**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**Sekalipun dunia ini penuh dihujani dengan nikmat Allah S.W.T...D.U.N.I.A bukanlah Syurga....**Orang tidak akan tahu makna KAYA, jika tidak pernah merasa MISKIN..dan orang tidak akan tahu manisnya CINTA..jika tidak prnah merasai pahitnya KECEWA....**

Sunday, June 20, 2010

"Kisah Yatt dan Telur"

Sebelum kisah ini bermula…Selamat pengantin baru buat:-


Rosnizam & Shahril -Lipis, Kg Keledek-(SMAPT/KIPSAS/USIM)

Norhamizun & Zami-Arau,Kg Kubang Paya- (USIM/MAKTAB)

Nazirah & Rizal -Ayer Itam, Kg Sanglang-(KIPSAS)


Siti Rohaya& Wafi-Lipis, Kg Kerambit- (SMAPT/KIPSAS)

Moga kalian semua berbahagia hinggaa ke akhir hayat..insyaallah~..

Alhamdulillah juga…sepanjang cuti sekolah ini dapat juga sy menghadiri majlis walimah sahabat2 rapat sewaktu belajar dulu…penat kaki ini berjalan dari timur hinggalah ke utara..namun penat lelah ini terubat bila dapat jumpa kembali sahabat2 lama…


Subhanallah...indah sungguh Alam semesta ciptaan Allah S.W.T..tidak jemu dan tak puas mata memandang.....


"KISAH YATT DAN TELUR"


yatt(nama sebenar) sedang asyik mengupas telur..hehe


Kisah yatt dan telur ini bukanlah kisah dogengan tetapi kisah suka duka dan suka ria bersama maZ,yati,nazirah dan ana..yati(nama sebenar) seorang yg agak kecoh dan riuh rendah orgnyer..dari bermulanya membeli tiket bas ke utara sehinggalah aktiviti merewang kecil di rumah nazirah…disini segalanya terbongkar..apabila si yatt ni rupenya suke sgt dgn telur hehe,,marah benar dia pabila kulit telur yg dikupas tidak selicin yang di ingini…abis sudah kisah si yatt..xbleh cite panjang2..nanti yatt terharu kisahnyer ditulis disini..hehehe

Kerna yatt yg sgt minat dgn telur… sy nak ajak si yatt ni baca kisah telur yg terpapar di akhbar harian metro bertarikh 17 Jun 2010.....jemputla baca kisah telur ini bersama…hehehee


KUCHING: Sekumpulan murid Tadika Padungan di sini, semalam tercengang melihat fenomena telur berdiri di atas permukaan lantai yang rata tanpa bantuan sebarang peralatan.


PELIK...kanak-kanak kagum melihat telur tidak bergolek.

Kejadian itu juga membuatkan ibu bapa yang menunggu anak masing-masing terpegun melihat keganjilan kira-kira 20 biji telur berdiri.

Difahamkan, telur berdiri itu sebahagian daripada usaha Tadika Padungan untuk mendedahkan murid mengenai fenomena alam yang biasanya berlaku ketika gerhana matahari.

Sebenarnya situasi seperti itu bukan perkara baru atau ajaib, malah berdasarkan fahaman saintis, ia ada kaitan dengan faktor graviti.

Berdasarkan pendapat saintis, di antara matahari dan bumi terdapat garis medan gravitasi yang mampu mempengaruhi elektron dalam telur sehingga menjadi stabil, sekali gus membolehkannya berdiri tegak.

Difahamkan, kejadian itu hanya berlaku antara jam 12 hingga 1 tengah hari berikutan graviti bulan dan matahari dalam keadaan sejajar.

Sementara itu, Ketua Pusat Penyelidikan Bukit Fraser, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Jumaat Adam, ketika dihubungi berkata, perkara itu boleh berlaku jika mengambil kira faktor graviti bumi.

Katanya, kajian dijalankan mendapati perkara seumpama itu disebabkan wujudnya kuasa graviti bumi yang membantu telur itu berdiri tegak.

“Kita melihat pelbagai contoh berkaitan graviti, matahari dan bulan.
“Contohnya, air pasang surut serta siang dan malam ada kaitan dengan dua objek alam ini.

“Dari segi graviti, kalau kita berada di udara kita boleh terbang, tapi di bumi tidak berlaku,” katanya.


p/s: Terima kasih kat Siti Fatimah Mestar, Mamat latiff dan Khairulnisakh wahidi tumpang korang balik K.L sama..best journey wif u all...bile lagi kita nak plan g jalan2???kumpul duit sampai poket /dompet tebal..hehehe


No comments: