**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**
Showing posts with label ::Puisi::. Show all posts
Showing posts with label ::Puisi::. Show all posts

Saturday, July 28, 2012

::Kau SEMPURNA bagiku::



Tiada kurangnya kau lebih besar,
Tiada hodohnya kau kurang jelita,
Kerana apabila kita selami,
Sempurnakah kau di dalam hati.

Tiada bezanya tinggi atau rendah,
Kau tetap manis walau tak secerah,
Terimalah walau bagaimana kau dicipta,
Di dalam diri pasti kau SEMPURNA.

Sunday, April 15, 2012

~Teratak Nenda Siti~



Teringat kampung halaman,
pada teratak nenda siti yang nyaman,
pada jalan berlopak berpagar kayu,
berganding tangan kita berlalu,
sambil sebuah nada mengalun,
diiringi lenggok lalang yg menari.


Di hujung jalan pada sebuah kampung,
dimana cinta pernah singgah,
melahirkan kembali sejuta
kenangan di mindaku.
Tentang daun-daun pokok yg bernyanyi,
tentang rumput-rumput yang menari,
tentang dingin pagi menusuk diri,
membuatkan teratak nenda siti tetap dihati.


kini tiada pewaris dirumah ini,
berhijrah ke luar membawa diri,
tinggallah kosong menjadi sepi,
ditemani lalang yang meninggi,
menanti rebah menyembah bumi.

Tuesday, January 24, 2012

::Antara Celik dan Sedar::

Bismillah....


Kau umpama arus
Mengalir deras
Laju menuju destinasi
Jauh meninggalkan
Sesiapa sahaja..

Tak mungkin kau kebelakang
Tak mungkin kau terhenti
Tak mungkin kau menunggu
melainkan dengan kuasa Allah..

Aku..hanya sebatang kayu
Yang hanya mengikut arusmu
Tidak diketahui
Dimana tempat terdampar..

Jika tidak pandai aku 
Mengemudi diri di arusmu
Maka sia-sia lah hidupku
Perlu aku menyeberangi
Perlu aku merintangi
Supaya perjalananku tidak sia-sia.
Antara Celik Dan sedar
Aku Masih di sini....di arusmu


Friday, December 16, 2011

::Kerana kasih kita bersatu::



Cinta yang satu hanya untukMU
Cinta yang dua buat Kekasihku
Cinta yang tiga tersemat di saku
Suami dan keluarga sudah tentu

Kerana cinta kita bertemu
Kerana kasih kita bersatu
Tingalkan keluarga menjadi sayu
Menurut fitrah dan juga seru

Dulu sendiri kini berdua
Dulu sepi kini mungkin boleh ketawa
Dulu berjanji untuk hari ini bersama
Kini gembira bakal merancang  permata

Permata soleh dan solehah menjadi impian
Raudhah sakinah adalah harapan
Di pohon doa sebagai hantaran
Moga termakbul apa yg diharapkan...

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT>>



DINA & FENDI (IPIS)
-Putrajaya-
NSY: Penang ke...Putrajaya ke..Sampi juga ke kenduri Dina..he2


NISA' & NABIL (IPIS/USIM)
-Sabak Bernam-
NSY: Di sini tempat kita bertemu kembali..xcukup lg geng2 Sd. Tangkas ni..he2



ELLY & FATIR (SMAPT)
-Kg Lalang, Kuala Lipis-
NSY: Terbaiikkkk....janji pasti ku tunaikan...


FIZAH & HURI (SMAPT/ USIM)
- Felda Bukit Mendi, Bentong-
NSY: Datang kemari membawa Dua hajat.....

Semua majlis ni berlangsung Nov dan DeC 2011 baru2 ni (time cuti sekolah)..alhamdulillah berjalan lancar mengikut perancangan kita...dan perancangan ALLAH swt itu lebih baik mengatasi segalanya...syukur..gembira  dapat bertemu rakan maktab, rakan sekolah dan keluarga angkat di Kg tambah Tin, Jelebu  N9 dan sanak saudara angkat di Bentog....mg kalian semua sentiasa di rahmati....

~BERTEMU TIDAK JEMU..BERPISAH TIDAK GELISAH~

P/S: Selamat pengantin baru jua buat satu-satunya adinda putriku Suweet Sury dan Sofi pada 25 Dec 2011 akan dtg..turut sama berkongsi hari bahagia kak Asyirah Awang dan adiknaya Amalina Awang(SMAPT) serta sahabat lama Niezam Rosli dan pasangan (SKTS)