-lebihan sila klik:
http://www.gusmus.net/page.php?mod=dinamis&sub=10&id=843


p/s: Terima kasih kat sahabat2 di FB sbb tag Ucapan Salam Aidilfitri...korang semua mmg kreatif..teknologi masa kini pengganti kad raya...alhamdulillah tahun ni masih lagi dapat kad raya dari anak murid..tq..


Thursday, August 19, 2010

::i love my age::

18 ogos 2010
8 Ramadhan 1431 hijrah

Alhamdulillah...masih diberi nyawa saat ini...meneruskan hidup sebagai hambamu Ya Allah....syukur sgt2..moga dengan peningkatan usia ini...makin meningkatnya amalan...amin...insyaAllah...

terima kasih pada kawan2 yang ingat tarikh lahir sahabatmu ini...tidak ada apa yg paling gembira melainkan diberi nafas,..keluarga yang sihat..rezki yg melimpah dan juga ucapan sahabat2 lama dan juga sahabat2 di FB...thanks again...walaupun tiada majlis khas,,,tetapi ucapan kalianlah menceriakan ulangtahun kelahiranku...hehehe..\(^_^)/...dan yg paling istimewa..tahun ini ialah di bulan ramadhan...yer..8 ramadhan...nombor 8 yg bertuah..hehe




Sebaik-baik umur adalah yang dipanjangkan umur tetapi penuh dengan taat kepada Allah dan amal saleh. Seburuk-buruk umur adalah yang panjang umurnya tetapi penuh dengan dosa dan maksiat kepada Allah.

اللهم اجعل خير عمري أخره و خير عملي خواتيمه و خير أيامي يوم لقائك

Allaahummaj’al khayra ‘umrii aakhirahu wa khayra ‘amalii khawaatiimahu wa khayra ayyaamii yawma lliqaa’ika

“Ya Allah jadikanlah sebaik-baik umurku pada ujungnya dan sebaik-baik amalku pada akhir hayatku, dan (jadikanlah) sebaik-baik hariku yaitu hari ketika aku bertemu dengan-Mu (di hari kiamat)” (H.R. Ibnus Sunny)

p/s: selamat hari lahir buat radhiah omar..yg berkongsi tarikh lahir dgn sy,,,xlupe gak wat nurul faisah mat rani..kelahirannya selepas tarikh lahir kami...(19/8/2010)

Tuesday, August 10, 2010

::Salam Ramadhan::


SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA SAHABAT DAN UMAT ISLAM....SAMBUTLAH RAMADHAN DENGAN PENUH KEINSAFAN DAN PERBANYAKKAN IBADAH..insyaallah

Jangan malas sahur ye kawan2..sahur sangat penting bagi kita menjalani ibadah puasa dengan sempurna..sahur sangat membantu kita memberikan tenaga ketika kita berpuasa di siang harinya.sapa yang bersahur juga dapat pahala...rebutlah pahala di bulan yang mulia ini...

seperti mana dalam>>

Dalam hadits Abu Sa'id al-Khudry bahwa Rasulullah bersabda, "Sahur adalah makanan berkat, maka jangan kalian tinggalkan walaupun salah seorang dari kalian hanya meneguk seteguk air, karena Allah dan para malaikat bersalawat atas orang-orang yang bersahur." (Riwayat Ibnu Abu Syaibah dan Ahmad).


Sabda Rasulullah lagi dalam hadits Abu Sa'id al-Khudriy: "Yang membezakan antara puasa kita (orang Islam) dengan puasa ahli kitab adalah makan sahur." (Riwayat Muslim).


Beliau juga bersabda: "Makan sahurlah kalian, karena sesungguhnya pada sahur itu terdapat berkah."HR Bukhari dan Muslim

p/s:Tak sabarnya sy nak berpuasa/berbuka/bersahur di rumah
...

Sunday, August 1, 2010

::Genap Setahun::





1/8/2009-1/8/2010

Hari ini genap setahun student USIM batch 2005-2009 grad....sekejap masa berlalu..rasanya macam baru semalam keluar masuk bilik kuliah..huhu...habis sudah zaman belajar..yang sangat indah...



sekarang masing-masing sudah membawa haluan sendiri..mg kalian semua bahagia dan berjaya di dunia dan akhirat~~ameen....~~~KEEP iN Touch~~



Saturday, July 31, 2010

::Sibuk?atau wat sibuk??::

saya sangat sibuk>>>

1) writting a jurnal for everyweeks...
2) writting a reports...
3) writting a lesson plan everydays...(yg ni paling berat..hu~)
4) preparing 4 school project
5) making ABM for pupils
6) prepare n get ready to observe..huhu
*aktiviti2 yg sy sertai..bleh klik di laman blog cik thur...
atau disebelah kanan blog..

tapi utk bergambar...saya masih sempat..(^_*)/..sbb sy suke bergambar dan ambik gambar..hehe..

wif khairulnisakh wahidi...tgk tu!"thuraya yg tgh sibuk"..hehe


kerja saya hari ini adalah kerja saya untuk hari esok!!huhu

" Hidup adalah satu perjuangan..
kadang2 kita menang...
kadang2 kita tewas..
tp perjuangan perlu diteruskan..
walaupun perjalanan itu penuh onak dan duri..
kerana kemanisan hanya boleh dikecapi..
setelah segala kepahitan dilalui.."

" Saat kekalahan itu bermula bla kamu
merasa lemah dalam perjuangan..
dan saat kemenangan itu bermula
bila kamu melawan rasa lemah itu.."

p/s: tak pernah rasa banyak sangat kerja yg perlu dibuat..melainkan practikum yg sy buat sekarang...sangat berbeza daripada belajar di Universiti, Kolej dan Maktab...hu~

Sunday, June 20, 2010

::Blog Cik Thurr::


Blog cik thurr dibina lebih kepada pengisian tentang Ilmu pendidikan dan isu-isu yang berkaitan pendidikan...blog ini mungkin juga akan diselitkan dengan pengalaman2 sepanjang menjadi guru, sebarang nota-nota yg berkaitan yang ingin dikongsi bersama boleh menghantar ke email:- nurthuraya@gmail.com
.....selamat mengunjungi blog cikt thur.....



klik disini untuk mengunjungi blog cik thurr>>

http://cikthur.blogspot.com/


"Kisah Yatt dan Telur"

Sebelum kisah ini bermula…Selamat pengantin baru buat:-


Rosnizam & Shahril -Lipis, Kg Keledek-(SMAPT/KIPSAS/USIM)

Norhamizun & Zami-Arau,Kg Kubang Paya- (USIM/MAKTAB)

Nazirah & Rizal -Ayer Itam, Kg Sanglang-(KIPSAS)


Siti Rohaya& Wafi-Lipis, Kg Kerambit- (SMAPT/KIPSAS)

Moga kalian semua berbahagia hinggaa ke akhir hayat..insyaallah~..

Alhamdulillah juga…sepanjang cuti sekolah ini dapat juga sy menghadiri majlis walimah sahabat2 rapat sewaktu belajar dulu…penat kaki ini berjalan dari timur hinggalah ke utara..namun penat lelah ini terubat bila dapat jumpa kembali sahabat2 lama…


Subhanallah...indah sungguh Alam semesta ciptaan Allah S.W.T..tidak jemu dan tak puas mata memandang.....


"KISAH YATT DAN TELUR"


yatt(nama sebenar) sedang asyik mengupas telur..hehe


Kisah yatt dan telur ini bukanlah kisah dogengan tetapi kisah suka duka dan suka ria bersama maZ,yati,nazirah dan ana..yati(nama sebenar) seorang yg agak kecoh dan riuh rendah orgnyer..dari bermulanya membeli tiket bas ke utara sehinggalah aktiviti merewang kecil di rumah nazirah…disini segalanya terbongkar..apabila si yatt ni rupenya suke sgt dgn telur hehe,,marah benar dia pabila kulit telur yg dikupas tidak selicin yang di ingini…abis sudah kisah si yatt..xbleh cite panjang2..nanti yatt terharu kisahnyer ditulis disini..hehehe

Kerna yatt yg sgt minat dgn telur… sy nak ajak si yatt ni baca kisah telur yg terpapar di akhbar harian metro bertarikh 17 Jun 2010.....jemputla baca kisah telur ini bersama…hehehee


KUCHING: Sekumpulan murid Tadika Padungan di sini, semalam tercengang melihat fenomena telur berdiri di atas permukaan lantai yang rata tanpa bantuan sebarang peralatan.


PELIK...kanak-kanak kagum melihat telur tidak bergolek.

Kejadian itu juga membuatkan ibu bapa yang menunggu anak masing-masing terpegun melihat keganjilan kira-kira 20 biji telur berdiri.

Difahamkan, telur berdiri itu sebahagian daripada usaha Tadika Padungan untuk mendedahkan murid mengenai fenomena alam yang biasanya berlaku ketika gerhana matahari.

Sebenarnya situasi seperti itu bukan perkara baru atau ajaib, malah berdasarkan fahaman saintis, ia ada kaitan dengan faktor graviti.

Berdasarkan pendapat saintis, di antara matahari dan bumi terdapat garis medan gravitasi yang mampu mempengaruhi elektron dalam telur sehingga menjadi stabil, sekali gus membolehkannya berdiri tegak.

Difahamkan, kejadian itu hanya berlaku antara jam 12 hingga 1 tengah hari berikutan graviti bulan dan matahari dalam keadaan sejajar.

Sementara itu, Ketua Pusat Penyelidikan Bukit Fraser, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Jumaat Adam, ketika dihubungi berkata, perkara itu boleh berlaku jika mengambil kira faktor graviti bumi.

Katanya, kajian dijalankan mendapati perkara seumpama itu disebabkan wujudnya kuasa graviti bumi yang membantu telur itu berdiri tegak.

“Kita melihat pelbagai contoh berkaitan graviti, matahari dan bulan.
“Contohnya, air pasang surut serta siang dan malam ada kaitan dengan dua objek alam ini.

“Dari segi graviti, kalau kita berada di udara kita boleh terbang, tapi di bumi tidak berlaku,” katanya.


p/s: Terima kasih kat Siti Fatimah Mestar, Mamat latiff dan Khairulnisakh wahidi tumpang korang balik K.L sama..best journey wif u all...bile lagi kita nak plan g jalan2???kumpul duit sampai poket /dompet tebal..hehehe


Tuesday, June 15, 2010

::Bulan Rejab::


FADHILAT BULAN REJAB Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.

Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:

Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.

Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.

Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,

Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal. Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.

Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.

Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.


◕ Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

◕ Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun. Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah.
◕ Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

◕ Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.

◕ Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

Kelebihan lain bulan Rejab:

◕ Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
◕ Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.

◕ Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.

◕ Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.

◕ Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.

◕ Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.

◕ Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

Saturday, May 1, 2010

::Koc untuk Wanita::



Nusaibah (kawan sy) benar-benar semangat nk naik "koc untuk wanita" dari stesen UKM..sy yg da lama xbaca berita tertanya2 apakah itu "koc untuk wanita" menarikah ia?bilakah ia dilaksanakan? kebetulan semalam sy balik ke rumah..sempat la sy melihat operasinya...sy pun jadi tak sabar2 nak naik koc yg hanya dikhaskan untuk wanita. ini..sangat menarik...tempat menunggu khas pun disediakan khas utk wanita...tak perlu lagi berebut2 dengan kaum lelaki...terutamanya warga asing...huhu...



Tunggu punya tunggu KTM pun sampai..seperti yg dinyatakan..koc tengah diletakkan tanda khas yg bewarna pink "wanita sepanjang masa"..dengan muka yg berpuas hati dan gumbiranya..kaki terus melangkah masuk ke dalam koc...dan mengambil tempat...yg tak bestnye..ada jugak kaum lelaki yg menumpang dan masuk sekali di dalam koc ni....hati sy berbisik2 dan tertanya"tak fahamkah mereka dengan arahan yg diberikan???sedangkan 2 bahasa dilgunakan,iaitu BM dan B.I...atau mereka buat2 xfaham atau "adakah operasi ini masih baru dan menyebabkan mereka keliru????"atau mereka sengaja mengambil kesempatan ini??? atau mereka menganggap usaha KTM ini melecehkan???dan terus sy tertanya2 lagi..kalau begini lah sikap orang Malaysia..berjayakah KTM untuk menjayakan "Koc untuk wanita"...bagi mereka yg xfaham2...displinkanlah diri anda...


::PETIKAN SURAT KHABAR BERITA HARIAN::


KUALA LUMPUR: Buat pertama kali Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan koc komuter khusus bagi penumpang wanita bagi laluan Sentul-Pelabuhan Klang mulai esok. Gerabak yang bertemakan "Wanita Sahaja Sepanjang Masa" boleh dikenal pasti menerusi pelekat berwarna merah jambu yang lekat pada tingkap dan pintu komuter. Menurut KTMB, lokasi koc di platform dapat dikenal pasti melalui kain rentang yang dipasang pada platform serta tiang platform yang berwarna merah jambu

"Namun penumpang wanita tidak diwajibkan menggunakan koc ini kerana mereka boleh memilih untuk menggunakan koc-koc biasa yang lain," menurut kenyataan KTMB. Statistik KTMB menunjukkan 60 peratus pengguna perkhidmatan komuter adalah terdiri daripada golongan wanita. Kanak-kanak lelaki berumur kurang daripada 12 tahun yang membuat perjalanan bersama ibu atau keluarga wanita mereka juga dibenarkan menaiki koc merah jambu ini. Koc untuk wanita diletakkan di bahagian tengah komuter manakala koc di hadapan dan belakang adalah koc biasa yang boleh digunakan bersama antara penumpang lelaki dan wanita.
Menurut KTMB, penyediaan koc khusus untuk wanita adalah bertujuan memberi keselesaan dan jaminan keselamatan kepada penumpang wanita daripada risiko gangguan seksual atau terpaksa bersesak-sesak dengan penumpang lelaki. - Bernama

sumber:

Berita harian online