**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**

Thursday, November 22, 2012

Save GAza~




Sajak dari seorang pencinta Aqsa!


Maafkan aku.. saudaraku..
Ketika kau susah, aku tiada di sisimu..
Ketika kau kebuntuan, aku tiada memberi cadangan..
Ketika kau terluka, aku tidak mampu merawatnya..
Ketika kau bersedih, aku tidak mampu menghapusnya..

Maafkan aku..
Kerana aku tidak mampu hentikannya..
...

Kerana aku tidak mampu menghalangnya..
Kerana aku tidak mampu melawannya..
Kerana aku tidak mampu menghapus segala derita..

Percayalah saudaraku..
Walau kita tidak pernah bersua..
Walau kita tidak pernah berbicara..
Doaku tidak pernah putus untukmu..
Kasihku masih kekal milikmu..

Percayalah saudaraku..
Tuhan masih bersamamu..
Ini cuma dugaan untuk imanmu..
Kuatkanlah semangatmu..
Cekalkanlah hatimu..

Saudaraku..
Walau kau hilang anakmu..
Jangan kau lupa Tuhan yang satu..
Janji Tuhan itu pasti untukmu..
Kerana Syurga itu tempat terbaik untuk bayimu..

Al-Fatihah :'(

Ya Allah Selamatkan Saudara Kami Di Gaza

NSY: Tag "Pray for Gaza" tu sengaja diletakkan dalam bakul bunga sempena MAjlis Aqiqah anak buah Saiyyidah Surfina..dengan harapan ader tetamu yang menyedarinya..sekaligus mengigatkan mereka tentang Gaza dan berdoa untuk GAza..ini adalah usaha kecil bagi menyampaikan sesuatu kpd tetamu yg hadir..mg usaha ini Allah berkati dan redha..amin~

Friday, October 12, 2012

::Bangkitlah!::

Bismillahirrahmanirrahim..

Penat...walaupn tidak berlari dan tidak dikejar..
kau seperti berputus asa dan seolah tidak menerima takdirnya..
bagaimana??adakah engkau lupa padaNYA?
kerja siapa ini??
sehingga luruh kepercayaanmu!
maka bangkitlah!carilah hikmahnya!
Aturan allah SWT amat luas, baik dan cantik!
percayalah~~
kuatkanlah imanmu~~
subhanallah~~



Friday, October 5, 2012

::Bila Bersedih::


Bismillahirrahmanirrahim...


Wednesday, October 3, 2012

::Hidup::

Bismillahirrahmanirrahim..


Hidup ini indah. Adakala keindahan itu dilindung mendung dan awan kelabu. Adakala keindahan bertambah seri disinari mentari. Keindahan dan kesayuan silih berganti dan kita sendiri tidak pasti. 

Adakala kita berkobar-kobar dan mengimpikan syurga, lantas kita merasakan hidup ini penuh erti dan penuh isi. Adakala kita rasa sangat lemah dan terbayangkan neraka, lalu merasakan hidup ini tiada harapan lagi dan kosong tidak bermakna.

Kita termenung sendiri, mencari erti di sebalik perhentian-perhentian dalam kehidupan.

Kita tidak memilih untuk dihidupkan, tetapi kita boleh memilih untuk hidup sepenuh hati. Begitu juga kita tidak tahu bila akan mati, namun kita boleh membuat persediaan menghadapinya. 

Dalam hidup ini, tidak semua yang kita ingini akan kita perolehi dan tidak semua yang kita miliki akan kekal abadi menjadi milik kita. Semalam tidak akan datang lagi dan besok pula belum pasti. 

Apakah harus kita rasa terlalu risau tentang sesuatu yang belum pasti sehinggakan lupa mengisi kehidupan hari ini yang pasti?

Kita sedang hidup dan itu adalah suatu kepastian. Besok belum pasti dan itu urusan Dia yang maha mengetahui.

Beruntunglah orang yang melihat dunia daripada perspektif Pencipta kerana apa yang digambarkan sudah tentu menepati tujuan penciptaan. Rugilah orang yang memandang dunia dengan kaca mata nafsu kerana dia pasti terpesong daripada hala tuju.

Jika kita ingin hidup seperti yang kita kehendaki, bukan seperti yang Dia kehendaki, ciptalah satu bumi khusus untuk kita sendiri yang hanya kita berhak meletakkan aturan di dalamnya. 

Mampukah kita?

“Telah semakin dekat hari perhitungan amal manusia sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia) dan berpaling (dari akhirat).” (Al-Anbiyaa’:1)

Thursday, September 27, 2012

Mana milik kita??


Bismillahirrahmanirrahim..

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya

Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita

Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya

Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga

Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

Friday, September 21, 2012

::Jalan-Jalan SESAK di Kuala Lumpur::

Bismillahirahmanirrahimm..


"KALAU TAKUTKAN OMBAK JANGAN BERUMAH DI TEPI PANTAI

KALAU TAKUTKAN JEM JANGAN BERUMAH DI KUALA LUMPUR"

setuju tak??hehe

Kuala Lumpur sememangnya sesak dan jem sepanjang hari, dari pagi ketika semua berpusu keluar bekerja, keluar makan tengahari  sehinggalah ke petang. kalau yang tak biasa dengan jem di KL ni, memang boleh stress dibuatnya, yang dah biasa pun kadang-kadang ada yang stress.Dah ada tidal flow pun, jalan masih lagi bergerak perlahan. Bertambah pula kalau cuaca ketika itu hujan...memang perlukan tahap kesabaran yang tinggi, kat mana jalan selalunya sesak??Jalan Kuching, jalan Ipoh, Jalan Ampang dan semua jalan yang menuju ke pusat bandar,..kalau nak elak daripada jem ni..senang jer..keluar la awal pagi pada waktu pagi dan pulang lewat daripada tempat kerja,..macam mana??he2

Monday, September 10, 2012

::Jangan Ada Benci::

Bismillahirahmanirahim....

Jangan Benci Ibumu

"Jika ingin membenci seseorang, janganlah membenci dirinya. Tetapi bencilah pada perbuatannya. Manusia boleh berubah, perbuatan boleh berlalu. Taubat sentiasa terbuka.


Adakala kita memaki manusia yang sudah bertaubat dan mengungkit-ngungkit kesalahannya yang lalu. Kita bukannya maksum untuk menghukum orang lain dan mereka bukannya syaitan untuk dibenci selama-lamanya..



Mari mencintai saudara~saudara, sahabat~sahabat handai kita sepertimana cintanya Rasulullah SAW terhadap umatnya."




Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan

Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri

Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku

  P/s: Kecewa dengan sikap awak..tp apa boleh buat...Manusia boleh berubah, mg kita sama2 menjaga tutur bicara..langkah dan tingkah..

Thursday, August 16, 2012

::Nenek Facebook::

Bismillahirahmanirrahim..


Cik Ras Munira. Cuaca petang 7 Ramadan suam-suam panas. Tanpa setitis air yang jatuh dari bumbung rumahnya, dia tetap berasa sejuk. Itik dan ayam sedang riuh dalam reban. Dia sudah mengagihkan makanan pada makhluk-makhluk Allah di sekeliling rumahnya. Waktu berbuka tinggal dua jam lagi. Jika dihitungkan terasa lambat. Namun, sesuatu yang dapat menghilangkan masanya adalah satu perkara itu: Facebook!

Segera tangannya menekan punat komputer riba yang dibeli tunai hasil jualan getah bulan lalu.Anak saudaranya yang mengusahakan dua ekar ladang getah peninggalan arwah suaminya setiap hari datang ke rumah. Pemuda berusia 35 tahun itulah yang menyarankan agar dia memasang Internet dan mempunyai akaun Facebook. Pemuda itu jugalah yang mendaftarkan nama 'Cik Ras Munira' untuknya melayari Facebook.

"Siapa Cik Ras Munira tu, Darwish?" tanyanya, hairan. Darwish senyum nakal. "Maklong kena guna nama begini kalau nak bersembang dengan orang di alam maya. Nanti mereka ingat Ras Munira itu gadis jelita, selayak namanya." Dia mencebik. Rasa geli dengan kata-kata Darwish. "Letak sahajalah nama Hajah Kuntum, nama Maklong!" arahnya. Darwish menggeleng kepala. "Ini zaman Darwish, maklong. Darwish tahu apa yang patut maklong buat untuk masuk ke dunia Facebook. Nah! Maklong cuma tekan di sini sahaja dan boleh berkawan dengan sesiapapun maklong mahu!" Darwish mengajarnya menekan punat utama komputer riba, kemudian jemarinya akan menggesel tetikus ke fail yang bertulis Google Chrome sebelum menekan punat di fail yang tertera kalimah Facebook. Dia tidak perlu memasukkan emel atau kata kunci.

Hari kedua dia melayari Facebook, dia merasakan dia tidak boleh berhenti lagi. Kesal juga kerana berkenalan dengan dunia ciptaan Mark Zuckerberg pada bulan Ramadan. Selalunya, pada Ramadan-Ramadan yang lepas, masanya akan diisi dengan membaca al-Quran. Ramadan tahun ini, masanya berenang dan tenggelam dalam lautan Facebook!

Barangkali kerana tiga nama itu telah menerimanya sebagai teman Facebook mereka. Tiga lelaki yang mendebarkan jiwa dan meluluhkan seluruh kerinduannya.

YB Mat Min Nasir

Melalui catatan-catatan lelaki ini, dia maklum betapa sibuknya seorang yang bergelar Yang Berhormat. YB Mat Min Nasir, begitulah nama yang diletakkan untuk meraih teman Facebook. Setiap hari, selang setengah atau satu jam, YB Mat Min Nasir akan menulis status-status baru tentang tugasnya.

"Hari ini saya dan rakan-rakan akan berbuka dengan rakyat di Lembah Klang. 100 anak yatim akan diraikan di hotel ternama. Ayuh semua! Banyakkan sedekah di bulan Ramadan." Tulis YB Mat Min Nasir. Dia senyum.Hatinya berdetik, bertuah jadi anak-anak yatim itu, dapat berbuka puasa dengan orang besar seperti YB Mat Min Nasir. Dia membandingkan dirinya yang sudah seminggu berpuasa tetapi masih berbuka seorang diri.

"Syukur. Hasil usaha saya dan rakan-rakan, menteri setuju bina jalan raya baru di sini. Saya pasti akan kotakan janji untuk rakyat, ia satu amanah!" Tulis YB Mat Min Nasir di status berikutnya. Dia senyum lagi. Tumpang bersyukur dengan kejayaan YB tersebut. Dari wajah YB yang terpampang di dinding Facebook, dia yakin YB seorang yang gigih dengan cita-cita politiknya.

Tetikus di tangannya menghampiri halaman gambar YB Mat Min Nasir. Wajah YB senyum manis bersama isteri dan anak-anaknya. Entah mengapa, dia pekup mukanya, menghalang air mata menitis ke meja komputer. Dia mendoakan YB itu akan bahagia selamanya bersama isteri dan anak-anak tercinta. Dia tahu, kancah politik di Malaysia tidak menentu. Apa yang menakutkan, sifat saling fitnah - memfitnah dan saling jatuh-menjatuhkan selalu berlaku. Namun, pemimpin sejati, yang mendahulukan rakyat melebihi keluarga sendiri seperti YB Mat Min Nasir akan dikenang dan pasti tidak dilupakan terutama dalam pilihan raya yang bakal menjelang.

Tiba-tiba tangannya terasa mahu menegur YB Mat Min Nasir. Menurut Darwish, jika senarai nama di sebelah kanan Facebook itu berwarna hijau, itu tandanya orang tersebut sedang melayari Facebook juga. Tercungap-cungap dia meneliti abjad di papan kekunci. Inilah kali pertama dia menaip. Betapa sukarnya tetapi kerana perasaan cinta pada YB seorang ini, dia gagahkan tangannya.

"Selamat petang YB. Maafkan saya kerana mengganggu kesibukan YB," tulisnya lambat-lambat. Tidak sampai seminit, YB terus membalas. "Selamat petang Cik Ras Munira. Tak mengganggu. Cik dari mana ni? Petang ini berbuka di mana? Ada yang boleh saya bantu?" Dia pekup muka. Tidak percaya YB yang sibuk akan melayan sapaan remehnya. Matanya melirik sebentar wajah Seniwati Datuk Sarimah Ahmad ketika muda yang diletakkan Darwish sebagai gambar profil Facebooknya. Dia ketawa kecil. "Saya dari Utara Tanah Air. Berbuka di rumah. Saya bukan nak minta bantuan YB, nak tanya satu soalan pada YB. Mak YB masih hidup lagi ke?" Agak lama dia menunggu jawapan YB Mat Min Nasir. Apakah perasaan YB itu dengan soalannya tadi? "Alhamdulillah, mak saya masih hidup. Kenapa Cik Ras Munira tanya?" balas YB. "Sampaikan salam pada mak YB. Dia tentu bangga ada anak yang berjaya seperti YB. Tentu kesakitannya masa melahirkan YB dulu terubat melihat YB yang hebat seperti sekarang." Dia tidak dapat meneruskan tulisan. Azan Maghrib berkumandang dan dia segera beredar ke meja makan walaupun hatinya masih mahu bersembang dengan YB Mat Min Nasir.

Ustaz Amir MarjanSelesai menunaikan solat sunat Terawih di surau, dia segera pulang ke rumah. Tanpa menanggalkan telekung, tangannya sudah menekan punat komputer riba. Hatinya kuat mengatakan lelaki itu telah membalas mesej di kotak Facebooknya. Tekaannya tepat!

'Cik Ras Munira yang dihormati, terima kasih kerana menghubungi saya. Esok saya akan berangkat ke Kemboja untuk menyerahkan sumbangan Ramadan kepada penduduk Islam di sana. Jika Cik Ras Munira berminat untuk menyumbangkan wang atau makanan, boleh berikan pada saya, Ustaz Amir Marjan.'

Dia senyum pendek. Hatinya berkira-kira untuk membalas kembali mesej tersebut. Inilah sahaja caranya dapat berkomunikasi dengan Ustaz Amir Marjan.

'Macam mana nak bagi? Ustaz boleh datang ambil wang tu daripada saya? Saya teringin berjumpa ustaz.' Begitulah kira-kira mesej yang ingin ditulisnya, namun ia hanya tergantung di kotak fikiran. Dia malu jika ustaz tahu dia adalah seorang wanita tua yang sepi. Malah, dia bukan teringin sangat untuk menderma melalui ustaz tersebut, dia cuma mahu menegur ustaz muda yang kini sudah muncul di televisyen. Hatinya kepalang cinta kepada lelaki itu, seperti cintanya kala melihat gambar YB Mat Min Nasir.

Dia membaca status-status di dinding Facebook Ustaz Amir Marjan. Selang satu jam, ustaz itu akan memperbaharui catatannya. Hairan juga dia. Dalam kesibukan ustaz, masih sempat dia menulis di Facebook.

'Peluang untuk anda semua membuat amal jariah di Kemboja dan Palestin. Salurkan bantuan melalui kami sebanyak RM200 untuk daging akikah. Resit pengecualian cukai akan diberikan.' Tulis Ustaz Amir Marjan. Dia membaca lagi catatan ustaz.

'Di kala hidup kita bermewah dengan makanan, fikirlah saudara-saudara Muslim kita di seluruh dunia. Hari ini, tentera Syria telah membunuh 200 penduduk Islam di Utara Syria. Manakala di Myanmar, berlaku penghapusan etnik Islam Rohingya. Saudaraku, bayangkan jika kita berada di tempat mereka? Dia terharu. Tulisan Ustaz Amir Marjan amat menyentuh kalbunya. Ustaz itu amat prihatin dengan masalah umat Islam. Di manakah ustaz berada sekarang? Di Palestin? Di Kemboja? Jangan-jangan ustaz kini berada di Syria atau Myanmar? Hatinya diterbak bimbang. Oh Tuhan, walau di mana Ustaz Amir Marjan berada, Kau lindungilah dia.

Matanya menangkap gambar Ustaz Amir Marjan. Wajah ustaz itu tersenyum kepada pembaca Facebooknya. Ustaz itu lebih muda daripada YB Mat Min Nasir dan lebih cerah kulitnya. Tetapi, dalam hatinya yang diselimuti cinta, kedua-dua lelaki itu amat disayanginya, tiada beza. Dia ternampak ada tanda hijau di tepi gambar kecil Ustaz Amir Marjan.

"Ustaz..." tulisnya

"Ya, Cik Ras Munira apa khabar?" balas Ustaz Amir Marjan.

"Saya rindukan ustaz.." Mahu sahaja kata-kata itu ditulis tetapi ditahannya. Nanti apa pula kata Ustaz Amir Marjan?

"Ustaz tak balik kampung? Berbuka puasa dengan mak? Ataukah mak ustaz sudah meninggal dunia?" Entah, kata-kata itu tidak dapat ditahan. Mungkin Ustaz Amir Marjan sedang membacanya. Beberapa minit menunggu, Ustaz Amir Marjan tidak membalas mesejnya. Dia menghela nafas.

Shamsul Tohari'Hai Cik Ras Munira, boleh berkenalan?' Tiba-tiba dia dikejutkan dengan sapaan Facebook seorang lelaki bernama Shamsul Tohari. Serta-merta dia melupakan Ustaz Amir Marjan dan menumpukan kepada lelaki muda baya Darwish, anak saudaranya. 'Boleh..boleh..' tulisnya cepat. 'Cik Ras Munira tak tidur lagi?' tanya Shamsul Tohari. 'Tak tidur lagi. Orang bujang macam saya ni selalu tidur lewat,' balasnya. 'Oh, bujang lagi Cik Ras Munira..'Dia menahan perut membaca balasan si Shamsul Tohari. Entah mengapa, hatinya mahu melayan bicara Shamsul Tohari yang mula 'nakal'.

'Isteri Shamsul Tohari dah tidurkah?' tanyanya. Dia baharu membaca status Facebook Shamsul Tohari yang ditulis petang tadi.'Walaupun panas terik hari ini, demi hajat isteri tercinta, hamba sanggup memandu dari Gombak ke Temerloh membeli ikan patin Sungai Pahang.' Begitulah yang ditulis Shamsul Tohari siang tadi. Besar sungguh cintanya pada isteri. 'Isteri saya dan anak-anak dah tidur. Cik Ras Munira masih belajar atau sudah bekerja?' Dia mahu tergelak dengan soalan Shamsul Tohari. Tetapi bagus juga, lelaki ini mengaku sudah berkeluarga. Barangkali mahu menunjukkan kepadanya dia seorang yang jujur.

'Bertuah isteri Shamsul dapat makan ikan patin Temerloh,' tulisnya.'Jika Cik Ras Munira nak makan pun, saya sanggup belikan,' Shamsul beramah. Dia mencebik bibir, rasa cemburu menerbak.

'Hari raya ni Shamsul pulang ke kampung sendiri atau kampung isteri?' tanyanya. 'Saya nak pulang ke kampung sendiri tapi isteri dan pesan awal-awal pulang ke kampungnya dulu di Negeri Sembilan. Saya ikut kata isteri sebab nanti dia merajuk panjang.' Jawapan Shamsul Tohari menyebabkan dia sedih. Mengapa dia perlu cemburu? Dia adalah perempuan tua, sedangkan wanita di sisi Shamsul Tohari di Facebooknya adalah seorang yang jelita dan bergaya. Dia tidak berminat lagi berbual dengan Shamsul Tohari.


Sebelum menutup komputer ribanya, hatinya mengarahkan jemarinya menaip sesuatu di dinding Facebook. 'Jikalau masa mereka dapat kutukar dengan nyawaku, nescaya aku sanggup berikan nyawaku pada mereka.'

Pagi itu Darwish terkocoh-kocoh masuk ke rumahnya tanpa memberi salam. "Kenapa Maklong berikan komputer ni pada anak saya? Dia tu tahu main game sahaja!?"Darwish menyuakan kembali komputer ribanya. "Nampaknya komputer ni dah ambil banyak masa aku. Lebih baik aku baca Quran Darwish! Ramadan dah masuk minggu kedua, aku baru baca muka pertama Surah al-Baqarah. Dahlah! Lalaikan aku sahaja Facebook kau tu!" Dia memalingkan muka.

"Saya simpati dengan Maklong. Sekurangnya bila ada Facebook, maklong ada kawan. Maklong taklah bercakap dengan itik dan ayam dalam reban sahaja," pujuk Darwish.

"Lebih baik cakap dengan binatang-binatang tu, mereka tak hipokrit. Dalam Facebook, kerana Ras Munira kau, baharulah ada yang nak menyapa Maklong." Dia menjuih bibir.

Telefon rumahnya berdering. Dia menolak komputer riba yang disuakan Darwish dan berjalan ke sudut telefon. Darwish hanya memerhatikan tingkah-lakunya. Selepas meletakkan kembali gagang, dia mengamit Darwish. Wajahnya bercahaya keharuan.

"Darwish, Maklong ucapkan terima kasih. Kau dah tolong Maklong, sebagai ganjarannya ambillah komputer tu. Maklong tak perlukan lagi. Anak-anak Maklong nak balik berbuka dan berhari raya dengan Maklong tahun ini. Syukur, Alhamdulillah." Dia mengesat air mata gembira.

"Cuma satu Maklong nak pesan.." sambungnya. "Jangan kau bagitau mereka, siapa tu Ras Munira. Itu rahsia kita berdua sahaja!" katanya memberi amaran. Darwish ketawa kecil.

"Anak-anak Maklong orang berjaya, tetapi seorang pun tak prihatin dengan Maklong.." kata Darwish. "Zaman dah berubah Darwish. Orang lebih banyak masa dengan Facebook berbanding emak sendiri," balasnya. Di matanya terbayang anak-anak lelaki kecintaannya; YB Mat Min Nasir, Ustaz Amir Marjan dan Shamsul Tohari.

Tuesday, July 31, 2012

::Buffet Ramadahan 2012 - FREE::

Bismillahirahmanirahim..



Ha tu dia....buffet ramadhan paling murah sekali...dah cuba ker??kalau ada menu2 di atas yang belum kita cuba...jom kita cuba!!!(^_^)/ dibuka 24 jam..dan antara hidangan TERHEBAT abad ini...he

::Yang Di kejar TAK DAPAT yang dikendong Berciciran::



Senyumlah usah meratapi
Kala ada masa kita ditakdir yang Esa
Cukuplah buatku di sana

Saturday, July 28, 2012

::Kau SEMPURNA bagiku::



Tiada kurangnya kau lebih besar,
Tiada hodohnya kau kurang jelita,
Kerana apabila kita selami,
Sempurnakah kau di dalam hati.

Tiada bezanya tinggi atau rendah,
Kau tetap manis walau tak secerah,
Terimalah walau bagaimana kau dicipta,
Di dalam diri pasti kau SEMPURNA.

Monday, July 23, 2012

::Sketsa Ramadhan::


Dihari ke 3 berpuasa bagi ramadhan 1433H. hari pertama puasa pada tahun ini ialah jatuh pada hari sabtu...jadi..murid akan bermula puasa pertama di sekolah pada hari isnin...berikut adalah yg terjadi pada hari isnin yg terindah tersebut di dalam kelas darjah 1......

Cikgu A:  Puasa tak semua murid-murid???
Murid: Puasaaaaa~~!!!
Cikgu A: Dah bape hari tinggal??
Murid: 2 hari...
Cikgu A; (he2...arini baru stat puasa upernyer..)

Saturday, July 21, 2012

::RAMADHAN KAREEM::


Alhamdulillah bertemu lagi ramadhan kali ini...sudah masuk hari ke-2 ramadhan..rasa sayu mula2 menyambut ramadhan pertama...selepas mendengar berita kematian jiran sebelah..tak sempat alyarhamah untuk bertemu ramadhan kali ini...
Kadang-Kadang benda yang hampir untuk kita capai..tidak dapat kita kecapi..hu..TAKDIR!
apa-apa pun yg berlaku ada hikmahnya..dan  yg hidup tetap jua kena teruskan hidup...moga istiqomah berdiri di jalanNYA..dan moga iman kita JUGA sentiasa meningkat..amin...
SELAMAT BERPUASA DAN MENUNAIKAN IBADAH
MAAF ZAHIR & BATIN

Wednesday, July 11, 2012

::Belajar menjadi TENANG::

Bismillahirrahmanirrahim


Susahnya nak belajar jadi seorang yang TENANG dan pandai mengurus..hu2,..tp syukur..bila Allah SWT temukan Nsy dengan org sekeliling  yg pandai mengurus dan tenang..Nsy belajar sesuatu!!..mg ALLAH swt REDHA~




Dalam hal lain ketenangan adalah REZEKI kepada jiwa dan hati.....

Tuesday, July 10, 2012

::Curi ker?::

Bismillahirrahmanirrahim....

















"Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakinya.."

::Perbaiki Diri::

Bismillahirrahmanirrahim.....

JAGA DIRI HIASI PERIBADI



Selalu rasa bersalah....tapi tak terungkap....maaf yer...hu
moga ada yang mengigatkan NSY ttg sesuatu...

Sunday, June 24, 2012

::Selamat Tinggal Dunia::

Bismillahirahmanirahhim....



Gembira dan tersenyum mendengar berita kelahiran baru....Pilu, sedih, dan terkejut bila mendengar hal kematian.....begitulah situasinya...yang pergi pasti tidak akan kembali lagi ke dunia ini dan yang baru lahir melihat dunia perlu dijaga, dipelihara dan meneruskan hidup....itulah kitaran hidup manusia....dan setiap kejadian itu ada hikmahnya.

Dan apa yang NSY  nak kongsikan di sini adalah mengenai soal kematian....minggu ini saje 2 berita kematian yg NSY terima...terkejut dan simpati sudahnya pasti...rasa sangat mendalam di lubuk jiwa ini...bila terkenang tawa riang si penghuni duniawi sebelum ini...hari ini mungkin 2 berita kematian saudara terdekat yg NSY terima....mungkin ada lagi beberapa org yg juga dipanggil ilahi....tinggalah kita yg menunggu gilirannya..BILA GILIRAN KITA??tak siapa yg tahu..kecuali Allah SWT maha mengetahui segalannya, berbanding fikiran manusia yang sangat terbatas....

P/S: Al-Fatihah buat mereka yang telah meninggal dunia..semoga mereka semua ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman...-insan yang menunggu giliran-

Saturday, June 9, 2012

::Dakwah Santai??::

Bismillahirahmanirahim....

Dakwah santai??macam mana tu??dakwah ader santai-santai ker??ha..nak tahu??teruskan bacaan anda sehingga habis...


"Dakwah Santai Kreatif" ni adalah tagline ustazah pilihan Firuz (juara Ustazah pilihan yang ditayangkan kat ASTRO tu..)..tagline ni Ustazah Firuz selalu guna kalau dia ada buat contest poster dan video yang bercirikan Dakwah...maknanya poster dan video yang dihasilkan mesti ader unsur dakwah yang tidak terlalu sarat tetapi  sampai mesejnya...dan peserta juga perlulah kreatif bagi menghasilkan poster atau video dakwah yang santai lagi kreatif.....

kalau dulu-dulu orang berdakwah melalui ceramah jer..tapi sekarang apa cara pun boleh..seiring dengan zaman yang semakin moden...bila adanya ICT ni...kita dapat tarik lebih ramai orang untuk berdakwah, menyampaikan dakwah, dan mengamalkan isi dakwah tu....tak gitu??orang muda sekarang ni lebih rela duduk lama depan laptop daripada duduk dengar ceramah di dewan-dewan..jadi pendekatan inilah yg Ustazah Firuz lakukan...ha kat bawah ni ader contoh pemenang bagi pertandingan Dakwah De FB edisi 1...


Banyak lagi poster-poster yang menarik yang boleh anda lihat....video dakwah santai pun ader...boleh klik di sini....>>>>



NSY nak bagi satu lagi contoh Video Dakwah Santai yang dilakonkan sendiri oleh Ustazah Firuz bersama suaminya dengan kerjasama Style weddings (tengok..jangan tak tengok..klik je link tu..<<)..

oh ya..lupa nak bagi tahu..kali ni Ustazah Firuz mengadakan pertandingan Poster Dakwah De FB edisi 2 pulak..jom ramai-ramai menyertainya..untuk keterangan lanjut boleh la layari laman blog Ustazah Firuz...

sekian......

Sunday, April 15, 2012

~Teratak Nenda Siti~



Teringat kampung halaman,
pada teratak nenda siti yang nyaman,
pada jalan berlopak berpagar kayu,
berganding tangan kita berlalu,
sambil sebuah nada mengalun,
diiringi lenggok lalang yg menari.


Di hujung jalan pada sebuah kampung,
dimana cinta pernah singgah,
melahirkan kembali sejuta
kenangan di mindaku.
Tentang daun-daun pokok yg bernyanyi,
tentang rumput-rumput yang menari,
tentang dingin pagi menusuk diri,
membuatkan teratak nenda siti tetap dihati.


kini tiada pewaris dirumah ini,
berhijrah ke luar membawa diri,
tinggallah kosong menjadi sepi,
ditemani lalang yang meninggi,
menanti rebah menyembah bumi.

Tuesday, March 20, 2012

::Ubat Sabar::


"Sabar..sabar..sabar...berapa kali banyak sabar da?? sabar ada hadnya juga...jangan lah sampai nak menindas aku..huh!" seorang perempuan merungut sendirian kerana selalu di bebani tugas yang banyak..

"Haish..tak boleh jadi ni..asyik nak mengutuk dan menyusahkan keluarga aku jer..sabar ada hadnya juga.." rungut seorang lelaki pula...

"kenapa la keluarga aku sering ditimpa musibah" hilang kesabaran dah ni..boleh jadi gila  dibuatnya"...rungut seorang tua pula..

SABAR ADA HAD?? eh yeke?? SABAR ada had ke??

PERHATIAN!!sabar TIDAK ADA HAD!!!!

Terpulang ke atas diri kita sendiri sama ada memilih untuk BERSABAR ataupun TIDAK....

Jika kita terlalu marah, terhadap seseorang setelah lama bersabar..makanya...kita memilih untuk tidak BERSABAR...

Jadi bagaimana kita nak memilih untuk BERSABAR??bukankah SABAR itu sifat yg susah dimiliki dan payah untuk dijaga???


Cubalah Ubat ini---------------------->>>>>>>>>>



1) Beristighfar dan zikir
2) Ingat Allah SWT
3) Ambil Wudhu' 
4) Kalau sedang Duduk..cuba untuk berdiri, Jika sedang baring cuba untuk bangun
5) Baca Al-Quran
6) Jika ada masalah peribadi..luahkan pada seseorang yg boleh dipercayai
7) Ambil nafas seketika
8) Cuba bersenderian untuk seketika dan bermuhasab diri

~Pesanan buat Diriku yang sering Lupa jua Renungan Untukku dan Untukmu~

Monday, February 6, 2012

::UntukMu KekasihKu::

Bismillah...




Hendak ku nangis 
Tiada berair mata 
Hendak ku senyum 
Tiada siapa nak teman 
Kalau dah nasib 
Sudah tersurat 
Begini hebat apa nak buat 

Ya Rasul ya Habi ya Syafi 
Di mana kan ku cari ganti 
Serupa denganMU.. 
Tak sanggup ku berpisah dan berhati patah 
Hidup gelisah 

Alangkah pedih rasa hati 
Selama kau pergi 
Tinggal kami sendiri tiada berteman 
Di dalam sepi 

Dunia terang menjadi gelita 
Cahaya indah mengundang gerhana
Keluhan hatiku menambah 
Rindukan dikau jauh dimata 

Dimana kan ku cari ganti 
Mungkinkah di syurga 
Untuk kita berjumpa disaat gembira 
Selama-lama..



NSY: Tak jemu-jemu NSY dengar lagu  P.Ramlee yang diberi nafas baru. Di Mana Kan Ku Cari Ganti (Untukmu Rasulullah) dari album 'Untukmu Rasulullah'(2002) nyanyian Hijjaz, Raihan, Saffone, Inteam dan Saujana ini...tersentuh hati....

"Selagi belum kenal Rasulullah, selagi itulah kita tidak mencintainya. Kita cuma mengetahui, belum mengenalinya.. Mengetahui itu dengan akal, mengenali itu dengan hati...Ya Allah bantulah kami untuk mengenali seterusnya mencintai kekasihMU. Amin." Salam Maulidurasul 1433H

Friday, January 27, 2012

::Bakal Jenazah::

Bismillah...

Alhamdulillah....dipermudahkan urusan...setelah berhari2 menangguh ziarah nenda ibrahim di HKL...sehinggalah dilanda musibah (arwah meninggal dunia lebih kurang jam 10 di wad Neuro ICU pada 26/1/2012 bersamaan 3 Rabiulawal 1433H)...dapat juga NSY berjumpa dgn Wan buat kali terakhir dan tok(isteri kepada Wan) dan waris nenda yang lain..wpun NSY sendiri kurang pasti siapakah mereka....dan mereka jua kurang pasti siapakah NSY..hu..tetapi pertemuan singkat itu..membawa satu lagi ukhwah fillah...mg pertemuan kami tidak jemu..dan perpisahan kami tidak gelisah...

SIAPA NENDA IBRAHIM???

Pertemuan antara NSY dengan Nenda Ibrahim atau senang NSY panggil Wan..hanya 3 kali je(kalau xsilap)....itulah pertemuan yg tidak dirancang....dan ukhwah yg dibina tanpa disedari...ramahnya Tok dan Wan melayan NSY seperti cucunya juga, inilah dikatakan saudara seislam...kita semua bersaudara..dan kali terakhir NSY berjumpa dengan Wan ialah lebih sebulan yg lepas....semasa majlis walimah sahabat NSY iaitu Norhafizah Said...kedatangan NSY ke Felda Bukit Mendi..memang mempunyai 2 hajat..yg pertama menghadiri walimah dan yang kedua menziarahi keluarga Wan... sebenarnya jarang benar NSY hadir ke walimah yg jauh2 tanpa teman...selepas berbincang dgn adinda Mimie Aziz yg sudi menemankan kakaknya ini..sampai jua NSY ke Felda Bukit Mendi(FBM)..dan kedua2 hajat pun termakbul dengan izin Allah SWT..xcukup dengan itu sempat juga NSY bermalam di rumah Umi angkat di Kg .Tambah Tin, Negeri Sembilan (Sempadan je dah dengan FBM,Pahang)....


Umi angkat yg sudi mengambil NSY, semasa program Anak Angkat Wawasan Desa IPT dahulu ..disini jugalah NSY bertemu dengan adinda Mimie Aziz..bertahun tidak berjumpa dek kesibukan hal masing-masing...sungguh! lama sudah tidak ketemu Umi Ani..anak kepada Nenda Ibrahim ini..kesempatan yg ada ketika itu NSY lapangkan...


SUDAH SAMPAI MASANYA...


Siapa sangka...kita adalah "Bakal Jenazah" yang seterusnya..ketika dalam perjalanan menziarahi jenazah ditempat lain....ini yg terjadi pada Wan atas Kuasa Allah SWT yg menentukan soal Jodoh, Ajal dan Maut...itu adalah rahsiaNYA..mana mungkin kita sebagai manusia mengetahuinya..Redha pada takdir..sudah sampai masanya Wan meninggalkan kami di dunia...

Kt slalu terfikir..bila la kita nak jd "Bakal Pengantin"..tp pernahkah kita terfikir yg kita ni setiap hari boleh digelar "Bakal Jenazah"??..Kt tahu Jodoh di tgn Allah SWT..tp kadang2 kt lupa..Ajal dan Maut itu..juga di tgn Allah SWT..

Rasa takut menyelubungi diri...terfikir juga bila pula masa kita...dapatkah kita "khusnul khatimah" (mohon dalam setiap kali DOA..amin)...diri ini dipujuk dengan petikan "INGAT MATI BUKAN TAKUT MATI" dalam tulisan yg bertajuk "ingat mati tingkat produktiviti" daripada Ustz Pahrol Juoi dalam bukunya "Beduk Diketuk"......


Tulisan di dalam buku ini juga terdapat di dalam laman blog  Ustaz Pahrol Juoi Gentarasa


BERSEDIA UNTUK MENINGGALKAN DUNIA....

Bagaimana untuk buang rasa takut..bila kita INGAT..mesti takut..huhu..takut..sebab sedar diri ini banyak buat dosa..jadi bagaimana??senang saja...ikut apa yg disuruhNYA..tinggal apa yg dilarangNYA...kalau banyak buat dosa..berjanjilah tidak akan mengulanginya lagi....dan rajinkan diri buat solat sunat taubat..tiap2 hari sebelum tido sebaiknya..(Insyaallah..sama2 kita ye)..tp awas...dlm kita mengINGATi mati...jgn lupa KERJA kita...kerja juga ibadah..jadinya..sama-samalah kita tingkatkan ibadah asas itu, solat, puasa, zakat dan lain-lain rukun Islam. Ibadah sunat  zikir, wirid, baca Quran, solat dan puasa sunat, serta ibadah Umum iaitu seluruh aktiviti hidup kita selain ibadah asas dan ibadah sunat tadi. Termasuklah kita bekerja, berniaga, berhibur, bermesyuarat dan lain-lain.("Beduk diketuk", Pahrol Mohd Juoi)

Setiap yang hidup pasti akan mati.."kullu nafsin zaikatul maut"..sama-sama kita berpesan untuk diri kita yang sering lupa ini...bersedialah kita untuk meninggalkan Dunia dengan menaiki pesawat JIHAD, yangmana bahan bakarnya ISTIQAMAH, pemandunya IKHLAS, memandu dengan melalui jalan IMAN,membawa AL-QURAN dan SUNNAH sebagai peta serta bekalnya TAQWA...jumpa di sana....di kampung SYURGA!


Sumber: "Beduk diketuk", Pahrol Mohd Juoi.


~Pesanan Buat Diriku yg sering Lupa~

Temanku.......
Jika hari ini aku terlalu gembira,
sedarkan aku dengan amaran-amaran Allah.
Jika ku bersedih tanpa kata,
pujuklah aku dengan tarbiyyah pencipta.
Jika aku lemah tidak berdaya,
ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga.
Jika antara kita ada tembok yang memisahkan,
ajaklah aku meleraikan segera.
Jika pernah hatimu terluka,
luahkanlah agar aku tahu dan boleh berubah.
Jika esok aku lena tanpa terjaga,
iringkanlah lenaku dengan kalungan doa.


NSY: Al-FAtehah buat arwah Atok MD zin,Wan Umbi Hj Awang,Aki Ngah dan Aki De yg sangat disayangi....arwah Wan Ibrahim..dan seluruh Umat Islam yang telah pun meninggal Dunia...

Tuesday, January 24, 2012

::Antara Celik dan Sedar::

Bismillah....


Kau umpama arus
Mengalir deras
Laju menuju destinasi
Jauh meninggalkan
Sesiapa sahaja..

Tak mungkin kau kebelakang
Tak mungkin kau terhenti
Tak mungkin kau menunggu
melainkan dengan kuasa Allah..

Aku..hanya sebatang kayu
Yang hanya mengikut arusmu
Tidak diketahui
Dimana tempat terdampar..

Jika tidak pandai aku 
Mengemudi diri di arusmu
Maka sia-sia lah hidupku
Perlu aku menyeberangi
Perlu aku merintangi
Supaya perjalananku tidak sia-sia.
Antara Celik Dan sedar
Aku Masih di sini....di arusmu


Saturday, January 21, 2012

::Zakat Online::

Bismillah...

Sudahkah anda semua membayar zakat??bukan zakat fitrah jer..zakat pendapatan tetap, pendapatan sampingan???sudah?..alhamdulillah..kat sini NSY nak share kat u all bagaimana nak bayar zakat secara online menggunakan mybank2u..sangat mudah..ikuti stepnya di bawah ini...mula-mula skali mesti ada akaun mybank la kan..dan pastikan anda telah pun mendaftar untk menggunakan perkhidmatan mybank2u...kemudian klik bahagian "account and setting" ataupun "Quick link:Bill payment"







2. klik  "make a one-off payment" kat sini ada lebih 600 agensi yg bleh kita pilih..






3. Dekat "View all payees" tu kita pilih la mana-mana pusat zakat dan majlis agama yg menyediakan perkhidmatan zakat online..then klik continue..






4. Ok..bila da pilih..isi lah segala maklumat yg diminta...jgn lupa pilih jenis zakat yg anda nak bayar yer..then klik continue..transaksi anda selesai..nanti pihak yg berkenaan akan hantar kepada kita resit transaksi....Selamat Mencuba!




Untuk makluman lanjut..anda bolehla melayari laman web tersebut:





Dah selesai bayar zakat??agak-agak..apa hukumnya bayar zakat secara online ni???jom kita baca jawapan daripada Ustaz Ahmad Adnan Fadzil..



Soalan; Ustaz, saya ingin bertanya mengenai hukum seseorang muslim yang membayar zakat pendapatan secara online (Internet banking)? Semoga ustaz dapat menjawab soalan saya dan semoga Allah melimpahkan rahmatnya kpd ustaz..

Jawapan;
Ada dua syarat yang disepakati ulamak yang wajib dipenuhi oleh pembayar zakat agar zakat yang dikeluarkannya sah;

Pertama; Berniat di dalam hati ketika mengeluarkan zakat bahawa harta/wang yang dikeluarkan itu adalah zakat.

Kedua; Memberi milik harta/wang zakat itu kepada orang yang berhak menerimanya secara lansung atau melalui wakil yang dipercayai dapat menyampaikan harta itu kepada orang yang berhak menerimanya. Maksud memberi milik ialah ia memisahkan harta itu dari pemilikannya dan menyerahkan harta itu untuk dimiliki oleh orang-orang yang berhak menerima zakat mengikut yang ditetapkan Allah dalam surah at-Taubah ayat 60.

Melihat kepada syarat-syarat di atas, tidak menjadi halangan untuk membayar zakat secara online (Internet banking) dengan syarat hendaklah dipastikan akaun penerima adalah milik orang yang layak menerima zakat atau milik wakil yang dipercayai dapat menyalurkan zakat kepada orang yang berhak menerimanya. Selain itu, hendaklah diniatkan zakat ketika pemindahan dilakukan.

Wallahu a'lam.

Rujukan;

1. Al-Wajiz Fi al-Fiqh al-Islami, Dr. Wahbah az-Zuhaili, jil. 1, hlm. 363.




Jom..baca lagi artikel berkenaan dengan zakat..

Sunday, January 15, 2012

‎~Akhirnya ku menemukan-MU YA Allah~




Bismillahirrahmanirrahim

Telah lama Aku mencari-MU
yang tidak jua kunjung hadir
Didalam jiwa dan hati yang penuh kubangan Dosa..

Telah lama aku mencari cinta Hakiki
Cinta yang tak akan pernah termakan oleh waktu 
Awalnya ku kira telah menemukan cinta Itu 
Ternyata aku salah.... 

Tiap kali kuberlari tuk meraihnya 
Hanya tangis kecewa yang merundungku 
Tiap kali ku berusaha memegang erat cinta itu 
untuk merangkainya dengan harapan 

Dengan seenaknya cinta menguapkan harapan itu 
Ternyata cinta tidak serendah itu 
ternyata cintA yang tumbuh dari bibit cinta-MU lah yg kekal abadi 

Ya Allah.....Ya Allah... 
Aku telah menemukan-MU 
Didalam skenario cinta-MU 
Yang telah KAU rangkai dengan Indah ....Subhanallah.....