**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**

Sunday, January 25, 2009

Kos Pengajian Islam: Pelajar Malaysia Di Mesir VS Pelajar Malaysia Di Malaysia

Prof DR. Ibrahim Khalaf Khilaf (bekas dekan Fakulti Syariah Univ. Al-Azhar) antara pensyarah daripada Timur tengah yg mengajar di Malaysia..

Kabarnya pembelajaran di Negara timur tengah seperti di Mesir, memberikan cabaran kepada penuntut Malaysia,..disana pensyarah hanya memberikan syarahan dan menjadi tanggungjawab pelajar untuk memberikan tumpuan dan mencatat sendiri apa yg diberi oleh pensyarah…bilik kuliah yg sempit juga dikatakan sgt penuh, dan pelajar2 perlu berebut2 untuk mendapat tempat yg selesa sebelum kuliah bermula…peratusan GAGAL penuntut Malayasia disana juga dikatakan berpunca daripada masalah bahasa…sejauh manakah kebenarannya…sedangkan sebelum menuntut disana pelajar2 ini telah diberi kursus bahasa selama 2bulan, dan adakah juga pekara ini disebabkan pelajar kita yg seolah2 seperti "melancong" sambil belajar? atau perubahan cuaca disana tidak memberikan keselesaan kepada mereka utk mengulangkaji pelajaran???kalau itulah faktornya bagaimanakah pula dengan sebahagian dari mereka yg boleh berjaya dan menamatkan pengajian….


Jika di Malaysia Kelengkapan alat bantu mengajar seperti laptop dan LCD memberikan kelebihan kepada pensyarah dan juga pelajar disini,…keselesaan dan kemudahan bilik turorial dan kuliah berhawa dingin menjadikan pelajar di Malaysia seolah-olah seperti dimanjakan, adakah pekara ini juga benar???ura2 tidak wujud masalah bahasa antara pensyarah juga dikatakan sebagai penyumbang kepada KELULUSAN pelajar2 disini…sedangkan Pensyarah di Malaysia juga menggunakan Bahasa Arab sepenuhnya bagi subjek Arab dan Bahasa Inggeris sepenuhnya bagi subjek yg berbahasa Inggeris..malah ada sebahagian pensyarah juga terdiri daripada Negara timur tengah….di Malaysia juga Bahasa Arab yg sama digunakan….persoalannya adakah wujud perbezaan antara pelajar yg mengambil kos pengajian islam di IPTA/S di Malaysia dan Universiti di Mesir???dan mengapa penuntut Malaysia disana menghadapi kesukaran utk LULUS dan menamatkan pengajian…

P/s: Mungkin ada sebahagian Universiti di Timur tengah mempunyai kelengkapan dan kemudahan yg sama taraf dgn Malaysia…ini Cuma perbandingan secara umum dan alasan2 yg sering diberikan..sehingga menimbulkan tanda tanya…

4 comments:

Kasturi Group said...

erm...artikel yg menarik..tp kupasan yg kurang memuaskan..kurang penyelidikan yg rapi..mmg dimesir kmi diajar bhs arab.mmg sblm dtg kmi amik kursus..tp, ingat..bhasa yg digunakan disana bukan bhs arab fushah..tp bhs ammi..yg mana klo pljar2 msia disana dgr pun ssh nak faham..klo xcaya, cbe r dtg cni..

Thuraya said...

terima kasih kasturi group dgn comment anda..artikel ini mmg sengaja dikupas secara ringkas,umum, dan menimbulkan pelbagai soalan..

bahasa arab fushah dan ammi..adakah ini adalah penyebabnya???...adakah penyampain lecturer menggunakan bahasa ammi menyukarkan pelajar disana??sedangkan tidak semua kitab rujukan juga ditulis dalam bahasa ammi….kitab2 rujukan yg lain boleh digunakan utk penambahan kefahaman madah yg diajar jika student mangalami masalah kurang faham dgn bahasa yg lecturer gunakan..jd bagaimana??mungkin ada alasan lain..

Thuraya said...

di sini sudilah saya menyenaraikan antara sebab2 yg biasa terjadi kpd pelajar mesir yg memungkinkan ketidaklulusan mereka dalam imtihan..
1. sistem dan cara pembelajaran yg masih ketinggalan zaman yg serba kekurangan. pengurusan yg juga masih dalam keadaan manual. sebagai contoh : tiada alat2 bantu pengajaran seperti yg tersedia di insitusi2 pengajian tinggi di malaysia.
2. kata pengantar yg lebih menggunakan bahasa lorat kampung (ammiah) yg memungkin salah faham tentang pelajaran. cuba bayangkan, kitab menggunakan bahasa fushah, doktor menggunakan bahasa ammiah, jawapan dalam imtihan perlu menggunakan bahasa fushah hasil dr pembelajaran doktor menggunakan bahasa ammiah yg kadangkala apa yg doktor syarahkan tiada tercatat didalam kitab. ini bukan menjadi masalah kepada pelajar malaysia di mesir malah menjadi suatu cabaran yg tinggi buat pelajar arab mesir dalam menjawab soalan sedangkan mereka lebih faham bahasa loghat mereka sendiri apatah lagi pelajar malaysia.. ini dapat disaksikan bila ada doktor yg memahami keadaan wafideen malaysia dan sering mengingatkan pelajar malaysia apabila pulang ke malaysia nanti buat aduan kat jabatan engajian tinggi agar dapat berjumpa dekan2 di sini agar dimudahkan sedikit soalan2 yg dikeluarkan kpd wafideen malaysia.. kerana pada pandangan beliau, soalan yg ada didalam imtihan terlalu tinggi utk minda wafideen malaysia yg mengikut pengakuan beliau bahawa ramai dkalangan pelajar arab sendiri sukar utk menjawab soalan2 dlm imtihan.
3. sistem perkiraan markah dlm peperiksaan yg sangat2 berbeza jika dibandingkan dg insitusi2 di malaysia. kerana di mesir tiada sistem assigment, kehadiran ke kuliah, aktiviti2 luar kuliah yg disertai, serta pembentangan madah dalam sessi pembelajaran. semua ini adalah faktor mengapa pelajar di malaysia mudah lulus berbanding di mesir yang hanya tertumpu kepada soalan bertulis dan soalan lisan. kehadiran ke kuliah, bahas dan menyertai apa2 aktiviti di luar kuliah tiada tambahan markah utk melayakkan seseorang itu berjaya dlm imtihan..
4. ada beberapa faktor lagi yg juga memberi potensi besar mengapa pelajar mesir kurang berjaya di dalam imtihan.
5. apa yg lebih penting di mesir usaha bukanlah segala-galanya. tapi tawakkal kpd Allah adalah kunci kejayaan di mesir kerana ada sebahagian pelajar yg begitu yakin dg jawapan yg dijawab dalam imtihan namun bila keluar keputusan markah mereka masih rendah atau pun tidak lulus. dan begitu pula sebaliknya ada yg jawab ala2 kadar xyakin lulus pada imtihan itu, namun bila keputusan keluar Alhamdulillah lulus dg tidak dijangka.

posted by Ihsan Aljauhary by mail..

Thuraya said...

terima kasih segala comment dan pandangan...
Artikel ini tidak berniat utk memperlekehkan mana2 pihak....