**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**

Monday, February 23, 2009

Nasi lemak+ Ayam = RM 1.50


Nasi lemak + Ayam = RM 1.50…Seolah-olah seperti tawaran penghabisan stok ataupun harga promosi…tapi itulah kenyataan..tak pernah lagi sy jumpe nasi yg berlaukkan ayam atau ikan semurah itu..sedangkan nasi lemak biasa tanpa lauk pun beharga RM1.50 di kebanyakkan tempat…hampir 3 kali sy bertanya kepada si penjual (nampaknya seperti baru pertama kali berniaga dan berumur lebih kurang 17thn), sehingga dah naik mual agaknya dia nak menjawab persoalan sy…tanpa was-was dan 100% keyakinan sy pun mencuba lah nasi lemak ayam yg hanya beharga RM1.50 tu…sy terfikir mungkin kedai ini baru dibuka dan menawarkan harga murah kepada pelajar. Dalam keadaan yg sangat gembira (dek kerana harga yg murah) sy berbincang dgn sahabat2 yg lain ttg harga yg murah ini sepanjang perjalanan balik dari kedai nasi lemak sehingalah sampai kerumah. Maka hebohlah harga nasi lemak ayam yg hanya beharga RM 1.50 tu….

Kemudian selepas seminggu, saya berkunjung semula ke kedai nasi lemak tu, dgn hasrat ingin memebeli lebih dari sebungkus…tp lain pula keadaanya apabila sy ternampak harga nasi lemak yg dulunya beharga RM1.50 kini beharga RM3.50.... Apa sudah jadi???adakah itu strategi perniagaan???..selidik punya selidik..rupa2nya si penjual baru pertama kali menolong keluarganya berniaga nasi lemak…dan si penjual tersebut salah faham ttg harga yg sebenarnya sudah dimaklumkan oleh keluarganya…dan mungkin juga si penjual ini tak pernah membeli nasi bungkus di luar, atau tak pernah membuat survey harga nasi + lauk sehingga baginya nasi + ayam tu dah kira sesuai dgn harga RM 1.50.

P/s: Nasi paling murah di Ibu Negara beharga RM1.00, nasi beharga RM1.00 itu hanya berlaukkan kuah kari kacang dal + terung…tinjauan telah dibuat oleh akhbar Kosmo 2009, dan rtikel mengenainya pernah disiarkan..

No comments: