**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**

Friday, August 14, 2009

‎1 MALAYSIA: "BELIA BERWAWASAN PENGGERAK KEJAYAAN"‎




Jika dahulu nama Malaysia kurang dikenali diperingkat antarabangsa, namun hari ini dengan pencapaian ekonomi dari sektor pertanian dan pelancongan serta pembangunan yang kian pesat menyumbang kepada kemajuan Malaysia. Pencapaian cemerlang atlit-atlit negara, wakil-wakil negara diperingkat sekolah rendah, menengah dan Universiti ke pertandingan-pertandingan antarabangsa seperti reka cipta, debat dan pidato yang rata-ratanya terdiri daripada belia remaja juga membantu mengharumkan nama negara, sekaligus meletakkan Malaysia salah sebuah negara yang disebut-sebut oleh negara-negara luar. Contohnya pencapaian cemerlang Dato' Nicol David dan Dato' Lee Chong Wei di dalam bidang sukan masing-masing. Kecermelangan ini dapat dicapai kerana mereka mempunyai wawasan dalam hidup mereka, bagi mencapai kejayaan.


Bagi memastikan Malaysia mengecapi kejayaan berterusan belia pelbagai bangsa di Malaysia ini haruslah bangkit dan bersatu padu mencipta nama dipersada dunia. Dengan konsep satu Malaysia yang diutarakan oleh perdana menteri kita yang ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini telah membawa pelbagai takrifan sendiri masyarakat mengenai konsep satu Malaysia, menurut jurucakap MCA, Lee Wei Kiat konsep 'Satu Malaysia' adalah bertemakan perpaduan rakyat dan mengiktiraf sumbangan semua kaum. Ini bermakna 'Satu Malaysia' membawa maksud lebih kepada penyatuan atau perpaduan rakyat. Malaysia memerlukan perpaduan semua rakyat untuk membangunkan Malaysia sebagai sebuah Negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Dengan kerjasama dan kesatuan semua pihak mewujudkan program-program yang berguna untuk mendidik anak bangsa, contohnya seperti langkah bijak Kementerian Belia dan Sukan mewujudkan konsep satu belia yang akan dilaksanakan dapat membantu mempercepatkan perlaksanaan gagasan satu Malaysia, ini bakal memupuk sikap belia-belia di Malaysia untuk melahirkan masyarakat yang bersatu dan berwawasan. Ibu bapa juga memainkan peranan yang sangat penting bagi menyokong usaha anak-anak, dan memastikan anak-anak mereka mempunyai matlamat dan wawasan. Selain ibu bapa, guru juga memaikan peranan dan di ibaratkan seperti mengambil alih tugas ibubapa ketika berada disekolah, tetapi ibubapa haruslah beringat, bahawa didikan anak-anak segalanya bermula di rumah.

Belia-belia pelbagai bangsa di negara ini haruslah mempunyai wawasan yang jitu bagi memastikan hasil kejayaan yang berganda. Mereka juga haruslah bersikap proaktif jika ingin berjaya dengan cemerlang. Mempunyai wawasan sangat penting terutamanya untuk perkembangan masa depan, kerana ianya merupakan asas dan hala tuju seseorang Kebiasannya mereka yang berwawasan adalah mereka yang mempunyai matlamat hidup yang jelas dan bekerja keras bagi memastikan wawasan yg dibina tercapai dan menjauhkan diri daripada masalah-masalah sosial. Mereka yang berwawasan ini juga mempunyai kesedaran, semangat dan berpandangan jauh, ini bagi memastikan pekara yang dilakukan tidak sia-sia, Mereka yang terlibat dengan masalah sosial adalah mereka yang tidak berwawasan atau tidak mempunyai matlamat umpama layang-layang yang terputus talinya, yang mana mereka ini tidak ada arah untuk dituju. Sikap mencari-cari identiti dan ingin mencuba adalah satu sikap biasa di kalangan usia remaja, jika mereka bijak menyusun atur hidup mereka sendiri, sudah pasti Malaysia dapat mencapai matlamat dengan satu wawasan di dalam setiap diri satu belia di satu Malaysia.


Dalam mencapai wawasan yang dibina, sudah tentu banyak cabaran yang perlu ditangani, oleh itu belia haruslah bijak menyelesaikannya. Selain itu belia yang berwawasan akan menguntungkan negara sekaligus memberikan sumbangan kepada masyarakat dan juga keluarga. Untuk mewujudkan kesedaran tentang pentingnya wawasan dalam diri seseorang, kempen secara meluas haruslah diadakan di setiap sekolah di Malaysia dan menwajibkan setiap pelajar mereka mempunyai wawasan mereka sendiri dan seterusnya melahirkan pelajar yang cemerlang dan berwawasan.


Jika melihat kepada bait-bait lagu 'Malaysiaku Gemilang', dalam rangkapnya yang pertama, "Marilah kita semua, atas nama Negara bangsa, dengan tekad mulia, maju berwawasan, mencipta keagungan", jelas menunjukkan bahawa untuk mencipta kejayaan ataupun keagungan mestilah maju berwawasan. Begitu juga di dalam bait-bait lagu rasmi PLKN di dalam rangkapnya yang pertama, "Wira wirawati harapan bangsa, tiba masa kita berjasa, kita sahut cabaran, bergerak seiringan, demi mencapai wawasan", wira wirawati yang dimaksudkan didalam lagu ini ialah remaja belia, di mana ianya meminta mereka menabur bakti, bersatu padu dan bergerak bersama menempuhi cabaran yang datang, meminta pandangan dan bantuan orang lain supaya dapat menbantu mencapai kejayaan mereka.


Belia haruslah sedar bahawa mereka adalah pewaris negara, jadi sikap yang baik haruslah dipertontonkan untuk mewariskan kepada generasi akan datang. Di usia muda inilah saat-saat yang perlu dimanfaatkan dan tidak harus disiakan. Kesimpulannya, wawasan yang dibina oleh setiap belia haruslah bergerak seiring dengan semangat dan usaha, kerana wawasan itu hanya penggerak kepada kejayaan manakala usaha itu tangga kejayaan, jika kedua-dua ini bersatu sudah pasti matlamat yg dibina dapat dicapai. Dan jangalah biarkan wawasan hanya tinggal wawasan yang akhirnya hanya meniti di bibir sahaja.




...


No comments: