**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**

Thursday, March 19, 2009

Minggu Integriti USIM

Tahun ini adalah tahun kedua Usim mengadakkan minggu integriti bagi menyahut usaha kerajaan supaya menanamkan nilai integriti kepada masyarakat terutamanya pelajar…sepanjang minggu ini pelbagai aktiviti2 telah dirancang dan disusun mengikut fakulti masing2…bagi Fakulti Syariah dan Undang2 (FSU) acara kemuncak, khidmat masyarakat dan majlis penutupan minggu integriti telah diadakan di Labu, Negeri Sembilan..semua pelajar FSU terlibat dan dibahagikan mengikut kumpulan….lebih 18 buah kampong mengambil bahagian dalam program khidmat masyarakat ini…

Jika tahun sebelum ini, aktiviti khidmat masyarakat dijalankan di kampong kelahiran Menteri Besar N.Sembilan di Rantau, kali ini pula, group sy telah dihantar ke pekampungan org asli, Kg Tekir, Labu…satu2nya pekampungan org asli yg terlibat dalam program ini. Kami menaiki trak 3 tan dan merentasi jalan tanah merah yg di kelilingi oleh ladang kelapa sawit…..(barangkali milik penduduk org asli)…perjalanan masuk ke kg Tekir hanya memakan masa lebih kurang 15minit dari jalan utama..Sangkaan sy membayangkan perumahan org asli ini berkelompok dan dekat antara satu sama lain adalah meleset…bahkan kelihatan seperti rumah kampung biasa dan tersusun, malah ada setengah daripada mereka mendirikan rumah batu, kawasan ini juga dilengkapi dengan bekalan elektrik dan air yg bersih serta mempunyai sebuah Sekolah Rendah, Tadika Kemas, Surau dan Gereja…malangnya majority penduduknya beragama kristian..hanya terdapat lebih kurang 7 buah keluarga sahaja yg menganut agama Islam…walaubagaimanapun ini adalah satu pengalaman yg sgt beharga, serta dapat melihat sendiri cara hidup dan pembangunan di kawasan penempatan org asli.

No comments: