**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**

Monday, March 2, 2009

"Tempe&Tempoyak Arab"








Minggu lalu, Unit kebudayaan Usim menganjurkan satu Progam Penggalakan Ketrampilan Anggun (PEKA) selama 1 minggu..maka, banyaklah gerai2 jualan dibuka kepada pengunjung2..majoriti gerai yg dibuka menjual barangan perhiasan dan kecantikan wanita seperti beg tangan, tudung, blouse labuh, baju kurung, kerongsang, dan pelbagai lagi, mungkin kerana objektif program ini utk menggalakkan pelajar tampil lebih anggun, menyebabkan banyak gerai2 yg menjual barangan berasaskan pakaian terkini dan moden ini telah diberi peluang untuk berniaga disini.

Sepanjang seminggu sempena program itu, sempat juga saya singgah di salah sebuah gerai yg satu-satunya menjual pelbagai jenis kurma, buah tin, serta pelbagai jenis coklat dan manisan dari timur tengah…sy mengambil peluang ini untuk melihat jenis2 manisan yg terdapat di gerai ini dan sy terpandang satu jenis manisan yg bewarna putih dan bebiji2 seperti hirisan kekacang, apabila bertanya kepada si peniaga, dia menggelarkan manisan itu sebagai "Tempe Arab"….sekali pandang memang sebiji macam tempe yg belum dimasak dan dipotong2 dadu,..dalam asyik melihat jenis yg lain pula, si peniaga td menunjukkan pula satu lagi jenis manisan lain yg dipanggil "Tempoyak Arab"…dalam hati sy,..pandai betul si peniaga ni menarik pembeli untuk mencuba dan membeli barangan yg jarang terdapat di sini…sungguhpun begitu si peniaga tetap memaklumkan kepada pembeli bahawa semua produk jualan adalah "sejenis manisan" dan dia hanya memberi gelaran sahaja…pada mulanya terkejut jugak sy..bila mase pulak la, org arab makan tempe dan tempoyak,..dek kerana rupa bentuk yg sama, maka dapatlah gelaran "TEMPE &TEMPOYAK ARAB"..bagi mereka yg pernah tinggal di timur tengah ataupun belajar disana mungkin mereka lebih mengetahui ttg makanan seperti ini…malah mungkin lebih banyak lagi makanan tradisional di timur tengah yg mereka dah rasa..

p/s; Sy pernah mencuba satu manisan (sudah lupa namanya) semasa berkunjung ke pejabat Ustazah Nabilah, Lecturer FSU, kebetulan, Ustazah mengirim manisan tu drpada seorang sahabatnya yg berkunjung ke mesir atas urusan akedemik…menurut apa yg diceritakan oleh Ustazah Nabilah…barulah sy tau yg org Arab ni suka makan manisan (bagi sesetengah tempat), dan pelbagai jenis manisan ada jual disana….

No comments: