Sudahkah anda semua membayar zakat??bukan zakat fitrah jer..zakat pendapatan tetap, pendapatan sampingan???sudah?..alhamdulillah..kat sini NSY nak share kat u all bagaimana nak bayar zakat secara online menggunakan mybank2u..sangat mudah..ikuti stepnya di bawah ini...mula-mula skali mesti ada akaun mybank la kan..dan pastikan anda telah pun mendaftar untk menggunakan perkhidmatan mybank2u...kemudian klik bahagian "account and setting" ataupun "Quick link:Bill payment"
2. klik "make a one-off payment" kat sini ada lebih 600 agensi yg bleh kita pilih..
3. Dekat "View all payees" tu kita pilih la mana-mana pusat zakat dan majlis agama yg menyediakan perkhidmatan zakat online..then klik continue..
4. Ok..bila da pilih..isi lah segala maklumat yg diminta...jgn lupa pilih jenis zakat yg anda nak bayar yer..then klik continue..transaksi anda selesai..nanti pihak yg berkenaan akan hantar kepada kita resit transaksi....Selamat Mencuba!
Untuk makluman lanjut..anda bolehla melayari laman web tersebut:
Dah selesai bayar zakat??agak-agak..apa hukumnya bayar zakat secara online ni???jom kita baca jawapan daripada Ustaz Ahmad Adnan Fadzil..
Soalan; Ustaz, saya ingin bertanya mengenai hukum seseorang muslim yang membayar zakat pendapatan secara online (Internet banking)? Semoga ustaz dapat menjawab soalan saya dan semoga Allah melimpahkan rahmatnya kpd ustaz..
Jawapan; Ada dua syarat yang disepakati ulamak yang wajib dipenuhi oleh pembayar zakat agar zakat yang dikeluarkannya sah;
Pertama; Berniat di dalam hati ketika mengeluarkan zakat bahawa harta/wang yang dikeluarkan itu adalah zakat.
Kedua; Memberi milik harta/wang zakat itu kepada orang yang berhak menerimanya secara lansung atau melalui wakil yang dipercayai dapat menyampaikan harta itu kepada orang yang berhak menerimanya. Maksud memberi milik ialah ia memisahkan harta itu dari pemilikannya dan menyerahkan harta itu untuk dimiliki oleh orang-orang yang berhak menerima zakat mengikut yang ditetapkan Allah dalam surah at-Taubah ayat 60.
Melihat kepada syarat-syarat di atas, tidak menjadi halangan untuk membayar zakat secara online (Internet banking) dengan syarat hendaklah dipastikan akaun penerima adalah milik orang yang layak menerima zakat atau milik wakil yang dipercayai dapat menyalurkan zakat kepada orang yang berhak menerimanya. Selain itu, hendaklah diniatkan zakat ketika pemindahan dilakukan.
Wallahu a'lam.
Rujukan;
1. Al-Wajiz Fi al-Fiqh al-Islami, Dr. Wahbah az-Zuhaili, jil. 1, hlm. 363.
Biasa pakai Baju Kurung tak??biasa tengok..tp xpenah pakai??memang la da awak tu lelaki..takkan nak pakai baju kurung???eh2..awk perempuan muslim..tp xpenah pakai baju kurung??biar betul???non-muslim pun penah pakai Baju Kurung tau~~...kenapa tetibe nak cite pasal Baju Kurung ni??ha..nak tau tak apa yang ada di sebalik baju kurung ni??jom..jom..teruskan bacaan anda...
Asalnya NSY sendiri xtau sejarah dan apa yg dimaksudkan dengan "Kurung" tuh....sedang melayari FB sambil menghirup udara pagi yang segar..sesekali halwa telinga NSY ni dihujani dengan celoteh 2 pengacara MHI di TV3..petah si pengacara En Fedtri Yahya berkongsi ilmu dan berhujah dengan pasangannya pagi itu...mereka sedang membicarakan tentang sebuah buku terbaru terbitan karangkraft yang bertajuk "Oh Mudahnya buat Baju Kurung"..tetiba terpacul satu soalan dari En Fedtri Yahya yang berbunyi..apakah yang dimaksudkan dengan "Baju Kurung"??..masa tu terhenti jejari NSY yg leka memetik papan kekunci pada Laptop kesayangan ni...supaya NSY sendiri tak terlepas jawapannya..he2
Pendapat rakan FB NSY tentang Baju Kurung
Nak tau apa jawapannya??...kata En Fedtri Yahya "Kurung yang dimaksudkan adalah supaya terkurung adab dan syariat yang tersarung pada tubuh si pemakai"...ha..tu la jawapannya..mana En Fedtri dapat info ni pun NSY xtau..tp NSY betul2 xsempat nak tau kesemuanya..dan NSY juga xpasti sama ada En Fedtri Yahya ada sebut atau tidak mengenai sejarahnya..dan siapakah pemberi nama"Baju Kurung" itu.....usaha NSY utk mengetahuinya diteruskan lagi dengan mencarinya di Google search..xbanyak yg NSY dapat...di bawah ini adlah hasilnya..jemputlah baca..he
Bila sebut Baju Melayu ni....teringat tentang kisah perkahwinan gay Ariff Alfian Rosli yang memakai Baju melayu lengkap dengan tanjak dalam majlis perkahwinanya....hu2..sabo je la..buat malu org Melayu jer...
inikah dinamakan "takkan Melayu hilang di Dunia"??memang tak patut....bawalah bertaubat.."taubat pasport syurga" sama2 lah kita doakan si Ariff diberi hidayah..dan moga kita juga terus memantapkan akidah supaya tak terpesong....amin~~
~~Pesanan buat diriku yang sering lupa~~
Nak cuba buat baju kurung???lihatlah cara membuatnya di bawah..selamat mencuba~
Saturday, August 6, 2011
"Awalnya RAHMAT..pertengahannya MAGHFIRAH dan akhirnya PEMBEBASAN API NERAKA"
Inilah antara hadith yang biasa disebut2 apabila tibanya bulan ramadhan...ramai mengatakan bahawa hadis ini hadis yg Lemah...
walaupun hadis ini dikatakan sebagai hadis yg lemah...tp ia mampu mewujudkan semangat org2 muslim utk terus mengejar pahala dengan beribadat di bulan puasa...NSY pernah mendengar satu tazkirah yang dikaitkan dengan hadis ini....just nak kongsi..mana yang baik ambik...ceritanya...
Bulan Ramadhan yg mengunjungi kita membawa seribu rahmat kerna pada bulan inilah kita sepatutnya mengambil peluang yang ada TANPA syaitan kerana syaitan dibelenggu dan dirantai ketika ini...manakala pintu syurga pula terbuka seluas2luasnya...bukankah itu satu peluang yg BESAR..perlu kita rebut...
Bulan ini dibahagikan kepada 3 bahagian seperti yg dinyatakan di dalam hadis tersebut...di ibaratkan seperti kita berlumba 3 pusingan untuk merebut gelaran juara...dimana pusingan ke 3(zon pecutan), iaitu pusingan terakhir akan menentukan juaranya...
Apa kaitan pusingan ke 3 acara lumba lari ni dengan 10 malam terakhir(bahagian ke 3 utk bulan ramadhan)??seperti yang kita tahu dalam bulan ramadhan ada satu malam iaitu malam lailatul qadar, berada di dalam 10 malam terakhir...sudah pasti ramai yg berlumba2 untuk merebut malam ini...dengan itu makin bertambah lah ibadah dengan solat sunat dan tadarus al-quran...begitu jugalah dengan seorang pelari yg berusaha keras untuk sampai ke garisan penamatnya....itulah antara kupasan yg di buat mengenai hadis ini..
Bagi NSY...lakukanlah IBADAH seikhlas2 ikhlasnya...pasti lagi BESAR ganjaran...tak perlulah kita melakukan ibadah kerana terkenangkan ganjaran pahala yg disebut2 di dalam hadis2 yg tidak kita ketahui statusnya...NSY hanya nak semua istiqamah dalam melakukan tarawikh...ye la kan...di awal ramdhan..penuh surau dan masjid sampai melimpah ruah...tp bila tiba dihujung ramadhan..makin kurang jemaah...
Adakah kadar, nisab dan haul zakat bagi semua jenis harta zakat adalah sama, yakni 1/40, mesti bersandarkan 85 gram emas dan wajib menggenapi satu tahun? Sebenarnya kadar zakat adalah berbeza-beza mengikut jenis harta zakat dan ia sudah ditentukan oleh Islam.
Pertama, zakat pertanian, seperti padi, gandum, jagung dan sebagainya lagi, dikenakan kadarnya lima peratus jika diairi dengan usaha dan teknologi manusia dan 10 peratus jika diairi sepenuhnya oleh air hujan. Nisabnya adalah lima ausuq/ wasaq. 1 wasaq = 60 sha’. 1 sha’ = 275 gram. Maka, satu wasaq = 60 x 275 gram = 16,500 gram. Lima wasaq = 5 x 60 x 275 = 82,500 gram = 82.5 kg. Di samping itu, tiada ditetapkan pemilikan setahun kepada hasil pertanian, yakni tiada haul ke atasnya. Maka, ia dizakatkan selepas sahaja dituai hasilnya. Allah menyatakan hal ini di dalam surah al-An’am: 141.
Keduanya zakat penternakan, yang mana kadar zakat dan nisabnya adalah berbeza-beza di antara jenis-jenis binatang ternakan. Unta mencapai nisabnya pada jumlah lima ekor, lembu dan kerbau 30 ekor dan kambing pula 40 ekor. Kadar zakatnya berubah-ubah berdasarkan pertambahan bilangan haiwan berkenaan dan haulnya adalah satu tahun dan dikira termasuk anak haiwan yang baharu lahir.
Ketiganya, zakat harta galian atau dikenali juga harta rikaz (yakni terdiri daripada kunuz dan ma’din). Kunuz bermaksud harta milik orang jahiliyah zaman dahulu yang tertanam di dalam perut bumi dan nisabnya ialah 1/5 dan haulnya adalah semasa harta berkenaan ditemui. Manakala ma’din pula merujuk kepada harta galian yang diciptakan oleh Allah SWT secara alami dan berada di dalam perut bumi, misalnya emas dan minyak petroleum. Ulamak fikah berbeza pendapat di sini. Di sisi Hanbali, disyaratkan nisabnya mestilah menyamai 20 misqal emas atau 200 dirham perak dan baharulah dikeluarkan zakatnya 1/5. Haulnya juga adalah semasa ia ditemui. Bagi pendapat Syafie dan Zhahiri, mereka hanya mengenakan zakat galian ke atas emas sahaja dan tidak kepada harta galian yang selain daripada itu sebanyak 1/5. Manakala Hanafi tidak meletakkan sebarang syarat jenis galian dan nisab, yakni wajib dikeluarkan 1/5 daripadanya sebagai zakat apabila sahaja ia ditemui dan haulnya juga adalah semasa ia dijumpai.
Keempat, Zakat harta berasaskan mata wang seperti zakat wang simpanan, zakat pendapatan, zakat saham, zakat perniagaan dan zakat emas. Kadarnya adalah 1/40 atau bersamaan dua perpuluhan lima peratus (2.5 peratus). Nisabnya adalah didasarkan kepada harga berat 85 gram emas semasa dan haulnya adalah mencapai tempoh satu tahun setelah dimiliki. Wallahua’lam.
Sedih dan menyayat hati~~...sebaik sahaja mendengar berita kejadian tanah runtuh yang menimpa anak2 yatim dan anak2 hidayah di Hulu Langat baru2 ini....kejadian ini mengorbankan 16 orang termasuk seorang warden rumah tersebut....Al-fatihah...Allah SWT lebih menyayagi mereka....bagi saya pemergian mereka adalah syahid...jom kita baca sedikit kisah ttg syahidnya sahabat baginda...dan apakah itu syahid dunia..dan syahid akhirat...
Perkahwinan Hanzalah bin Abu Amir dengan sepupunya, Jamilah binti Ubay sudah siap diatur. Kebetulan pula, hari berlangsungnya perkahwinan Hanzalah bertembung dengan hari peperangan tentera Islam menentang musuh di Bukit Uhud. Hanzalah bin Abu Amir mendekati Rasulullah saw, “Saya bercadang menangguhkan sahaja perkahwinan saya malam nanti”. Pada masa itu, Nabi Muhammad saw dan tentera-tentera Islam di kota Madinah sibuk membuat persiapan akhir untuk berperang. “Tidak mengapa, teruskan sahaja perkahwinan ini”, balas Rasulullah saw. “Tetapi saya sungguh berhajat untuk menyertainya”, Hanzalah bertegas. Rasulullah saw berkeras supaya Hanzalah meneruskan perkahwinannya dan memberi cadangan supaya Hanzalah menyusuli tentera Islam di Bukit Uhud pada keesokan hari, setelah selesai upacara perkahwinan.
Hanzalah mendiamkan diri. Ada benarnya saranan Nabi Muhammad itu, perkahwinan ini bukan sahaja melibatkan dirinya bahkan bakal isterinya juga. Pada malam Jumaat yang hening, perkahwinan antara Hanzalah bin Abu Amir dan Jamilah binti Ubay dilangsungkan secara sederhana. Suasana yang hening dan sunyi itu tidak tenang hingga ke pagi. Kota Madinah tiba-tiba dikejutkan dengan paluan gendang yang bertubi-tubi. Paluan gendang mengejutkan para pejuang bersama laungan menyebarkan berita.
“Bersegeralah! Kita bersegera perangi musuh Allah.”
Pukulan gendang dan laungan jihad itu mengejutkan pasangan pengantin yang baru sahaja dinikahkan. Hanzalah bingkas bangun dari tempat tidurnya, “Saya harus menyertai mereka”. “Bukankah malam ini malam perkahwinan kita dan Nabi Muhammad mengizinkan kanda berangkat esok?” Soal isterinya. Hanzalah menjawab tegas, “Saya bukanlah orang yang suka memberi alasan bagi merebut syurga Allah”.
Jamilah terdiam dan hanya mampu memerhatikan suaminya bersiap memakai pakaian perang dan menyelitkan pedang ke pinggangnya. Hanzalah menoleh ke arah isterinya, “Janganlah bersedih, doakan pemergian saya, semoga saya beroleh kemenangan”. Suami isteri itu berpelukan dan bersalaman. Berat hati Jamilah melepaskan lelaki yang baru sahaja menjadi suaminya ke medan perang. Namun, Jamilah menguatkan hatinya dan melepaskannya dengan penuh redha. “Saya mendoakan kanda beroleh kemenangan”.
Hanzalah melompat ke atas kudanya dan terus memecut tanpa menoleh ke belakang. Akhirnya, dia berjaya bergabung dengan tentera Islam yang tiba lebih awal daripadanya.
Di medan perang, jumlah tentera musuh adalah seramai tiga ribu orang yang lengkap bersenjata manakala jumlah tentera Islam hanyalah seramai seribu orang. Perbezaan itu tidak menggugat kewibawaan tentera Islam termasuklah Hanzalah. Dia menghayun pedangnya menebas leher-leher musuh yang menghampiri dan apabila dia terpandang Abu Sufyan, panglima tentera Quraisy, Hanzalah menerkam Abu Sufyan umpama singa lapar. Mereka berlawan pedang dan bergelut. Akhirnya Abu Sufyan tersungkur ke tanah. Tatkala Hanzalah mengangkat pedang mahu menebas leher Abu Sufyan, dengan kuat panglima tentera Quraisy itu menjerit menarik perhatian tentera Quraisy. Tentera-tentera Quraisy menyerbu Hanzalah dan Hanzalah tewas, rebah ke bumi.
Sebaik sahaja perang tamat, tentera Islam yang tercedera diberikan rawatan. Mayat-mayat yang bergelimpangan dikenalpasti dan nama-nama mereka, tujuh puluh orang kesemuanya dicatat. Sedang Nabi Muhammad yang tercedera dan patah beberapa batang giginya diberi rawatan, beliau mengatakan sesuatu yang menyentak kalbu, “Saya terlihat antara langit dan bumi, para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air daripada awan yang diisikan ke dalam bekas perak”. Abu Said Saidi, antara tentera yang berada dekat dengan Nabi Muhammad bingkas mencari jenazah Hanzalah. “Benar kata-kata Nabi Muhammad. Rambutnya masih basah bekas dimandikan!” Abu Said Saidi menyaksikan ketenangan wajah Hanzalah walaupun beliau cedera parah di seluruh badannya. Rambutnya basah dan titisan air mengalir di hujung rambutnya sedang ketika itu matahari terik memancar.
Syahid kecil termasuklah: -mati semasa melahirkan anak (tak kiralah walau anak luar nikah sekalipun,selagi dia beragama islam dia mati bersalin tetap mendapat rahmat dan kasih syg Allah,kerana dia Maha mengetahui manakala siapalah kita untuk judge org)
-mati sakit (didalam perut) -mati kerana penyakit tumor -mati lemas -mati tertimpa bangunan -mati semasa bekerja/mencari nafkah -mati kerana penyakit Taun -Mati dibunuh dengan kejam -mati pada hari atau malam jumaat
Syahid seperti diatas(syahid dunia) perlulah dikendalikan mandiannya dan disolatkan jenazahnya. Mereka dikatakan bakal mendapat rahmat tuhan dimana terlepasnya azab kubur..Dan syahid mereka boleh dipertimbangkan Allah supaya menjadi syahid akhirat juga... ini lah yang dikatakan atas kehendak Allah..dia lebih mengenali hamba-hambanya.. jadi kalau ada yg kata kalau dia jahat ,xpernah solat,kejam and etc2... selagi dia beragama Islam (memegang 6 rukun iman) dia adalah golongan yang amat bertuah kerana mendapat rahmatnya..
Golongan Syahid Akhirat adalah golongan yang tidak akan melalui timbangan atau titian siratul mustakim,dimana mereka terus direct masuk syurga.. mayat mereka juga tidak perlu dimandikan kerana sudah dimandikan oileh para malaikat.
-mati berperang kerana agama -mati berperang mempertahankan negara -mati berperang kerana mempertahankan maruahnya( cthnya perempuan yg dirogol) -mati dibunuh kerana menyelamatkan hartanya (cthnya mati kene ragut sampai mati atau kerana rompakan) -mati semasa melakukan ibadah...tgh bersolat tetiba kene tembak..haa
adapun begitu halnya...janganla ada yg salah faham..Syahid ini hanya terjadi pada org Islam sahaja..non muslim tak akan Syahid..dlm Islam,hanya manusia yang beragama islam sahaja yg masuk syurga (no offence to non muslim readers,this is fact by quran for muslim)...
Sebaik2 bapa saudara Nabi Muhammad (Abu Thalib) ,dia masuk neraka kerana sehingga keakhirnya dia tidak memeluk Islam,bagaimanapun seksaannya adalah seringan ringan seksaan dimana otaknya panas mendidih sehingga menggelegak,dan api neraka tidak menyambarnya kerana nabi muhammad melumurkan air liur baginda yang haram dijilat api neraka ke seluruh tubuh Abu Thalib...Wallahualam (nie dlm hadith)
Dan untuk mendapat Syahid seperti yang tertulis di atas,seorang muslim itu mestilah tidak murtad,tidak syirik..
FADHILAT BULAN REJAB Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.
Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:
Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.
Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,
Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal. Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.
Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya. Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.
◕ Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
◕ Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun. Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. ◕ Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
◕ Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.
◕ Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.
Kelebihan lain bulan Rejab:
◕ Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali. ◕ Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
◕ Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W. Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
◕ Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
◕ Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
◕ Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
◕ Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.
Pejam celik,pejam celik..hari ini(ketika entry ini di post)kita sudah pun berada di hari ke-8 tahun 2010..pantas rasenya masa berlalu meninggalkan kita bersama2 peristiwa-peristiwa yg pahit dan manis...moga mana yg baik kita ambil dan yg buruk kita tinggalkan~~insyaALLAH~
Di sini ingin sy ingi kongsikan dengan anda mengenai bintang yg bakal memusnahkan bumi..berita penuhnya dibawah ini, sy petik di halaman Global harian Metro yg bertarikh 7 Januari 2010..mungkin ada sebahagian daripada kita sudah membacanya...bagi yg belum..anda boleh membacanya disini~
Menurut laporan ini bintang tersebut mampu memusnahkan lapisan ozon sekaligus merentungkan dan memusnahkan kehidupan di bumi...masyaALLAH~bintang ini juga dikatakan penyebab akan berlakunya Kiamat..ALLAH hu A'lam~~Hanya Allah yg maha kuasa dan DIAlah penentu segalanya~
Kita sebagai manusia dimuka bumi yg percaya kepada kewujudan ALLAH SWT haruslah terus berdoa, bersyukur dan berusaha meningkatkan amalan kita supaya sentiasa dilindungi oleh ALLAH SWT..segala yg berlaku dimuka bumi juga adalah di atas kehendakNYA, mungkin hari ini manusia boleh menjangkakan tarikh berlakunya hari kiamat..tetapi manusia tidak boleh melawan kuasanya~~jika hari ini tiba masanya, maka berlakulah ia~~firmaNYA dalam surah yasin ayat 82:
Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi
"USIA SEMAKIN MENINGKAT, AMALAN PERLU DIPERTINGKAT"
bintang yg dijangka memusnahkan bumi
LONDON: Pakar astronomi mendedahkan semalam yang sebutir bintang dijangka meletup begitu kuat hingga dapat memusnahkan bumi. Ia akan musnah sendiri dalam letupan yang dikenali sebagai supernova dengan kekuatan yang sama dengan 20 bilion bilion bilion mega tan bahan letupan. Kajian terbaru menunjukkan bintang itu, T Pyxidis, berada lebih dekat dengan jangkaan sebelum ini, 3,260 tahun cahaya, satu lompatan pendek dalam kiraan galaksi.Kesan letupan termonuklear itu boleh memusnahkan lapisan ozon bumi yang menjadi penghalang radiasi berbahaya. Jika keadaan itu berlaku, kehidupan di bumi akan rentung. Senario hari kiamat itu didedahkan semalam oleh pakar astronomi dari Universiti Villanova di Philadelphia, Amerika Syarikat. Mereka berkata, satelit penjelajah ultraviolet antarabangsa menunjukkan kepada mereka bahawa T Pyxidis sebenarnya terdiri daripada dua bintang, satu digelar kenit putih yang menyedut gas dan semakin membesar. Apabila mencapai berat kritikal, ia akan meletup sendiri. Ia akan bercahaya seperti semua bintang lain dalam galaksi yang disatukan. Pakar berkata, teleskop angkasa lepas Hubble merakamkan gambar bintang itu dengan beberapa siri letupan kecil yang dipanggil novas. Letupan itu sering berlaku setiap 20 tahun bermula pada 1890 tetapi terhenti selepas 1967. Ini bermakna letupan untuk 20 tahun berikutnya sudah tertangguh, kata saintis, Edward M Sion, Patrick Godon dan Timothy McClain dari Perstuan Astronomi di Washington. Robin Scagell, Naib Presiden Persatuan Astronomi Popular berkata: “Bintang itu mungkin menjadi supernova sedikit masa lagi. Bagaimanapun, tempoh itu masih terlalu jauh. Jangan bimbang.” - Agensi
cerita-cerita yg berbentuk ilmiah perlu disampaikan secara kreatif kepada anak-anak kecil bagi menarik minat mereka...
Suatu hari Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya dan kemudian beliau memberikan pertanyaan teka-teki...
Imam Ghazali : "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu adalah janji Allah SWT bahwa setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati (Surah Ali-Imran : 185).
Imam Ghazali : "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?" Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kendaraan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
Imam Ghazali : "Apa yang paling besar di dunia ini?"
Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi
Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf : 179). "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahanam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah SWT) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah SWT), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah SWT). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai".
Imam Ghazali : "Apa yang paling berat di dunia?"
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah
Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72). "Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat[*] kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh". [*]: Yang dimaksud dengan amanat di sini ialah tugas-tugas keagamaan. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka karena gagal memegang amanah.
Imam Ghazali : "Apa yang paling ringan di dunia ini?"
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan sholat.
Imam Ghazali : "Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?"
Murid-murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Karena melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
p/s: artikel seumpama ini..mungkin sudah ramai yg membacanya..sy sendiri menerima artikel ini yg di fwrdkan oleh sahabat kepada saya pada satu ketika dahulu~sangat menarik~~khasnya utk mengajar anak2 kecil..menambah ilmu sambil berhibur(berteka-teki)~~sengaja saya poskan disini utk tatapan saya dan mereka yang sudi singgah...
"1 MALAYSIA :Rakyat Di Dahulukan Pencapaian Di Utamakan"
Teringat sewaktu zaman sekolah dulu...seronok bila dapat join program2 kemerdekaan...memang semangat....mase tu jugak terasa diri ini anak Malaysia yang mempunyai jati diri yang kuat dan sanggup bekorban demi maruah bangsa dan negara..ce..wah~nak plak,bila di iringi dengan lagu-lagu patriotik...tapi semangat time tu je la..hehehe..walaupun semangat time tu je..tak bermakna diri ini terus melupainya...kesan2 semangat itu masih kekal dan terpahat di jiwa sanubari...:-p
Dan kenangan yg tidak akan dilupakan ialah sewaktu menyambut hari Kemerdekaan pada 31/OGOS/2006....terpaksa menjadi bidan terjun untuk persembahan koir bagi memeriahkan malam Kemerdekaan di Nilam Court(Kolej Kediaman Usim)..mase tu tiada satu pun lagu patriotik yg sy hafal sepenuhnya..oleh kerana tak hafal lirik..eksyen je la dengan mulut terkumat kamit..sambil tangan mengibarkan bendera..haha..sebenarnya sy hanya wakil utk persembahan koir Konvokesyen USIM 2006..dan lagu yg dihafal masa tu hanyalah:Usim Terus Maju dan lagu Negeri 9...lagi satu..koir ni sebenarnya bukanlah bidang sy..masuk pun hanya sekadar untuk menimba pengalaman dan merasai suasana di dalam dewan Konvokesyen ketika itu...bila da kena wat persembahan depan budak-budak kolej kediaman...terasa malu pun ada..bukan ape..pakaianya bukan mainlah..tudung siap berlilit..bile naik pentas..persembahan macam #$@!!&... hahaha.. sabar je la!
p/s:Hari kebangsaan ini disambut sempena negara kita bebas dari jajahan orang asing...demi mencapai sebuah negara yg merdeka pelbagai usaha telah dilakukan oleh orang-orang terdahulu ...usaha-usaha mereka ni haruslah kita hargai...dan akhirnya hari ini kita dapat mengecapi kemudahan dan pembangunan yang pesat.....jika kita turut serta sewaktu pengisytiharan kemerdekaan pada tahun 1957...sudah tentu perasaan terharu,gembira dapat kita rasai...Hari ini pelbagai takrifan "MERDEKA" dapat kita dengar...jika nak dikaji dalam pelbagai sudut....mungkin ada sesetengah pekara yg kita masih belum merdeka...
Jika dahulu nama Malaysia kurang dikenali diperingkat antarabangsa, namun hari ini dengan pencapaian ekonomi dari sektor pertanian dan pelancongan serta pembangunan yang kian pesat menyumbang kepada kemajuan Malaysia. Pencapaian cemerlang atlit-atlit negara, wakil-wakil negara diperingkat sekolah rendah, menengah dan Universiti ke pertandingan-pertandingan antarabangsa seperti reka cipta, debat dan pidato yang rata-ratanya terdiri daripada belia remaja juga membantu mengharumkan nama negara, sekaligus meletakkan Malaysia salah sebuah negara yang disebut-sebut oleh negara-negara luar. Contohnya pencapaian cemerlang Dato' Nicol David dan Dato' Lee Chong Wei di dalam bidang sukan masing-masing. Kecermelangan ini dapat dicapai kerana mereka mempunyai wawasan dalam hidup mereka, bagi mencapai kejayaan.
Bagi memastikan Malaysia mengecapi kejayaan berterusan belia pelbagai bangsa di Malaysia ini haruslah bangkit dan bersatu padu mencipta nama dipersada dunia. Dengan konsep satu Malaysia yang diutarakan oleh perdana menteri kita yang ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini telah membawa pelbagai takrifan sendiri masyarakat mengenai konsep satu Malaysia, menurut jurucakap MCA, Lee Wei Kiat konsep 'Satu Malaysia' adalah bertemakan perpaduan rakyat dan mengiktiraf sumbangan semua kaum. Ini bermakna 'Satu Malaysia' membawa maksud lebih kepada penyatuan atau perpaduan rakyat. Malaysia memerlukan perpaduan semua rakyat untuk membangunkan Malaysia sebagai sebuah Negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Dengan kerjasama dan kesatuan semua pihak mewujudkan program-program yang berguna untuk mendidik anak bangsa, contohnya seperti langkah bijak Kementerian Belia dan Sukan mewujudkan konsep satu belia yang akan dilaksanakan dapat membantu mempercepatkan perlaksanaan gagasan satu Malaysia, ini bakal memupuk sikap belia-belia di Malaysia untuk melahirkan masyarakat yang bersatu dan berwawasan. Ibu bapa juga memainkan peranan yang sangat penting bagi menyokong usaha anak-anak, dan memastikan anak-anak mereka mempunyai matlamat dan wawasan. Selain ibu bapa, guru juga memaikan peranan dan di ibaratkan seperti mengambil alih tugas ibubapa ketika berada disekolah, tetapi ibubapa haruslah beringat, bahawa didikan anak-anak segalanya bermula di rumah.
Belia-belia pelbagai bangsa di negara ini haruslah mempunyai wawasan yang jitu bagi memastikan hasil kejayaan yang berganda. Mereka juga haruslah bersikap proaktif jika ingin berjaya dengan cemerlang. Mempunyai wawasan sangat penting terutamanya untuk perkembangan masa depan, kerana ianya merupakan asas dan hala tuju seseorang Kebiasannya mereka yang berwawasan adalah mereka yang mempunyai matlamat hidup yang jelas dan bekerja keras bagi memastikan wawasan yg dibina tercapai dan menjauhkan diri daripada masalah-masalah sosial. Mereka yang berwawasan ini juga mempunyai kesedaran, semangat dan berpandangan jauh, ini bagi memastikan pekara yang dilakukan tidak sia-sia, Mereka yang terlibat dengan masalah sosial adalah mereka yang tidak berwawasan atau tidak mempunyai matlamat umpama layang-layang yang terputus talinya, yang mana mereka ini tidak ada arah untuk dituju. Sikap mencari-cari identiti dan ingin mencuba adalah satu sikap biasa di kalangan usia remaja, jika mereka bijak menyusun atur hidup mereka sendiri, sudah pasti Malaysia dapat mencapai matlamat dengan satu wawasan di dalam setiap diri satu belia di satu Malaysia.
Dalam mencapai wawasan yang dibina, sudah tentu banyak cabaran yang perlu ditangani, oleh itu belia haruslah bijak menyelesaikannya. Selain itu belia yang berwawasan akan menguntungkan negara sekaligus memberikan sumbangan kepada masyarakat dan juga keluarga. Untuk mewujudkan kesedaran tentang pentingnya wawasan dalam diri seseorang, kempen secara meluas haruslah diadakan di setiap sekolah di Malaysia dan menwajibkan setiap pelajar mereka mempunyai wawasan mereka sendiri dan seterusnya melahirkan pelajar yang cemerlang dan berwawasan.
Jika melihat kepada bait-bait lagu 'Malaysiaku Gemilang', dalam rangkapnya yang pertama, "Marilah kita semua, atas nama Negara bangsa, dengan tekad mulia, maju berwawasan, mencipta keagungan", jelas menunjukkan bahawa untuk mencipta kejayaan ataupun keagungan mestilah maju berwawasan. Begitu juga di dalam bait-bait lagu rasmi PLKN di dalam rangkapnya yang pertama, "Wira wirawati harapan bangsa, tiba masa kita berjasa, kita sahut cabaran, bergerak seiringan, demi mencapai wawasan", wira wirawati yang dimaksudkan didalam lagu ini ialah remaja belia, di mana ianya meminta mereka menabur bakti, bersatu padu dan bergerak bersama menempuhi cabaran yang datang, meminta pandangan dan bantuan orang lain supaya dapat menbantu mencapai kejayaan mereka.
Belia haruslah sedar bahawa mereka adalah pewaris negara, jadi sikap yang baik haruslah dipertontonkan untuk mewariskan kepada generasi akan datang. Di usia muda inilah saat-saat yang perlu dimanfaatkan dan tidak harus disiakan. Kesimpulannya, wawasan yang dibina oleh setiap belia haruslah bergerak seiring dengan semangat dan usaha, kerana wawasan itu hanya penggerak kepada kejayaan manakala usaha itu tangga kejayaan, jika kedua-dua ini bersatu sudah pasti matlamat yg dibina dapat dicapai. Dan jangalah biarkan wawasan hanya tinggal wawasan yang akhirnya hanya meniti di bibir sahaja.
Tema Tahun Ini:AmaranKesihatan Bergambar Tarikh :31 Mei Setiap tahun Disambut Seluruh Dunia....
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa hari Tanpa Tembakau Sedunia disambut pada 31 Mei setiap tahun..mungkin dengan temanya pada tahun ini "Amaran Kesihatan Bergambar", menyedarkan masyarakat bahawa kewujudan hari Tanpa Tembakau dan bahaya merokok,
namun masih ada lagi segelintir pihak yang mengambil kesempatan....seperti di laporan akhbar Kosmo, bertarikh 18 April 2009, di ruangan Negara :-
Jika kotak rokok lain memaparkan gambar kesan bahaya merokok seperti mana kehendak yang ditetapkan oleh kerajaan, satu jenama rokok pula telah menggantikannya dengan gambar Bangunan Perdana Putra yang juga merupakan pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.Kotak rokok jenama Saat yang diperbuat daripada logam itu menggunakan gambar bangunan tersebut pada waktu malam dan menjualnya di seluruh negara pada harga RM5.80 bagi pek 20 batang.Menurut Pengarah Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Razak Lajis, tindakan pengeluar rokok itu boleh memberi isyarat salah seolah-olah perbuatan merokok mendapat restu kerajaan."Selain itu, tindakan peniaga menjual rokok secara ceraian atau sebatang terutama kepada remaja membuatkan kempen tidak merokok sukar menemui kejayaan," katanya pada sidang media di USM semalam.Razak menggesa kerajaan bertindak tegas terhadap syarikat rokok yang melanggar peraturan itu melalui Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dan Pindaan 2008.Pada majlis yang sama, Pengarah Majlis Pengawalan Tembakau Malaysia, K. Koris Atan berpendapat, kerajaan wajar memantau strategi-strategi syarikat tembakau yang cuba mengelirukan orang ramai dan menghalang pelaksanaan peraturan-peraturan itu."Kerajaan kena serius kerana ini berkaitan dengan kesihatan awam dan masa depan golongan muda," tegasnya.
Antara maklumat tentang tembakau dan rokok :- -Fatwa tentang rokok -Muslihat Syarikat Tembakau Mula Terbongkar -Syarikat AS Rahsia Bahaya Merokok -Rokok antara fakta dan falasi Dan banyak lagi di:- http://www.prn2.usm.my/mainsite/tobacco/tembakau.html
Selain itu, kewujudan casing rokok yg pelbagai corak juga seolah2 mengagalkan usaha kempen tak nak merokok…
Demonstrasi anti Yahudi dan Israel oleh pelajar2 USIM di hadapan Stadium Tertutup Nilai
Kini sudah masuk minggu ke4 Rejim Zionis menyerang Palestin tanpa belas kasihan..ramai kanak2 yg masih kecil terbunuh..tindakan Israel mengebom sekolah dan hospital amatlah dikesali oleh masyarakat dunia..malah kereta kebal Israel terus melakukan serangan darat kearah Genting Gaza tanpa menghiraukan resolusi PBB mengenai gencatan senjata..Kekejaman Israel di Gaza juga menjadi2 apabila senjata baru yg menggunakan bahan kimia berbahaya menyebabkan tisu terkoyak dari daging diuji keatas palestin…
Tentera Washington juga sanggup dan bersedia membuka tender sewa kapal dagang untuk membawa 3000 tan peluru ke Israel....adakah negara seIslam seperti Mesir sanggup menghulurkan bantuan seumpama itu??? Sedangkan Pesawat pengebom Israel dilapor menggunakan ruang angkasa Mesir untuk mengebom kawasan sepanjang Gaza dengan Mesir...malah Mesir juga dikecam hebat kerana bersekongkol dengan Israel utk mengepung gaza sejak 6 bulan yg lalu….dilaporkan juga Mesir cuba menjadi perantara dalam proses perbincangan diantara Palestin dan Israel..berjayakah Mesir membantu Palestin..??
p/s: wahai umat islam seluruh dunia… marilah sama-sama kita membaca Qunut Nazilah sebagai doa kita buat umat Islam di Palestin agar mereka diberi kekuatan dan semangat yg tinggi oleh Allah dalam menghadapi serangan dari rejim yahudi laknatullah..doa kita sebagai senjata buat mereka yg sekarang ini tgh berjuang membela serta mempertahankan keizzahan dan kesucian agama Islam..tunjukkan sikap kita terhadap nasib saudara-saudara kita dibumi Palestin…insyallah disana akan ada pertolongan dari Allah..ALLAHU AKHBAR!! Boikot barangan Yahudi dan Israel...
Semasa khemah tahunan Askar Wataniah.. Sewaktu latihan menembak di padang sasar di kem askar, Mentakab Pahang
Kini program khidmat negara PLKN kembali lagi…harap2 mereka yg terpilih untuk menghadiri program ini bersedia utk menghabiskan latihan selama 3 bulan…sudah tentu banyak program yg telah dirancang sesuai dengan objektif pelaksanaa program..
Sejak kerajaan membenarkan dan menyarankan pelatih menggunakan senjata M16 dalam latihan mereka..banyak pandangan baik buruk yg diberikan oleh orang ramai…tp bagi sy ini adalah pengalaman dan peluang yg perlu diambil...jika dahulu senjata M16 ini hanya dibenarkan penggunaanya kepada polis, askar &askar wataniah sahaja..tp kini beribu pelatih diberi peluang…teringat sewaktu sy berpeluang menggunakan senjata M16 sewaktu menjalani latihan asas rekrut siri 1 askar wataniah sewaktu menuntut diperingkat diploma dahulu....rasenya kalu tak melibatkan diri dalam askar wataniah sudah tentu, pengalaman ini tidak dapat dirasai..Bagi pelatih yg terpilih untuk kali ini..selamat menjalani latihan..