**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**

Saturday, May 1, 2010

::Koc untuk Wanita::



Nusaibah (kawan sy) benar-benar semangat nk naik "koc untuk wanita" dari stesen UKM..sy yg da lama xbaca berita tertanya2 apakah itu "koc untuk wanita" menarikah ia?bilakah ia dilaksanakan? kebetulan semalam sy balik ke rumah..sempat la sy melihat operasinya...sy pun jadi tak sabar2 nak naik koc yg hanya dikhaskan untuk wanita. ini..sangat menarik...tempat menunggu khas pun disediakan khas utk wanita...tak perlu lagi berebut2 dengan kaum lelaki...terutamanya warga asing...huhu...



Tunggu punya tunggu KTM pun sampai..seperti yg dinyatakan..koc tengah diletakkan tanda khas yg bewarna pink "wanita sepanjang masa"..dengan muka yg berpuas hati dan gumbiranya..kaki terus melangkah masuk ke dalam koc...dan mengambil tempat...yg tak bestnye..ada jugak kaum lelaki yg menumpang dan masuk sekali di dalam koc ni....hati sy berbisik2 dan tertanya"tak fahamkah mereka dengan arahan yg diberikan???sedangkan 2 bahasa dilgunakan,iaitu BM dan B.I...atau mereka buat2 xfaham atau "adakah operasi ini masih baru dan menyebabkan mereka keliru????"atau mereka sengaja mengambil kesempatan ini??? atau mereka menganggap usaha KTM ini melecehkan???dan terus sy tertanya2 lagi..kalau begini lah sikap orang Malaysia..berjayakah KTM untuk menjayakan "Koc untuk wanita"...bagi mereka yg xfaham2...displinkanlah diri anda...


::PETIKAN SURAT KHABAR BERITA HARIAN::


KUALA LUMPUR: Buat pertama kali Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan koc komuter khusus bagi penumpang wanita bagi laluan Sentul-Pelabuhan Klang mulai esok. Gerabak yang bertemakan "Wanita Sahaja Sepanjang Masa" boleh dikenal pasti menerusi pelekat berwarna merah jambu yang lekat pada tingkap dan pintu komuter. Menurut KTMB, lokasi koc di platform dapat dikenal pasti melalui kain rentang yang dipasang pada platform serta tiang platform yang berwarna merah jambu

"Namun penumpang wanita tidak diwajibkan menggunakan koc ini kerana mereka boleh memilih untuk menggunakan koc-koc biasa yang lain," menurut kenyataan KTMB. Statistik KTMB menunjukkan 60 peratus pengguna perkhidmatan komuter adalah terdiri daripada golongan wanita. Kanak-kanak lelaki berumur kurang daripada 12 tahun yang membuat perjalanan bersama ibu atau keluarga wanita mereka juga dibenarkan menaiki koc merah jambu ini. Koc untuk wanita diletakkan di bahagian tengah komuter manakala koc di hadapan dan belakang adalah koc biasa yang boleh digunakan bersama antara penumpang lelaki dan wanita.
Menurut KTMB, penyediaan koc khusus untuk wanita adalah bertujuan memberi keselesaan dan jaminan keselamatan kepada penumpang wanita daripada risiko gangguan seksual atau terpaksa bersesak-sesak dengan penumpang lelaki. - Bernama

sumber:

Berita harian online







2 comments:

KU said...

hmm...dah lama tak naik tren..

Thuraya said...

dalam tempoh penulisan ini...hampir 3 kali jga sy menggunakan perkhidmatan KTM...dan..hanya sekali saje saya menaiki coach yg mana semuanya perempuan...itupun diawasi oleh seorang pegawai KTM..kalau tidak..kempen ini langsung xberkesan....