**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**

Tuesday, June 15, 2010

::Bulan Rejab::


FADHILAT BULAN REJAB Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.

Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:

Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.

Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.

Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,

Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal. Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.

Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.

Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.


◕ Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

◕ Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun. Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah.
◕ Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

◕ Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.

◕ Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

Kelebihan lain bulan Rejab:

◕ Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
◕ Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.

◕ Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.

◕ Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.

◕ Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.

◕ Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.

◕ Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

2 comments:

Syihabudin Ahmad said...

Islam memandang mulia bulan ini dengan dalil :

Imam Bukhori meriwayatkan dalam Shohihnya (4662) dari Abu Bakroh bahwasanya
Nabi bersabda,

Sesungguhnya zaman itu berputar sebagaimana keadaannya tatkala Alloh
menciptakan langit dan bumi, setahun ada dua belas bulan diantaranya
terdapat empat bulan harom, tiga bulan berurutan yaitu Dzulqo'dah,
Dzulhijjah, Muharrom dan Rojab Mudhor yang terletak antara Jumadil
(akhir) dan Sya'ban.

dalil menunjukkan tidak boleh mengkhususkan puasa dalam bulan rejab :

Imam Suyuthi berkata,
Mengkhususkan bulan Rojab dengan puasa adalah dibenci. Sya 'i berkata,
Aku membenci bila seseorang menyempurnakan puasa sebulan
penuh seperti puasa rejab, dimikian pula mengkhususkan
suatu hari di hari-hari lainnya.

Dan Imam Abdullah Al-Anshori -seorang ulama dari Khurosan- tidak
berpuasa bulan Rojab bahkan melarangnya seraya berkata,
Tidak satu hadits pun shohih dari Rosululloh tentang keutamaan
bulan Rojab dan puasa Rojab.
Bila dikatakan, Bukankah puasa termasuk ibadah dan kebaikan?" Jawabnya,
"Benar. Tapi ibadah harus berdasarkan contoh dari Rosululloh. Apabila
diketahui hadits-nya dusta, berarti tidak termasuk syari'at."
Bulan Rojab diagung-agungkan oleh Bani Mudhor di masa jahiliyah
sebagaimana dikatakan Umar bin Khoththob. Bahkan beliau memukul
tangan orang-orang yang berpuasa di bulan Rojab.
Demikian pula Ibnu Abbas apabila melihat manusia berpuasa Rojab, beliau
membencinya seraya berkata, "Berbukalah kalian, sesungguhnya Rojab
adalah bulan yang diagungkan oleh ahli jahiliyah."

rujuk : Al-Mushonnaf Ibnu Abi Syaibah 2 / 346. Lihat pula Al-Amru Bil Ittiba', hal. 174 - 176 oleh
Imam Suyuthi, di tahqiq oleh Syaikh Mashur bin Hasan Salman.

Thuraya said...

jadinyer..berpuasalah tanpa megkhususkannya...artikel ini adalah utk kita amik istifadah spya berlumba2 dlm ibadah...tp bukanlah di bulan ini sahaja..bulan2 lain pun kita juga boleh berlumba..cumanya bln Rejab & Syaaban nih sgt2 dkt dgn bln Ramadhan,sprtimna doa Nabi S.A.W; "Allahumma bariklana fi Rajab wa Syaaban wa balighna Ramadhan" (ya Allah berkatilah kami dlm Rejab & Syaaban & sampaikan kami kpd Ramadhan)...Utk mngejr fadhilat Ramadhan kte kne buat p'sediaan dlm kedua2 bln ini.

dgn ada fadilat,terasa mnis ibadat

tq shah~~